Produk Fizikal
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle
Assalamualaikum. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang bisnes produk fizikal. Untuk menjalankan bisnes online, kita juga boleh menggunakan produk fizikal untuk dipasarkan menerusi talian internet. Produk fizikal yang bagaimana kita boleh pasarkan? Sebenarnya boleh dikatakan hampir semua produk jualan kita seperti baju, beg tangan, makanan, buku, produk kesihatan kita boleh pasarkan menerusi internet. Malah sekarang ramai juga para peniaga yang telah berani menjual emas dan gadjet seperti telefon dan komputer melalui internet. Oleh kerana zaman teknologi dan mengikut arus kemodenan, para peniaga yang telah memiliki kedai sendiri juga turut melakukan promosi jualan menerusi internet. Ini adalah kerana pasaran internet lebih meluas ke serata tempat.
Sekiranya kita menjual produk fizikal, kita perlu tahu bagaimana cara untuk mempromosi produk, cara bayaran yang perlu dilakukan oleh pelanggan dan cara penghantaran yang perlu kita pilih untuk memastikan produk tersebut selamat sampai ke tangan pembeli.
Kita boleh mempromosi produk kita menerusi facebook, blog, forum atau mewujudkan laman web perniagaan sendiri. Yang mana kita perlu memasukkan gambar produk yang dijual, supaya pelanggan dapat melihat dengan jelas produk tersebut. Gambar tersebut perlulah terang dan jelas serta menulis keterangan tentang produk. Kebanyak kaedah pemasaran tersebut adalah percuma. Kita hanya perlu tahu cara menggunakannya.
Kita boleh memilih beberapa kaedah bayaran untuk memudahkan pelanggan. Contohnya transaksi secara online, memasukkan duit menerusi mesin deposit atau bayaran barang dibayar semasa barang dihantar oleh penjual. Bagi transaksi online, pembeli dan peniaga perlu mempunyai akaun bank yang boleh dilayari menerusi internet seperti maybank2u atau cimbclick. Kaedah pembayaran secara online atau menerusi mesin deposit ini lebih memudah dan mempercepatkan proses jual beli. Kebanyakkannya mereka akan menerima barangan menerusi khidmat pos laju.
Penghantaran produk fizikal boleh dihantar menerusi khidmat poslaju. Kini lebih mudah kerana pihak pos laju telah menyediakan beberapa jenis bungkusan dan kotak untuk memudahkan perniaga online membungkus dan menghantar barangan mereka kepada pelanggan. Para pelanggan akan membayar harga barangan beserta caj pos. Caj pos kebiasaannya mengikut berat barangan yang dipos. Masa yang diambil juga tidak lama, lebih kurang 2-3 hari waktu bekerja pembeli akan menerima barangan mereka. Sekiranya mempunyai masalah barang lewat sampai, kita boleh menyemak dengan pihak Pos Laju Malaysia dengan menggunakan no tracking pada borang pos laju yang digunakan ketika menghantar barang tersebut.
Jualan produk fizikal menerusi online perlulah dilakukan dengan persetujuan bersama antara para peniaga dan pembeli. Para peniaga perlu mempamerkan gambar yang terang dan jelas supaya pembeli berpuas hati dengan barangan yang hendak dibeli.
Comments
Post a Comment