Thursday, 23 June 2016

PENANGAN GSL. vs HIDUP X KERUAN


📻📻📻📻
Saya tahu mengenai gsl drp rakan bisnes saya Founder tohpuan.co yang hebat Amalina Zainol…di mengesyorkan saya untuk join GSL untuk bina engagement supaya orang Nampak kewujudan kita dalam fb.
Saya balik,,,,sy fikir 2 3 kali nk join,,sebab kebetulan memang poket tengah kering
Member suruh pm kawan namanya muazah mayb yang buat GSL agaknye,,,,huhu
Balik,,saya terus PM..Muazah cakap suruh saya PM khairul Zahrin Abdul Karim,,,
Saya pon PM …esoknya Tuan Khairul balas.Dia bagi detail GSL,
Saya Tanya lagi,,"macam mana GSL berfungsi"?
Diam..xde jawapan.
tengah belek2 laman fb, Kebetulan saya tengok ada member Anys Idayu Zakaria gambar profilenya ada logo GSL…
Saya Fikir maybe dia tahu,,,
Saya terus pm dia pada 26 Mei,

“salam Anys. Boleh akak Tanya pasal GSL?
Wassalam kak,,,,jawab Anys..
"Akak Tanya yang khairul zahrin tu tapi x berjawab",,
Anys terus jawab,,,"boleh meh saya explain,,saya agen GSL",,
Wah,,lega,,rupanya saya berkawan dengan agen GSL,,

Dengan detail anys menjawab setiap soalan saya berkenaan GSL.
3 hari kemudian sy terus transfer ke akaun admin anyss..
Tarikh untuk join ada lagi 1 minggu,,,
Saya tunggu
Tunggu
Tazabar..
Tazabar
Tiba2

2 May 2016
Anys pm saya
“Assalamualaikum. Selamat petang Tuan/Puan. Kami Dari Team GSL Ingin Memohon Seribu Kemaafan Kerana Tarikh bermulanya GSL BATCH SAVY Terpaksa Ditunda kepada 21 MEI 2016 Atas Sebab-Sebab Yang Tidak Dapat Dielakkan.”
Saya rasa sangat kecewa,,,,sb tunggu punya tunggu punya tunggu,,,,
Kena tunggu lagi,,,,
“lambat sangat” saya reply messenger dengan perasaan sangat2 kecewa,,,,
Dalam hati macam nak quit je terus.
Anys menerangkan kenapa tarikh berganjak ke tarikh lain disebabkan hal hal yang x dapat dielakkan,,,,
Saya boleh terima tapi disebabkan tak sabar nak join,,sy sedikit kecewa….
Akhirnya
pada
 
📣📣21 MEI 2016,📣📣
saya di add masuk ke group GSL Savvy dengan jayanya,,,
Alhamdulillah selama seminggu membuat huru hara bersama 150 sahabat savvy yang lain….
Pengalaman selama seminggu sangat mengujakan….gembleng tenaga sama sama mengeBOOM💣💣 wall,,,👍👍👍👍 mengeLIKE dengan jayanga post sahabat savvy….
Sampai ada yang x tido malam sebab nak siapkan TASK,
Sampai ada yang termimpi-mimpi tengah selesaikan TASK.
Sampai ada yang tido depan PC sebab GSL..
Teruk betul penangan GSL,,,
Tengah sibuk dengan hari hari terakhir terakhir gsl savvy,,,Admin Anys post berkenaan UPGRADE
Saya baca je,,terus saya PM Anys..sebab memang dalam kepala sudah terfikir boleh ke aku nak join gsl sekali lgi sebab seronok sangat..
Rupanya boleh upgrade GSL elite force dengan pertambahan sahabat – sahabat GSL melebihi 1000 orang,,,,
Wow!!

Selepas join GSL savvy,,, seterusnya upgrade ke gsl premium(dulu dikenali sebagai elite force). Banyak sangat perubahan berlaku kepada diri saya..
Pertambahan rakan sekepala bisnes yang terlalu positif,,,sentiasa ada di belakang mengeLIKE..hehe
Post saya di Facebook yang dulunya tiada siapa pon yang heran,,,
Tetapi kini,,,,kawan yang dah lama x timbul tiba2 like post saya,,
Saya tidak pernah menyesal join GSL…memang betul betul power.
Gsl ubah hidup saya 360 darjah.kiri kanan depan belakang,,,,,

Barula ku tahu kenapa Khairul Zahrin Abd Karim tak reply soalan saya masa saya pm,,,
Sebab Tuan khairul adalah :putnam: tulang belakang 💪💪yang menghidupkan GSL dengan JAYANYA,,,tuan super awesome
terima kasih sahabat Group Support LIKE - Savvy... Group Support LIKE - Elite Forces.anda awesome!
📻📻📻📻📻
‪#‎salutetuankhairul‬
‪#‎oreklatekawe‬
‪#‎nmdexclusive‬
‪#‎gslsavvy‬
‪#‎gslef‬

LIKE & KOMEN Sebgai Sokongan Untuk Rakan-rakan FB

HIDUP MAKIN MENJADI-JADI DENGAN GROUP SUPPORT LIKE
Secara jujurnya dulu wall facebook klong tidaklah seramai dan semeriah sekarang. Nak dapat like pun, punyalah seksa. Ada facebook dah bertahun-tahun lamanya, macam lagu Alleycats tu, " Bertahun sudah berlalu Februari muncul kembali. " Terbayang pulak klong dengan si penyanyi Alleycats itu, siapa namanya David Arumugan kan.
Mentang-mentanglah minat lagu retro. Agak-agak abam tampor minat tidak lagu-lagu retro ini. Itulah hakikat wall facebook klong. Dah berzaman ada facebook tapi tidak tahu nak manfaatkan facebook itu. Asyik tulis status mengadu domba. Sampai orang nak baca dan follow pun naik menyampah. Pernah jugalah ada rakan yang sound dan kata,
" Apalah kau ini, tulis status nak raih simpati. "
Rasa tersentap tidak kalau orang sound macam itu. Yang cakap pulak itu bukan orang lain, kawan sendiri pulak. Ambik kau.

Kemudian apa jadi ya selepas itu?
Okey, dalam dok sibuk berfesbuk sampai naik mabuk itu, ditakdirkan Allah, klong terberkenalan dengan seorang awek ini. Orangnya simple je. Tiap statusnya ada masa buat klong tersedar dari mimpi yang indah. Dalam hati klong, " Sampai bila aku nak hidup macam ini, asyik mengeluh, selesaikah semua masalah aku yang super dupper banyak ini? "
Namanya Pn Anys Idayu Zakaria.
Dia ini cakapnya lembut je. Ada groupnya yang tersendiri dan hanya mengajar orang secara online melalui facebook. Masa tu terkejut jugak klong. Kat facebook pun boleh jadi cikgu. Cikgu online pulak itu. Punyalah klong ini dah banyak habiskan masa yang ada. Umur dahlah 42 tahun. Tapi satu apa pun tidak jadi.

Selepas dah join group dia, klong pulak dah dua kali masuk majalah. Best jugak masuk majalah tu, rasa ketagihlah pulak nak masuk lagi. Apa pun memang ' life ' klong berubah sejak dari hari itu.
Apa pun kata Pn Anys Idayu Zakaria penting jugak ada rakan yang ramai. Pening jugak klong fikir macam mana nak cari fren yang baru itu. Kemudian klong perasan di setiap wall klong ada semacam satu perubahan. Setiap hari ada je rakan baru yang add nak jadi rakan. Pelik jugak dari mana datangnya. Yang best tu, Cikgu online klong Pn Anys Idayu Zakaria pun salah seorang daripada 'suspek' utama dari group ini.

Apa lagi, terus jelah klong whatshapp tanya dan soal siasat dia macam-macam. Dari A to Z lah dia bercerita. Apa pentingnya join group ini. Masa itu susah jugak nak sebut nama group ini. Apa ntah namanya GROUP SUPPORT LIKE. Amboi panjang jugak namanya. Kata Cikgu Anys Idayu Zakaria, group ini diasaskan oleh Tn Khairul Zahrin Abd Karim. Korang tengok klong taip je nama dia sikit terus automatik keluar. Betapa famousnya dia kat facebook ini.

Apa lagi, selepas itu hidup klong semakin menjadi-jadilah lagi. Bayangkan tiap hari ada je rakan baru yang add nak jadi rakan. Terasa macam famouslah sikit. Perasanlah sikit klong lepas itu. Tidak apa, biar kena virus perasan daripada virus perasaan. Betul tidak?

Peringkat permulaan memang tidak faham sangat rentak 'lagu' GROUP SUPPORT LIKE ini. Ada masa slow rock, kadang heavy metal pun ada. Tapi memang beri impak yang besar dalam life klong. Apa yang abam tampor tu cakap memang kena dengan klong. Yalah, asyik mengeluh dan beri alasan, sampai bilalah nak berjaya. Abam tampor tu muda dari klong tapi dah berjaya.
Tidak akan klong yang dah 4 series ini nak duduk diam je. Tidak kisahlah abam tampor muda, cikgu online klong Pn Anys Idayu Zakaria tu pun muda asal klong dapat belajar sesuatu tentang bisnes dan yang paling penting sikap tidak pentingkan diri sendiri.

Maknanya beri sokongan pada yang lain. Dengan cara apa beri sokongan itu?
Nak tahu ke?
Kena bayar duit ke?
Semua tidak payah. Paling penting data internet korang senantiasa ada. Maknanya keluar sikit duitlah. Tapi taklah selalukan?
Sokongan yang patut kita beri tu, bukanlah susah sangat. Dengan hanya LIKE/KOMEN pun dah dikira beri sokongan.
Lagi satu sejak dah join GROUP SUPPORT LIKE ini, klong dah terkena virus baru. Atau tidak lena tidur. Tapi makan klong selera lagi.

Opps! Lupa pulak. Puasa kan?
Memang tidak lena tidur. Mana tidaknya klong kena berada dalam keadaan sentiasa bersedia dengan pelbagai tugasan yang diberi.

Kira macam askar dan polislah. Tidak kiralah apa pun. Ada ke klong kisah semua itu? Nak jadi luar biasa hebat. Maka usahanya pun kenalah luar biasa jugak kan?
Paling bestnya ada 'live video' dari abam tampor setiap pagi. Tapi dah 2 hari sebelah pagi tidak ada live video. Esok ada kut. Insha Allah.

Sebenarnya banyak manfaat tersembunyi dalam GROUP SUPPORT LIKE ini. Susah nak diterangkan melainkan korang yang alami sendiri perubahannya. Antara manfaatnya ialah :
1) Berpeluang belajar kelas secara online di Telegram dan percuma buat semua rakan GSLEF.
2) Berpeluang menang pelbagai pertandingan dengan hadiah-hadiah yang sangat menarik.
3) Melatih diri jadi lebih berdisplin dan tidak pentingkan diri sendiri.
4) Melatih diri senantiasa dalam keadaan bermotivasi walau sales tidak berapa banyak.
5) Bukan sahaja dapat belajar ilmu perniagaan malah dapat belajar juga ilmu akhirat.
Contohnya kelas Tahwid secara online.
6) Mengamalkan sikap tolong antara satu sama yang lain dengan cara LIKE ataupun KOMEN.

Dan yang sangat penting semua yang diajar harus di praktiskan serta merta dalam kehidupan dan apa yang kita lakukan.

Kalau ikutkan banyak lagi. Banyak nak cerita. Tapi nanti teroverlah pulak panjangnya Dugaan untuk taip karangan ini tidak kurang hebatnya juga tahu. Apa pun klong redah je. Berjaya atau tidak bukan masalahnya. Yang penting buat je dulu kan. Barulah betul kan.
Untuk team GROUP SUPPORT LIKE terutamanya abam tampor Tn Khairul Zahrin Abd Karim serta semua staffnya tahniah diucapkan kerana sekali lagi masuk suratkhabar Harian Metro pada 16 yang lepas.

Semoga terus suksess dan klong doakan semua cita-cita abam tampor tercapai. Aamiin.
Kalau korang nak join, bolehlah pm agen GSL yang bertauliah dengan yuran pendaftaran yang sangat berpatutan.

Atau boleh juga ke laman sesawangnya www.groupsupportlike.com
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
‪#‎GSLEF‬
‪#‎GSLMatdik‬
‪#‎ABDR‬
‪#‎POWERGOLD‬

Wednesday, 22 June 2016

Peranan Hashtag

Suzie Joos feeling thankful with Khairul Zahrin Abd Karim.
 
Bismillah
Assalamualaikum wbt
Pagi-pagi ni mencurah-curah pula idea bak hujan lebat.. sebelum ni sampai dahi berkerut pun idea tak timbul-timbul.. Alhamdulillah :D

Sebelum tu, sapa yang pernah ke Kundasang ? Ada tak? Takda.. ok lah tu!! Hihihi.. oppss!! Kundasang tempat yang paling cantik dan sejuk di Sabah.. tempat kelahiran saya bah!!
Harini saya mahu bercerita pasal GSL..Pernah tak dengar GSL.. tak pernah ke pernah!! Biasa dengar ke tidak.. ehh!! Abis tu GSL tu apa??

Ok!! Dengar sini.. GSL tu 'GROUP SUPPORT LIKE' yang diasaskan oleh Tuan Khairul Zahrin Abd Karim aka abam tampor!.. Secara ringkasnya GSL ini adalah satu group yang saling membantu setiap ahlinya untuk mendapatkan LIKE yang banyak.. sampaikan saya pun jadi kaki LIKE sudah !!

Orang yang bertanggungjawab menjebakkan saya dalam GSL ini ialah Cekgu Anys Idayu Zakaria.. terima kasih cekgu!! 12.03.2016 saya masuk batch ‪#‎GSLWIRA‬ dengan pendaftarannya RM59.. ada 150 sahabat kat group..sepanjang berada dalam batch tersebut, banyak task yang diberikan oleh abam tampor .. kadang tu saya boleh ikut, kadang tu tidak dapat.. biasalah murid baru kan.. rajin pula langgar pantang !! sampai abam tampor.. tampor saya berkali-kali baru saya sedar!! Nak masuk GSL kita mesti kosongkan segala-gala yang ada di otak ni.. sebab kita akan terima ilmu yang baru .. be like sponge bob!! Ko pandai ka, pintar ka dalam GSL ko laksana budak yang baru belajar...

23.03.2016 saya join group yang lagi maveles.. ‪#‎GSLELITEFORCE‬ daftar RM40..kat sini lebih ramai sahabat yang akan kita jumpa.. dari pelbagai bidang.. jadi link kita dengan sahabat luar lebih luas lagi.. task yang abam tampor berikan pun bukan main-main tau!! Setiap bulan pula.. abam tampor akan bawakan kelas berprestij khas untuk ahli ‪#‎GSLEF‬ secara percuma.. syok tau!!
Selepas saya join ‪#‎GSL‬ ini, saya mula tahu peranan hashtag dalam setiap post difb.. saya masih ingat hashtag pertama saya ialah ‪#‎sipenjualjuskunyit‬.. hari pertama saya berhashtag .. saya telah close sale sebanyak 100 botol jus kunyit.. Allahu!! Hashtag jangan dipandang sebelah mata.. ilmu yang saya dapat dalam #GSL..

Sehingga ke saat ini, saya sangat bersyukur kerana dapat mengenali #GSL dan abam tampor.. serta ingin lebih banyak belajar lagi dan lagi dengan #GSL

Alhamdulillah idea pagi ni panjang pula ya.. Semua yang baik itu datangnya dari ALLAH dan kelemahan itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri.. Selamat berpuasa dan salam aidilfitri.
Sekian dari saya

Orang dari sanaa Kundasang , sabah

Bina Personal Branding di FB dengan GSL

Teks : Anys Idayu Zakaria 


 FB personal bukan tempat untuk anda beriklan bagai nak rak. FB personal adalah tempat untuk kita bina personal branding. Gunakan group untuk beriklan sakan.

Jika ada orang menyampah, orang itu akan leave group. Tapi jika orang mula menyampah kita beriklan pada FB personal, UNFRIEND la makan diee. (PERINGATAN TULUS MULUS INI Dr ABAM TAMPOR)

Belajarlah branding FB melalui GSL kalau terasa sangat-sangat nak berniaga on9 hanya dengan fesebok.

 ‪#‎anysidayuzakaria‬ ‪#‎kelasonlineblog‬ ‪#‎groupsupportlike‬

GSL Support Team Yang Sangat Superb

Cik Moon, GSL Dan Langsir
Bekerja di syarikat takaful ini adalah pekerjaan kedua Cik Moon selepas grad dari UiTM. Selepas 10 tahun berada dalam kedudukan selesa Cik Moon mula berfikir untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Apa tu? Cik Moon nak jadi WAHM. Bunyi macam gila..dah senang kenapa nak susah..
Mulakan langkah dengan join satu support team yang mengajar tentang penulisan blog dan networking dan dalam masa yang sama pergi menuntut ilmu langsir. Cik Moon juga start buat page Langsir Curtain Online dan terima tempahan langsir walau tak banyak sebab part time kan.
Pada Dec 2015 Cik Moon merisik tentang GSL dengan Puan Anys Idayu Zakaria. Ambil masa 3 bulan jugak nak confirmkan pendaftaran. Kononnya biarlah berbaloi pelaburan ni. Nak buat camne budak Finance memang berkira sikit..Akhirnya Cik Moon join team GSL Golf Bermulalah perubahan drastik dalam entri fb dan kehidupan Cik Moon.

Terima kasih kepada tuan Khairul Zahrin Abd Karim sebab idea support team yang superb ni. Setiap hari minda ini membaca dan menulis entri yang supportive dan ada juga tazkirah pendek sebagai peringatan diri. Friendlist mencanak naik dan juga of course, like bertambah-tambah. Jangan tak percaya dengan like ni dapat menambah keyakinan diri.

Lepas tu upgrade lagi ke GSL Elite Force. Wahh memang berbaloi..dahlah dapat kelas business percuma setiap bulan, berada dalam lingkungan orang berjaya membuatkan kita pun rasa kita ke arah tu walau belum 100%. Tempahan langsir pun makin masuk. Bukanlah semua sahabat GSL tempah langsir dengan Cik Moon tapi mungkin keikhlasan doa kalian setiap pagi ada yang makbul.
Cik Moon merealisasikan impian Cik Moon dengan menghantar surat cinta ke HR. Kena lak interview. Ingatkan exit interview rupanya interview pasal GSL. Hmmm baru Cik Moon sedar hashtag GSL dalam setiap entri fb ada tarikannya...Apa perubahan luar biasa Cik Moon lepas ni?
Biasa kerja dengan kalkulator dan excel file, lepas ni dengan gunting dan mesin jahit
😘 Biasanya yes boss, pasni Cik Moonlah boss Cik Moonlah kuli
😊 Paling best senyuman manis anak2 bila tahu umminya akan serve mereka 24 hours..
Cik Moon sedar Cik Moon akan kehilangan ribuan ringgit setiap bulan tapi insyaallah Allah akan gantikan lebih dengan cara yang berbeza. Mohon sahabat semua kalau tak tempah langsir pun takpe, please like n comment sebagai tanda support uolls.
TQVM
Salam sayang dari Cik Moon untuk semua sahabat. Moga Allah mudahkan urusan kita dalam memperbaiki diri demi kehidupan dunia dan akhirat.

Tuesday, 21 June 2016

Lebih Bersemangat Berniaga dengan GSL

Suraini Sue
·GSL GSL GSL
Saya masih ingat lagi tiga perkataan neh sering benorr muncul pada wall FB Saya sejak awal tahun lagi..terbit rasa ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan singkatan GSL ni. Pernah juga bertanya dengan salah seorang yang membawa Hashtag ‪#‎GSL‬ ni tetapi JAWAPAN yang di cari tidak ku temui. Ececehh Dah tak dapat pencerahan yang diharapkan, tak pa lah.. Tunggu lagi. (Sikap tunggu saya dulu) Laa ni dah ubah dah sikit-sikit 😀 Sehinggalah Saya ternampak pula post seorang lagi peserta #GSL yang baik hati ni. Masa tu Saya ada 'engaged' pada komen dia. Tak mahu berlengah lagi, saya tanya apa itu GSL? Alhamdulillah, saya berjaya mendapat pencerahan yang baik darinya.

Saya diperkenalkan pula dengan Ejen GAnys Idayu Zakariaiaa. Saya bawa bersama saya seorang rakan baik untuk join GSL. Dari situ bermulalah detik perubahan pada wall FB saya...

Saya mula nak bersahabat dengan rakan positif yang lain. Bila saya menyertai mereka yang positif, secara automatik saya juga turut positif. Saya jadi lebih bersemangat untuk meneruskan keazaman saya untuk menjadi seorang peniaga online mahupun offline yang berjaya. Kalau dulu, saya post status selalu krik krik krik. Dapat 30 likes pun rasa nak lompat bintang dah.. Saya join GSL, rupanya bukan 30 likes yang dapat tapi cecah 300 likes. Orang yang belum tahu, mungkin dia cakap apa lah, likes pun nak kejor.. Tak pa.. Maafkan mereka yang belum tahu lagi.. Ok ber cerita pasal likes tadi, bila likes dan komen meningkat, potensi untuk post kita pergi lebih jauh lagi tinggi. Ini secara tak langsung beri impak pada perniagaan saya khususnya secara online.

Ramai yang pm saya tanya, saya jual apa. Pm masuk bertalu-talu.. Seriously, kalau dulu sebelum join GSL ni, sebotol ‪#‎KrimMagik‬ ‪#‎Firmax3‬ pun saya tak tahu nak jual. Jenuh dok pk saya nak jual kat sapa la eah.. Setelah join GSL orang pula yang tanya dan request nak join ahli. Ya saya baru bermula bulan lepas dengan ‪#‎GSLPREVE‬ pada 21/5/2016 bersama 150 AB PREVE yang lain. Benih yang ditanam bulan lepas, mula menampakkan kelopak-kelopak bunga. Aduhh puitis plak dah aih 😁 . Begitu juga dengan mereka yang lain, sudah mula menampakkan hasil berbekalkan ilmu yang kami belajar bulan lepas beserta sedikit usaha.

Terima kasih kepada founder, Tuan Khairul Zahrin bin Abd KariPengurusan Gsl Gslsl yang ber sungguh-sungguh dalam usaha untuk membantu usahawan yang benar-benar serious mahu melonjakkan perniagaan mereka sehingga dikenali oleh ramai pengguna-pengguna Facebook yang sungguh aktif di negara kita ini.


Disamping itu, Sifu @ Abam Khairul Zahrin juga sering mendidik kami dengan penulisannya yang ringkas namun padat. Amat mudah difahami. Saya juga mengagumi hasil penulisan sahabat-sahabat hebat dalam keluarga besar GSL ini.

Akhir kalam, majulah sukan ehh.. majulah #GSL untuk memandaikan anak bangsa.
Kipidap GSL. Terbaik! Ikuti kupasan lebih lanjut tentang GSL dalam akhbar HARIAN METRO keluaran 16/6/2016. Tak beli? Jenguklah kat FB, berlegar-legar di ruangan wall FB.
Selamat menunaikan ibadah puasa
Like-Like juga, ibadah jangan dikesampingkan.
Salam Sayang
‪#‎Mak‬ Cu ‪#‎Calit_calit‬ #KrimMagik #Firmax3
#GSL #GSLPREVE ‪#‎GSLEF‬ ‪#‎EjenGSL‬

Banyak Perubahan di FB Sejak Join GSL

Saniah Mat Sanat
Cerita saya dan Group Support Like(GSL).

Kisah ini bermula, apabila saya selalu baca wall Cikgu Online Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR), Puan Anys Idayu Zakaria. Dia selalu kongsi mengenai GSL sepertimana dia sering berkongsi tentang ABDR. Melihat dan membaca wall Puan Anys bertukar menjadi lebih memberi tambah nilai dan positif, saya berasa teruja mahu begitu juga. Walaupun begitu, saya masih tunggu dan lihat. Lambat bertindak kerana saya orang warna ungu. Orang warna ungu ni suka kumpul maklumat, barulah bertindak. Bersikap berhati-hati.


Tidak lama kemudian, setelah berfikir dan puas hati saya terus private massage Puan Anys. Alhamdulillah,saya juga terus lakukan pembayaran yuran untuk sertai GSL. Kali ini, saya diminta menunggu untuk kemasukan batch seterusnya iaitu pada 2/1/2016. Tidak lama menunggu, saya dimasukkan ke group GSL. Batch kali ini dipanggil Batch ABAM. Tugasan diberikan. Tak cukup nafas rasanya melakukan tugasan yang diberikan tetapi perasaan teruja lebih lagi kerana tidak sangka mengenali sahabat-sababat yang punyai tenaga positif. Terkejut pun ada juga. Oh, ya. Selepas mendaftar, saya menerima satu ebook percuma. Ebook bertajuk 100 Posting Tarik Like tulisan Tuan Khairul Zahrin Abd Karim, pengasas Group Support Like.

Melihat perubahan kepada wall saya, tanpa berfikir panjang kali ini, terus mendaftar untuk sertai satu lagi group GSL iaitu Group Support Like Elite Force(GSLEF). Tarikhnya ialah pada 16/1/2016. Kali ini bukan saja mendapat lebih ramai sahabat, malahan dapat menambah ilmu lagi dan secara percuma pula tu. Yang penting, kita berikan komitmen semasa kelas dijalankan di group telegram secara online. Bersesuaian dengan keadaan saya yang bekerja dari rumah. Guru-guru yang mengajar pun bukan calang-calang orang, masing-masing pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya,Tuan Aqif Azizan seorang yang dikenali dalam bidang copywriting dan storytelling.

Sejak sertai GSL, banyak juga perubahan yang berlaku kepada saya. Saya lebih positif dan ceria apabila di facebook kerana dikeliling sahabat-sahabat yang positif dan sentiasa mendoakan. Saya lebih bersikap terbuka untuk meluahkan rasa hati dan berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan. Saya juga sudah berani kembali menulis. Bersama GSL juga, saya menambah keyakinan diri untuk kembali berhubung dengan orang lain, selepas kemalangan yang dialami dua tahun yang lalu.

Kisah ini saya tamatkan dahulu. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan Tuan Khairul dan semua sahabat di GSL. Moga jalinan ukhwah ini diberkati dan diredhai-Nya. Aamiin. Berani Untuk Berubah.
‪#‎GSLAbam‬ ‪#‎GSLEF‬

Monday, 20 June 2016

Perlu Engagement Tinggi di FB

Assalamualaikum dan selamat petang.
Harini cuaca mendung je, feeling nak tulis panjang2, nak share tentang GSL. Saya percaya mesti ada lagi tertanya apa benda dengan GSL. Ramai betul guna hashtag tu. Situasi ni terjadi pada saya sebelum jatuh cinta dengan GSL. 😉😉

Cerita detik2 pertemuan saya dengan GSL, memang penuh duri ranjau. Eh? Haha. Taklah, maksud saya duri ranjau tu bukan apa, saya punya gigih usaha taip hashtag gsl dalam fb untuk cari info apa kebenda ni tapi tak jumpa2 juga. Take time sehari jugaklah dok tengok status2 sahabat yang guna hashtag gsl.

Starting saya nampak hashtag gsl ni masa skroll2 kat newsfeed. Masa tu saya try survey status2 yang selalu dapat like tinggi, komen berjela-jela. Jealous amat. Saya mula perasan sahabat fb yang guna hashtag gsl mesti engagement tinggi dan kebanyakkannya mesti peniaga online. Terasa tak sabar nak tahu sangat apa itu GSL. Saya terfikir nak jugak macam dorang, nak juga beri pengaruh untuk bisnes online saya ni, so saya cuba google after that.

Bila google barulah tahu GSL tu apa, untuk apa, kenapa perlu engagement tinggi dan bila baca feedbacks sahabat2 yang dah join GSL semua best2 belaka sampai buatkan saya tak boleh duduk diam dan tengok je. Dari link google saya dapat info direct ke fb kak Anys Idayu Zakaria, whatsapp terus kak anys tanpa fikir lama2. Dengan kak anys lagi lah rasa nak join cepat2, hehe pandai nau kak anys pujukk naa. 😁😁

After daftar under ‪#‎GSLGen2‬ bulan MEI 2016, hidup saya macam haru biru dengan notification dari fb. Haha. Sampai hp tu dok cari kat mana nak off vibrate, nak silent jap. Baru je hapdate status, tak sampai sejam mesti dah penuh like, komen. Rasa WOWWW sekejap. Lepas tu teruja nak up lagi status yang best2. Dulu kalau status produk je mesti kerik kerik, sekarang tak lagi. Sahabat2 positif selalu ada je untuk like & support. Saya ni dulunya jenis orang yang jarang nak like & komen orang yang tak kenal, tetiba berubah 360 darjah, p like p komen habis status sahabat2 even tak kenal pun, tak tau pasaipa. Saya syak aura POSITIF nihhh…hehe. Sampai sekarang still rasa seronok je dapat bantu sahabat2 naikkan bisnes dorang.

Part menariknya, masa tengah buat task ke3 kalau tak salah, dapat personal message dari sahabat yang saya tak kenali, soal siasat tentang GSL, cerita tentang terujanya dia dengan hashtag gsl yang saya selalu masukkan dalam status2 saya di fb. At the end, sahabat saya tu dan kawannya sekali pun join dan dah jadi sebahagian dari ahli GSL pada JUN 2016 and now dah jadi sahabat saya juga. Hehe. Nampak tak kuatnya aura positif GSL ni?

Syukur ya Allah kerana temukan saya dengan Group Support Like, platform untuk saya mengembangkan lagi bisnes online saya dari #GSLGen2 dan sekarang dah upgrade ke ‪#‎GSLEF‬, Terima kasih kepada Tuan Khairul Zahrin Abd Karim kerana menghasilkan sebuah group yang bagi saya amat amat memberi manafaat kepada orang lain especially yang berbusiness online. Beryuran tapi tak dapat dibandingkan dengan ilmu yang kami perolehi dan apa yang kami dapat. Kami belajar banyak benda yang baik2 dari Group Support Like, adab berfesbuk, branding diri, kelas tajwid, jenis like yang boleh dan tak boleh support, support sahabat2 lain dan banyak lagi.

Kalau nak cerita panjang, satgi korang tak larat baca pulak, kalau terdetik kat hati nak join tu petandanya kena join. Hehe. Kak ruby BERANI REKEMENN tauuu korang takkan menyesal. Bukan group main2,like dan komen saja2, ini group untuk tingkatkan lagi engagement korang. Tak faham tak pa, kena masuk dulu baru faham nanti.

One point nak bagitau, sejak join GSL rasa2 macam sales meningkat dari bulan2 lepas. Alhamdulillah.
.
.
#GSLGen2 #GSLEF ‪#‎ContestGSLRaya‬


 "Niat saya nak bantu orang ramai especially orang yang baru nak ceburkan diri dalam perniagaan online,

Apa kelebihan yang peserta akan dapat bila join GSL?

1. Tuan Puan akan belajar tentang :
-'Cara2 betul' membuat iklan di Wall FB Personal
-Cara2 untuk dapatkan banyak likes
-Cara2 untuk tingkatkan 'engagement' dengan prospek(Friends di FB peserta)

2. Paling best Tuan Puan akan mendapat ramai Sahabat2 Positive yg saling Support each other! 😃😃


Untuk pendaftaran boleh Whatspp saya ye (017-7912993 anies) 

Join GSL Sales Bisnes Makin Meningkat

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
Dalam GSL kita tak belajar ilmu bisnes. Tapi kita belajar branding. Asbab bernetworking, rakan-rakan support each other, pintu rezeki terbuka luas.

Please, kosongkan minda. Join GSL bukan untuk sales semata dan dpt jualan juta-juta, tpi sebab kita nak jadi usahawan yang kaya ilmu, ramai rakan. Insya allah pintu rezeki terbuka, lepas tu ada la jalan utk jadi usahawan dpt sales juta2kan. 😍😍

Sedikit petikan contest cik moon saya tepek sini utk u aalls.


BAKI KUOTA BATCH ODYSSEY 90 SAHAJA LAGI. Jom rebut peluang mendaftar GSL dengan YURAN MURAH kerana BATCH ODYSSEY ialah BATCH TERAKHIR DENGAN YURAN SEMURAH RM59. Bilangan ni nampak banyak tapi sekejap je boleh habis. Ikut pengalaman dalam sehari boleh habis ni. Lagi-lagi sejak GSL masuk paper haritu, berdesup-desup orang daftar 😁

Selepas raya Aiz difahamkan yuran akan dinaikkan. Kenapa yuran lebih mahal? Kerana ada penambahbaikan modul yang akan dibuat dalam GSL. Sebenarnya, apa yang diperolehi lebih mahal berbanding dengan nilai yuran yang dibayar.


So, sahabat AIZ yang belum mendaftar GSL, U alls nak daftar dengan YURAN YANG MASIH SAMA atau YURAN yang akan dinaikkan nanti ;) ‪#‎anysidayuzakaria‬ ‪#‎kelasonlineblog‬ ‪#‎agengroupsupportlike‬

Thursday, 16 June 2016

GSL KOMITED BANTU USAHAWAN ONLINE MENINGKATKAN KREDIBILITI DI FB

Teks : Anys Idayu Zakaria 





Woowww tahniah Tuan Khairul Zahrin Abd Karim dan Team GSL. GSL masuk paper Harian Metro 16 Jun u allss, ruangan bisnes.

"Bila menyertai GSL jangan bersedia untuk belajar mengenai FB & LIKE. Jadikan diri anda gelas kosong atau jadilah span yang kering untuk menyerap ilmu dari semua ahli. Yang menyertai GSL bukan calang-calang orang, ada lawyer, ada usahawan berjaya, ada founder-founder produk.

Ada peserta yang telah berjaya membuat jualan RM120K setelah bersama GSL. Bukannya join GSL, terus dapat RM120K. Pasti ada prosesnya. Bila kita bernetworking, ramai kawan, dapat tambah banyak ilmu, jalan untuk mencari rezeki juga terbuka luas. Insya Allah."

Sahabat-sahabat yang belum sertai GSL, jom daftar GSL BATCH ODYSSEY 25 JUN ini, batch terakhir bulan jun. Lepas ni kena tunggu after raya pulaks tau ;) Boleh pm atau whatssp Aiz (017-7912993) untuk yang serius mahu belajar membina penjenamaan diri melalui FB :) #anysidayuzakaria #agengroupsupportlike #kelasonlineblog

Wednesday, 15 June 2016

Sinar Kebahagiaan

Teks : Anys Idayu Zakaria 


Jangan pernah menyesal kerana mengenali seseorang dalam hidupmu. Kerana orang yang buruk akan memberimu pengalaman. Orang yang jahat memberimu pelajaran. Orang yang baik memberimu kebahagiaan.

Alhamdulillah hampir 4bulan berlalu. Tapi dalam tempoh ni banyak sungguh dugaan yang saya perlu hadapi. Kerenah nak membesarkan anak-anak seorang diri, mereka baru nak sesuaikan diri. Alhamdulillah dah makin baik sekarang. Moga Allah permudahkan urusan saya membesarkan anak-anak walaupun tanpa papa mereka :)

Belum lagi kelakuan si dia yang masih tak henti-henti menagih harapan. Saya masih belum kuat untuk melupakan kisah-kisah silam bersama dia walaupun saya sudah memaafkan segala kelakuannya.

Ya Allah berilah saya satu kekuatan supaya masa silam tu hanya tinggal kenangan tanpa perlu diimbas semula.

Semoga ada sinar kebahagiaan menanti. Moga Allah permudah Assalamualaikum, god nit. Jangan lupa bangun sahur tau heheh

Majlis Iftar Bersama Anak Yatim

Majlis Iftar bersama Anak Yatim,Asnaf dan Anak2 Tahfiz d Kg.Balik Batu, Masjid Tanah Melaka pd 25 Jun ini..
Sy buka ruangan jemaah semua sekiranya ada yg nk bersedekah buat;

1)anak2 yatim seramai 27 org shj..1 kit kasih anak yatim RM50 (RM30 goodies dan RM20 duit Raya)

2)Untuk Kit Kasih Anak Tahfiz
Seramai 50 orang
(RM50 utk sepasang Jubah Tahfiz dan sehelai kain serban)

3)Kit Sinar Utk 100 Asnaf masih berbaki RM1400 untuk mereka yg ingin menyumbang..atau mungkin ada yg nk membayar zakat..

Sy buka infaq ini utk semua jemaah rebut peluang ini di dalam bulan Ramadan..Alhamdulillah Iftar bersama ini telah ditaja oleh Hamba Allah..😊

Sy buka kempen ini sehingga 23 Jun sahaja..jazakallahukhair..

SALAM KASIH RAMADAN😊
-Pn Rosya Yunus-

Bagi yang berminat boleh pm saya untuk dapatkan details sumbangan 😀 #silashare #anysidayuzakaria #kelasonlineblog #agengroupsupportlike

Tuesday, 14 June 2016

Bawa Anak Ke Masjid

Teks : Anys Idayu Zakaria 


''Bawalah anak-anak kecil ke masjid, biarlah mereka bermain-main di ruang belakang, tak ikut kita solat pun tak apa. Biarlah mereka hanya solat di awal dan dihujung, janji kita bawa mereka ke masjid. Biar mereka kenal Rumah Allah, supaya 20 tahun akan datang masjid tidak kosong. Jika kita tidak bawa mereka sejak kecil, nescaya nanti genarasi ini tidak akan kenal masjid, malah tidak akan ada rasa cinta dan seronok untuk ke masjid."
(Selingan Tazkirah Terawih Masjid Taman Bukit Tiram, 13 Jun 2016)

Alhamdulillah syukur, Ramadhan yang sangat bermakna tahun ni. Saya dapat menunaikan ibadah terawih di masjid. Rindunya nak terawih di masjid, rindu nak qiyamullail di masjid. Semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk saya dan sahabat-sahabat melipat gandakan pahala.

Malam tadi selepas terawih 8 rakaat, ada selingan tazkirah daripada Ustaz Kamarudin. Sungguh betul sekali apa yang ustaz perkatakan. Saya sejak kecil, terutamanya Ramadhan memang Ma dan Abah akan bawa kami adik beradik ke masjid terawih beramai-ramai di Masjid Taman Bukit Tiram.  Jadi bila dah dewasa setiap kali Ramadhan perasaan rindu untuk berterawih di Rumah Allah sentiasa mengamit sanubari. 

Selepas berkahwin dengan anak kecil dengan urusan keluarga memang membataskan keadaan untuk berterawih di masjid, tapi masih boleh buat di rumah, cuma perasaan nak buat berjemaah tu memang sentiasa ada. 

Alhamdulillah tahun ni Allah bagi semula kesempatan itu selepas 10 tahun meninggalkannya. Impian saya untuk bawa kakak dan adik berterawih juga kesampaian.  Alhamdulillah kakak seronok ke masjid walaupun mula-mula tu agak malas juga la kan penat katanya. Tapi saya pujuk-pujuk, bagitau boleh pergi bersama rakan-rakan, dan solat agak jauh dari adik supaya adik tak kacau hehe berjaya juga. Adik juga tak lah lasak sangat di masjid, saya solat di kawasan luar, jadi ada ruang untuk adik bermain-main di situ. Tak mengganggu jemaah lain. 

Terima kasih Allah atas peluang ini. Terimaksih Allah atas Rahmat Mu. Semoga kakak dan adik menjadi anak solehah :)

Branding Guna Nama Sendiri

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
U alls yang serius nak berbisnes tu belajar la GUNA NAMA SENDIRI. Itu ilmu utama untuk personal branding terutamanya bila kita guna FB, jangan la pi guna nama kedai runcit konon nak bagi orang tau kita bisnes apa. Pakai saja nama yang mak bapak bagi. Nak takut apa.

Takut kena sihir? Poyolah! Dato Ameer Ali Mydin yang income juta-juta rilek saja hidup sampai sekarang tak ada kena sihir pun. Kita yang income Rm3k sebulan pula takut kena sihir kalau letak nama penuh sebagai nama FB. Cehh!

Kalau kita tak ada 'why' kenapa orang perlu follow kita secara 'lahiriah'nya, jangan sembang berjuta tapi usaha yillek. GSL landasan terbaik untuk belajar branding, guna nama penuh, guna gambar profile yang bagus. Mudahkan bina branding as usahawan.

#‎anysidayuzakaria‬ ‪#‎agengroupsupportlike‬ ‪#‎kelasonlineblog‬ ‪#‎creditsifuGSL‬

Monday, 13 June 2016

Kepentingan LIKE Di Facebook

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
U alls mesti asyik tanya apa KEPENTINGAN LIKE KAN. Sampaikan Aiz tak jemu-jemu kongsi tentang GSL.

LIKE dan KOMEN akan bantu posting kita dibaca oleh lebih ramai orang. Umpama kita bercakap dengan lebih ramai orang. Jadi kenapa mahu bercakap seorang diri? Panggillah rakan-rakan untuk BOOST kan posting kita kepada lebih ramai orang. Itulah gunanya LIKE!

Macam mana nk beljar dapat banyak LIKE tu meh sini join GSL. Aiz confirm mereka yang hadam n praktik ilmu tak akan kata GSL ni pelaburan yang merugikan. Sure menyesal tak join awal-awal ‪#‎agengroupsupportlike‬

Monday, 6 June 2016

Salam Ramadhan

Teks : Anys Idayu Zakaria

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah terimakasih Allah kerana memanjangkan umur kami untuk sampai ke Ramadhan kali ini. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan keimanan dan ketakwaan. 😃

Selamat menjalani ibadah puasa, dan semoga kita berebut-rebut ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadhan.

Akak mohon ampun maaf jika ada kekasaran bahasa, yang sengaja atau tidak.

Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita mukmin yang bertakwa.  😘😘

Assalamualaikum selamat pagi. Salam 1 Ramadhan.

#anysidayuzakaria #agengroupsupportlike #kelasonlineblog

Saturday, 4 June 2016

Doa

Amal Till Jannah:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam Sabtu            
29 Syaaban 1437H,
4 June 2016.                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah kurniakanlah iman yang sebati dengan dari kami, hiasilah iman dalam hati kami, doronglah kami supaya berasa benci  terhadap kekufuran, kefasikan dan kederhakaan dan jadikanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.

Ya Allah cukupkan bagi kami dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram.

Ya Allah yang meleraikan dukacita, yang melapangkan kekusutan, yang menyahut seruan orang yang susah, kasihi kami dan rahmatilah kami dengan suatu rahmat yang mencukupi untuk kami.

Ya Allah tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau jadikannya mudah , dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau menghendakinya.

Ya Allah hindarlah kami dari syaitan dan jauhilah syaitan daripada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami.

Ya Allah panjangkanlah umur kami agar kami dapat menambah amal ibadah kami.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kesihatan yang baik agar kami dapat beribadah kepada Mu dengan selesa.

Ya Allah dekatkan kami dengan kebaikan dan jauhkan kami dari segala kejahatan.

Ya Allah kurniakan kami kesenangan, ketenangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran kehidupan ini.

Ya Allah berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Ya Allah, izinkan kami berkesempatan bertemu dengan Ramadhan.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Thursday, 2 June 2016

Target Bisnes

Teks : Anys idayu Zakaria

Assalamualaikum sahabat pembaca semua. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Malam ni saya nak kongsi target jualan dalam servis Kelas Online Blog ABDR & GSL yang saya tawarkan.

Saya mempunyai target untuk mendapat 3 pendaftaran pelajar blog dan 10 pendaftaran peserta GSL setiap hari. Dan mampu membuat jualan RM500 sehari, RM3500 seminggu dan RM14000 sebulan melalui servis yang saya tawarkan.

Mohon sahabat sekalian doakan target saya ini tercapai bermula bulan Jun tahun 2016 ini.

Semoga dengan target ini saya dapat membantu lebih ramai lagi usahawan yang mahu belajar menggunakan blog sebagai medium pemasaran di google, dan fb sebagai medium terbaik untuk bernetworking 😍😍

#anysidayuzakaria #kelasonlinsblog #agengroupsupportlike

GSL Membantu Usahawan Online Di FB

Teks : Anys Idayu Zakaria 


Dalam GSL kita tak belajar ilmu nak dapat sales yang banyak, tapi ilmu GSL sangat membantu kita as usahawan on9. Tak caya, ce baca komen peserta GSL ni

"Sy jadi lebih bersemangat untuk meneruskan cita-cita menjadi seorang peniaga on9 yg berjaya. Kalau dulu, sy post status selalu krik krik krikk. Dapat 30 likes pun rasa nk melompat dah. Hihi.. Sy join GSL rupanya bkn 30 likes yg dpt tp cecah 300 likes! Saya suka Saya suka.

Ini secara tak Lansung beri impact pada bison9 sy. Ramai yg pm tanya sy jual apa. Pm masuk bertalu-talu.. Terima kasih pada founder, Abam yg menyediakan platform yg awesomeness ini :-)
Join GSL, kawan positif bertambah, ilmu bertambah & sale juga menunjukkan perubahan positif. Jazakallahu khairan kasira."

TerimaksihSuraini Suee sudi kongsi pengalaman dengan GSL. 😍😍 Jom sahabat yang nak daftar GSL BATCH ACCORD masih open berbaki 90 Kuota je lagi tau.

 

Apa kelebihan yang Tuan Puan akan dapat bila join GSL?

1. Puan akan belajar tentang :
-'Cara2 betul' membuat iklan di Wall FB Personal Puan
 
-Cara2 untuk dapatkan banyak likes
 
-Cara2 untuk tingkatkan 'engagement' dengan prospek
 
2. Paling best  akan mendapat ramai Sahabat2 Positive yg saling Support each other! 😃😃


Group Support LIKE BATCH ACCORD 2016 
 
Syarat untuk menyertai: 
 
• Perlulah aktif sekurangnya sekali sehari selama seminggu. 
 
• Perlu mengikut segala TASK yang diberikan. 
 
• Bertoleransi sesama ahli group. • Perlu mengikut arahan/saranan yang diberikan. 
 
• Perlu mengikuti perkembangan group setiap hari selama seminggu. 
 
• Guna nama manusia 
 
• Gambar WAJAH SEBAGAI PROFILE FB 
 
• Add / aprve Tuan Khairul Zahrin, Pengasas GSL
 
• Bersedia untuk menambah 99 orang rakan baru kedalam senarai rakan sedia ada. 
 
 
 Hanya RM59 / seorang 
 
RM100 / 2 orang Dan PERCUMA E-Book '100 Posting Tarik LIKE' yang bernilai Rm39.00. 
 
Quota cuma 150 penyertaan sahaja. 
 
 
Group akan dibuka pada hari Sabtu 11 JUN 2016, 
 
 
Ebook juga akan diberikan sebaik dimasukkan ke group. JIKA TUAN PUAN BERMINAT UTK SERTAI GSL,boleh hubungi saya 017-7912993 (Whatspp) saya akan kongsi dtails ya :)