Saturday, 16 September 2017

Macam mana Menjana Pendapatan Dengan Blog

Tek : Anys Idayu Zakaria

Macam mana blog membantu untuk menjana pendapatan?

Selain menulis dan berkongsi secara konsisten, pastikan blog kalian  simple. Tak banyak gadget rambu ramba yang lambatkan loading blog. Jenuh pembaca nak tunggu lama.

Gambar produk mesti clear. Ada harga, keterangan produk, cara guna, cara belian. Lebih mudah siapkan terus borang tempahan untuk mereka buat belian.

Jangan lupa letakkan terma syarat belian supaya pembaca atau bakal pembeli tahu proses belian melalui kalian.

Boleh masukkan link FB & Fanpages untuk mudah mereka jejak kalian di FB pula. Kadang ada pelanggan yang suka cari kita di FB juga. Mereka nak kenal siapa pemilik blog tersebut.

Dan yang paling penting letak cara untuk hubungi kalian. Memudahkan mereka save no kita dan hubungi melalui WA.

Mudahkan. Blog juga boleh jadi salah satu mesin ATM. Bila orang berminat mereka akan terus buat belian. Itulah orang kata tidur pun duit boleh masuk.

Nak belajar cara mudah buat blog macam ni, jangan segan hubungi saya ya. Kita belajar step by step untuk hasilkan blog bisnes.