Thursday, 31 March 2016

Kenapa Bisnes Online Perlukan Blog

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
KENAPA BISNES ONLINE MEMERLUKAN BLOG?
Jika menggunakan blog, apa sahaja yang kita tulis dan post boleh di akses, dijumpai dan dibaca oleh sesiapa sahaja dengan melalui enjin carian. Tak kan hilang pun. memang kekal ada dalam blog kita. Post tahun lepas, pun masih boleh dibaca lagi harini.

Kalau guna fb posting kita sekejap je akan turun dan perlu scroll ke bawah mencari-cari lagi-lagi kalau kita banyak update status dalam sehari. Post kita pun mungkin hari yang sama atau sehari je lalu di newfeeds rakan-rakan fasebook. Tulis harini belum tentu boleh jejak lagi 6 bulan akan datang. Sayang tau perkongsian di biarkan macam tu je wink emoticon
.
‪#‎kelasonlineblog‬ ‪#‎jombelajarbuatblog‬

Wednesday, 30 March 2016

Tulisan Mempengaruhi kita

Teks : Anys Idayu Zakaria

Tulis yang baik-baik bukan bermakna kita nak tunjuk yang kita ni pandai dan berlagak alim, tulisan juga boleh mempengaruhi tindakan kita. Mungkin dengan tulisan akan mengubah seseorang, siapa tahukan. Asbabnya kita dan mereka berubah kerana membaca coretan tersebut.

Selamat malam, semoga setiap coretan yang kita baca membawa kebaikan :)

#anysidayuzakaria #kelasonlineblog #agengroupsupportlike

Friday, 25 March 2016

Kredibiliti Modal Utama Bisnes Online



Kredibiliti adalah modal utama dalam FaceBook-marketing. Kredibiliti adalah sejauh mana orang percaya bahawa kita memiliki ilmu dan maklumat dalam perkara yang berkaitan bisnes kita. Ok akak bagi contoh seorang Doktor ya. 

Doktor yang mempunyai klinik sendiri adalah bisnesman. Doktor tidak keluar mencari pelanggan, yakni pesakit. Pesakitlah yang pergi ke klinik doktor. Di mata pelanggannya, si doktor itu adalah seorang pakar. Justeru mereka pergi kepada doktor itu bagi mendapatkan nasihat kepakarannya.

Sebagai orang bisnes, kita sering kali terkial-kial keluar mencari pelanggan. Dalam FB, kita menulis posting yang jelas menggambarkan kita terkial-kial mencari pelanggan. Pelanggan mencari kita apabila mereka yakin kita memiliki kepakaran berkenaan produk ataupun perkhidmatan yang kita tawarkan. (copy paste dari tuan Ahmad Azhari)

So kesimpulannya, jom kita mula menulis dan berkongsi status yang membuktikan kita memiliki kepakaran dan bisnes yang kita jalankan. 

Tips mudahnya, semakin banyak kita latih menulis dan berkongsi semakin kita mahir. Cara ini kita boleh belajar dalam GSL dan KELAS ONLINE BLOG ABDR 

Nak belajar menulis di FB jom join GSL. Nak belajar menulis di blog jom join KELAS ONLINE BLOG ABDR

Thursday, 24 March 2016

Meniaga Online Jangan Giveup

"Saya give up la. Saya meniaga online, tapi takde siapa pun nak beli.."

"Berapa lama dah meniaga?" "Seminggu dah..."
(Kata seorang gadis dengan nada yang sayu)
.
Pesanan :
Dik...kau bukan Neelofa, sekali promote seribu orang nak beli. Kena ambik masa nak bagi orang percayakan kita. Sekurang-kurangnya 3 BULAN. Kena bina kepercayaan orang lain pada kita, kena BERKAWAN-KAWAN dulu, besarkan NETWORKING, Luaskan kuasamu bak kata orang Johor 



Customer pulak macam-macam ragam. Antaranya:
✔Ada yang tanya sekali, terus beli

✔Ada yang tanya 18 kali tak beli-beli

✔Ada yang pm tanya harga, terus keras kejung buat-buat lupa

✔Ada yang mintak no akaun, 10 bulan lepas tu baru bank in
.
Ingat senang ke orang nak suka² bagi duit kat kita?

Ingat senang ke nak meniaga hari-hari duit masuk dalam akaun?

Tak senang! Tapi tak mustahil. Rezeki datang dari Allah. Yang penting kita Berusaha, jangan putus asa, sentiasa tingkatkan diri untuk tambah ilmu berbisnes. Boleh boleh

.
‪#‎copypaste‬ ‪#‎anysidayuzakaria‬ ‪#‎mulabisnesonline‬ ‪#‎kelasonlineblog‬ ‪#‎agengroupsupportlike‬

Tuesday, 22 March 2016

Kelas Story Telling Bersama Tuan Izan

Teks : Anys Idayu Zakaria 


Alhamdulillah Jumaat lepas  selesai kelas story telling bersama Tuan Izan. Walaupun ilmu yang dipelajari sebenarnya dalam tak sedar ada yang sudah saya praktikkan dalam penulisan blog, tapi bila kita belajar betul-betul ilmu tersebut masih banyak lagi yang kita tak tahu, akan jadi tahu dan lebih mahir.

Sebenarnya dah lama sangat teringin nak join kelas story telling Tuan Izan ni, cuma belum diizinkan Allah. Rupanya dapat join free sponsor dari Tuan Khairul Zahrin, Sifu GSL. Terimaksih abam kongsi rezeki bagi kami timba ilmu. Terima kasih Tuan Izan ilmu yang sangat bermanfaat. Lepas ni kena more lagi menulis menulis dan menulis, kerana dalam urusan bisnes terutama nak kongsi dengan pelanggan, nak close sales semuanya perlukan penulisan. 

Ok-ok jom sapa nak kelas free lagi, tunggu bulan April pula ye. Dengan syarat mestilah dah join GSL tau. Rugi tak join, ilmu dapat networking dapat. Macam macam dapat jika kita gunakan sebaiknya peluang ini.


Nak join, jangan segan-segan whatsapp saya ye heheheh (Anies 0177912993)

Rezeki Melimpah Ruah Asbab Berjemaah bersama Team GSL

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Group Support LIKE bukanlah tempat untuk belajar bisnes, atau belajar marketing. Ia satu group untuk kita belajar support status dan bisnes rakan-rakan di fb, dan platform untuk usahawan berkumpul. Percayalah, jika kita pandai memanipulasikan keadaan banyak peluang yang akan kita dapat daripada GSL ni. Insya Allah rezeki melimpah ruah asbab berjemaah dan saling bekerjasama walaupun bukan dalam bidang bisnes yang sama


GSL membantu peserta membina keyakinan diri, lebih berani untuk berkongsi, melatih peserta untuk menulis dan update status fb.

Saya kongsikan testimoni salah seorang peserta GSL Wira, Puan Suzie Joos. Melalui GSL beliau lebih berkeyakinan untuk berkongsi, walaupun tanpa beriklan beliau berjaya untuk membuat jualan.




Objektif Utama memang untuk dapat banyak like di status facebook kita. Like penting supaya lebih ramai orang lain dapat lihat apa yang kita post di status facebook. Jadi iklan-iklan yang kita post juga mudah dilihat. Selain itu, fb personal kita tak digalakkan menjual secara hardselling. Melalui GSL kita belajar update status soft selling, mulakan dengan perkongsian dan penulisan. Rakan-rakan dari Team GSL juga semuanya beraura positif, yang sentiasa mendoakan kita, bagi support walaupun tak sama bisnes.


Sunday, 20 March 2016

Bangkitlah :)

Mungkin Allah izinkan orang yang kita sayang atau yang kita hormati menyakiti hati kita, supaya kita bangkit. Supaya kita sedar bahawa yang kita cari adalah kasih sayangNya dan KemuliaanNya.

Assalamualaikum selamat malam 💜
.
#anysidayuzakaria #kelasonlineblog #agengroupsupportlike

Monday, 14 March 2016

Tip Mudah Bina Kedai Online

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Tips mudah untuk memiliki kedai online, tanpa perlu keluar modal besar untuk sewaan, bayaran utiliti, maintainance dan upah pekerja untuk jaga kedai. Mula buka KEDAI ONLINE BLOG yang lengkap dengan info seperti dibawah :

1) harus simple & jangan ada banyak gadget / aplikasi yg boleh melambatkan loading

2) gambar barang harus clear, letak harga bawah gambar & keterangan produk

3) Pastikan nama, phone no & email ada di tepi side bar supaya senang pelanggan nak hubungi

4) letak borang pesanan di bawah entri supaya pelanggan senang membuat pesanan setiapkali melihat produk

5) letakkan terma & syarat jual beli di bahagian pages atas blog

Dan bestnya KEDAI ONLINE ni, kita boleh buka 24jam, dan terima pelanggan seluruh dunia

Ini contoh kedai online yang beroperasi 24jam http://bukuallahtempatmeminta.blogspot.my/


Ada yang nak belajar :)

Saturday, 12 March 2016

Penjenamaan Melalui Blog

Tip blogging

Bagi memudahkan kita melakukan jualan, blog tidak semestinya terlalu rasmi atau terlalu santai.  Berikan suara  dan bina jenama kita sendiri.  Ini akan membuatkan orang lain mengenali kita sebagai pemilik blog dan empunya perniagaan.

Boleh belajar lagi di kelas asas blog online. Pendaftaran dibuka setiap hari.
.
#anysidayuzakaria #kelasonlineblog #janapendapatandenganblog

Friday, 11 March 2016

Tips Mudah Menulis

Teks : Anys Idayu Zakaria

Mulakan sesuatu yang kita nak share dengan penulisan dan perkongsian. Tapi ramai mengeluh "saya tak pandai menulis". Memang bukan semua orang mahir menulis, tapi kita boleh asah bakat dan dapat skill menulis melalui LATIHAN yang berulang-ulang. Tulislah setiap hari maksudnya.

Macam mana nak dapat idea menulis?
Bacalah buku-buku yang berkaitan apa yang kita suka kongsi. Banyak baca makin banyak idea kita menulis.

Baca status rakan di fb, baca blog pun dapat bantu kita untuk dapat idea menulis. Mudahkan.

Apa lagi, jom tulis dan kongsi. Inilah yang kita panggil SOFT SELL, bukan HARD SELL . Boleh boleh :)

Tip-tips mudah ni kita boleh belajar dalam kelas online blog ABDR dan GSL.

Thursday, 10 March 2016

Pelajar ABDR Di Majalah Wanita

Saya di Majalah Mingguan Wanita, Terima Kasih ABDR atas Peluang Yang Diberikan


Teks: Emme Marina Mohamad
Sumber : http://emmemarinamohamad.blogspot.my/2016/03/saya-di-majalah-mingguan-wanita-terima.html 
 
 
Bersatu di dalam komuniti akademi bekerja di rumah ni, lain sebenarnya rakan-rakan. Kita bukan sahaja suka untuk mengambil kelas asas blog demi memaksimakan perniagaan online. Tetapi di dalam komuniti akademi bekerja di rumah ini, terlalu ramai golongan editor, jurnalis dan penulis majalah yang saya rasakan satu peluang yang amat bernilai buat kita semua.

Peluang ini harus kita gunakan sebaiknya. Pada masa sama, peluang ini dapat menaikkan ranking kita untuk lebih diketahui umum. Ia juga dapat melonjakkan kepercayaan orang ramai terhadap diri kita.

Untuk peluang di Majalah mingguan wanita ini sebenarnya, bukanlah mengenai diri saya. Tetapi peluang untuk memberi komen mengenai konsep berhutang sebelum kahwin. Benar ya, ramai sangat di antara kita yang sanggup berhutang berpuluh ribu hanya untuk sehari menjadi pengantin. Namun sejauh mana pembaziran sebenarnya, kita sendiri yang harus alami.

Selepas berkahwin, berapa ramai yang terpaksa ikat perut dan akhirnya mengundang masalah antara suami isteri kerana nilai duit itu sendiri. Sesungguhnya hutang menyempitkan rezeki kita, jadi jika kita perlu juga untuk berhutang, pilihlah pinjaman yang tidak menyiksakan kita, tiada riba atau bunga yang keterlaluan. Cuba pinjam pada bank yang patuh syariah, Keduanya, merancanglah dengan baik kedua belah pihak agar tiada pembaziran berlaku dan akhirnya mengundang derita.

Walaupun rasa segan masuk kolum kecil di Majalah Mingguan Wanita ini, tapi saya amat bersyukur kerana berpeluang menyampaikan sesuatu buat pembaca semua.




Tidak rugi menyertai kelas di akademi bekerja di rumah, terlalu banyak ilmu dan peluang untuk upgrade diri diberikan oleh guru-guru dan pengasas ABDR. Semoga entri kali ini dapat memberi semangat juang buat semua wanita diluar sana.

Kelas asas blog bermula pada yuran RM150 sehingga RM300. Anda boleh buat pilihan mengikut bajet kalian, yang paling penting kita harus bermula kerana tanpanya kita tidak akan maju kehadapan.



Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad,

Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.

Terpaksa Jua Ku Undur Diri

Sudah puas ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk impian hidup kita

Namun tiada oh kudratku untuk
Halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu

Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti

Demi masa hadapan kita
Tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua ku undur diri...
Terpaksa jua ku undur diri... :(

Ya Allah beri kekuatan kepada diri ini meneruskan kehidupan ini. Sesungguhnya ujian dan rahmatMu sangat besar untuk hambaMu yang bersabar. Sudah hampir genap sebulan berlalu perpisahan ini. Moga ada rahmatnya. Aku terlalu mengharapkan keredhaan Mu Ya Allah.

Wednesday, 9 March 2016

Gerhana Matahari

Catatan Dhuha

Hari ini berlaku gerhana matahari di negara ini sebagai tanda kekuasaan Allah SWT. Matahari yang gagah perkasa dengan kepanasan yang tidak mampu di dekati oleh manusia. Namun terpaksa tunduk kepada kekuasaan Allah.

Tetapi kenapa manusia sebagai hamba yang banyak menerima nikmat Allah SWT masih angkuh  tidak mahu tunduk kepada peraturan Allah SWT?. Semoga kita tergolong di kalangan hambaNya yang tidak derhaka dan ragu kepada peraturan Allah SWT.

Ustaz Idris Hj  Ahmad 29 Jamadil Awal 1437/ 9 Mac 2016 Rabu.

Salam zohor ;)

Monday, 7 March 2016

Impian bersama Team ABDR

Teks : Anys Idayu Zakaria

Assalamualaikum semua sahabat, sebelum beransur tidur saya nak perkenalkan diri. Nama saya Anys Idayu Zakaria, dan kepakaran saya membantu lebih ramai usahawan terutamanya suri yang baru hendak memulakan bisnes secara online, untuk membina blog kedai online sendiri yang mudah dijejak pembaca di carian google dan mengunakan blog sebagai medium perkongsian dan pemasaran.

Besar impian saya untuk melihat lebih ramai usahawan online yang baru bermula untuk memiliki blog sendiri, dan lebih ramai suri yang mempunyai pendapatan sampingan hanya atas talian bersama Team Akademi bekerja Di Rumah.

Doakan impian saya tercapai <3 <3 <3

Sunday, 6 March 2016

Blog Medan Menambah Pahala

Teks : Anys Idayu Zakaria 


Alhamdulillah selamat datang Mac. Bulan baru dengan azam dan semangat baru. 2 bulan sebelum ni pelbagai situasi dan keadaan yang dilalui. Semoga bulan ini dan bulan-bulan akan datang lebih tenang. Insya Allah. :)

Saya kongsikan dengan pembaca budiman, promosi bulan Mac. Jom rebut. Rugi tau tak rebut pakej ni.

Promosi Mac hanya RM50 sahaja. Harga sebenar RM130. 


Sedikit tips untuk yang baru nak bermula. ;)


Blog adalah salah satu medan menambah pahala. Bagaimana?

Dengan menulis ilmu dan berkongsi pengalaman yang bermanfaat untuk bacaan dan panduan kepada orang lain. Jom mulakan penulisan dan perkongsian supaya lebih ramai dapat manfaat



‪#‎anysidayuzakaria‬ ‪#‎kelasonlineblogabdr‬