Bisnes Jenis Perkhidmatan

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian Goggle

 
 
Alhamdulillah, pagi jumaat ini cuaca nampak seperti molek. Mari kita mulakan tugas dengan bersolat dhuha dan berdoa moga-moga rezeki semakin bertambah. Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang bisnes perkhidmatan. Sebenarnya ramai antara kita mempunyai kemahiran yang tersendiri, cuma kita seumpama tidak menyedari dan tidak tahu menggunakannya. Hanya menganggap kemahiran yang ada sebagai hobi sahaja. Kenapa tidak kita menggunakan kemahiran dan keistemewaan yang kita ada itu untuk menjana pendapatan. Malah kita juga boleh menjadikan minat atau hobi sebagai sumber pendapatan. Contohnya jika kalian minat menjahit, kenapa tidak mengambil upah menjahit pakaian. Malah kita sedia maklum ramai antara kita yang mempunyai kemahiran dalam satu-satu bidang seperti fotografi, mengandam, membaiki kereta. Jadi gunakanlah kemahiran tersebut dengan menawarkan perkhidmatan mengambil gambar, menyolek orang untuk menghadiri majlis dan membuka bengkel. Senangkan, umpama dua dalam satu. Buat apa yang kita minat untuk menambah pendapatan. Malah kita akan berasa lebih seronok, dan duit poket juga ada.

Bisnes jenis perkhidmatan boleh terbahagi kepada dua, yang pertama kita menawarkan perkhidmatan secara terus melalui online, website atau blog tanpa perlu bersemuka dengan pelanggan. Contohnya pereka kad bisnes. Pelanggan yang berminat hanya perlu memilih reka bentuk kad bisnes yang mereka minat, kemudian membuat bayaran. Pereka akan membuat kad tersebut dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan dan menghantar kad yang telah siap kepada pelanggan melalui pos laju.
 
 
 
Manakala bagi jenis yang kedua pula, bisnes perkhidmatan yang memerlukan penjual bersemuka dengan pelanggan sebelum membuat jualan. Sebagai contoh, kita menawarkan bisnes andaman dan membuat pengiklanan melalui website atau blog. Bagi pelanggan yang berminat, mereka akan menghubungi kita dan mengatur temujanji bila mereka memerlukan khidmat andaman yang kita tawarkan.
 
kedua-dua jenis bisnes perkhidmatan ini kita boleh pasarkan melalui internet. Kita boleh membina blog, membuat website tentang perkhidmatan yang kita tawarkan serta menghebahkan melalui facebook, twitter, forum dan lain-lain. Pemasaran melalui internet sangat bagus dan lebih efektif kerana tidak memerlukan kos pengiklanan yang tinggi, malah pelanggan juga tidak terhad dalam lingkungan kawasan kita sahaja.
 
 
Ayuh, mari kita lihat apa kemahiran yang kita ada dan hobi yang kita minat. Jadikan ia sebagai sumber untuk menambah pendapatan.
 
 
 
 
Allah S.W.T telah mengabadikan keistimewaan madu lebah di dalam al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia", (An-Nahl:69).

Madu adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita, merupakan bahan semulajadi yang tersohor.Lebah atau nama saintifiknya Apis mellifera di antara makhluk ciptaan Allah yang ...dikenali dengan madu yang di hasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya di anggap sebagai sejenis binatang biasa ,walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Masyarakat lebah amat dikenali sebagai satu kelompok masyarakat yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja. Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.
 
 
 
 
 

Comments

Popular Posts