GSL Support Team Yang Sangat Superb

Cik Moon, GSL Dan Langsir
Bekerja di syarikat takaful ini adalah pekerjaan kedua Cik Moon selepas grad dari UiTM. Selepas 10 tahun berada dalam kedudukan selesa Cik Moon mula berfikir untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Apa tu? Cik Moon nak jadi WAHM. Bunyi macam gila..dah senang kenapa nak susah..
Mulakan langkah dengan join satu support team yang mengajar tentang penulisan blog dan networking dan dalam masa yang sama pergi menuntut ilmu langsir. Cik Moon juga start buat page Langsir Curtain Online dan terima tempahan langsir walau tak banyak sebab part time kan.
Pada Dec 2015 Cik Moon merisik tentang GSL dengan Puan Anys Idayu Zakaria. Ambil masa 3 bulan jugak nak confirmkan pendaftaran. Kononnya biarlah berbaloi pelaburan ni. Nak buat camne budak Finance memang berkira sikit..Akhirnya Cik Moon join team GSL Golf Bermulalah perubahan drastik dalam entri fb dan kehidupan Cik Moon.

Terima kasih kepada tuan Khairul Zahrin Abd Karim sebab idea support team yang superb ni. Setiap hari minda ini membaca dan menulis entri yang supportive dan ada juga tazkirah pendek sebagai peringatan diri. Friendlist mencanak naik dan juga of course, like bertambah-tambah. Jangan tak percaya dengan like ni dapat menambah keyakinan diri.

Lepas tu upgrade lagi ke GSL Elite Force. Wahh memang berbaloi..dahlah dapat kelas business percuma setiap bulan, berada dalam lingkungan orang berjaya membuatkan kita pun rasa kita ke arah tu walau belum 100%. Tempahan langsir pun makin masuk. Bukanlah semua sahabat GSL tempah langsir dengan Cik Moon tapi mungkin keikhlasan doa kalian setiap pagi ada yang makbul.
Cik Moon merealisasikan impian Cik Moon dengan menghantar surat cinta ke HR. Kena lak interview. Ingatkan exit interview rupanya interview pasal GSL. Hmmm baru Cik Moon sedar hashtag GSL dalam setiap entri fb ada tarikannya...Apa perubahan luar biasa Cik Moon lepas ni?
Biasa kerja dengan kalkulator dan excel file, lepas ni dengan gunting dan mesin jahit
😘 Biasanya yes boss, pasni Cik Moonlah boss Cik Moonlah kuli
😊 Paling best senyuman manis anak2 bila tahu umminya akan serve mereka 24 hours..
Cik Moon sedar Cik Moon akan kehilangan ribuan ringgit setiap bulan tapi insyaallah Allah akan gantikan lebih dengan cara yang berbeza. Mohon sahabat semua kalau tak tempah langsir pun takpe, please like n comment sebagai tanda support uolls.
TQVM
Salam sayang dari Cik Moon untuk semua sahabat. Moga Allah mudahkan urusan kita dalam memperbaiki diri demi kehidupan dunia dan akhirat.

Comments

Popular Posts