Program affiliate
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian Goggle
Program affiliate merupakan cara yang paling mudah untuk menjana pendapatan secara online. Ia juga merupakan cara yang hebat untuk memasarkan produk atau perkhidmatan kita. Program affliate ini dipasang oleh pemilik atau penjual ebook, buku online, video atau lain-lain perkhidmatan. Tujuannya adalah untuk mencari agen bagi mempomosi produk tersebut. Antara contoh website yang menawarkan program affiliate ialah maskahwin.com dan klikjer.com

Untuk menjana pendapatan melalui program affiliate anda hanya perlu mendaftar di mana-mana laman web yang menawarkan program ini. Pendaftaran untuk menjadi agen affiliate adalah percuma. Kita hanya perlu memasukkan details yang diperlukan. Kemudian kita akan diberikan link untuk promosi. Ada juga program affiliate yang berbayar, yang mana kita perlu membeli terlebih dahulu produk mereka dan kita ditawarkan menjadi agen affiliate. Ada juga sesetangah website affiliate menyediakan bahan promosi, seperti banner dan testimoni pengguna. Setelah mendapat link affliate, kita hanya perlu mempromosi link tersebut di facebook, email, forum ataupun blog.
Menjana pendapatan melalui program affliate sangat senang dah mudah. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk pendaftaran, tidak perlu ada website sendiri untuk promosi dan tidak perlu risau risiko kerugian.
Komisen kita akan dibayar melalui 3 cara iaitu :
1. Pay-Per-Sale - Komisen dibayar bagi mereka yang berjaya membawa pelaawt datang melawat ke web tersebut dan membeli produk.
2. Pay-Per- Lead - Komisen dibayar sekiranya anda berjaya membawa pelawat yang berpotensi melihat iklan anda di laman web mereka, walaupun tidak membuat belian.
3. Pay-Per-Click - Komisen diberikan apabila berjaya membawa pelawat mengklik mana-mana iklan yang mengarah ke laman web.
Komisen yang ditawarkan juga bergantung kepada website yang menawarkan program ini. Bagi produk ebook komisen sebanyak 50% ditawarkan adalah perkara biasa. Ada juga sesetengah website menawarkan sehingga 70% komisen. Kebanyakkan yang menawarkan harga tinggi ini adalah untuk produk digital. Bagi produk fizikal, komisen yang ditawarkan antara 5-15% sahaja kerana kos-kos produk adalah lebih tinggi berbanding kos produk digital.
Anda perlu bijak memilih program affliate yang ditawarkan. Jangan terpedaya dengan scam atau tawaran yang menawarkan komisen yang diluar jangkaan. Dapatkan ilmu daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Comments
Post a Comment