Perbankan Internet Penting Untuk Peniaga Online

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto Carian Goggle


Sebagai peniaga online kita pasti akan sentiasa melakukan transaksi atau pembayaran dan pemindahan wang ke akaun bank. Terutamanya bagi yang menjalankan bisnes online secara dropship. Jika kita menjalankan bisnes dropship, pasti kita perlu pindahkan sejumlah wang mengikut belian pelanggan ke akaun pembekal. Ini untuk membolehkan barangan belian pelanggan diuruskan.
 
Suka saya nyatakan jika kita merancang untuk berbisnes online, buatlah akaun bank yang memudahkan pelanggan untuk membeli dan membuat transaksi terus ke akaun kita. Zaman IT sekarang ini semuanya di hujung jari. Jadi rata-rata antara kita lebih suka bershopping atau beli belah hanya melalui internet. Sebagai seorang peniaga online, kita perlulah ada sekurang-kurangnya satu akaun bank yang memudahkan pelanggan berurusan dengan kita. Akaun bank yang biasa dimiliki dan mudah untuk membuat transaksi online ialah Maybank dan CIMB.
 
 

Bank lain juga seperti public bank, Bank Islam, RHB juga ada menawarkan sistem online. Tapi saya lebih suka dua akaun bank ini. Tambahan pula ramai antara kita memang memiliki dua akaun ini, dan lebih mudah untuk berurusan secara online. Proses untuk mendaftar online tidaklah sesusah mana. Kita hanya boleh daftar sahaja di mesin ATM. Apa yang penting kita perlu memasukkan no telefon kita sendiri untuk memudahkan pendaftaran dan penggunaan secara online, kerana setiap kali kita membuat pemindahan wang atau lain-lain bayaran, kita memerlukan satu no TAC yang akan dihantar oleh pihak bank ke no telefon kita. No TAC tersebut kita perlu masukkan di keterangan yang diperlukan untuk meneruskan sesi transaksi dan bayaran diproses. Dan setelah selesai pihak bank akan menghantar satu message ringkas (sms) transaksi berjaya dilakukan kepada pemilik akaun yang berdaftar atas no telefon tersebut.
 
Mengikut pengalaman saya sendiri, saya lebih suka menggunakan Akaun Maybank kerana kita boleh simpan no akaun bank lain yang selalu kita berurusan. Tambahan pula, jika no akaun tersebut telah disimpan dalam "Favourite 3rd party'' kita sudah tidak perlu meminta no TAC baru jika mahu membuat transaksi. Jadi ini sangat memudahkan saya. Ada kalanya saya juga membuat transaksi hanya menggunakan phone. Yang mana saya telah download aplikasi Maybank ke telefon. Proses transaksi juga tidak rumit dan menjadi lebih mudah.
 
Walau bagaimanapun, setakat ini saya belum pernah memindahkan wang dari akaun Maybank ke akaun bank saya yang lain, kerana saya masih belum menjumpai ikon transaksi yang melakukan pemindahan segera. Hanya yang ada transaksi yang mengambil masa 2-3 hari waktu bekerja. Jika untuk pemindahan wang ke akaun bank lain, saya lebih suka dan biasa menggunakan CIMB dan  Public Bank. Dua bank ini ada menyediakan perkhidmatan transaksi segera dari akaun bank yang sama atau bank berlainan, dengan mengenakan caj sebanyak RM 2 setiap kali transaksi dilakukan.
 
Jika kita sudah boleh akses bank secara online ini memudahkan kita untuk menyemak bayaran pelanggan. Ada kala jika mereka memaklumkan sahaja sejumlah wang yang telah dimasukkan ke akaun kita tanpa menghantar bukti pembayaran, kita dengan cepat dan mudah boleh menyemak akaun bank. Ini membolehkan kita membuat proses belian mereka. Jika pelanggan yang membuat transaksi menerusi online, dan mereka memasukkan alamat email dalam butiran transaksi, kita juga akan menerima email daripada pihak bank. Bagi peniaga online yang tidak boleh akses akaun bank mereka secara online, ini akan menyukarkan mereka sendiri. Sebagai contoh, jika ada pembeli yang membuat belian dan memaklumkan ada memasukkn bayaran untuk produk tertentu, pastinya anda perlu menyemak terlebih dahulu akaun bank sebelum membuat proses penghantaran barangan mereka. Jika mereka ada menghantar bukti pembayaran sekalipun, kita sebagai peniaga perlu juga menyemak akaun bank untuk memastikan sejumlah wang tersebut telah dimasukkan. Pasti akan mengambil masa pula kita hendak keluar ke bank. Jika bank tersebut terletak bersebelahan dengan rumah atau pejabat, pasti tiada masalah. Bagaimana jika bank agak jauh dari tempat kita. Bukankah itu sudah menyulitkan.
 
Bagi peniaga dropship pula, jika tiada akses bank secara online turut akan menyukarkan proses jualan. Peniaga online yang menjalankan bisnes dropship, perlu memindahkan wang belian pelanggan ke akaun pembekal untuk membuat proses belian pembeli. Jika kita tidak boleh akses secara online, pasti kita perlu mengambil masa untuk keluar ke bank dan membuat transaksi kepada pembekal. Jika kita sendiri ketika itu sukar untuk bergerak keluar dan ke bank, pasti akan melambatkan proses belian mereka.
 
 

 
 
Walaupun transaksi online ini memudahkan urusan peniaga online, ada juga beberapa kelemahan. Antaranya jika sistem bank problem, kita tidak dapat untuk akses ke laman bank tersebut. Ada juga ketika sistem perlahan, no TAC yang diminta lambat diterima melalui sms dan menyebabkan kita perlu membuat sekali lagi proses transaksi, kerana jika kita log in  terlalu lama tanpa melakukan apa-apa proses, akaun bank kita akan automatik log out dengan sendirinya. Saya juga pernah mendengar rakan-rakan ada memaklumkan akaun bank kita boleh di lock oleh pihak bank jika kita terlalu banyak membuat transaksi atau menerima kemasukkan wang. Setakat ini saya belum pernah melalui pengalaman ini. Apa pun, yang kita perlu berikan perhatian semasa transaksi dijalankan ialah keselamatan kerana ia melibatkan pemindahan wang ke akaun bank.
 
Setakat ini, saya hanya menggunakan akaun bank biasa sahaja untuk proses transaksi dan jualan online. Saya belum pernah menggunakan transaksi lain seperti pay pal, kredit card atau lain-lain. Bagi peniaga yang baru menceburi bisnes secara online, pilihlah yang mana sesuai ikut pilihan anda sendiri. Dan yang paling penting gunakan yang mana anda ada. Jika sudah ada akaun maybank dan cimb, gunakanlah sahaja dua akaun ini dahulu. Jika sudah mahir, dan bisnes juga sudah stabil dan kencang, bolehlah daftar untuk pay pal atau kad kredit pula. Lagipun, pada saya sendiri tidak ramai antara kita peniaga mahupun pembeli yang memiliki dua akaun ini untuk membuat belian secara online.
 
 
sekian, semoga memberi manfaat. Bersambung entri lain pula.
 
Tinta Penulis
 
 
 
 
 
 
Pendaftaran kelas online asas membina blog kemasukan promosi November masih berlangsung.
Dapatkan ebook 101 idea home based bisnes ini secara percuma melalui pendaftaran kelas
 
 

 
 
 
Juga masih berlangsung. Pakej bekerja di rumah dengan pelaburan hanya RM 100 sahaja untuk mula merancang bekerja di rumah sebelum 2014 menjelang.
 




Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online

Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :

Sms/ Whatsapp : 017-7912993

Comments

Popular Posts