Usahawan Muslim

Teks : Anys Idayu Zakaria

Keusahawanan bukan sahaja fokus kepada mencari rezeki, ia juga satu bidang yang mendorong muslim untuk menjadi seorang usahawan yang bertakwa, dan berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Dalam menjalankan kegiatan perniagaan, seseorang usahawan muslim perlulah memastikan peraturan berikut dipatuhi sesuai dengan prinsip yang tidak memudaratkan.
1.      Niat yang betul
2.      Al-Adl Wal Ihsan – melaksanakan keadilan, kebajikan, memberi sedekah dan tidak melakukan perkara keji, mungkar serta menzalimi orang lain dan diri sendiri.
3.     Amanah dan benar dalam urusan perniagaan. Menyorok barang adalah diharamkan. Menyorok barang adalah berbahaya kepada masyarakat dan negara kerana ia akan menyebabkan kekurangan barang yang dikehendaki masyarakat dan menyebabkan harga akan meningkat dan tekanan kepada kadar inflasi.
4.     Kaedah pemasaran yang beretika – Seorang usahawan hendaklah memastikan bahawa sebarang bentuk pengiklanan atau promosi benar-benar mencerminkan kualiti barang atau perkhidmatan agar pembeli berasa tidak tertipu.
5.     Usahawan muslim juga hendaklah memastikan perniagaan mereka tidak mempunyai unsur-unsur gharar dengan menyifatkan barang yang dijual dengan sifat yang berlainan daripada yang sebenar.
6.     Tidak terlibat dengan riba – Membebaskan diri dari riba. Memastikan sumber yang diperolehi sebaik yang mungkin.
7.     Tidak mengeluarkan produk atau menyediakan perkhidmatan yang haram, rendah kualiti atau yang bertentangan dengan syariat.
(sumber : Berita Harian, 18 Julai 2013)
 
 
Pendaftaran kelas online masih rancak seperti biasa.
Pelbagai dilema yang dikongsi. Memandangkan juga kebanyakan adalah mempunyai masa yang terhad dan juga kekangan modal. Jadi dua kelas online diperkenalkan. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sejak bulan pertama diperkenalkan. Kini lebih 100 blog sudah pun dihasilkan melalui kelas secara online. Penyertaan adalah berdasarkan, analisa awal untuk mengenalpasti apa matlamat utama mahu belajar di kelas ini.

Dua kelas diperkenalkan.
1. Kelas Asas Blog & Penulisan
1. Kelas Asas Blog & Fan page.
Hubungi saya untuk pendaftaran dan analisa awal.

 
 
 

Comments

Popular Posts