Monday, 9 January 2017

Blog Sebagai Mesin ATM

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Tuan Khalif Samsudin (pemilik Bella Ammara), beliau memulakan database pelanggan melalui penulisan blog. Pemilik label tempatan Anas Easkey (Ash Annas) dan Hazwan Faiz (Calaqisya) juga bermula dengan penulisan blog. Ramai lagi usahawan hebat yang lain kebanyakkan mereka menulis, mengumpul database pelanggan menggunakan blog. 

Kita yang tak berapa hebat ini jika nak berjaya orang kata kena belajar ikut jejak orang berjaya. Alhamdulillah hampir 3 tahun berblog, kini jika orang tanya boleh ke dapat pendapatan dengan blog, jawapan saya sangat boleh. Apa yang penting kena betul-betul konsisten, ia bukan datang hasilnya dengan sekali buat sahaja terus dapat. Perlu berterusan. Apa yang saya nak tekankan kita perlu tulis dan kongsi dulu, hasil akan datang kemudian.

Ada orang kata membina blog memang semudah A B C, google pun sudah boleh jumpa cara buat dan belajar sendiri. Yang agak sukar ialah mahu kekal konsisten menulis setiap hari, hinggalah google kenal blog kita. Praktis setiap hari ia akan menjadi rutin seperti latihan 44 entri dalam kelas blog ABDR. Itulah yang saya katakan, tulis dan kongsi dahulu. :) 


Kelas blog bisnes Januari bakal bermula esok. Kita tunggu 5 blog mereka siap ya. Bagi yang mahu turut serta, tempat masih kosong tau. Tak sampai berapa hari je lagi pasti azam kalian untuk memiliki blog sendiri berjaya. 😘  Kali ini kita akan gunakan WA untuk kelas selama sebulan, kemudian pelajar akan diserap ke kelas rasmi di GROUP FB, yang mana boleh ikuti toturial penulisan yang saya kongsi di sana. Mula-mula belajar siapkan dahulu rangka blog, kemudian terus fokus menulis. Boleh, mudah sangat tau. Insya Allah kalian juga boleh kerana sudah lebih 1k peserta bersama ABDR. Jika mereka boleh, kalian juga boleh kan :) 

Nak daftar, jangan segan boleh WA 017-7912993 ya. Saya bantu pendaftaran kalian, dan kita jumpa di kelas nanti.


Anys Idayu Zakaria
Belajar menjadikan blog sebagai mesin ATM