Novel Akibat Gila Viral

"Malu satu keluarga... dia viral sebab tarian Tik Tok!"
"Taip status twitter melampau sangat, akibatnya seluruh warga Internet kecam sampai sekarang."
"Motif viral? Video kurang ajarnya sudah tersebar!"
Inilah situasi sekarang, dunia tanpa sempadan... Internet di hujung jari membuatkan penyebaran maklumat tiada lagi batasan.
Viral = Tular = Popular sekelip mata di Internet.
Ya, remaja sekarang mengejar viral! Jumlah 'likes' itu penting sampai lupa dosa pahala...
Rata-rata juga berlumba mengumpul 'followers' demi terlihat hebat pada mata rakan-rakan... itu adalah norma yang tidak sihat sebenarnya!
Jom baca lagi kisah dan pengajaran dalam NOVEL TERBARU BLINK. Akibat Gila Viral

Ada 5 kisah peringatan DALAM NOVEL AKIBAT GILA VIRAL INI :
🔥menjaga jari jemari, jangan sesuka hati menaip status mengaibkan orang demi meraih perhatian.
🔥 jaga liuk lentok tubuh. Elakkan terlalu teruja menari TikTok hingga jatuh dosa besar!
🔥berhati-hati dengan produk viral di Internet. Bukan semuanya selamat, banyak yang boleh meragut nyawa jika diambil tanpa nasihat doktor.
🔥 jangan jadi mak cik bawang di media sosial. Dosanya sama tara dengan dosa mengunpat ya!
🔥hati-hatilah dengan persepsi kesempurnaan di media sosial. Semua gambar boleh dicantikkan. Semua video boleh dilakonkan. Jangan tampil cantik di media sosial, tetapi dalam dunia sebenar... penuh kepura-puraan!
Sungguh... novel ini padat pengajaran, sesuai sangat buat bacaan remaja zaman sekarang. Bertindaklah ibubapa, bantu remaja mengetahui sempadan-sempadan dalam penggunaan media sosial.








Comments

Popular Posts