Pengenalan Diri
Teks : Anys Idayu Zakaria
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum pembuka bicara.
Assalamualaikum pembuka bicara.
Nama penuh saya Anys Idayu Binti Hj Zakaria. Dilahirkan
pada 15 Februari 1984, di Hospital Kota
Bharu Kelantan. Keluarga lebih senang
memanggil saya dengan gelaran Kak Long kerana saya merupakan anak pertama daripada
lima orang adik-beradik. Ibu bapa saya juga berasal
dari Kelantan. Namun kami sekeluarga tidak pernah menetap di sana
kerana abah saya merupakan seorang anggota tentera, sentiasa bertugas di negeri
lain. Kalau saya katakan saya orang
Kelantan pasti tidak ada yang mempercayainya kerana loghat percakapan saya
langsung tidak ada telo kelantan. Saya menetap di Johor Bharu sejak
dari usia 7 tahun sehingga sekarang, usia saya sudah 30 tahun.
Saya telah menamatkan pelajaran di peringkat Diploma dalam
Bidang Sains Kesetiausahaan di Politeknik Port Dickson. Sekarang ini saya sedang melanjutkan pelajaran
di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia, di UTM Skudai. Alhamdulillah kerana mendapat restu daripada
suami tercinta. Saya memang bercita-cita
tinggi untuk melanjutkan pelajaran sehingga mendapat PHD. Insya Allah, impian ini menjadi salah satu antara matlamat jangka panjang dalam hidup saya.
Alhamdulillah saya
telah pun mendirikan rumah tangga dengan suami tersayang pada 30 September
2005. Setahun selepas saya menamatkan pengajian, dan telah mempunyai 2 orang puteri
comel. Kakak Fasha Syahiera sudah berusia 8 tahun, dan adik Raisha Qasrina akan genap 2 tahun akhir tahun 2014 ini.
Tugas sebagai setiausaha di salah sebuah jabatan kerajaan sangat mencabar. Ditambah lagi dengan urusan rumah tangga, dan
pelajaran. Saya telah bertugas sebagai setiausaha hampir 7 tahun, telah banyak
pengalaman pahit manis yang dilalui sepanjang berkhidmat. Mungkin saya seorang yang kuat bekerja (workholic) barangkali. Sepanjang hampir 7 tahun saya berkhidmat, hanya sekali sahaja saya pernah mengambil cuti sakit (MC). Biasanya saya lebih suka menghabiskan cuti rehat sahaja, jika ada berlaku kecemasan.
Walaupun rajin bekerja, saya begitu seronok sekali menceburi dunia perniagaan, dan sangat teruja untuk mencari cara untuk menambah pendapatan. Minat berniaga mula timbul sejak saya mula bekerja. Saya mula sedar begitu payah jerihnya mencari duit sendiri. Sejak itu, saya mula berjinak-jinak dalam dunia bisnes ini. Pendek kata sejak dahulu sudah banyak bisnes yang pernah saya lakukan antaranya seperti MLM syarikat elken, revell, menjual pakaian dalam katalog, menjual kain pasang, kad top up, jual kuih muih, dan apa sahaja bisnes yang mendatangkan keuntungan memang sayalah orang pertama yang akan sertainya.
Sejak berumahtangga dan mempunyai anak, saya mula tercari-cari arah panduan dan cara bagaimana saya hendak mulakan bisnes, tapi dalam masa yang sama saya masih lagi meneruskan pekerjaan sedia ada, dan tidak perlu bersusah payah untuk meninggalkan anak. Dan yang sebenarnya saya juga tercari-cari salah satu bisnes yang tidak memerlukan kita mengeluarkan modal yang begitu banyak. Dengan tekad dan semangat mahu keluar dari zon selesa, dan mahu bebas hutang, saya cari dan gali apa sahaja peluang yang boleh membantu saya untuk menambah pendapatan.
Alhamdulillah, dalam pencarian saya temui bahawa bisnes online adalah salah satu caranya. Melalui seorang rakan bisnes di fb, saya mengenali sifu Pn. Masayu Ahmad. Daripada beliau saya belajar cara memulakan bisnes secara dropship, dan dari beliau juga saya berpeluang untuk belajar membina blog. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Dari seorang yang tidak pandai menggunakan blog, saya belajar dari beliau. Saya diberi peluang ''emas'' ini sehingga saya menjadi salah seorang daripada Guru Online Akademi Bekerja Di Rumah. Peluang dan ruang inilah yang mendorong saya untuk terus berbisnes secara online, dan menggunakan blog sebagai medium berkongsi dengan pembaca. Kebanyakkan pelajar yang belajar dalam kelas saya juga rata-ratanya mereka jejak saya melalui blog dan facebook. Alhamdulillah, blog sebagai medium untuk pelanggan jejak bisnes yang saya jalankan.
Melalui ruang ini juga, matlamat saya mahu membantu lebih ramai suri rumah, dan suri bekerjaya khususnya yang mahu memulakan bisnes untuk menambah pendapatan. Juga sebagai persediaan untuk para suri yang mahu mula bergelar WAHM (work at home mom). Semoga peluang yang ada ini dapat dimanfaatkan untuk kebaikan kita bersama. Alhamdulillah, syukur Allah berikan peluang ini untuk saya berkongsi dengan lebih ramai suri yang sedang tercari-cari cara bagaimana untuk memulakan bisnes secara online.
Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pembaca yang sudi singgah di blog saya, semoga segala perkongsian di sini memberi manfaat kepada kalian. Saya doakan semoga kalian juga diberi ruang dan peluang untuk menceburi dunia perniagaan, pekerjaan sunnah Rasulullah. Insya Allah.
Berani berimpian, berani bertindak untuk mencapai kejayaan.

Salam kasih
sayang.
Comments
Post a Comment