Thursday, 16 February 2017

Di Mana Mahu Menjual?

Teks  : Anys Idayu Zakaria 

Facebook = Storytelling 

Jadikan FB tempat kita bercerita, berkongsi untuk membina crowd, "follower" dan berkawan.
.
Jadi di mana kita mahu menjual?

Belajar macam mana untuk buat blog dan jadikan ianya sebagai ‘kedai online’ anda yang sebenar.
Facebook sepatutnya hanyalah sebagai salah satu medium yang anda gunakan untuk mempromosikan blog anda; bukannya dijadikan sebagai sebuah ‘kedai’.

Walau apa pun yang berlaku kepada Facebook, website ataupun blog anda akan tetap setia beroperasi membuat jualan dan menerima pelanggan. (Sifu Firdaus Azizi)




Jadi kesimpulannya penting ke tak penting kita ada blog.  Menurut Sifu Firdaus Azizi seperti yang saya kongsi di atas blog atau websitelah sebagai kedai online kita.  Untuk permulaan belajar dulu dengan blog.  Bila sudah mahir kalian mahu "upgrade" ke website sudah tak jadi masalah kan.  Yang penting buat dulu yang asas sebelum pergi lebih jauh.
.


Anys Idayu Zakaria (Aiz)
Sedang belajar bercerita di FB