Thursday, 25 August 2016

Kelas Blog Mula Bisnes di Johor Bharu



Jom sertai kami, hanya 15 pelajar sahaja. Berminat whatspp 017-7912993 (anies) saya akan berikan details lengkap untuk pendaftaran 

Kelas Blog Bisnes di Melaka


Jom sertai kami, hanya 15 pelajar sahaja. Berminat whatspp 017-7912993 (anies) saya akan berikan details lengkap untuk pendaftaran 

Saturday, 20 August 2016

Tip Positif Walaupun Hadapi Masalah

Teks : Anys Idayu Zakaria

Maaf kepada yang ternanti-nanti tips ni. Almaklum weekend hari yang sangat super busy. Tips ini Aiz share mengikut pengalaman sendiri. Bagi yang rasa bermanfaat boleh sama-sama kita amalkan dan share bersama.

1. Saya tak pernah jadikan masalah sebagai halangan utama untuk berdiam diri, rasa down atau rasa tersisih. Jadikan MASALAH faktor utama untuk terus maju ke depan.

2. Jadikan masalah untuk kita terus kuat melangkah. Saya selalu semat dalam hati, ada lagi orang lain punya masalah lebih hebat dan dashyat berbanding diri saya yang hanya baru sikit-sikit Allah uji.

Bersyukur setiap masa. Bila kita ada masalah kewangan, bersyukur sekurangnya anak-anak masih sihat. Kita masih lagi dapat beli keperluan makann. Saya sangat bersyukur, walaupun ada masalah dengan pasangan sebelum ni, sekurangnya ujian tersebut saya seorang yang menanggungnya, tanpa melibatkan kesihatan anak-anak atau lain-lain. Saya sendiri masih diberi kekuatan untuk bekerja dan menjalankan bisnes.

3. Kerana masalah itu menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Menjadikan saya kuat untuk menghadapinya. Connection dengan Allah kena jaga. Tahajud, jangan tinggal. Dhuha buat setiap hari. Jika sebelum ni mula-mula saya buat 2, up pada 4, 8. Baca Al quran setiap hari jangan miss. Awal pagi lepas tahajud, dan solat sunat yang lain baca sekurangnya 2muka surat. Dan lepas maghrib sementara menanti isyak. Sedekah setiap hari jangan miss. Buat tak kesah banyak atau sikit. Saya latih dan paksa diri.

4. Tak perlu mengadu atau bercerita dengan orang lain. Cara saya untuk kurangkan tekanan memang saya mengadu direct dengan Allah. Saya akui tak pernah sekali orang dapat kesan masalah yang saya hadapi, sebabnya saya tidak pernah bercerita dan tidak pernah menangis dan bersedih depan orang. Tipu sangat kalau saya tak menangis. Saya akui, memang saya sedih dan menangis. Tapi saya menangis depan Allah. Bila mengadu sungguh-sungguh saya menangis dan bercerita. Saya minta apa yang saya nak. Apa harapan saya, apa jalan penyelesaian yang perlu saya ambil. Solat istiqorah dan hajat.

5. Bila keluar dari rumah, saya tinggalkan masalah tersebut. Saya tak pernah semakkan kepala saya dengan apa yang saya sedang tanggung. Masa buat kerja, buat bisnes tak pernah sikit pun saya fikir masalah tu. Tak payah sibuk-sibuk nak cari jalan penyelesaian bila kita tengah buat sesuatu perkara lain yang tak melibatkan masalah tu. Lupakan je dulu sekejap. Let it goo.

Memang orang akan kata payah. Kalau lupakan macam mana nak selesai. Pada saya lebih payah kalau asyik fikir masalah yang belum jumpa jalan penyelesaian. Duk fikir setiap masa, then kerja lain kita tak boleh buat. Duk fikir kat tempat kerja memang habis terbengkalai la kerja. Dok fikir 24jam masalah tu, jawabnya kerja, bisnes, anak-anak memang akan terbiar la pulak jadinya.

6. Buat sesuatu yang kita suka buat. Macam saya suka online. Bila saya online selain memang untuk bisnes, saya akan happy dan tersenyum bila baca status-status rakan, bila baca sesuatu yang lucu dan kelakar. Saya suka baca buku. Jadi saya mula tukar corak pembacaan saya pada buku-buku yang memberi motivasi dan semangat.

7. Jangan buat sesuatu yang akan mengingatkan kita pada masalah tersebut. Kalau dulu saya suka baca novel. Bila baca novel gambaran kisahnya semua yang indah-indah. Jadi bila baca novel mesti rasa macam down. Kenapa aku tak boleh ada apa yang orang lain ada. So, saya mula tukar. Saya tinggalkan novel-novel supaya ia tak mengingatkan saya tentang kehidupan dan kisah-kisah novel yang digambarkan best tu.

Makkk aii melambak lagi tau novel yang saya tak sempat baca. Insya Allah akan kusentuh juga kau novel. Sabar-sabar. Belum masanya lagi sekarang ni. 😀

8. Teruskan kehidupan seperti biasa, sambil kita fikir jalan penyelesaian. Berdoa semoga Allah hadirkan bantuan dan jalan penyelesaian yang terbaik. Berdoa banyak-banyak supaya Allah sentiasa bagi kekuatan untuk kita menghadapinya.

Hadapi dengan tenang, jangan bawa masalah ke tempat lain. Kalau rasa nak cerita, ceritalah dengan mereka yang betul-betul boleh bantu. Lambat atau cepat, hanya Allah yang menentukannya. Pasti ada hikmah disebalik ujian yang Allah bagi pada kita.

#anysidayuzakaria #agengroupsupportlike #kelasonlineblog

Friday, 19 August 2016

Bina Jati Diri Melalui Penulisan

Dalam KELAS BLOG ABDR kami memang tekankan penulisan idea sendiri, jangan suka copy dan paste. JADIKAN PENULIS YANG BERETIKA. Sekarang memang trend orang suka copy paste, kemudian tak de kredit pada penulis asal. Kesian penulis perah idea untuk menulis

Bina jati diri melalui penulisan yang baik dan bermaruah. Mulakan dahulu dengan pandangan dan pengalaman sendiri. Tulis bahasa formal. Tidak ada perkataan singkatan. Guna perkataan penuh. Bahan penulisan orang bukan modal copy paste kita. (Sumber Kelas asas Blog Dan Penulisan)

KELAS BLOG OFFLINE ABDR😍😍

Melaka 24 September 2016. (15 pelajar)

Yuran RM270. Inc breakfast & lunch. Bonus 6 ebook. Siap sebuah blog bisnes. Selesai kelas offline dapat masuk group kelas rasmi sec online.

Lokasi:

NO 46-1 JALAN SAUJANA PERMAI 1, TAMAN SAUJANA PERMAI, BUKIT KATIL, MELAKA

Ada yang berminat untuk join, tinggalkan no whatspp saya akan masukkn ke group khas.

PENDAFTARAN SEPTEMBER DIBUKA UNTUK KELAS BLOG ABDR OFFLINE MELAKA DAN JB, ONLINE SELURUH MALAYSIA.

Tuesday, 16 August 2016

Redha Dan Restu Ibu bapa

Teks : Anys Idayu Zakaria

Bila berkongsi kisah ibu bapa ada sesuatu yang saya rasa tersentuh hati. Sejak dulu sampai sekarang impian saya hanya untuk beri kesenangan kepada kedua ibu bapa. Nak bagi ma dan abah tengok saya gembira dan suka dengan pencapaian saya. Saya tahu, mereka memang sentiasa bangga dengan saya.

Tapi atas satu kesilapan dan terlalu ikut darah muda saya telah mengguris hati dan perasaan mereka. Betul kata orang bila sesuatu yang kita lakukan tanpa restu dan redha orang tua kita akan rasa semuanya tak menjadi. Itulah yang saya lalui. Banyak kesilapan dan kegagalan dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Ya Allah ampunkanlah aku, ampunkanlah dosa-dosa aku pada mereka. Mereka tetap hadir ketika aku dalam kesusahan. Aku banyak membuang masa mengabaikan mereka dan menguris hati mereka. Bila tersedar dari kesilapan tersebut, saya mula mencari apa sebenar yang saya mahu dalam hidup ini. Hanya 2 perkara, MENCARI REDHA ALLAH DAN REDHA KEDUA IBU BAPA. Setiap hari dalam solat, itulah permintaanku. Aku mengharap redha mereka, dan nak berbakti untuk mereka selagi mereka masih ada. 

Alhamdulillah Allah buka jalan, dan Allah permudahkan. Terimaksih Ya Allah Engkau makbulkan permintaanku. Semoga Engkau sentiasa rahmati kedua ibu bapaku, Engkau panjangkanlah usia mereka untuk aku terus berbakti pada mereka. Engkau hadirkanlah senyuman untuk mereka kini bila melihat aku gembira dan bahagia. Aku mencari redha dan restu mereka Ya Allah.

GSL Bantu Menulis lebih Confident

Alhamdullillah, setelah join GSL baru saya rasa berkeyakinan untuk menulis tetapi masih lagi banyak utk diperbaiki.☺
(Ummi Adlina, GSL INTEGRA)

GSL membantu u alls lebih konfident mnulis di fb. Buat dulu bisnes dengan medium free macam fb, bila ada modal besar invest la pulak ke fb ads. Tapi walaupun FB percuma, ilmu still kita kena pergi belajar. Bayar untuk dapat ilmu supaya tinggi nilainya. Jangan main ceduk sana sini buat tanpa ilmu.

U alls GSL BRIO 27OGOS ni baki tinggal lebih kurang 30 kuota kosong je tau.

Impian

Teks : Anys Idayu Zakaria

IMPIAN AIZ
Aiz berangan semoga impian Aiz Untuk tubuhkan AIZ CONSULTANT tercapai. Yang mana AIZ CONSULTANT ini akan memberi fokus pada mereka yang baru nak belajar memulakan bisnes online. Aiz nak bantu lebih ramai suri terutamanya ada pendapatan sendiri, hanya secara online sahaja kita bekerja dan berbisnes tanpa perlu keluar dan tinggalkan urusan keluarga.

Mohon sahabat doakan impian AIZ tercapai. Dan Aiz doakan impian sahabat juga akan tercapai dan dipermudahkan Allah. #anysidayuzakaria #kelasonlineblog #agengroupsupportlike #gslelement

Thursday, 11 August 2016

Review Kelas Blog Sungai Buloh (6 Ogos 2016)

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Alhamdulillah hujung minggu lepas selesai sudah KELAS BLOG secara OFFLINE  yang diadakan di Sungai Buloh. Mulanya saya memang tak sangka dapat buat kelas offline ni, tapi atas permintaan salah seorang pelajar ABDR, Ezzlin yang bersungguh-sungguh nak saya turun ke sana, saya cuba penuhi walaupun deboor juga dalam hati. Dengan kesanggupan minta lin sediakan sekurangnya 10 pelajar ke atas. Wah-wah first time nak ajar terus minta kehadiran pelajar yang ramai. Bukan apa, disebabkan saya jauh di JB, jadinya jika setakat seorang dua saya kira, saya pass sahaja pada guru ABDR yang di sana. Tapi kerana lin bersungguh-sungguh akan cari pelajar lebih 10 orang, jadi saya pun bersetuju untuk kelas tersebut.


Alhamdulillah, latihan-latihan yang dijalan di UTM sepanjang saya membuat Ijazah, sangat membantu saya untuk mengadakan training di luar. KELAS BLOG SUNGAI BULOH berjalan dengan lancar. Jom kita lihat gambar sepanjang program berlangsung.

 Selfie sebelum kelas bermula heheheh


 Nota tugasan yang saya sediakan untuk pelajar










 Kak Zalina pick up saya di hotel. Tak mampu nak drive sendiri takot sesat tak jumpa jalan heheh





 Meja pendaftaran pelajar 















Alhamdulillah akhirnya terhasilkan blog mereka, boleh singgah link di bawah ya. Ada juga yang belajar secara online last minit tak dapat hadir. Dan yang bestnya mereka ni masih kekal momentum semangat bertubi-tubi sedang menuju 44 entri pertama. Doakan semoga mereka semua berjaya harungi cabaran menulis ini.

1. http://raihannoordin.blogspot.my

2. http://sitiazurahjalaluddin.blogspot.my

3. http://puansharifahnoorhidayah.blogspot.my

4. http://puziahabu.blogspot.my

5. http://ezzalinsidek.blogspot.my

6. http://suhainisaperan.blogspot.my

7. https://wanrusmayiahwanmamat.blogspot.my

8. http://puanmardianaalias.blogspot.my/

9. http://muhamadnoorhanapiah.blogspot.my

10. http://puanmuhainimahmud.blogspot.my

11.  https://puannorainirahman.blogspot.my/ 

12.  http://fathiahabdullah.blogspot.my

13. http://sitinoranidazainuri.blogspot.my/

14. http://zalinazulkapli.blogspot.my/

15. http://noorhasyimahidris.blogspot.my/

16. http://mazziahmdyusuf.blogspot.my/

17.  http://adilamasturaibrahim.blogspot.my/

18. Khairul Bariah

19. Nadia Sharif

20. Dina

Kelas blog offline ni nampaknya dapat sambutan ramai. Saya sudah merangka perancangan September. Insya Allah September ini kita ke Melaka pula akhir bulan, dan di Johor Bahru awal bulan. Bagi yang berminat boleh mendaftar ya

KELAS BLOG OFFLINE ABDR😍😍

Johor Bahru 3 September 2016 (15pelajar)

Melaka 24 September 2016. (15 pelajar)

Yuran RM270. Inc breakfast & lunch. Bonus 6 ebook. Siap sebuah blog bisnes. Selesai kelas offline dapat masuk group kelas rasmi sec online.

Tempat : Akan dimaklumkan kemudian

Ada yang berminat untuk join, tinggalkan no whatspp saya akan masukkn ke group khas.

Skim Amanah Akhirat Amal Till Jannah

ASSALAMUALAIKUM *MUSLIMIN DAN MUSLIMAT* SAHABAT DUNIA DAN AKHIRAT*SALAM PERJUANGAN UNTUK MEREBUT REDHA ALLAH*
DENGAN NAMA ALLAH DAN LAFAZ *BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM*
PIHAK *AMAL TILL JANNAH* AKAN MELANCARKAN *PROGRAM KHAS ISTIQOMAH BUAT JEMAAT KEHORMAT ATJ*

UNTUK MENJAYAKAN PROJEK AMAL SECARA ISTIQOMAH SEPERTI DISENARAIKAN; *AMAL TILL JANNAH* MENJEMPUT *500 AHLI JEMAAH YANG PERTAMA UNTUK BERDAFTAR SEBAGAI AHLI JEMAAH KEHORMAT ATJ*.

Berikut adalah *SKIM AMANAH AKHIRAT*

*SEMUA PROGRAM AKAN DILAKSANAKAN SECARA ISTIQOMAH SETIAP BULAN*
OBJEKTIF PROGRAM:

*1 INDIVIDU 1 TABUNG ATJ*

*JEMAAH KEHORMAT YG BERDAFTAR bolehlah secara *ISTIQOMAH MENABUNG /SEDEKAH/INFAQ HANYA *MINIMUM RM40 BULANAN UNTUK *PROGRAM AMAL BERIKUT*;

🌺 *SEDEKAH JUMAAT SETIAP MINGGU*

🌺 *TAHLIL ARWAH KHAS UTK IBU BAPA / PASANGAN/KERABAT AHLI YG TELAH MENINGGAL DUNIA SETIAP MINGGU*

🌺 *WAKAF 1 KERUSI RODA SETIAP BULAN*

🌺 *TAJAAN UMRAH SEORANG JEMAAH ASNAF SETIAP BULAN*

🌺 *BAYARAN BIL AIR DAN LETRIK 1 MASJID, 1 RUMAH ANAK YATIM,1 MAAHAD TAHFIZ,1 KELUARGA ASNAF TERPILIH SETIAP BULAN*

🌺 *BEKALAN KEPERLUAN MAKANAN KE 1 MAAHAD TAHFIZ, 1 RUMAH ANAK YATIM,1 KELURGA ASNAF DAN OKU TERPILIH SETIAP BULAN*

🌺 *BEKALAN 500 BOTOL AIR MINERAL KE PUSAT TAHFIZ TERPILIH SETIAP BULAN*

🌺 *WAKAF BUKU AGAMA SETIAP BULAN*

🌺 *TABUNG KEBAJIKAN KEMANUSIAAN*

🌺 *TABUNG KHAIRAT KEMATIAN AHLI KELUARGA JEMAAH ATJ*

--------------------
*10 PROGRAM LENGKAP INI HANYA DENGAN INFAQ RM40 SECARA ISTIQOMAH BULANAN*

--------------------
*PENDAFTARAN* UNTUK MEREKA YG BERHAJAT MENYERTAI *PROGRAM ISTIQOMAH ATJ* BOLEHLAH KLIK DI LINK SEPERTI BERIKUT;
form online untuk Maklumat Ahli ATJ di
https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdcX_w6OIwJjDNf0…/viewform…


*maklumat JEMAAH KEHORMAT adalah RAHSIA dan takkan didedahkan kepada mana2 pihak*
Boleh juga *wassap* taipkan *DAFTAR AK ATJ* hantar kepada *admin* seperti dibawah;

👉Admin Muslimin: *Mohd Khairudin* *016 6615672*

👉Admin Muslimat: *Syazwani Jannah* *012 9284284*

ATJ juga menyediakan satu ruang dan ingin mengajak saudara2 *MUSLIMIN DAN MUSLIMAT* sekalian untuk terus *ISTIQAMAH dalam mengerjakan AMAL SOLEH..dan sememangnya *AMALAN BERSEDEKAH adalah amalan yang amat disukai oleh RASULULLAH S.A.W*

😊😊😊😊😊
*PN ROSYA YUNUS

Anys Idayu Zakaria (Wakil Negeri Johor)

Promosi Produk Dengan Blog

Teks: Muhaini Mahmud
Guru Blog ABDR : Anys Idayu Zakaria 
Keinginan untuk menulis di blog sebenarnya telah lama terpendam. Sering kali juga membaca blog-blog yanng ada dan terfikir bagaimana cara yang betul untuk mencipta blog dan menulis dengan betul. Mungkin akan ada yang beranggapan : "menulis sahaja lah dari hati". Bagi saya pula biarlah apa yang ditulis itu bukan sahaja meresap di hati pembaca tetapi juga memberikan manfaat dengan perkongsian yang ditulis.
Sejak terlibat dengan Qaseh Gold, banyak kaedah mempromosikan produk yang saya telah pelajari antaranya adalah mencipta blog. Sebelum ini, saya pernah juga mencari guru untuk belajar membuat blog secara Online. Malangnya diri sendiri tidak mampu meneruskan pembelajaran tersebut. Namun saya tidak berputus asa sehinggalah ada rakan niaga yang mengiklankan kelas Offline mencipta blog bisnes. Tanpa menunggu lama, saya terus daftarkan diri untuk mengikuti kelas tersebut.
6 Ogos 2016 adalah tarikh kelas blog di NQN, Sungai Buloh. Walaupun membawa anak kecil bersama, namun tidak mematahkan semangat saya untuk menuntut ilmu. Ternyata bukan saya seorang sahaja yang membawa anak. Rakan-rakan sekelas juga ada yang membawa anak bersama. Insyaallah kesungguhan untuk menuntut ilmu pasti akan dipermudahkan. Alhamdulillah, si comel Fahmi Armea Adha sangat baik sepanjang Umminya menuntut ilmu. Kami telah diajar oleh guru blog ABDR Cikpuan Anys Idayu yang sanggup turun dari negeri Johor untuk membantu #WAHMSuriProfessional yang dahagakan ilmu blog untuk bisnes masing-masing. Ternyata kelas secara Offline ini lebih mudah untuk saya fokus, fahami dan bertanya sekiranya terdapat ketidakfahaman dan kekeliruan semasa membuat blog. Bukan bermaksud kelas Online tidak bagus, tetapi bagi diri saya, kelas online memerlukan kita lebih disiplin untuk mengikut arahan guru secara maya. Namun, apapun pilihan kita, ilmu Allah itu sangat luas dan tergantung pada diri kita sendiri untuk mencari peluang dan berusaha mendapatkannya. Semoga dengan wujudnya blog Cantik & Sihat Dengan Qaseh Gold dapat membantu lebih ramai lagi untuk kekal sihat dan sejahtera dengan amalan pemakanan sunnah dan super food. Menjaga kesihatan dalaman pastinya akan mencerminkan kecantikan luaran.
Bersedia untuk memulakan kelas blog
Kelas sedang berlangsung
Alhamdulillah... selesai sudah menuntut ilmu. Terima kasih Cikgu Anys
Bersama Team Qaseh

Wednesday, 10 August 2016

Kelas Blog Di Melaka Dan Johor Bahru

Teks : Anys Idayu Zakaria 


 KELAS BLOG OFFLINE ABDR😍😍
Johor Bahru 3 September 2016 (15pelajar)

Melaka 24 September 2016. (15 pelajar)

Yuran RM270. Inc breakfast & lunch. Bonus 6 ebook. Siap sebuah blog bisnes. Selesai kelas offline dapat masuk group kelas rasmi sec online.

Tempat : Akan dimaklumkan kemudian


Ada yang berminat untuk join, boleh whatspp saya 017-7912993 dengan code BERMINAT JOIN KELAS DI MELAKA / JOHOR BAHRU

Belajar Panduan Bina Blog Perniagaan dengan Betul

Teks: Mardiana Alias
Guru Blog : Anys Idayu Zakaria 
Sumber : http://puanmardianaalias.blogspot.my/2016/08/belajar-panduan-bina-blog-perniaagaan.html

Foto: Mardiana Alias
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya doakan anda semua sentiasa sihat, kaya dan berjaya
Aamiin
Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 6 Ogos 2016, saya berpeluang hadir dalam kelas membina blog bersama Guru Online Akademi Bekerja Dari Rumah@ABDR iaitu Cikgu Anys Idayu Zakaria di pejabat urusan Nur Qaseh Network@NQN bertempat di Sungai Buloh. Bertemu 4 mata dengan beliau adalah satu rahmat dari Allah buat saya. Terus bersemangat nak jadikan blog sebagai satu wadah buat saya meneruskan perjalan bisnes QASEH GOLD.
Seronok berguru dengan Cikgu Anys. Penerangan yang sangat bagus di samping memberikan alat bantu mengajar yang padat serta mudah dipraktikkan. Pendek kata, pada yang tidak tahu apa itu blog, selepas habis kelas terus pandai bina sebuah blog perniagaan yang baik. Jadi sangat berbaloi saya hadir ke kelas beliau. Saya siap bawa adik-adik dari kampung untuk bantu saya jagakan anak-anak qaseh saya seramai 4 orang semasa ibu mereka belajar blog. Alhamdulillah Allah permudahkan cara saya untuk menambah satu lagi cara pemasaran terbaik. In shaa Allah takkan saya sia-siakan peluang depan mata ini.
Cikgu Anys sebelum ini menjalankan kelas blog secara online dan atas permintaan usahawan-usahawan QASEH GOLD, beliau sudi datang dari Johor ke Sungai Buloh menurunkan ilmu beliau pada kami. Terima kasih buat cikgu. Semoga dengan perkenalan ini, saya dapat menyebarkan manfaat QASEH GOLD dengan lebih bersistematik dan lebih meluas lagi. Aamiin.
Selain daripada kelas, Cikgu Anys juga menyediakan kumpulan sokongan buat pelajar-pelajar yang pernah menghadiri kelas beliau, sama ada secara online mahupun secara offline. Beliau akan beri panduan secara berterusan sehinggalah para pelajar mahir dalam menghasilkan blog perniagaan yang bermutu.
Kepada suri di luar sana, seandainya masih tercari-cari peluang perniagaan, boleh lah menghubungi saya Puan Mardiana Alias di talian 011-15226503 dan saya akan kongsikan bagaimana KESIHATAN BOLEH MEMBANTU ANDA MENJANA PENDAPATAN.
Saya juga akan kongsikan cara yang paling sesuai bagi para suri yang ingin berniaga dari rumah seperti saya.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang pelajar ABDR, hubungi saya dan saya akan bantu anda ya.
Sekian dulu buat masa ini. Kita berjumpa di lain entri ya.
Ikhlas,
Mardiana Alias
Konsultan/Stokis Berdaftar
Qaseh Gold Ceras

Tuesday, 9 August 2016

Permudahkan Urusan Orang lain, Allah permudahkan Urusan kita

Teks : Anys Idayu Zakaria
Assalamualaikum selamat pagi sahabat hebat. ☺ Semoga setiap hari kita sentiasa perbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari semalam. Jadikan semalam sebagai pengajaran dan pengalaman untuk meneruskan kehidupan hari ini.
Semoga Setiap usaha kita permudahkan urusan orang lain, Allah permudahkan usaha kita. Kisah berlaku semalam, bila ada sahaja perbualan dengan "dia" pasti aku agak stress. Sebenarnya semalam dia minta pertolongan aku. Tapi aku agak keberatan untuk bantu kerana tak nak peristiwa-peristiwa lalu terjadi lagi. Mulalah rasa nak marah, emosi pun condong sikit hhehe. Tapi bila dah letak phone, aku tarik nafas, fikir semula, aku perbetulkan niat aku bantu dia untuk mudahkan urusan dia, dan semoga Allah permudahkan urusan aku pula. Bukan kerana masih ada perasaan sayang. Dan bila aku buat persetujuan untuk bantu dia, tak sampai sejam Allah hadirkan berita gembira untuk aku.

Ya Allah..terima kasih Allah. Dengan niat baik aku ini semoga Engkau balas yang baik-baik sahaja untuk kehidupan aku dan anak-anak.  Aku kongsi di sini berita gembira untuk kalian hehhe.

As salam Anys,
!st if all akak nak bgtau lah,akak ni salah sorg follower anys yg sukaaaaaa sgt entri2 anys kat blog.
Akak mohon copy paste mana2 yg boleh dikongsi bersama dgn yg lain. Kak Noor Abdullah.

Allah, rupanya ada follower blog yang selalu baca apa yang aku share. Sungguh terharu sangat. Suka gembira. Hehhe terimaksih kaknoor kerana sudi baca setiap perkongsian saya di sini. Kalian yang nak dapatkan coklat vigory dan udang galah segar-segar boleh hubungi Kak Noor tau, saya confirm kak Noor pasti boleh bantu u alls


Satu lagi berita gembira, Badan Amal Till Jannah sebuah badan kebajikan untuk kita membina jambatan di akhirat, telah memilih aku sebagai WAKIL @ADMIN NEGERI JOHOR. allahu sungguh terharu. Berat amanah ini tapi aku mesti cuba bersungguh-sungguh buat dengan baik semoga lebih ramai yang dapat sertai ATJ.

Alhamdulillah alhamdulillah, bila kita niat untuk mudahkan orang lain, Allah permudahkan pula perjalanan hidup kita. Bukan hanya setakat melalui wang ringgit, mungkin melalui berita gembira, kebahagiaan dan juga apa sahaja nikmat dari Allah untuk kita syukuri.

#anysidayuzakaria #agengroupsupportlike #kelasonlineblogabdr

GSL BATCH BRIO, 27 OGOS

Alhamdulillah dear bila akak join GSL akak bru tau selama ni akak berada dilandasan yg salah.. Dgn tunjuk ajar sifu bru sedar banyak kesilapan contoh time nk post produk dkt wall.. Cara nak cari enggmnt,cara nak buat bagi org like post akak.. Sentiasa positif.. Kalau rasa down tgok wall sahabat yg sntiasa bg semngt mmg tk jd downnye😀.. Terima kasih sifu terima kasih dear bg peluang ni.. Cik Puan Lynn Adam.

Dengan rasminya GSL BATCH BRIO 27 OGOS dibuka. 150 kuota. Jom daftar untuk yang belum lagi sertai team GSL. Jika kalian rasa GSL ni memberi manfaat untuk semua, plz share dengan lebih ramai sahabat lain supaya ramai-ramai dapat serap ilmu GSL. Komisen menanti u alls yang rekomen rakan.

Sunday, 7 August 2016

Kelas Blog ABDR Secara Offline

TEXT : FATHIAH BT ABDULLAH
Gambar : Fathiah bt Abdullah
Guru ABDR : Anys Idayu Zakaria
Sumber : http://fathiahabdullah.blogspot.my/2016/08/3-kelas-blog-akademi-bekerja-dari-rumah.html

Alhamdulillah. ketika entri ini ditulis saya baru sangat belajar untuk menulis di blog dengan cara yang betul. Sebelum ini pernah juga membuat beberapa blog, tapi ianya hanyalah blog syok sendiri :)

Sebab itu, dalam apa jua bidang kita memerlukan seorang guru atau mentor untuk memberi kita satu panduan yang betul untuk sesuatu bidang. Maka dengan itu saya memilih untuk belajar berblog melalui AKADEMI BEKERJA DI RUMAH ini. Agak lama juga lah saya memerhati AKADEMI ini. Dalam hati memang tersangat nak belajar.

Rezeki Allah itu PASTI. Rezeki saya Allah izinkan saya hadir ke kelas yang julung-julung kalinya diadakan secara "offline". Yang kebiasaannya kelas ini hanya di atas talian. Atas usaha salah seorang leader hebat qasehgold, beliau berjaya mengatur sebuah pertemuan kami seramai 15 orang peserta dengan seorang cikgu yang kecil molek iaitu CIKGU ANYS IDAYU BT HJ ZAKARIA.

Kelas yang diadakan selama hampir 6 jam telah berjaya menghasilkan satu blog yang lengkap untuk setiap orang. Kelas tersangat santai. Cara pembelajaran juga mudah difahami dan diikuti. Cikgu Anys memang pergi ke setiap meja dan tunjuk setiap satu langkah tanpa meninggalkan peserta yang agak perlahan sedikit.

Kami belajar bersama, makan bersama, berkongsi cerita bersama. Rezeki yang paling besar jugalah untuk saya ialah dapat FOKUS SEPENUHNYA tanpa diganggu oleh Aisyah. Ini kerana baba Aisyah sudi menukar waktu kerjanya untuk menjaga Aisyah dirumah. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami tersayang kerana sudi menyokong isterinya untuk menimba ilmu.

Untuk peniaga atas talian seperti saya, berblog ini merupakan salah satu "platform" untuk saya mengembangkan lagi atau memperluaskan lagi rangkaian kenalan saya. Ia bertujuan untuk memberi saya lebih banyak pengalaman untuk dipelajari.

Kenangan menimba ilmu bersama-sama yang HEBAT merupakan satu kenangan yang tersangat indah dan saya pasti tidak akan saya mempersiakan usaha yang telah saya lakukan ini.

____________________________________
Insya Allah saya merancang untuk adakan KELAS BLOG BISNES Di Melaka pula bulan September ini. Bagi yang berminat untuk ssertai boleh whatspp saya 0177912993 anies. Jangan lupa singgah sini selalu ye nanti saya update di blog.

Saturday, 6 August 2016

Kelas Blog ABDR Di Sungai Buloh

Teks : Anys Idayu Zakaria

Assalamualaikum selamat pagi. Alhamdulillah bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang diberikan, moga Allah kurniakan nikmat yang tidak terhingga banyak.

Insya Allah harini jam 9pagi akan berlangsung kelas blog secara offline di Sungai Buloh. Kelas blog mula bisnes untuk team qaseh yang betu-betul komited nak belajar memasarkan produk secara online dengan menggunakam blog sebagai medium pemasaran, selain berkongsi kisah dan pengalaman masing-masing. Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta yang telah memberi komitment untuk hadir ke kelas pagi ini.

Kalian doakan moga kelas pertama ini berjalan lancar ya. Hehehhe nerbes juga sebab tak pernah ajar leboh daripada 10 pelajar dalam satu masa. Moga kelas ini memberi peluang untuk saya adakan kelas lain seterusnya. Insya Allah.

Ok saya akan update perjalanan kelas selepas ini ya. Bye. Doakan kelas ini berjalan lancar ☺☺

#anysidayuzakaria #agengroupsupportlike #kelasonlineblog

Monday, 1 August 2016

Cabaran Ogos Sehari 1 Entri Blog

Teks : Anys Idayu Zakaria

CABARAN OGOS
Menulis sehari 1 entri khas untuk pelajar blog di bawah kelas kendalian Aiz.  Kena rajin-rajin menulis, dan bila dah konsisten makin mudah tulis setiap hari walaupun dah selesai 44 entri pertama.

Nak join, jom daftar KELAS ONLINE BLOG dengan Aiz. Aiz nak cabar semua rajin-rajin mengupdate blog 😁😁