Motivasi buat affiliator
"Tuan ini macam hati kering sahaja. Konsisten bercakap hal yang sama hari-hari (penulisan). Cakap benda yang niche pula itu. Kenapa tak berhenti sahaja?" "Kawan, Nabi pun berjuang bercakap perkara yang sama hari-hari, tiada Tuhan melainkan Allah." "Yalah, macam mana setiap hari boleh bertahan?" Berlatihlah menukar cara fikir daripada, "Alaaa dah cuba tak menjadi pun, orang tak mahu," kepada, "Tak apa, hari ini tak jadi, esok cuba lagi dengan cara atau mesej berbeda. Gol tetap sama.." Ubah cara otak 'melihat', barulah kau nampak setiap hari ada harapan baharu. Ramai yang tak tahu, idea Tabung Haji sebenarnya ditolak oleh kerajaan pada waktu itu. Ya, idea itu tak bersambut. Tetapi, Profesor Diraja Ungku Aziz tetap bercakap dan membentangkan idea itu agar orang Melayu dapat menyimpan wang secara selamat. Beliau tidak mahu melihat keadaan orang kampung hilang wang simpanan haji yang disimpan di ruma