Monday, 30 January 2017

Blog Untuk Tingkatkan Jualan

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Jangan harap nak mekap sahaja blog cantik, tapi isi kandungannya kosong. Langsung tiada penulisan dan perkongsian. Blog bukan kedai online, macam shopping compleks semata-mata. Kita belajar berblog fokus untuk sampaikan nilai kebaikan dan manfaat daripada produk kita melalui penulisan. Itu yang pentingnya tulis dan tulis setiap hari.


Website Bisnes Kita BUKANLAH 'Kedai' Kita
===
.
Sebagai programmer yang kerjanya bergelumang dengan 'buat website' sejak 6 tahun yang lalu, dan bergaul pula dengan ramai usahawan dan orang bisnes sejak 2 tahun lalu, ada satu perkara menarik yang kita nampak.
.
Kita boleh nampak yang orang bisnes ada satu 'idiosyncrasy' atau 'missmatched' antara apa yang mereka fikir adalah fungsi website mereka dengan fungsi website mereka yang sebenar.
.
Apabila disebut sahaja perkataan website, yang pasti akan terpana di lubuk pemikiran usahawan adalah 'Kedai jual produk tetapi Online'.
.
Rata-rata akan terfikir tentang website = kedai. Oleh yang demikian, fokus mereka buat website juga adalah sama dengan fokus mereka bina kedai.
.
Apakah fokus mereka? Mudah = MAHU CANTIK.
.
Ini penyakit usahawan kita. Penyakit yang lebih spesifik adalah, kita ingat kedai yang cantik akan meningkatkan jualan.
.
Hakikatnya: kedai yang cantik hanyalah 'bragging rights' atau 'ego booster'. Bukan semua kedai perlu cantik. Kedai yang cantik belum tentu tingkatkan sales.
.
Jadi, apa yang tingkatkan sales kita?
.
Satu faktor yang berkadar terus dengan sales kita adalah: Salesman.
.
Salesman yang bagus, yang pandai menjual dengan pelbagai teknik mendengar dan sikap yang profesional lebih berkesan dalam meningkatkan jualan.
.
Maka, itulah dia sebenarnya peranan website kita. Website kita bukan kedai.
.
Website kita adalah Salesman.
.
Itu mindset yang kita perlu sematkan semasa merancang dan menguruskan projek buat website untuk bisnes kita.
.
Semasa kita buat website, kita bukan sedang bina kedai, tetapi kita sedang melatih salesman.
.
Apabila kita memiliki mindset website adalah salesman, maka kita akan fokus pada perkara-perkara yang betul dalam membina website. Apakah perkara-perkara tersebut?
.
1. Menapis prospek
2. Copywriting
3. Maklumat yang membantu
4. Susunan maklumat yang mudah dihadam
5. Design yang Kemas
.
Ya, design yang 'kemas', bukannya cantik. Jika salesman perlu seorang yang lawa dan hensem baru boleh buat sales, maka tidak mungkin ada salesman yang kurang lawa mampu buat sales.
.
Hakikatnya: ramai sahaja top salesman adalah mereka yang dalam kategori kurang lawa.
.
Salesman cukup sekadar kemas. Tidak perlu cantik macam model!
.
Dan boleh kita lihat, prioriti utama adalah BUKAN cantik (atau kemas), tetapi MENJUAL.
.
Daripada prioriti di atas, barulah kita boleh bahagi-bahagikan bajet projek website mengikut prioriti yang betul.
.
Katakan bajet kita adalah RM 10000, maka pembahagian bajet adalah seperti berikut:
.
- RM 5000 untuk 'marketing tarik trafik'
- RM 2500 untuk copywriting (termasuk grafik + foto)
- RM 2000 untuk web design (programmer)
- RM 500 untuk server dan domain
.
Ya, bajet paling besar adalah untuk tarik trafik! Ini kerana faktor kedua yang penting dalam meningkatkan jualan adalah jumlah trafik.
.
Copywriting yang bagus akan memaksimakan jumlah trafik yang akan jadi prospek dan seterusnya membeli produk kita pada website tersebut. Apabila conversion sudah maksima, hanya trafik sahaja yang mampu tingkatkan jualan.
.
Ini kerana, formula jualan dalam setiap peringkat pada sales funnel adalah sangat mudah:
.
Output = Input x Conversion
.
Contoh, untuk peringkat strangers jadi prospek:
.
Prospek = Trafik Strangers x Conversion
.
Tinggi conversion maka akan tinggilah jumlah prospek. Tinggi jumlah trafik amakan akan tinggilah jumlah Prospek.
.
Dan 'design website' hanyalah faktor yang terlalu kecil dalam komponen conversion.
.
Maka janganlah kita berhabis bajet dan serabut kepala memikirkan tentang design website yang cantik dan 'perfect'. Itu sebenarnya perangkap yang telah banyak membantutkan projek website usahawan kita.
.
Fokus pada 1) Copywriting yang bagus dan 2) Strategi kempen tarik trafik dan projek website kita akan menuju ke arah yang betul.
.
Dan, kita juga akan terfikir: ini juga perkara yang sama dalam projek membina kedai!
.
Jangan fokus pada renovation untuk cantik semata-mata, tetapi fokuslah pada kempen tarik trafik ke kedai dan juga fokus pada empower salesman kita untuk close sale sebanyak mungkin!
.
Ingat, fungsi kedai dan juga website adalah untuk tingkatkan jualan.
.
Bukannya untuk kita seronok sebab orang puji kedai/website kita cantik!
.
.
Izwan Wahab @Robotys
#notabisnes

Mahu belajar membina blog, menulis dan berkongsi secara konsisten untuk manarik traffik pelawat ke blog, jom sertai kami dalam KELAS ASAS BLOG BISNES ABDR, Kami sudah buka pendaftaran Februari. Boleh WA (017-7912993) untuk pendaftaran ya ;)

3 Sebab mesti SERTAI KELAS BLOG ABDR

Teks : Anys Idayu Zakaria 
 
# Dapat belajar membina blog sendiri, tanpa perlu bayar upah dan juga caj bulanan untuk website.

# Dapat terima lebih ramai pelanggan dan lebih meluas kerana mereka dapat menjejak produk kita di carian google.

# Dapat menjana pendapatan melalui blog, dan juga dapat komisen apabila rekomen rakan daftar kelas blog ABDR.

# Dapat simpan penulisan, ayat-ayat iklan, dapat ceritakan kebaikan produk kita dengan lebih mudah.


Nak belajar, jom sertai KELAS ASAS BLOG BISNES untuk bulan Februari ;) WA 017-7912993

Saturday, 28 January 2017

Bagaimana Menaikkan Jualan Melalui Penulisan

Teks : Anys Idayu Zakaria

Membina pengikut dan menjana pendapatan melalui penulisan dan media sosial bukan lagi angan-angan jika tahu cara dan ada ilmu. Saya sendiri sangat teruja mahu sedut ilmu beliau. Setahun lebih menyimpan angan-angan mahu berguru dengan beliau, akhirnya Insya Allah 11 Februari ini hari yang dinantikan. Apa yang menariknya dalam bengkel tersebut kita akan mempelajari :

1. Asas membangunkan content.

2. Jenis posting.

3. Do's and dont's.

4. Membangunkan Friend & Pengikut

5. Bagaimana menaikkan jualan.

Untuk yang serius mahu membina pengikut di media sosial hanya melalui penulisan yang baik, seseriusnya saya ingin mengajak kalian untuk sertai Bengkel Rahsia penulisan Berpengaruh, Bersama Tn Khairul Hakimin.

Pendaftaran sangat terhad. Bagi kalian yang serius mahu turut serta, boleh WA saya 0177912993 untuk pendaftaran.

Wednesday, 25 January 2017

Kepentingan Akaun Google Plus (G+)

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Akaun google plus (G+) turut membantu pemasaran kita secara online. Kebiasaannya, kalau dalam kelas blog pelajar memang akan diminta untuk buat akaun G+, dan setiap kali membuat perkongsian entri ke blog, kongsi sekali ke akaun G+. Yang pastinya semakin banyak kita berkongsi di akaun tersebut, semakin mudah di jejak di carian google.

Kadang kita tak ambil pusing pun akaun tersebut, tapi percayalah secara tak langsung ia membantu lebih ramai orang menjejak kita di google. Kan best tu, pelbagai medium kita gunakan. Blog, FB, Fanpages, instagram, Google Plus.

Baca status perkongsian daripada uncle tiger ini ye. Google+ ni sama seperti blog juga. sebelum kita create blog, kita akan diminta untuk create akaun google plus. Jadi silalah create akaun tersebut. Dan kongsikan semua posting-posting yang kalian tulis ke google+.

Secara tak langsung, jika di share di google+ turut akan membantu untuk berada di carian google. Jadi kelebihan di sini mereka dapat jejak blog kita juga.

Amiruddin Ahmad
22 mins ·
Buffer
·

Ingat tak status FB saya semalam tentang Perangai Tenuk? Di hujung penulisan saya taip KETUAT.

Harini saya suka suki taip 'Ketuat Di Dahi', status FB saya tu keluar pasal status yang sama saya kopi pasta kat akaun Google+ saya. 1st page ranking hokayyy!

Cer bayang kalau saya jual ubat ketuat... orang Google dan akan jumpa Google+ saya. Sepuluh sen pun saya takde bayar sesiapa untuk dapatkan ranking ni.

Tak pasal pasal kaya. Hahaha!

"Kadang kadang, laburkan sedikit duit dan masa untuk belajar TEKNOLOGI yang dapat memudahkan kerja kita seharian."

Persoalannya, korang dah ada Google+?

Yang dah ada boleh Follow Google+ saya yang muka ala ala Jason Mraz tu...

dan G+ My Space Center (ala ala FB Page).

Takpe takpe. Tak perlu ucap Terima Kasih kalau baru tahu pasal ni atau dah tahu tapi tak buat. Kita perlu kekalkan budaya kita iaitu 'pentingkan diri sendiri' dan 'kaki sedut'.

Hahaha! :P



Uncle
#HarimauMenangis



Nak belajar, Jom sertai kelas blog bisnes Februari, Kita belajar bagaimana membina akaun G+ dan blog.


Kelas Asas Blog Bisnes
Sesi Februari 10.2.2017 hingga 28.1.2017
Selepas daftar akan diberikan 8 analisa untuk kita fokus penulisan di blog
1. Rina Razali
2. Irda
3. Hanie Adleen
4. Zuhairi Zamani
5. Siti Fatimah Abd Hamid
6.
7.
8.
9.
10.


5 lagi kosong untuk kelas Februari ya. Siapa yang mahu daftar boleh WA 0177912993.

Tuesday, 24 January 2017

Tip Berurusan Dengan Pelanggan

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Kita peniaga online, dan ada masanya kita juga pembeli online. Bagaimana kita mahu mereka layan kita dengan baik, kita juga perlu melayan sebaiknya pelanggan kita. Setuju

Kadang kala nak suka bila kita berurusan dengan pelanggan ni. Membelai jiwa mereka gitu, bagi mereka faham betul-betul produk kita ini dapat membantu atasi masalah yang mereka hadapi. Ada masanya dalam sehari tu pelanggan yang datang senang sangat berurusan. Ada masanya yang datang hampir semuanya serius-serius belaka. Ada yang kelakar, tak sempat kita terangkan dia sudah buat icon ketawa gembira. Jadi kita pun ketawa jugalah kan. Apa pun emosi kita perlu stabil, bertenang menjawab soalan. Jika tak pasti cepat-cepat rujuk stokis, rujuk nota atau skrip jualan yang disediakan, supaya tidak tersalah beri maklumat pada mereka. 

Saya doakan semoga kalian yang mencari rezeki melalui perniagaan mendapat pelanggan yang baik semuanya. Dan semoga kita juga dapat berurusan dengan peniaga yang berhemah dan berbudi bahasa. Semahal mana pun produk kita, jika kita melayan pelanggan dengan baik, Insya Allah pasti ada rezeki Allah sudah tentukan untuk kita. Jangan kerana produk kita mahal, kita melekeh-lekehkan mereka yang bertanya, dan tidak mahu membeli, sesudah penat menjawab pertanyaan mereka. 




Monday, 23 January 2017

Blog Sangat Penting Kini

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Jangan kata blog tak penting, kerana kini ramai mahu info dahulu berbanding terus membeli. Yang lebih menarik ramai pelajar teruja bila mereka sering dapat pelanggan daripada google. Daripada lagi jika bukan akaun google plus dan juga blog

Kelas asas blog bisnes, kalian akan belajar cara membina alamat email, alamat blog, 5 label utama, borang tempahan, pautan fb dan fanpages ke blog, terma syarat belian, cara masukkan gambar ke blog, cara menulis blog secara konsisten. 

Dengan hanya sekali bayaran yuran, dan belajar cara membina sendiri, kalian sudah jimat setiap bulan daripada menggunakan shopping chart atau web yang kita perlu bayar bulanan.

Thursday, 19 January 2017

Buat Sesuatu Mesti Berguru

Secara peribadi, saya telah beberapakali create blog. Dari zaman anak masih sorang sampai la sekarang anak tiga. Dari medium blog percuma sehinggala sampai tahap beli domain dengan harga ratusan ringgit. Saya sangat bercita-cita tinggi. Hehe

Tapi kesemua blog yang saya create, senyap begitu sahaja. Biasanya cuma ada satu atau dua entri sahaja. Bayangkan kalau saya bina rumah, mesti banyak yang terbengkalai. Tapi berbalik pada cerita blog ni, saya sebenarnya berjaya kenalpasti di mana kesalahan saya. Secara amnya, bukan sahaja blog, apa sahaja yang kita buat, adalah penting untuk kita berguru atau ada mentor supaya kita sentiasa di jalan yang benar dan tidak tersasar atau en route ke tempat lain.

Saya setuju, info untuk set up sesuatu blog boleh di akses dengan sangat mudah secara online dan free, tapi percayalah kita akan sampai satu tahap di mana kita akan terlebih informasi sampai akhirnya kita jadi bertambah sesat. ‘Information overload’. Pelbagai cara dan platform yang boleh di guna oleh beginner untuk create blog tapi pengakhirannya kita susah untuk pilih dan penyudahnya masuk dalam klasifikasi tangguh, maka dalam kes saya, tertangguh selama bertahun-tahun lamanya. Untuk pilih template dan side bar sahaja pun ambik masa beberapa hari, itu belum lagi fikir untuk pengisian entri blog. Sudahnya saya jadi letih dan blog masih terus 'under construction'.

Di rezekikan Allah ternampak iklan Kelas Online Asas Blog. Ya, silakan belajar dari asasnya dahulu. Menariknya kelas ini,tema dan fokus blog akan diberikan berdasarkan analisa. Bukan sakadar syoq sendiri. Kenapa perlu tahu tema dan fokus blog? Kerana inilah asasnya, macam tiang sebagai asas sesuatu bangunan. Rumah yang di dekorasi maha cantik sekalipun jika asasnya tak kukuh, nasib tak baik boleh runtuh.

Kami diberikan ebook sebagai salah satu sumber rujukan da isi kandungan pertama di ebook ini adalah berkenaan analisa utama dan yang paling asas; pengenalan diri seperti nama, jenis pendidikan, pengalaman kerja dan pengalaman bisnes (kalau ada), yang paling penting ialah minat, kemahiran dan kepakaran yang kita ada. Semua ni perlu di analisa untuk pastikan perjalanan blog lebih lancar dan teratur. Ini dipanggil penjenamaan diri, atau ringkasnya bertindak seperti name card elektronik yang dapat di akses secara online. Memudahkan pelanggan atau bakal pelanggan berurusan dengan kita kelak.

Setelah habis baca ebook ni. kita akan jadi lebih teratur dan sistematik. Macam work station kita yang bersepah-sepah (saya la tu), lepas dapat guideline dari mentor dan info dari ebook ini, semuanya lebih tersusun dan terletak elok. Organized!Saya suka. Pemikiran lebih tenang dan idea menulis mengalir lebih laju dan lancar.

Jemput singgah blog Puan Reen.  (reenrinaharyati.blogspot.com)


Kami sudah buka pendaftaran KELAS BLOG FEBRUARI. 10 kekosongan sahaja. Daftar dulu, untuk dapatkan tempat, baca ebook wajib sebelum mula kelas dan menjawab 8 soalan analisa.

Sekiranya daftar kelas ini di bulan Januari, akan dapat bonus 1 lagi ebook 'Inspirasi Bekerja Dari Rumah'. WA 017-7912993 (Anys) untuk pendaftaran. 

Wednesday, 18 January 2017

Belajar Blog Dengan Cikgu ABDR

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Belajar buat blog sendiri ini sebenarnya tak susah mana pun. Tak percaya, kalian boleh cuba tanya mereka yang tengah belajar dalam kelas blog bisnes Januari, pasti jawabnya seronok.  Semakin kita buat dan belajar, semakin kita tahu sesuatu yang tak tahu, dan sesuatu yang memang kita cari jawapannya. Berbeza jika kita upah orang siapkan blog, bila masa kita nak tulis sendiri entri, pasti rasa gelabah dan tak tahu nak mula macam mana, nak masuk gambar bagaimana dan lain-lain. Rasa macam rumit dan teknikal. Walhal berblog ni sempoi-sempoi sahaja.

Dhuha Rashidi Setelah sekian lama saya cari . Hari ni baru dapat. Tu yang perlu ada guru. 😍 Memang berbaloi saya masuk abdr . Belajar berguru ni lain. Dari syok sendiri. Buat sendiri. Sendiri tanya. Sendiri teka. Apa tak jadi. Haha. Baiklah ada guru.




 Kelas Blog Bisnes Januari di Group WA 
 
Jadi kesimpulannya, biarlah berkorban masa, tenaga dan wang sikit untuk dapat ilmu yang boleh digunakan masa akan datang. Nak belajar, jom daftar kelas blog februari. 10 tempat je tau. Tak mau ramai-ramai nanti tak fokus heheh.

Kami sudah buka pendaftaran KELAS BLOG FEBRUARI. 10 kekosongan sahaja. Daftar dulu, untuk dapatkan tempat, baca ebook wajib sebelum mula kelas dan menjawab 8 soalan analisa.

Sekiranya daftar kelas ini di bulan Januari, akan dapat bonus 1 lagi ebook 'Inspirasi Bekerja Dari Rumah'.

Untuk daftar boleh WA saya 017-7912993 (Anys Idayu)

Kumpul Penulisan di Blog

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
Jika kita rajin menulis dan berkongsi di FB, apa kata setiap perkongsian tersebut, kita kumpul di blog. Selain kumpul bahan penulisan untuk simpanan, tujuan penulisan ebook atau buku, ia membantu untuk kita memberi informasi kepada lebih ramai pembaca. 

Ramai antara kita suka mencari info di carian google. Katakanlah jika kita suka kongsi resipi, tip cantik, tip sihat, tip bisnes saya pasti lebih ramai yang akan dapat manfaat jika tulis di blog. Mereka dapat ilmu dari perkongsian kita, kita juga dapat pahala menyampaikannya. 


#tipmenulisblog

Monday, 16 January 2017

Pengguna Media Sosial Yang Bijak

Teks : Anys Idayu Zakaria

Pilihan di tangan kita, pilih untuk jadi pengguna media sosial yang bijak atau tidak. Gunakan media sosial seperti FB ke arah kebaikan. Contohnya untuk tambah pendapatan atau tambah ilmu.

Abaikan keliling negatif, semoga kita sentiasa dalam logistik positif. Barulah semangat sentiasa membara setiap hari. Kejayaan juga suka menghampirikan. :D

Assalamualaikum, selamat pagi isnin. Selamat menempuh hari baru minggu baru. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan hendaknya.

Saturday, 14 January 2017

Blogspot VS Wordpress

Teks : Anys Idayu Zakaria

Ramai tanya apa beza BLOGSPOT VS WORDPRESS. Jadi ini pendapat saya sendiri yang belum pakar, mungkin tanya yang lebih pakar berbeza jawapannya.

Blogspot, wordpress sama sahaja tujuan untuk penulisan bisnes atau personal. Tapi pada saya blog lebih mesra pembaca, mudah jejak di carian google dan codingnya juga tak rumit untuk kita  yang masih baru dalam bisnes online. Walaupun begitu, WP nampak lebih profesional.

Dan ini pula menurut perbualan bersama Team PO ABDR, kata mereka, jika kita membeli domain WP dan lupa nak perbaharui tahun berikutnya, WP kita sukar untuk dijejak berbanding blog. Blog jika kita terlupa nak perbaharui domain, ia akan kembali semula kepada blogspot, bukan .com lagi.

Apapun yg penting konsisten menulis untuk memudahkan orang jejak blog kita di google dan sentiasa segar dengan entri baru.

Nak belajar berblog boleh daftar kelas blog bisnes Februari atau Mac. Kami sudah buka pendaftaran. Hanya 10 kuota kosong sahaja setiap sesi.

Boleh terus WA 017-7912993 saya akan bantu pendaftaran kalian. Kali ini kelas kita belajar secara berkumpulan di WA, sebelum saya serap masuk ke kelas rasmi di FB.

Friday, 13 January 2017

Kelas Closing Sales & Follow Up

Teks : Anys Idayu Zakaria

Terus lakukan sesuatu secara konsisten, cuma janganlah membuta tuli hingga langgar dinding. Sambil buat, sambil tambah ilmu dan gunakan ilmu tersebut jangan peram buat pekasam. Jadi impak hasil yang diperolehi lebih baik dari sebelumnya.

Tak sabar rasa nak mula belajar Kelas Closing Sales & Teknik Follow Up bersama puan Norsahida Mohamad Said.

Alhamdulillah syukur berkesempatan untuk mendaftar. Semoga dipermudahkan. Aamiin.

Wednesday, 11 January 2017

Bengkel Penulisan Berpengaruh

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Anys Idayu Zakaria 

Menulis di Media Sosial, FB atau blog bukan sesuatu yang mustahil kini. Ramai antara mereka berjaya membina penjenamaan sendiri, membina kerjaya dan pendapatan hasil penulisan mereka. 

Sebenarnya niat di hati saya sudah lama mahu berguru dengan Tn Khairul Hakimin, untuk sertai kelas penulisan berpengaruh beliau, kerana apa yang saya nampak, ilmu dari situ saya boleh gunakan untuk menulis dengan lebih baik lagi di FB & BLOG. Azamnya Januari ini mesti daftar juga kelas online beliau. 
 
Alhamdulillah rupanya rezeki berguru secara offline. Beliau sudi menerima jemputan turun ke JB. Kali ini peluang mesti tak boleh lepas. Kebetulan beberapa orang yang saya kenali sememang sedang berurusan dengan beliau untuk jemputan ke JB, dan saya juga diajak sekali berganding bahu sebagai Crew Event untuk bengkel ini. Syukur sangat. Niat nak belajar Allah permudahkan, tambah lagi dapat membantu kalian yang lain yang mahu turut serta. Semoga impian dan azam ini tercapai insya Allah. 

Nak join sekali, jom sertai BENGKEL PENULISAN BERPENGARUH bersama Tuan Khairul Hakimin Muhammad.



 11 Februari 2017 (Sabtu)
10 pagi - 2 petang
Hotel Selesa, Johor Bahru

.
Yuran Pendaftaran : RM150
(termasuk nota & makan tengah hari)

 
Tempat terhad. 60 orang peserta sahaja.
.
Pendaftaran : Anys Idayu Zakaria (Aiz, 017-7912993)


Tuesday, 10 January 2017

Faiz Subri, Pemenang Anugerah PUSKAS FIFA

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Sumber carian FB

 
Tahniah untuk beliau, Faiz Subri,The FIFA Puskas Award. Walaupun saya ni bukanlah peminat setia bola sepak negara atau dunia, tetapi kemenangan beliau satu kebanggaan bagi saya, kerana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Rasanya saya pulak yang menang, asyik tersenyum sepanjang hari ni bila baca berita, dan dengar radio pagi tadi. heheh.
#FaizSubri #PuskasAward

Sebenarnya saya rasa terpanggil untuk berkongsi kisah kemenangan beliau bila beberapa hari lepas sedang membaca beberapa blog, saya terjumpa tentang kisah kemenangan Harith Iskandar, sebagai Pemanang The Funniest Person In The World 2016. Kemenangan beliau yang membanggakan nama negara, juga membawa nama Malaysia ke mata dunia turut mendapat pertikaian sesetengah netizen. Ada juga yang tidak berpuas hati dengan kemenangan beliau, kononnya dengan melawak sahaja pun boleh menang.  

Jika kita tidak mampu untuk buat sesuatu kebanggaan seperti mereka ini, cukuplah hargai mereka dengan ucapan tahniah. Tak perlu mempertikaikan usaha penat lelah mereka berkorban untuk mendapatkan kemenangan tersebut.


Monday, 9 January 2017

Cinta Ayu Apartment, Pulai Springs Golf Resort






Air-Cond, 2 bilik tidur, 1 bilik mandi,  dapur, kolam renang, golf. 799 sq.ft. Fully furnished.


RM 300/semalam untuk hari biasa. RM320/semalam pada hujung minggu.

 Atau jika untuk bulanan RM 3200/bulan(nego)

Sangat strategik dan berdekatan dengan kemudahan seperti :

UTM Skudai - 5 minit

Pekan Nenas, Gelang Patah - 10 minit

Tuas Singapore - 20 minit

Legoland Malaysia - 20 minit

JB Town - 20 minit

Senai Airport - 20 minit

JPO - 15 minit

Untuk sebarang tempahan masuk atau pertanyaan boleh hubungi

Anys Idayu Zakaria (sms/ WA : 017-7912993)

Izzul Akram Zakaria (Tel / WA : +60 13-750 0231)


Blog Sebagai Mesin ATM

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Tuan Khalif Samsudin (pemilik Bella Ammara), beliau memulakan database pelanggan melalui penulisan blog. Pemilik label tempatan Anas Easkey (Ash Annas) dan Hazwan Faiz (Calaqisya) juga bermula dengan penulisan blog. Ramai lagi usahawan hebat yang lain kebanyakkan mereka menulis, mengumpul database pelanggan menggunakan blog. 

Kita yang tak berapa hebat ini jika nak berjaya orang kata kena belajar ikut jejak orang berjaya. Alhamdulillah hampir 3 tahun berblog, kini jika orang tanya boleh ke dapat pendapatan dengan blog, jawapan saya sangat boleh. Apa yang penting kena betul-betul konsisten, ia bukan datang hasilnya dengan sekali buat sahaja terus dapat. Perlu berterusan. Apa yang saya nak tekankan kita perlu tulis dan kongsi dulu, hasil akan datang kemudian.

Ada orang kata membina blog memang semudah A B C, google pun sudah boleh jumpa cara buat dan belajar sendiri. Yang agak sukar ialah mahu kekal konsisten menulis setiap hari, hinggalah google kenal blog kita. Praktis setiap hari ia akan menjadi rutin seperti latihan 44 entri dalam kelas blog ABDR. Itulah yang saya katakan, tulis dan kongsi dahulu. :) 


Kelas blog bisnes Januari bakal bermula esok. Kita tunggu 5 blog mereka siap ya. Bagi yang mahu turut serta, tempat masih kosong tau. Tak sampai berapa hari je lagi pasti azam kalian untuk memiliki blog sendiri berjaya. 😘  Kali ini kita akan gunakan WA untuk kelas selama sebulan, kemudian pelajar akan diserap ke kelas rasmi di GROUP FB, yang mana boleh ikuti toturial penulisan yang saya kongsi di sana. Mula-mula belajar siapkan dahulu rangka blog, kemudian terus fokus menulis. Boleh, mudah sangat tau. Insya Allah kalian juga boleh kerana sudah lebih 1k peserta bersama ABDR. Jika mereka boleh, kalian juga boleh kan :) 

Nak daftar, jangan segan boleh WA 017-7912993 ya. Saya bantu pendaftaran kalian, dan kita jumpa di kelas nanti.


Anys Idayu Zakaria
Belajar menjadikan blog sebagai mesin ATM

Sunday, 8 January 2017

Alhamdulillah 2017

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Anys Idayu Zakaria

Assalamualaikum selamat pagi Ahad. Alhamdulillah syukur sudah seminggu berlalu minggu pertama Januari 2017. Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2017. Semoga setiap hari kita sentiasa memperbaharui azam untuk menjadi lebih baik dari hari semalam, perbaiki diri dan hubungan antara Allah dan manusia.
Syukur, tahun 2017 ini nampaknya bakal memberi sinar cahaya dalam hidup saya. Projek bisnes juga masuk bertalu-talu. Terima kasih  Allah, syukur sangat-sangat atas rezeki ini. Insya Allah, matlamat saya masih fokus pada mereka yang nak belajar memulakan bisnes secara online. Untuk belajar penjenamaan di FB dan juga di carian google dengan menggunakan blog. Belajar dan gunakan sebaiknya dua medium percuma ini, Dua medium percuma ini Insya Allah tak menang tangan layan pelanggan. 

 
Permulaan yang baik tahun 2017. Rezeki tahun baru juga, saya terpilih sebagai agen GSL yang berjaya capai sasaran yang ditetapkan Admin GSL, iaitu 100 pendaftaran peserta GSL BATCH VELLFIRE. Alhamdulillah mendaftar 108 orang peserta kesemuanya, dan mereka juga telah berjaya dengan jaya selesai kelas kelmarin.  

Terima kasih banyak Tuan Khairul Zahrin Abd Karim atas ganjaran yang diberikan. Saya doakan semoga GSL akan buat penambahbaikan dengan lebih banyak pengisian untuk peserta dan semoga tahun ini bakal ada kelas GSL semula, kerana BATCH VELLFIRE adalah kelas terakhir 2016.

Semoga kita terus berusaha dengan lebih gigih lagi, kerana ramai antara kita pastinya tidak sabar mahu dapat hasil yang cepat, tetapi sangat tidak ramai yang mahu kekal konsisten dan sabar melakukan sebarang tindakan.  Semoga kita semua tergolong dalam kalangan yang sabar dan konsisten ya.


Aiz,
Yang sentiasa mencipta azam setiap hari. 

Sunday, 1 January 2017

Tip Bisnes Di FB

Teks : Anys Idayu Zakaria

Settingkan setiap status pada public, supaya lebih ramai yang dapat lihat dan baca posting kita, termasuk mereka yang tidak berkawan dengan kita di FB.

Jangan terlalu kerap share info dari pages, kerana ia hanya akan merendahkan engagement kita di FB. Kalau rasa nak simpan takut terlepas info dari pages tersebut, simpan sahaja link, dan kita boleh rujuk semula link tersebut di senarai save.

Bantu Selesaikan Masalah Pelanggan

Teks : Anys Idayu Zakaria

Kita pasti akan suka dan tersenyum bila dapat bantu memudah dan menyelesaikan masalah pelanggan, melalui produk dan servis yang kita tawarkan.

Jadi berusahalah sebaiknya terangkan manfaat dan kebaikan dari apa yang akan mereka perolehi, bukannya memaksa mereka membeli. Jika sememangnya produk dan servis kita memberi manfaat kepada mereka, mahal atau murah insya Allah pasti mereka tetap akan mendapatkannya.

Aiz
Belajar memberi manfaat untuk orang lain