Suka Duka 2014

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Alhamdulillah, selamat pagi. 2014 bakal melabuhkan tirai, meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis, pengalaman, pengajaran, kegagalan, kejayaan.

Allah swt tidak sekali-kali menzalimi hambaNya. Apa yang didatang dan ujian adalah anugerah untuk kita, bukannya musibah. Pasti ada sesuatu yang lebih baik disebalik kejadian. Yang penting kita perlu kuat semangat dan redha dengan ujian tersebut, barulah dapat merasai nikmat anugerahNya.

Kita sama-sama terus hulurkan bantuan dalam bentuk derma, bantuan tenaga, dan doa. Semoga mereka yang diuji diberikan ketabahan. Dan ia juga merupakan ujian kepada kita juga sebenarnya, samada kita ikhlas membantu atau sebaliknya.

Bagi saya sendiri, tahun ini benar-benar meninggalkan satu kenangan dan pengalaman yang sukar digambar. Pegang kuat-kuat sebagai pengajaran dan pengalaman hidup.  Semoga 2015, akan lebih bermakna.  Nak mula merangka azam dan tekad yang ingin dicapai untuk setahun akan datang ini, semoga ada sesuatu kemanisan dalam bisnes, kerjaya dan keluarga.

Bakal masuk tahun ke-3 saya berblog. Alhamdulillah, tahun pertama merupakan tapak dan cara untuk saya bermula. Tahun ini pula, saya belajar menulis dengan konsisten, sambil memberi tunjuk ajar kepada mereka yang mahu memulakan bisnes secara online dengan menggunakan blog, dan tahun ini juga Alhamdulillah, saya sudah mula dapat rasa hasil menulis blog. Ramai yang sudah boleh jejak saya hanya melalui carian di google, dan kata kunci penulisan di blog.

Perlu lebih banyak lagi tambah ilmu dan dunia bisnes. Besarnya angan-angan nak berjaya, dan kaya supaya dapat membantu lebih ramai orang lain. Insya Allah.

Jom kita mula rangka azam untuk 2015.
- azam ingin baca sejuzuk / setengah juz sehari
- azam tak tinggal puasa sunat isnin khamis
- azam wajibkan diri derma sekurangnya rm 10 dlm tabung masjid setiap jumaat
- azam nak 'on'kan solat tahajud setiap hari.
- azam tak nak tinggal solat dhuha
- mahu lazimkan istighfar at least 100x sehari
- lazimkan selawat at least 100x sehari.
- lazimkan zikir setiap hari. Anda pilih apa yg terbaik
- tambah ilmu agama dalam bab yang masih tidak dikuasai.
- baca buku agama/motivasi diri at least sebuah sebulan.
- azam henti mengata, mengumpat, mencerca & berfikir negatif
- azam penuhkan hidup setiap hari dengan perkara positif
- menambah koleksi sahabat / rakan yang baik2
- azam ingin mengenali lebih ramai ulama / orang berilmu

Yang penting, sebelum setkan apa jua azam lain, setkan bab ini dahulu. Ia adalah 'core' kepada yg lain kerana azam inilah yg akan bantu kita bersihkan jiwa. Azam inilah yang akan bantu kita dekatkan diri dengan Tuhan.

Percayalah, apabila hati sudah dibersihkan & hubungan dengan Tuhan semakin rapat, segala azam-azam lain akan lebih mudah tercapai.
Kerana, 'kabel' anda dengan Tuhan semakin erat.
(Us Asraff Ayobb)

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pembaca yang sudi singgah ke blog saya. Terima kasih pada yang sudi bertanya tentang servis yang saya tawarkan. Terima kasih kepada yang sudi membeli produk-produk digital dan produk fizikal yang ada di kedai online saya.

Terima kasih tak terhingga kepada semua ahli keluarga, atas sokongan dan semangat untuk terus kekal berjaya. Terima kasih kepada semua sifu-sifu, terutamanya pengasas ABDR, Kak Masayu Ahmad. Tanpa tunjuk ajar beliau, sudah tentu blog saya juga tidak terhasil. Terima kasih kepada semua sahabat handai, Team ABDR. Terima kasih kepada semua protege di bawah bimbingan saya, di kelas online ABDR. Terima kasih kerana sudi menimba ilmu bersama saya. Saya seikhlasnya menyampaikan, semoga kalian dapat manfaatkan sepenuhnya.

Semoga tahun 2015 akan memberi satu sinaran kegemilangan dalam hidup, kerjaya, bisnes dan keluarga. Semoga kita terus kaya mengumpul saham akhirat.Insya Allah.

SELAMAT TAHUN BARU 2015, Semoga kita terus diberkati dan dipermudahkan urusan.


Anys Idayu Zakaria
www.anysidayu.blogspot.com

Comments

Popular Posts