Wednesday, 23 August 2017

Blog Kaedah Perkenalkan diri Di Google

Tek : Anys Idayu Zakaria

Selain FB, blog satu kaedah kita memperkenalkan diri dan produk pada pembaca. Mula bina dan kumpul pembaca dan pengikut . Bagi yang rajin menulis, dan update blog tak mustahil nama dan produk kalian mudah dijejak di carian google.

Ok kalau nak cuba, apa kata kita cuba taip nama  dan produk masing-masing di carian google. Jika belum timbul nama kita, ambillah peluang untuk jadikan blog sebagai medium perkongsian.

Siapa tahu, sikit masa lagi bila orang call nak beli produk katanya jumpa nama dan no telefon kita di google. Best kan. Yang ni memang selalu sangat berlaku pada saya. Barulah boleh kata blog mampu menjana pendapatan.