Telefon Pintar - 30/4/2013

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle

Sudah lama saya berangan untuk memiliki telefon pintar yang mempunyai adroid yang lengkap untuk memuat turun pelbagai jenis aplikasi.  Mula-mula dahulu sewaktu melihat orang lain memiliki telefon jenis ini saya seperti tak berapa endah dan merasakan ianya tidak begitu penting.  Tapi sejak menjalankan bisnes secara online saya berasa teramat perlu untuk memiliki telefon jenis ini. Mulalah dalam hati berangan-angan untuk memilikinya. Sudah banyak kali terniat di hati untuk menggantikan telefon yang sedia ada. Tapi kata en. suami gunalah telefon yang ada sehingga benar-benar rosak. 

Semasa saya berpantang tempoh hari agaknya telefon lama saya mula merajuk. Padahal sebelum ini kerap terjatuh tetapi tidak sehingga menjejaskan penggunaan.  Tiba-tiba pada hari itu, telefon saya telah terjatuh dan skrinnya pula rosak.  Kebetulan pula pada ketika itu ibu mertua saya hendak memberi kami hadiah kerana beliau telah mengeluarkan wang kwsp pertama pada usia 50 tahun.  Jadi kami setiap seorang  (en.suami, saya, kakak dan baby raisha) mendapat RM 1000 daripada ibu mertua. Apa lagi saya gunakanlah wang tersebut untuk menukar telefon yang rosak itu kepada telefon baru.   Oleh kerana pada ketika itu saya sedang berpantang, jadi pembelian hanya dilakukan oleh en.suami seorang. Saya telah berpesan kepada en.suami supaya mencarikan telefon jenama samsung yang agak sederhana harganya dan lengkap dengan aplikasi untuk memudahkan saya online. En.suami belikan saya telefon Samsung Ace.


Saya memang sangat gembira kerana akhirnya hajat untuk memiliki telefon pintar ini tercapai. Sebenarnya saya bukannya orang yang terlalu mengikut peredaran semasa.  Tetapi bagi saya telefon jenis ini amatlah penting bagi yang sedang menjalankan bisnes secara online. Kenapa saya katakan ia penting?  Dahulu sewaktu tidak memiliki telefon pintar ini, saya hanya online menggunakan komputer. Jadi proses menjawab pertanyaan pelanggan agak lewat kerana waktu untuk saya mengadap komputer agak terbatas apabila berada di rumah. Kadangkala, oleh kerana kesibukan dengan tugas-tugas di rumah pada hujung minggu saya langsung tidak dapat online.

Akhirnya setelah memiliki telefon ini, saya mula memuat turun semua aplikasi yang dirasakan perlu seperti facebook, fanpage manager, whats app, adobe reader, gmail, blog dan maybank2u. Senangkan semuanya hanya dimuat turun melalui goggle play. Mudah rasanya untuk saya online di mana sahaja berada dengan hanya menggunakan telefon ini.  Apa yang paling saya suka, saya boleh baca ebook hanya melalui telefon dan mengemaskini blog juga melalui telefon.

Bagi kawan-kawan di luar sana yang sedang mencari telefon yang sesuai untuk digunakan bagi tujuan bisnes, saya mencadangkan kalian carilah telefon pintar yang boleh memuat turun semua aplikasi yang memudahkan urusan bisnes kalian.







COKLAT MINDA jenama Hijrah adalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan dikelaskan sebagai makanan. Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah.

Comments

Popular Posts