Motivasi kerja - 12/4/2013
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle
Foto : Carian goggle
Semalam di pejabat telah diadakan aktiviti penilaian murni, iaitu ceramah agama yang telah disampaikan oleh seorang ustaz daripada Jabatan Agama Johor. Kebiasaannya di pejabat saya setiap hari jumaat akan diadakan ceramah seperti ini.
Saya kongsikan sedikit pengetahuan dan ilmu yang diperolehi semalam. Menurut ustaz tersebut, kita perlu menghadapi 3 cabaran utama setiap kali menghadiri majlis ilmu. Cabaran tersebut ialah menghadapi godaan syaitan yang sangat benci apabila kita duduk dalam majlis ilmu. Syaitan pasti akan menggoda kita sehingga kita leka dan tidak memberi perhatian kepada ceramah yang disampaikan.
Menurut ustaz tersebut, dalam majlis ilmu syaitan akan membawa 3 barang iaitu yang pertama gincu. Gincu tersebut akan diletakkan di bibir manusia yang hadir ke majlis ilmu supaya kita bercakap dan tidak memberi tumpuan. Jika tidak berjaya, syaitan akan membawa celak. Celak tersebut digunakan untuk diletakkan di mata supaya kita yang sedang mendengar ceramah akan merasa mengantuk. Namun, jika tidak berjaya juga, syaitan akan membawa jarum. Jarum tersebut akan digunakan untuk mencucuk-cucuk punggung manusia yang sedang khusyuk duduk mendengar ceramah. Apabila ini berlaku, kita akan berasa tidak selesa untuk duduk dan memberi tumpuan. Sebenarnya itu semua adalah godaan syaitan.
Antara pengajaran yang boleh diambil dalam ceramah tersebut ialah kita perlu jadikan pekerjaan kita sebagai ibadah, niat bekerja kerana Allah. Meletakkan Allah sebagai majikan tertinggi untuk kita mendapat ganjaran pahala di dunia dan akhirat. Memelihara sifat mahmudah dan menghindari sifat mazmumah. Menambah ilmu pengetahuan dan yang penting kita perlu bersyukur dengan kurniaan yang telah diberikan.
Comments
Post a Comment