Tuesday, 22 September 2015

Salam Takziah

Teks  : Anys Idayu Zakaria
Foto : Anys Idayu Zakaria 



Allahuakbar, akhirnya pagi semalam pergi jua sahabat baikku di Politeknik. Kau pergi mengadap Ilahi. Aku doakan kau berbahagia di sana Naraswati Arshad.  Sungguh memang sangat sedih di hati kami, apatah lagi arwah merupakan seorang rakan yang sangat baik, sangat kelakar, dan pandai menjaga hati sahabat lain.  Sepanjang perkenalan kami, jarang sekali aku lihat arwah bersedih, apatah lagi menangis atau pemarah.  

Kami redha dengan pemergianmu sahabat, kerana kau sudah terlalu lama menanggung kesakitan dan penderitaan. Moga diampunkan dosa-dosa dan dicucuri rahmat Ilahi ke atas roh arwah.