Friday, 31 March 2017

Contoh Blog Yang Aktif

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kalian jika mahu lihat contoh blog pelajar  ABDR yang aktif, kalian boleh lihat blog Puan Nasriah Abdullah.  Beliau bukan sahaja aktif berbisnes secara online menggunakan Blog juga FB. Tapi aktif berbazar, aktif ke sana sini sertai ekspo, jualan tapak dan lain-lain.  Jadi siapa kata dah sibuk di luar masih tak boleh berblog kan. Ini antara contoh pelajar blog yang aktif blog dan juga bisnes. Boleh lihat link ini http://nasriahabdullah.blogspot.my

.
Beliau salah seorang pelajar blog ABDR yang belajar secara bersemuka di JB. Merupakan salah seorang Konsultan Mary Kay, Produk kecantikan yang tengah meletup tu. Kalian yang ada buat bisnes produk kecantikan, jika mahu lihat contoh blog boleh jenguk blog Pn Suehaiza Salam http://suehaizasalam.blogspot.my

.
Pn Emme Marina, salah seorang pelajar Blog ABDR yang sangat laju ke depan. Selepas mahir menggunakan blogspot beliau sudah upgrade blog ke domain sendiri. Siapa kata dah belajar gunakan yang percuma tak boleh beli domain. Boleh memang tak de salahnya. Yang penting bagi mahir yang percuma dulukan http://www.emmemarina.com/

.

Ini antara mereka yang memang aktif berblog setelah belajar di ABDR mereka menggunakan blog sebaiknya untuk menulis dan menjana pendapatan. Sudi-sudilah singgah ya. Boleh lihat hasil blog mereka.   Nanti lain hari saya kongsi lagi blog pelajar yang lain. #PelajarblogABDR

Kalian yang mahu sertai kami, boleh daftar untuk KELAS BLOG BISNES atau KELAS BLOG BISNES PENULISAN. Nak lebih mudah, boleh hubungi saya melalui WA 0177912993 saya akan terangkan lebih lanjut ya.

Untuk kelas Blog Bisnes bulan April, berbaki 9 tempat kosong.

Tuesday, 28 March 2017

Jom Tulis Buku Sendiri

Tek : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Anys Idayu Zakaria 


 
Soalan : Saya ada cubaan mahu menulis buku. Keterujaan mahu hasilkan sebuah buku sendiri. Ada sesuatu yang saya mahu kongsikan untuk tatapan orang lain, tetapi tidak pandai mahu menulis dan menyusunnya menjadi sebuah buku.
.

Jawapan : Jika kalian seperti ini, wajib hadiri Bengkel Menulis Buku Umum Pertama bakal diadakan di Johor Bharu pada 8 April ini.
.

Soalan : Buku umum tu macam mana pula?
Jawapan : Apa sahaja buku "non-fiksyen" yang kalian mahu tulis. Contohnya pengalaman hidup, kerjaya, motivasi, inspirasi, resipi, hobi, kemahiran dan pengalaman, cara untuk melakukan sesuatu (how - to). Bukan novel atau cerpen.
.

Minggu ini minggu akhir untuk daftar. Jika kalian mahu lihat buku hasil tulisan sendiri berjaya ditulis. Bengkel ini sangat disarankan untuk turut serta.

Belajar Blog di Skudai

Tek : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Anys Idayu Zakaria 

 Kami akan anjurkan KELAS ASAS BLOG secara one to one pada

Tarikh : 31 Mac 2017


Masa : 3pm - 6pm


Yuran : RM270 (nota, bonus 6 ebook, pack lunch) 


Tempat : Skudai (akan dimaklumkan semula)


Keperluan : Laptop & buku nota 


Kalian yang berminat, mohon WA saya ye. 017-7912993 

Tuesday, 21 March 2017

Bagaimana Mahu Nama Kita Ada Di Carian Google

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Sebaik segera menjawab salam dan bertanya dari mana dan tujuan, si pemanggil mencelah. Agak tidak sabar mahu tahu kenapa dan bagaimana.
.
"Cop, boleh saya tahu macam mana Puan settingkan nama puan ada di google, dan tangga teratas sekali?"
.
Agak berfikir juga mahu menjawab. Apa yang saya setting ya. Jawapan ditanya dengan soalan juga.
.
"Boleh saya tahu apa sebenarnya yang puan sedang cari di google. Maksudnya, apa yang puan taip hingga menemukan nama dan no telefon saya?"
.

"Saya taip Kelas blog, terus keluar nama puan. Jadi saya hubungi puan. Saya nak tanya kelas blog dan cara untuk setting nama seperti puan buat".

Sebenarnya tiada apa rahsia, cara untuk setting. Saya buat secara manual sahaja dengan menulis secara konsisten di blog ini. Kebanyakkan carian yang kalian temui dari blog ini, atau blog-blog saya yang lain. Boleh jadi juga boleh Team ABDR, yang turut menemukan link blog saya.

Fokus dan kata kunci utama ialah menulislah secara konsisten di blog kerana ia membantu nama, blog dan juga apa yang kalian tawarkan mudah dijejak di carian google.

.
Yang ini khas untuk kalian di Johor Bahru

 Kami akan anjurkan KELAS ASAS BLOGSHOP (KEDAI ONLINE) secara one to one pada

Tarikh : 31 Mac 2017

Masa : 3pm - 6pm

Yuran : RM270 (nota, bonus 6 ebook, pack lunch)

Tempat : Skudai (akan dimaklumkan semula)

Keperluan : Laptop & buku nota

Jika Tuan Puan berminat, sila Reply WA 017-7912993, saya akan berikan maklumat lanjut.


Bagi kalian yang jauh, boleh sertai kami di KELAS ONLINE BLOG pada bulan April ini. Juga boleh WA saya untuk keterangan ya.

Ok jumpa lagi.

Monday, 20 March 2017

Wajib Konsisten Menulis Blog

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Bagaimana mahu konsisten menulis di Blog?
Tak kisah kalian buat blog fokus untuk berbisnes (blog kedai online) atau blog penulisan, konsisten menulis sehari 1 entri, untuk latihan 44 entri pertama. Nak lebih laju dan lagi baik sehari 2 entri, selesai 44 entri pertama dalam masa 20 hari.

.
Jika bersama kami di kelas blog ABDR, tugasan menulis entri saya katakan tugasan WAJIB buat setiap hari. hahahah biar jenuh mencari idea, janji latihan menulis mesti buat di blog. Tak susah sebenarnya kerana tulis berdasarkan 5 label utama yang diberikan.

Kenapa wajib? Kerana ia salah satu cara untuk latih kita menulis setiap hari, dan menjadi kebiasaan. Jadi bila selesai 44 entri kita masih terus menulis sepatutnya begitulah.  44 entri pertama itu sebagai latihan.  Dan juga, untuk membantu blog kita mudah berada di carian google. 

Wednesday, 15 March 2017

2017 Tahun Tambah Nilai



=======================
2017 TAHUN TAMBAH NILAI BUAT SURIRUMAH
=======================
Pernah tak mengeluh harga barang-barang naik? Duit elaun suami bagi tak pernah naik😭😂
Pernah tak berasa rendah diri kerana menjadi surirumah?
Pernah tak terfikir untuk menjual di facebook apabila melihat kawan-kawan lain ligat berniaga

Pernah kan? Pernah kan?

Kalau anda seorang surirumah, tipulah kalau tak pernah terfikir begitu. Jadi, tahun 2017 KALI INI apakata kita sama-sama TAMBAH NILAI DIRI bersama kami Jemaah Networking AKADEMI BEKERJA DI RUMAH!!

kenapa ABDR?

Kerana ianya rangkaian networking surirumah / suri berkerjaya yang sudah lebih 3 tahun bertapak secara online di Malaysia
Ada kumpulan sokongan secara online yang  terdiri dari pelbagai latar belakang.
Ramai peniaga yang menawarkan servis dropship atau boleh berkenalan dengan insan-insan hebat dalam bidang masing-masing

BAGAIMANA EH CARA NAK SERTAI🤔🤔🤔?

Kelas secara online sahaja - PERLU DISIPLIN berada depan PC / henset selama 20 HARI SAHAJA kemudian akan siap sebuah blog yang berinformasi. Kalau mahu berniaga hanya perlu SIAPKAN 16 LANGKAH MUDAH untuk mendapat sebuah blogshop yang lengkap dengan fanpage ❤❤

Kelas secara offline - Ada beberapa lokasi di Kelantan, Selangor & Johor.


👉🏻👉🏻Siapa yang BOLEH sertai kelas ONLINE?
Surirumah yang sibuk, masa adalah fleksibel
Surirumah yang celik IT tahu menggunakan smartphone dan PC
Surirumah yang komited dalam membina networking

👉🏻👉🏻Siapa yang boleh sertai kelas OFFLINE?
Surirumah yang sibuk dan mahu siapkan tugasan pada hari kelas
Suri berkerjaya yang mahu tambah ilmu dan membuat persediaan sebelum berhenti kerja
Surirumah yang betul-betul "newbie" dalam bidang online

BAGAIMANA MAHU SERTAI KELAS ASAS BLOG INI?

👉🏻👉🏻ONLINE : Pendaftaran DIBUKA UNTUK BULAN APRIL .
Tarikh : 10 – 30 APRIL 2017
Lokasi : GROUP WA
Masa : FLEKSIBEL
MASIH ADA 10 KEKOSONGAN LAGI!!!!!

APAKATA PESERTA YANG TELAH MENYERTAI KELAS ONLINE  SEBELUM INI ?

👉🏻  Bermula dari hari pertama lagi saya sudah begitu teruja menyiapkan tugasan yang diberikan. Dibawah bimbingan guru blog iaitu Puan Cikgu Anys Idayu Zakaria , saya mengikuti setiap tunjuk ajar yang diberikan. Unik sekali segalanya hanya dihujung jari, dalam masa yang singkat sahaja saya dapat menyiapkan asas blog untuk bisnes. Bagi saya amat berbaloi menyertai kelas ini. Protege akan dimasukkan kedalam group khas dan diberi tunjuk ajar satu persatu. Tiada lagi istilah menebar gandum merata-rata. Seekor burung pun tidak menyinggah. Hehe. (Dhuha Rashidi)

👉🏻 Membuat blog dengan berguru ni lebih teratur caranya daripada hentam buat sendiri. Puan Anys mengajar langkah demi langkah. Jika ada yang tak faham atau tak menjadi, kami bebas bertanya. Biarpun kadang-kadang saya rasa soalan saya tu terlampau 'basic' juga. Tapi demi menimba ilmu, biarkanlah. Malu bertanya, sesat pula jalannya nanti. (Irda Rina)

👉🏻 Terima kasih cikgu AIZ. Terbaikkkk. Senang faham. Dan banyak membantu. Alhamdulillah terima kasih cikgu ☺ (Adda Sa’dah)

PENDAFTARAN MASIH TERBUKA!!!!

Daftar melalui
👉🏻👉🏻 WHATS APP 017-7912993
👉🏻👉🏻 WHATS APP 017-7912993

JOM TAMBAH NILAI KEPADA DIRI SENDIRI🏹🏹🏹

Kami tidak menjanjikan  SALES MEROKET, apabila sertai kelas ini. Tapi kalian akan dapat ilmu bagaimana mahu menjadikan BLOG MUDAH DIJEJAK DI CARIAN GOOGLE, PANDAI MEMBINA BLOG SENDIRI LANGKAH DEMI LANGKAH TANPA PERLU MENGUPAHNYA

Bonus yang akan diperolehi
Pakej ebook untuk bahan bacaan
Ruang beriklan di SOHO Directori
Kawan-kawan baru dalam keluarga besar ABDR
Kumpulan sokongan melalui group kelas rasmi di FB

JANGAN LUPA UNTUK DAFTAR YA

Whats App 017-7912993!!
======================

Friday, 10 March 2017

Bagaimana Cara Untuk Belajar Blog Secara Online

Tek : Anys Idayu Zakaria

Hari ini saya kongsikan bagaimana kelas blog berlangsung ya. Ramai takut nak daftar kerana tak pasti boleh komit atau tidak sebenarnya.

1. Daftar kelas blog. (Saya akan masukkan ke group kelas di WA)

2. Baca ebook asas blog (ebook wajib baca)

3. Jawab analisa soalan

4. Saya akan berikan tugasan mengikut hari. Sehari 2 atau 3 tugasan. Kalian hanya peruntukkan masa 1jam sahaja sehari untuk siapkan tugasan.

5. Cuba konsisten tulis 1 entri sehari. Lebih kurang 15-30 minit masanya.

6. Selesaikan setiap tugasan yang diberikan mengikut tempoh.

7. Selepas tamat kelas, ada 1 minggu waktu kecederaan untuk siapkan mana-mana yang belum selesai.

8. Selesai, saya akan serap ke kelas rasmi di group FB.

Mudahkan, hanya perlu ada laptop atau gadget berinternet. Masa masih fleksibel. Lontarkan soalan bila-bila masa ketika kalian siapkan tugasan.

5 lagi kosong untuk kelas BLOG BISNES Bulan Mac. WA 0177012993.

ulasan Kelas Blog

BACA INI ! ULASAN KELAS BLOG ABDR

Teks : Dhuha Rashidi 
Foto : Dhuha Rashidi
Alhamdulillah. Segala pujian syukur dipanjatkan kepada Allah selayaknya atas kurniaan beribu nikmat atas dunia ini. Ma sha Allah.
.
Sudah beberapa bulan saya aktif berblog. Saya masih ingat tarikh tepatnya, 19 Disember saya mula diberikan tugasan. Baru sahaja beberapa bulan saya kembali menulis di blog selepas mendaftar ke kelas blog bisnes di bawah Akademi Bekerja Dari Rumah ( ABDR). Hakikatnya, sebelum ini menulis tanpa guru, ibarat menebar gandum tiada burung. Begitulah umpamanya. 
.
Bermula dari hari pertama lagi saya sudah begitu teruja menyiapkan tugasan yang diberikan. Dibawah bimbingan guru blog iaitu Puan Cikgu Anys Idayu Zakaria , saya mengikuti setiap tunjuk ajar yang diberikan. Unik sekali segalanya hanya dihujung jari. Dengan berhubung terus dengan Cik Puan Anys, dalam masa yang singkat sahaja saya dapat menyiapkan asas blog untuk bisnes. 
.
Cik Puan Anys menjalankan kelas blog bisnes ini secara online dan juga offline. Bagi saya amat berbaloi menyertai kelas ini. Protege akan dimasukkan kedalam group khas dan diberi tunjuk ajar satu persatu. Tiada lagi istilah menebar gandum merata-rata. Seekor burung pun tidak menyinggah. Hehe.
.
tulisan ini kekurangan satu titik pada huruf nun pada ayat "mubina"
Blog saya lebih mengkhususkan kesenian Islam. Sebelum ini saya pernah menulis berkaitan seni di blog lama. Namun, saya sendiri hanya sekadar menulis dan tidak tahu rupanya sebuah blog boleh menjadi popular dan tidak tahu bagaimana mahu meningkatkan trafik ke blog saya. Lebih membuat saya buka mata, dari penulisan blog boleh menjana pendapatan juga. 
.
Walaupun saya telah kerugian masa beberapa tahun, saya tidak menyesal dengan masa lalu, kerana Tuhan telah takdirkan saya menemui Akademi Bekerja Dari Rumah melalui Cik Puan Anys masa kini. Tentunya saya masih merasa bertuah kerana banyak ilmu membina blog bisnes yang telah saya pelajari. 
.
Untungnya juga , saya dapat berkenalan dengan lebih ramai blogger di bawah rangkaian ABDR. Dari situlah, saya dapat membaca perkongsian sahabat maya serta mengenali mereka dengan lebih rapat. Memandangkan rutin saya berulang alik Kuala Kangsar ke Klang, Klang ke Puchong, Puchong ke Klang, Klang ke Kuala Kangsar membuatkan fokus saya agak terganggu. Namun, ia bukanlah alasan untuk tidak menulis di blog. 
.
Dengan menulis secara konsisten saya perasan peningkatan pengunjung ke blog meningkat setiap hari. Yang menariknya, dengan blog saya lebih mudah mendapat target audien yang tepat. Baru-baru ini, ramai yang menghubungi saya bertanyakan kelas dan kursus khat yang saya anjurkan di bawah Dhuha Rashidi Resources. Tidak kurang juga yang mahu mendapatkan perkhidmatan tulisan khat sebagai cover buku dan produk khat.
.
Dalam beberapa bulan sahaja, sudah ada yang berjaya menghubungi saya untuk mendapatkan perkhidmatan diberikan juga berminat untuk bekerjasama. Bila ditanya, dari mana boleh menghubungi saya, jawapannya adalah carian di Google. 
.
berminat bekerjasama

dibawah ini mereka yang berminat menyertai bengkel khat untuk sekolah







Apabila saya praktik menulis entri yang berpotensi naik di carian, saya mendapati ianya berhasil. Bukan itu sahaja, ia turut memberi kesan kepada penambahan follower saya di Facebook ini. Sekaligus , saya telah mendapat follower yang targeted. Alhamdulillah. 
.
Sebab itu, saya amat syorkan kepada sesiapa sahaja yang ingin membina blog agar menyertai ABDR. Disamping berkongsi info mengenai produk dan penulisan kita, juga dapat meningkatkan kredibiliti sebagai pengusaha bisnes. 
.
Jika anda berminat menyertainya, apa tunggu lagi ? 
Dhuha Rashidi
Penulis Khat Wanita

Thursday, 9 March 2017

Ulasan Kelas Blog Bisnes


Monday, 6 March 2017

Ulasan Kelas Blog

Teks : Irda Rina 
Foto : Carian Google



Alhamdulillah, nampaknya selesai tugasan-tugasan penting untuk memulakan blog. Sebenarnya, hasrat untuk menulis blog sudah lama terpendam sejak tahun 2009 lagi. Iaitu sejak saya merasakan ingin berkongsi satu persatu pengalaman menjaga anak yang sakit kanser Neuroblastoma pada ketika itu. Niat saya ingin menulis untuk menjadi panduan dan rujukan bagi orang lain, terutamanya yang diduga dengan ujian yang sama. 

Pada masa itu saya ada bina blog menggunakan wordpress. Tetapi kalau tak silap saya, sempat 2 atau 3 entri saja. Blog tu pun sudah tidak wujud rasanya. Sedangkan pada ketika itu (dan sehingga kini), masih ada rakan-rakan yang menantikan kisah-kisah pengalaman saya tersebut. 

Tahun berganti tahun, saya masih berhutang cerita lagi nampaknya. InshaaAllah, sampai masa nanti saya akan 'langsaikan' hutang tersebut sedikit demi sedikit melalui Catatan Pengalaman saya didalam blog ini. 


Saya juga pernah menghantar mesej kepada pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad untuk mendaftar kelas penulisan blog. Tetapi saya tidak meneruskan hajat saya kerana merasakan agak sibuk pada ketika itu. 

Sehinggalah pada bulan Januari lalu, Puan Arbee Ali mesej saya dan menjemput saya menyertai Kelas Asas Penulisan Blog ini. Pada masa itu memang saya sudah pasang niat untuk membuka blog baru setelah menjadi Perancang Harta Pusaka. Kerana hal ehwal harta pusaka ini kadangkala lebih sesuai diceritakan panjang lebar melalui blog berbanding di facebook. 



Dipendekkan cerita, Allah memudahkan rezeki saya untuk menjadi pelajar kelas tersebut bagi Februari 2017. Saya dibimbing oleh Puan Anys Idayu Zakaria. Membuat blog dengan berguru ni lebih teratur caranya daripada hentam buat sendiri. Puan Anys mengajar langkah demi langkah. Jika ada yang tak faham atau tak menjadi, kami bebas bertanya. Biarpun kadang-kadang saya rasa soalan saya tu terlampau 'basic' juga. Tapi demi menimba ilmu, biarkanlah. Malu bertanya, sesat pula jalannya nanti. 

Alhamdulillah, walaupun sekecil-kecil ilmu, ia tetap berguna untuk saya. Tetapi apa yang paling penting adalah inisiatif saya sendiri untuk konsisten menulis. Hmm..... kadang agak mencabar juga. Harap agar terus istiqamah demi berkongsi dengan pembaca. 


Mudah-mudahan blog ini bukan sekadar menjadi sumber maklumat atau bahan bacaan untuk pengujung. Tetapi diharapkan agar ia menjadi ladang pahala yang berterusan juga buat saya melalui segala perkongsian yang baik dari didalam blog ini.

Pelajar Februari 2017,
Irda Rina Kamarulbahrain
http://irdarina.blogspot.my/?m=0

Wednesday, 8 March 2017

Selamat Hari Wanita

Tek : Anys Idayu Zakaria

Wanita kau sumber inspirasi, kau penawar duka.  Adakala ketika kau menangis kesakitan, tiada siapa yang tahu keperitan dan kesedihan itu. Semuanya hanya untuk beri yang terbaik untuk mereka di sekeliling.

SELAMAT HARI WANITA untuk kalian wanita hebat. Apa jua status, kalian tetap hebat di mata mereka yang tersayang.

Sunday, 5 March 2017

Kempen Silaturrahim Kawan Fb

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Hidup ini akan menjadi indah jika ada pelangi-pelangi laskar yang mewarnainya. Kau tahu kawan, di FB juga ada ramai kawan-kawan yang sering buatkan aku tersenyum dengan gelagat mereka. Malah aku dapat belajar sesuatu dari mereka walaupun adakala mereka ni sering menghasat sesama sendiri. Mari aku perkenalkan dulu beberapa orang. Lain hari kita berkenalan dengan yang lain pula. 
.
Azne Omar, atau kau boleh panggil sahaja CPA. Orang Kedah yang dah menetap lama di Johor Bahru. Apa yang menarik, aku suka tengok beliau kongsi resipi-resipi ringkas yang selalu buat aku terliur. Disebabkan beliaulah aku terpaksa buat bubur ayam MCD, dan jemput-jemput nasi. Itu je yang aku mampu buat setakat ni. Yang lain kau followlah sendiri. Rupanya beliau ada kemahiran berfotografi. Cantik kau gambar-gambar yang dia post. Memang menggoda orang yang tak pandai memasak, macam aku ni untuk mencuba masakan yang dikongsi. 

.
Jika kau berhasrat untuk memulakan bisnes dengan berbazar, aku cadangkan kau followlah Nasriah Abdullah. Dari dunia bisnes offline, online ke dunia bisnes bazar. Insya Allah beliau dapat bantu dengan tip bisnes bazar yang boleh kau praktikkan. Dan lagi dengar cerita sekarang sedang sibuk untuk projek raya. Kot la nak duit geli-geli kau bolehlah usha dia. 

.
Bling bling bling kalau kau buka FB kawan aku seorang ni. Yang ni kau jangan main-main. Orang kedah juga, taukey emas. Apa-apa info berkaitan jual beli emas, turun naik semua ko boleh dapat dari Musfarah Ahmad. Zas je info emas semua ada dalam genggaman. 

.
Kau berhajat untuk bawa hadiah kasih sayang untuk kedua orang tua di kampung. Aku cadangkan kau boleh pasang mesin air supaya mudah orang tua kau bangun pagi-pagi nak sedia minuman. Kau risik-risiklah dengan MrCuckoo Andy Sulaiman. Supaya kesihatan mereka lebih terjamin, apa kata kau bawa sebotol Jus 7 untuk ibu dan ayah. Kau tengok abang serius Jammal Al Attan, nampak macam garang, tapi dalam hati ada taman gitu. 
.

Saturday, 4 March 2017

Menulis Buku Pertama

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Assalamualaikum selamat pagi 😍😍

Berminat untuk menulis buku pertama?

Tidak tahu cara untuk bermula?

Kami bawakan khas untuk anda BENGKEL MENULIS BUKU PERTAMA

Boleh rujuk link ini http://bit.ly/selatantulis

8 APRIL 2017 (Sabtu)

9 - 5petang

Hotel Selesa, Jb

Trainer : Tn Zamri Mohamad, Kursus Penulisan.com)

Pendaftaran untuk yang terawal dengan YURAN DISKAUN HANYA RM250 SAHAJA. Selepas itu harga menjadi RM500.

Berminat? WA 0177912993

Friday, 3 March 2017

Menulis Buku Sendiri

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Berimpian memegang buku yang ditulis sendiri. Ada impian untuk jadikan setiap koleksi hobi, resipi, kisah pengalaman kehidupan, kisah bangkit dari kegagalan untuk dijadikan panduan orang lain. Kau ada simpan beratus-ratus koleksi kata-kata motivasi sendiri, kalah Patah Amin. Tapi kau tak tahu bagaimana mahu menulis dalam bentuk buku.

Kami bawakan khas untuk kalian yang berada di Selatan, istimewa untuk orang-orang Johor BENGKEL MENULIS BUKU PERTAMA.

Impian, tindakan dan doa mesti seiring. Jadi inilah peluang yang dinantikan. Semoga impian kalian untuk menulis buku tahun ini tercapai dan berjaya diterbitkan.

Berminat untuk menulis buku pertama?

Tidak tahu cara untuk bermula?

Kami bawakan khas untuk anda BENGKEL MENULIS BUKU PERTAMA

Boleh rujuk link ini http://bit.ly/selatantulis

8 APRIL 2017 (Sabtu)

9 - 5petang

Hotel Selesa, Jb

Trainer : Tn Zamri Mohamad, Kursus Penulisan.com)

Pendaftaran untuk yang terawal dengan YURAN DISKAUN HANYA RM250 SAHAJA. Selepas itu harga menjadi RM500.

Berminat? WA 0177912993

Thursday, 2 March 2017

Bagaimana Mahu Membina Sebuah Blog Bisnes

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Ramai pula yang bertanya bagaimana mahu membina sebuah blog bisnes. Saya kongsikan di sini beberapa perkara yang perlu dibuat ialah membina email, alamat blog, memasukkan label, pages, beberapa gadget yang perlu ada di blog, borang tempahan, terma syarat belian. Link FB, link Fanpages. Menulis pengenalan diri dan juga bisnes.
.

Kalian yang sudah ada pengetahuan tentang blog, bolehlah cuba buat sendiri. Yang tak mahir, boleh belajar dan kita kongsi ilmu bersama-sama. Yang tidak berkesempatan kalian boleh sahaja tempah. 

Boleh lihat contoh link ini http://rahsiamindaanakcemerlang.blogspot.my/, pemilik Zulaikha Mujip yang ini tempah. Saya siapkan blog beliau. Tinggal mahu menulis sahaja. 

Dan link ini http://nurulsaadahmatzian.blogspot.my/ pemilik Adda Sa'adah, yang ini belajar buat sendiri.
.

Mudahkan. Belajar atau tempah, kalian masih boleh hasilkan blog yang lengkap sebagai kedai online. Fikir-fikirkanlah, mahu yang mana. 
.

Menulis Buku Pertama, 30 Hari sahaja

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Menulis itu suatu terapi. Kau tahu, kehidupan sekeliling dan apa juga yang kita lalui seharian juga boleh menjadi bahan penulisan. Jika kau nak tahu, Menulis Buku Pertama Hanya ambil masa 30 hari sahaja?
.
“Pengalaman semasa melahirkan bayi pramatang mendorong beliau menulis panduan kepada ibu-bapa. Buku pertama berjudul Pramatang, Kelahiranmu Satu Anugerah. Puan Norazizam Zamri”
.
“Budak Kripton menjadi buku pertama yang ditulis. Memaparkan panduan seorang bapa muda membesarkan anak. Menjadi buku bacaan ibu-bapa muda. (Tuan Ammar Kamilin)”
.
“Buku pertama berjudul Bersalin Tenang memberi panduan kepada bakal ibu mengawal rasa takut dalam menyambut kelahiran pertama. (puan Hanz Jamaluddin)”
.
“Guru Pendidikan Khas ini menulis satu persatu kisah bersama pelajar istimewa dalam buku pertama, Teristimewa Untukmu. Alumni Puan Hasmah Hitam”


Jom kongsikan apa yang kau mahu tulis. Jika kau masih ragu-ragu betulkah dalam boleh menulis buku dalam masa 30 hari, kau lihatlah link ini   http://bit.ly/selatantulis
.
Aiz
Aku juga bakal menulis #traveloganies