Salam Syawal
Teks : Anys Idayu Zakaria
Alhamdulillah insya Allah harini Ramadhan terakhir untuk kita menjalani ibadah berpuasa pada tahun ini. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kita. Semoga kita terus istiqomah melakukan amal ibadah berganda-ganda walaupun berakhir Ramadhan.
Alhamdulillah untuk tahun ini saya berkesempatan menyambut 3hari terakhir Ramadhan di Kelantan. Dah lama benar rasanya tak balik kg. Kami bertolak balik Kelantan hari Ahad lepas, jam 5pagi. Alhamdulillah sampai di kampung pukul 4petang. Waduh lenguh habis badan hampir 11jam memandu. 😱😱 Jenuh juga memandu seorang sambil melayan Raisha yang hampir-hampir boring sebab dah lama sangat duduk dalam kereta.
Terimaksih Allah kerana lancarkan perjalanan kami.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Ribuan kemaafan kepada semua pembaca yang sudi singgah di sini. Ampun dan maaf sekiranya ada perkongsian dan penulisan yang menguris hati kalian. Semoga ada yang memberi manfaat.
Selamat menyudahkan Ramadhan terakhir hari ini. Salam Aidilfitri. Berhati-hati bagi yang mahu pulang ke kampung halaman. Semoga Syawal kali ini memberi seribu kenangan. 😍😍
#anysidayuzakaria #kelasonlineblog #agengroupsupportlike #janapendapatandenganblog
Comments
Post a Comment