Strategi Lautan Biru - 10/5/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Carian Goggle 

Pada 24 April yang lalu saya telah menghadiri Seminar Strategi Lautan Biru atau lebih dikenali dengan Blue Ocean Strategy (BOS) yang dianjurkan oleh Intan, (Wilayah Selatan), Kluang. Saya ke sana kerana telah dihantar oleh pejabat untuk mewakili jabatan menyertai seminar tersebut. Saya rasa amat beruntung kerana terpilih menghadiri seminar ini. Sebelum menghadiri seminar ini saya memang tidak berapa ambil pusing dan tidak tahu apa itu yang dikatakan strategi lautan biru. Rupa-rupanya BOS ini amatlah penting kepada saya sebagai kakitangan awam dan usahawan online.

Menurut penceramah yang telah memberi ceramah pada hari tersebut, strategi ini telah diperkenalkan oleh 2 orang professor daripada INSEAD Perancis. Ia diperkenalkn untuk industri atau syarikat dan juga untuk perniagaan dan merupakan kajian yang telah dilakukan selama 10 tahun. Ia juga adalah berdasarkan kajian selama sedekad.

BOS membawa maksud penerokaan atau pemikiran berbeza daripada biasa.  Berfikir di luar kotak, pemikiran luar biasa dengan menggunakan cara lebih kreatif dan inovatif. Jika dalam perniagaan, strategi ini melibatkan penerokaan bidang baru dan tidak terhad kepada bidang itu sahaja. Ataupun cara baru untuk mengembangkan bisnes. Kita perlu menggunakan pendekatan dan cara yang sistematik dan teratur dalam menyelesaikan masalah. Manakala Red Ocean pula ialah persaingan yang sama dalam satu-satu aspek. Tiada sesuatu yang menarik atau yang baru dan berbeza daripada yang lain. Strategi Red Ocean ini memang selalu diamalkan oleh syarikat-syarikat atau dalam perniagaan. Pada zaman serba teknologi ini, perubahan memang sangat cepat dan tidak dapat dielakkan.  Kita harus berubah untuk kekal berada dalam industri tersebut. Antara contoh syarikat yang telah melakukan perubahan dengan menggunakan strategi BOS ini ialah Air Asia. 



Penyampaiannya adalah lebih fokus kepada perkhidmatan awam. Ia adalah untuk transformasi perkhidmatan awam untuk menyahut cabaran wawasan 2020. Pelbagai perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk ke arah wawasan 2020 serta melaksanakannya menggunakan pendekatan BOS. Ini adalah kerana kita tidak boleh terlalu berasa selesa dalam organisasi atau kedudukan dalam syarikat. Walaupun tugas kecil, tapi ia akan memberi impak yang sangat besar. Ia juga adalah bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi. Contohnya semasa zaman pemerintahan Dr Tun Mahathir, beliau telah  membina litar F1 Sepang, dan kata orang ianya membazir. Sekarang lihatlah! Mat saleh lebih kenal Sepang berbanding Malaysia sendiri.

Dalam dunia perniagaan pula, siapa yang tidak kenal dengan mendiang Steve Jobs. CEO dan Founder Apple. Ketika Acer, Dell berlumba-lumba jenama PC yang paling baik, Steve Job telah keluar dari persaingan tersebut dengan memperkenalkan PC Tablet. Sekarang kita lihat, tablet kini sudah mulai menjadi kegilaan ramai. Inilah contoh yang dikatakan berfikir di luar kotak dengan lebih kreatif dan inovatif. 

Comments

Popular Posts