Monday, 24 June 2013

Bisnes Internet

Teks : Anys Idayu Zakaria


Bisnes internet ialah bisnes yang kita lakukan secara atas talian atau online. Tidak kira samada sepenuh masa atau sambilan. Zaman teknologi kini sudah ramai peniaga yang memilih untuk menjalankan bisnes internet. 
 
Kelebihan bisnes internet ialah modal kecil dan pasaran yang amat luas (tidak terhad dalam Malaysia sahaja). Sekiranya kita melakukan bisnes secara konvensional atau memiliki kedai fizikal, sudah tentu kita perlu memikirkan kos yang tinggi untuk menyewa atau membeli kedai, upah gaji pekerja, kos-kos selenggaraan lain dan sebagainya.  Bagi bisnes internet, kos yang diperlukan mungkin tidak terlalu tinggi atau ada kalanya percuma sahaja. Kita boleh membina kedai online dengan menggunakan blogspot, ini adalah percuma. Jika mahu lebih sedikit mungkin kita boleh mengubah orang yang pandai untuk membina web dan shopping cart. Jika masih baru dan belum mempunyai modal yang cukup, kedai online menggunakan blogspot secara percuma sudah memadai.
 
 

Malah untuk pemasaran sekarang sudah banyak cara pemasaran online yang boleh kita sertai. Seperti Mudah.my, forum, group, facebook, twitter, e-bay dan banyak lagi.  Apa yang penting kita perlu rajin untuk melakukan promosi kerana jika tiada promosi pengguna tidak akan tahu kewujudan kedai online kita.
 
Apa yang saya suka dengan bisnes internet ialah, kita boleh lakukan pada bila-bila masa dan di mana jua. Contoh, jika kita pulang ke kampung, kita juga boleh melayari kedai online dan melakukan promosi. Dengan syarat hanya perlu ada talian internet dan komputer. Lebih canggih kini, telefon guna sudah boleh kita gunakan untuk melayari internet. Jadi senang dan mudahkan.
 

Kalau ada yang nak belajar belajar membina kedai online sendiri boleh jenguk-jenguk di sini. Belajar kelas asas blog dan fanpage