Raisha 2 Tahun

Teks : Anys Idayu Zakaria

Pantas masa berlalu, 28 Disember lepas anak mama genap 2 tahun. Selamat hari lahir Raisha Qasrina. Semoga menjadi anak yang solehah, kebanggaan keluarga. 

Memang betul hampir terlupa mama, dek kerana minggu tersebut sibuk dengan presentation dan peperiksaan akhir. Tambahan pula, dugaan dengan kereta sakit memang betul-betul lupa semua.
Syukur nenek tolong ingatkan mama. Hehehe. Untuk tahun ni tak ada sebarang sambutan. Sebelum ini pun memang tak pernah sambut juga. Tunggu nanti ada rezeki lebih mama belikan hadiah yerk ;)

Keletah Raisha yang buatkan semua orang tak larat nak melayan. Tambahan sudah mula pandai bercakap, ada saja ceritanya. Hari-hari kalau boleh nak ajak pergi "aman" (taman permainan).

Mama doakan semoga adik membesar dengan sihat. Menjadi insan berguna, berbudi pekerti, berakhlak mulia.



Comments

Popular Posts