Hobi - 16/4/2013
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle dan foto sendiri
Foto : Carian goggle dan foto sendiri
Hobi merupakan satu kegemaran yang dilakukan oleh setiap orang untuk mengisi waktu lapang. Adakalanya ia dilakukan secara serius atau secara sambilan. Hobi yang kita miliki sebenarnya boleh dikembangkan dan dijadikan peluang bisnes. Saya juga mempunyai hobi tersendiri. Saya sangat suka membaca dan mengumpul novel. Selain itu, saya suka membaca buku-buku motivasi hidup dan motivasi perniagaan.
Bagi saya dengan membaca saya dapat mengurang dan menghilangkan tekanan. Saya juga seronok melakukan aktiviti membaca dan gemar berkongsi bahan bacaan dengan rakan yang lain. Sebenarnya sesuatu perkara itu jika kita lakukan dengan ikhlas pasti kita akan berasa seronok untuk berkongsi dengan orang lain. Saya akan menjadi tidak karuan jika telah tiada bahan bacaan untuk dibaca. Mulalah meminjam buku rakan lain. Oleh kerana minat yang begitu mendalam dalam bidang bacaan ini, kadang kala apabila orang bercerita tentang buku, pasti saya meminjamnya.
Malah pernah terdetik di hati saya untuk menjadikan hobi ini sebagai peluang bisnes, iaitu dengan membuka sebuah mini perpustakaan dan memberi sewaan bagi mereka yang berminat untuk membaca. Jika kita menjadikan hobi sebagai satu peluang untuk mendapat pendapatan kita perlu kekalkan momentum melakukan hobi tersebut dengan keseronokan agar bisnes yang dilakukan tidak hanya separuh jalan. Malah jika dilakukan secara konsisten pasti menghasilkan pendaptan yang lumayan kerana kita melakukan dengan penuh minat.
Kadang kala ada sesetengah orang berpendapat hobi banyak menghabiskan duit, tapi bagi saya tidak. Saya tidak menghabiskan wang sepenuhnya untuk membeli bahan bacaan. Adakalanya saya meminjam buku-buku daripada perpustakaan. Sebenarnya ia terpulang kepada kita bagaimana untuk menguruskan hobi tersebut agar tidak terlalu membazir, malah dapat pula menjana pendapatan.
Comments
Post a Comment