Menyiapkan tugasan - 21/4/2013
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle
Foto : Carian goggle
Bulan April sudah tiba ke penghujung. Bulan depan sudah masuk bulan Mei. Saya perlu menyiapkan semua tugasan yang perlu dihantar kepada pensyarah pada bulan Mei ini. Lebih kurang 3 tugasan semuanya. Nampaknya dua minggu terakhir ini saya perlu mencari bahan-bahan untuk tugasan individu dan tugasan kumpulan. Pertengahan bulan Mei pula akan ada ujian untuk mata pelajaran kewangan. Harap dapat menyiapkan semua tugasan dan dapat mengulangkaji mata pelajaran pengenalan kewangan. Bulan Jun pula saya sudah sibuk dengan Ujian akhir semester.
Saya kena pandai bahagikan masa antara kerja-kerja di pejabat, tugasan universiti dan tugasan kelas blog asas. Alhamdulillah setakat ini tiada masalah, cuma agak terlewat juga kadang kala menyiapkan tugasan. Tambahan pula jika pulang ke rumah, anak-anak dan suami menuntut untuk diberi perhatian. Insya Allah saya akan cuba buat sedaya upaya untuk menyelesaikan semua tugasan.
Nak pandai urus masa di rumah, pejabat dan dengan tugasan yang melambak, saya baca ebook ini.
Comments
Post a Comment