Novel Kucing

Sapa peminat kucing?
ANDA SUKA KUCING?
Berita baik! Kajian menunjukkan membela seekor kucing boleh mengurangkan kadar stress seseorang.
Mengelus bulu kucing yang lembut lagi gebu dan menerima reaksi kedip-kedip mata si comel akan membuatkan seseorang itu kurang berisiko terkena serangan jantung dan strok!
Buat pencinta kucing di luar sana, apa kata ajarkan anak-anak seawal usia untuk menyayangi si manja. Dapatkan buku siri KUCING PALING - buku yang penuh aksi, info dan menghiburkan. Bacalah:
Kisah Kucing Paling Diva - Bayangkan hidup seekor kucing yang mewarisi segala kekayaan tuannya. Apabila seorang Datin Seri tiada zuriat anak, maka diwasiatkan semua harta buat si bulu kesayangan. Maka jadilah si kucing itu... kucing paling kaya dan paling diva di Malaysia! Tetapi ada saudara terdekat yang cemburu dan berdendam, maka si meow sila berjaga-jaga...
Cerita Kucing Paling Seram - Benarkah kucing hitam itu jelmaan hantu? Benarkan kucing hitam pembawa malang? Bacalah kisah ini dan perbetulkan persepsi tahyul. Tiada hantu dalam dunia, hanya gangguan jin dan syaitan semata-mata. Dan jangan sesekali salahkan kucing hitam yang comel sebenarnya!
Haa.... suruhlah anak-anak baca kisah-kisah ini. Laras bahasa terjaga, mengetahui info berguna. Paling penting, menjadikan anak-anak lebih empati dan penyayang orangnya.

Image may contain: text

Comments

Popular Posts