Kereta rosak - 22/4/2013
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle
Foto : Carian goggle
Semalam kereta saya mula menunjukkan tanda-tanda nak meragam. Pagi-pagi lepas hantar baby Raisha ke rumah mak mertua, tiba-tiba kereta pula tidak boleh dihidupkan. Panik juga saya dibuatnya. Oleh kerana masa pun dah lewat, jadi saya tinggalkan kereta di hadapan rumah mak, dan saya hantar kakak ke sekolah dengan berjalan kaki. Nasib baik sekolah agama dekat. Kalau tidak jenuh juga nak berjalan. Saya biarkan ayah mertua tolong tengok-tengok apa yang perlu dilakukan. Pulang dari menghantar kakak ke sekolah saya lihat kereta sudah boleh dihidupkan. Kata bapa mertua mungkin plug ataupun bateri kereta.
Baru beberapa hari yang lepas, en suami sudah menukar tayar kereta gantian kerana tayar yang sedia ada telah pancit. Nampaknya botak jugalah bulan ini, hendak membeli tayar dan bateri baru. Baru bulan lepas berganti tayar kereta dua yang di hadapan. sebelum ini tak pernah lagi meragam. Mungkin agaknya sudah pakai hampir 4 tahun, jadi perlulah diganti mana-mana yang rosak.
Agaknya macam ini lah rupa tayar kereta saya yang perlu berganti tempoh hari. Kata en suami, benang tayar sudah terkeluar, dan bunganya pun sudah botak.
nak mula bisnes butik, boleh dapatkan ebook panduan mula bisnes butik di sini
Comments
Post a Comment