Sunday, 31 January 2016

Tips Bisnes Online : Teknik Soft Selling

Tips bisnes online, Teknik Soft selling. 

Untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap kita dan produk atau servis yang kita tawarkan
Dengan teknik soft selling sama juga macam kita menjual dalam diam, bercerita sambil menjual.

Berkongsi kemudian menjual.

You give first, then you will receive more.
(Sumber Buku Kuasai Perniagaan Internet)

Tak caya cuba buat. Insya Allah mesti berkesan.
.

Jom kita belajar teknik ni dalam kelas online blog abdr, kelas dropship buku dan GSL pun kita kena belajar up posting soft selling tau 
.
.
‪#‎abdr‬ ‪#‎gslef‬ ‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬ ‪#‎mulabisnesonline‬ ‪#‎kelasonlineblogabdr‬ ‪#‎anysidayuzakaria‬

Jangan Jadi Hamba Dunia

** jangan jadi hamba dunia **

Rezeki Allah cukup untuk hidup tapi bukan untuk mencukupi gaya hidup .

Berhati-hatilah kerana gaya hidup akan menuntut kita untuk tampil beza dan lebih tinggi.

Adakah kita sudah menjadi hamba dunia? Hanya kita sendiri yang dapat jawab.

Ini antara tanda² anda menjadi budak@hamba kehidupan dunia.

- anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

- sehari tanpa melihat dan membaca Al-Quran kerana sibuk dengan hal dunia.

- memakan dan terlibat dengan riba tanpa perasaan bersalah dan takut kepada Allah .

- anda sangat kagum dengan gaya hidup orang kaya .

Assalamualaikum selamat pagi Sabtu Moga sahabat pembaca sekalian berada dalam lindungan Allah swt 

Saturday, 30 January 2016

Santai Petang

Teks : Anys Idayu Zakaria 


Santai petang.

Tak pakai kasut dipanggil kaki ayam

Tulisan buruk dipanggil cakar ayam

Barang murah, panggil cap ayam

Pelawa tak ikhlas dipanggil ajak-ajak ayam.

Tidur tak lena, panggil tidur-tidur ayam

Usaha tak sungguh-sungguh panggil hangat-hangat tahi ayam.

Kesian ayam kan hahhaha
Heheheh 

Best Dapat Banyak Like di FB

Untuk sahabat-sahabat yang belum sertai GSL, akak belanja satu ulasan bakal peserta GSL BATCH TEH.

Belum start lagi beliau nak kongsi tau

Best tak
.
  Pendaftaran GSL BATCH TEH sudah penuh. Sekarang kita buka untuk PENDAFTARAN GSL BATCH TON


Jom cepat-cepat wsapp (0177912993) akak kalau nak register yer

Kalau dah penuh jangan cakap akak tak payung pulak tau

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Peribadi 


 Alhamdulillah jom cuci mata sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul Masjid TBT, SATBT & SKTBT pada hujung minggu lepas :)











Friday, 29 January 2016

Rahsia Untuk Usahawan FB

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
Ada satu rahsia usahawan fb perlu tahu
.
.
Percaya tak kalau saya katakan kebanyakkan pembaca dan bakal pembeli yang search produk atau servis di carian google sebenarnya tidak aktif berfacebook

Mereka mencari info melalui blog dan laman web sahaja 
.
.
Maksudnya rugi la kan kita kalau tak ada blog kedai online yang berkongsi produk kita kan.

Ramai lagi la bakal-bakal pembeli yang belum mengetahui produk kita kan. Betul tak
.
Ok tu je nak kongsi.

Nak belajar bina blog yang mudah dijejak pembaca di carian google boleh cari akak yerk hehehhe

Kerjaya Sebagai Jururawat

Teks : Rosnia Dahlan 
http://pnrosniadahlan.blogspot.my/

Meninggalkan keluarga untuk pergi bekerja secara shif pagi, petang dan malam bagi memastikan segala keperluan pesakit dijaga sebaik mungkin adalah satu pengorbanan yang besar nilainya, Ada sesetengah orang menganggap bahawa profesion sebagai jururawat ibarat 'pembantu rumah' yang menguruskan segala keperluan pesakit. Namun pengorbanan ini sering dipandang sepi. Tidak semua orang mampu melaksanakan tugas seperti mana yang dilakukan oleh seseorang yang bergelar jururawat dan disebabkan itu juga, memilih untuk menjadi seorang jururawat bukanlah cita-cita yang diimpikan oleh semua orang sehingga ada segelintir masyarakat menganggapnya sebagai kerjaya pilihan terakhir. Persepsi ini membuatkan profesion jururawat menjadi kurang menonjol.

Islam adalah perintis dalam usaha mewujudkan kerjaya jururawat walaupun ketika itu ia bukanlah dalam bentuk rasmi seperti sekarang ini. Di zaman Rasulullah SAW, beliau tidak pernah menegah muslimah untuk turut sama menyertai misi ke medan perang dan pembabitan mereka membantu merawat pejuang yang tercedera. Mereka membawa ubat untuk mengubati mangsa yang tercedera, menyediakan makanan dan minuman untuk mereka yang bertempur dan juga mereka bersiap sedia berjuang di jalan Allah. Pada mulanya perkembangan dalam bidang kejuruawatan ini memang agak perlahan. Dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua, kerjaya ini tidak menarik minat ramai kerana bidang ini dianggap sebagai ' kelas rendah'. Dalam era itu jururawat hanya menjalankan tugas ringkas seperti memandikan serta menyuapkan makanan pada pesakit, membersihkan luka atau hanya memberikan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.

Masa terus beredar dan kini terdapat banyak bidang khas yang memerlukan jururawat pakar dan negara mempunyai ramai jururawat pakar dalam pelbagai cabang perubatan seperti perbidanan, rawatan intensif, rawatan koronari, trauma dan juga pemulihan. Jururawat professional menggunakan pengetahuan, kecekapan, kreativiti serta kaa hati mereka untuk menjaga pesakit dan juga memberi keyakinan serta harapan kepada mereka yang bersedih dan berputus asa.

Jururawat perlu memiliki sifat peribadi mulia kerana bidang ini adalah bidang kemanusiaan. Meskipun dihambat aneka kerenah gelagat pesakit, namun jiwa seorang jururawat harus kebal dengan dugaan dan cabaran itu. Bersengkang mata bertugas di syif malam begitu mencengkam perasaan, apatah lagi bila berjauhan dengan keluarga, namun itulah watak seorang jururawat yang mesti terus bersabar dan menganggap kerjaya itu sebagai ruang dan peluang untuk mengaut amalan berpahala di sisi Allah. Kerjaya ini boleh dijadikan sebagai 'batu loncatan' dalam memperbanyakkan amalan berpahala dan mengharap keredaan Allah. Semua bekerja atas ikrar seorang jururawat yang akan memberikan khidmat terbaik untuk kesembuhan seorang pesakit.

Tidak dinafikan bahawa pekerjaan ini adalah satu tugas yang mulia, namun terpulanglah kepada individu tersebut bagaimana mentakrifkan nilai kemuliaan itu. Ada yang melihat kesanggupan dan kesabaran jururawat berjaga malam semata-mata untuk memastikan keadaan pesakit stabil sebagai satu kemuliaan. Ada juga yang melihat kemuliaan ini dari segi kesanggupan seorang jururawat yang bergelumang dengan darah dan bahan kumuhan dan tidak kurang juga yang menganggap bahawa kerelaan jururawat dalam meredah hutan dan mengharungi sungai untuk memberi perawatan kepada komuniti terpencil sebagai satu tugas mulia.

Namun tidak kira sama ada anda orang biasa atau berpangkat besar, orang kaya mahupun orang miskin, pasti ada satu masa dan ketika dalam hidup anda untuk dekat dengan insan ini. Mungkin pada hari biasa, insan itu tiada kepentingan buat semua, namun apabila ada ahli keluarga, saudara tedekat, mahupun diri sendiri terlantar di hospital dan memerlukan rawatan nama insan inilah yang sentiasa bermain di bibir setiap kali memerlukan sesuatu. Insan inilah yang akan sering dipanggil dan sedia membantu disaat tiada seorang pun ahli keluarga mahupun anak-anak yang berada disisi untuk membantu, disaat semuanya sibuk dengan pekerjaan dan sibuk dengan perihal keluarga masing-masing. Namun, sejauh manakah kita menghargai insan ini?

Singgah di sini: http://pnrosniadahlan.blogspot.my/
Kelas Online Anys Idayu Zakaria

Selamat Menjemput Rezeki

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Salam Jumaat

Selamat pagi selamat menjemput rezeki.

Jadikan bisnes atau kerja kita sebagai ladang untuk mengumpul bekalan di akhirat.

Niatkan bisnes/kerja untuk mencari rezeki kerana Allah SWT untuk memberi banyak kebaikan kepada orang lain.

InsyaAllah akan diberi rezeki oleh Allah dari arah yang tidak disangka-sangka sekaligus menjadi sebagai pembuka rezekiNya.



Senang bangat kalau semuanya online kan

Sambil urus order buku pelanggan dan agen drophsip, sambil ajar pelajar buat blog.

Heheh bak kata sifu tangan macam sotong dah sana sini menjawab pm dan wspp
.
Alhamdulillah terimakasih Allah rezeki hari ini semalam dan akan datang

Psst nak belajar berbisnes online dengan blog mai la sertai kelas abdr kami. Nak belajar dropship buku boleh daftar agen. Nak belajar dapat banyak like di fb boleh join GSL

Amacam. Ada brannn


#‎anysidayuzakaria‬ ‪#‎kelasonlineblogabdr‬ ‪#‎janapendapatandenganblog‬ ‪#‎mulabisnesonline‬


Thursday, 28 January 2016

ABDR Bantu Saya Fokus Dalam Bisnes

Ulasan Kelas Asas Blog Bisnes Penulisan
Pelajar : Ziadah Zainal Abidin 
Guru online : Anys Idayu Zakaria 
Sumber : http://ziadahzainalabidin.blogspot.my/2015/07/kelas-online-blog-penulisan-dan-fanpage.html

 
Teks: Ziadah Zainal Abidin
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Sudah hampir 4 bulan saya bersama akademi ini. Banyak ilmu yang dikongsi dengan arahan serta tunjuk ajar yang tiada had. Seperti yang dinyatakan di dalam ebook Super WAHM, Super Mom, ibu yang beranak kecil seperti saya jauh lebih lambat bergerak. Ia memang kenyataan. Komitmen terhadap bayi tidak dapat dijangka. Semua suri juga sedia maklum hal ini.
Saya mula berkenalan dengan guru online saya ketika saya terkontang-kanting mencari ilmu kira-kira demi mempertahankan perniagaan percetakan saya yang baru berusia lebih kurang 1 bulan suku akhir tahun lepas (2014). Permintaan yang tinggi secara mendadak menjadikan saya tidak menang tangan mahu membuat kira-kira kos, pengurusan perakaunan, promosi, jualan, pentadbiran dan sebagainya sendirian. Salah saya yang memilih orang 'kapal' saya tanpa menyiasat dan memandang masalah yang bakal timbul nanti.
Sayangnya saya terlupa tentang kelas yang guru Anys promosikan. Saat saya mengandung anak ketiga ini adalah saat saya benar-benar diuji sangat hebat oleh Allah s.w.t. Saya lalu menjadi orang yang sangat pelupa kesan stress melampau. Hatta pemeriksaan klinik yang tidak pernah saya lupa dari mengandung anak pertama dahulu, pun saya lupa dan tidak pergi. Dalam masa yang sama, saya masih cuba mencapai apa yang boleh dicapai asal tidak jatuh teruk. Setelah sekian lama saya menyepi, tepat 14 hari, guru Anys bertanya khabar. Saya terpaksa batalkan keinginan mengikuti kelas kerana terlalu sibuk menguruskan anak-anak, rumahtangga dan perniagaan yang saya hanya dapat kira untung kasar sahaja.
Perkenalan kami bermula lagi melalui laman peminat buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR). Entah bagaimana saya ingin memiliki buku tersebut. Saya komen pada salah satu status laman tersebut dan guru Anys segera mempromosikan buku tersebut kepada saya. Saya yang tertarik dengan promosinya tidak menunggu lama meminta akaun bank guru Anys. Tidak sabar mahu memiliki buku MMR tersebut. Sempat juga saya pesan pada guru untuk mengingatkan saya kerana semasa saya mengandung anak ketiga saya, saya sangat pelupa. Keesokannya saya buat pembayaran buku MMR dan terus lupa tentang tawaran guru Anys mengenai peluang menjadi agen dropship buku tersebut.
Selang hampir 2 bulan kemudian saya tertarik dengan status guru mengenai kelas blog akademi yang ditawarkan dengan syarat jika mahu masuk kelas secara percuma. Syaratnya boleh lihat gambar di bawah. Saya usahakan juga mengikut apa yang guru Anys tunjuk ajar tetapi tidak mendapat sambutan. Saya akhirnya mendiamkan diri dan diam-diam menjadi pembaca senyap status-status guru di Facebook hinggalah 3 bulan berlalu.
Hampir penghujung bulan Mac 2014, saya tidak mampu bertahan membaca status guru lagi yang setiap hari melintas di dinding Facebook saya. Akhirnya saya mohon untuk mengikuti kelas dengan bayaran secara ansuran. Saya ambil kelas paling popular dan paling mahal dalam akademi berharga RM300. Setiap kali saya membayar ansuran (RM100 sebanyak 3 kali), saya diberikan e-book untuk dibaca hingga habis, hadam dan faham. Pakej blog yang saya ambil ini menawarkan 5 e-book yang saya mesti baca habis dan faham serta ulangkaji.
Alhamdulillah. Setelah habis ansuran tanpa bunga yang guru tawarkan, saya terus diserap masuk ke dalam kelas (kumpulan Facebook). Guru menandakan nama saya pada tugasan-tugasan yang perlu disiapkan dan langkah demi langkah menambah pelbagai gajet untuk blog dalam bentuk tutorial bergambar.
Saya juga mencontohi guru dan rakan menjadi seorang peniaga beretika iaitu peniaga yang meniaga dengan nama sebenar atau nama komersial yang berkaitan dengan perniagaannya. Lebih baik lagi jika berdaftar. Bukankah ia agak mencurigakan jika nama peniaga adalah Penggembala Lembu tetapi gambar produk dan penerangannya adalah tudung Fareeda (contoh sahaja ye). Begitulah misalannya.
Dari apa yang saya pelajari, ini adalah tanda peniaga tidak konsisten, tidak faham pelanggan, tiada target khusus, tidak tahu potensi dirinya dan kurang fokus pada produk jualannya. Sekejap jadi katak, sekejap jadi sesumpah. Sekejap lompat bisnes sini, sekejap menjelma bisnes sana yang sama tapi tak serupa.
Saya sarankan belajar langkah demi langkah yang betul bersama saya di Akademi Bekerja Di Rumah‬ (ABDR) selaku ‪‎pengurus online ABDR‬ dan juga ‎rakan niaga ABDR‬.
Nota: Saya pernah jadi katak dan sesumpah dari tahun 2007 hingga 2014. ABDR buat saya menahan diri dari menjelma dari katak kepada kodok atau dari sesumpah kepada biawak komodo. Boleh lihat di ruangan kenali penulis berapa banyak saya gagal.
Berada bersama ABDR membantu saya fokus dan jalan terus walau ada tangan suruh berhenti sekejap, nak bagi projek ni. Saya belajar dari kesilapan lalu. Cukuplah gagal selama 7 tahun. Sudah beratus habis. Nasib baik beratus. Jika berjuta, mungkin saya patut benam muka dalam tanah.

Mula Bisnes Dropship

Buku pun ada Carta Popular, terlajak lariss gitu hehhe

1. Paling top mengungguli carta beberapa minggu - Buku Bisnes Cara Kami

2. Kembali masuk carta - Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi

3. Dashyatnya Tahajud & Subuh
.
Alhamdulillah dan tahniah kepada semua agen dropship buku
.
Makin bersemangat bila setiap bulan capai target dapat rewards kan

GSL Batch Ton

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
Kalau nak tau, kata sifu abam

GSL adalah medan untuk mengumpulkan insan-insan yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia.

Digabungkan di dalam 1 group tanpa pilih bulu. Yang tak kenal, pakat-pakat kenal. Yang sudah kenal, pakat-pakat rapatkan.

Itu baru bernetworking. Bukan melepak dengan orang yang sama sahaja setiap hari.

Faham ke faham ni?
.
Sahabat-sahabat yang suka bernetworking, suka nak kerja berjemaah memang patut sangat join GSL ni.

Tak percaya, join dulu baru tahu best ke tak wink emoticon
 
Dapat banyak manfaat ke tak

.
Pendaftran GSL BATCH TUN (13/2) dah dibuka. Boleh mula daftar harini.
.
Akak nak kongsi satu lagi ulasan bakal peserta batch teh. Pakat tak sabar nak mula, belum mula dah rasa aura
.

Korang tak nak rasa ke aura best macam ni.

Apa yang bestnya boleh tengok gambar ni ye


.
Nak register jangan lupa cari akak tau

Kenapa Saya Pilih Kelas Blog ABDR

Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali dan Abdr

Terdapat lambakan kelas blog di luar sana namun saya pilih Abdr kerana:

1) Soalan analisa bantu set tajuk dan fokus blog
1 set soalan analisa ini nampak remeh. Sebenarnya, ia bantu kenal diri, kemahiran dan minat kita. Bantu set tajuk dan fokus blog. Berapa ramai blogger di luar sana yang mengaku dalam penulisannya, "blog saya caca marba". Jangan begitu. Kita hidup atas muka bumi Allah ini.. semuanya bermatlamat. Fokus blog dikembangkan pula kepada label. Kita update blog bukan sekadar suka-suka.

2) Bonus 4 ebook.
Masa saya belajar dulu dapat 4 ebook sahaja. Kalian sekarang dapat 10 ebook tau. 

3) Dapat ebook asas blog.
Naskhah wajib baca dan khatam. Menerangkan teknik cara penulisan blog. Tulis dengan bahasa melayu formal. 1 entri eloknya berapa perenggan. 1 perenggan eloknya berapa ayat. Dalam 1 hari berapa lama diperuntukkan untuk blog. Update dengan matlamat yang jelas. 

4) Nota tutorial bergambar langkah demi langkah.
Kita akan dimasukkan dalam fb grup. Nota bergambar langkah demi langkah lengkap di situ. Bermula dengan cara create blog, setting layout, masukkan gambar dan keterangan produk.. sehingga sudah boleh mulakan bisnes online. 

5) Tiada tekanan / paksaan.
Tahu tak ada rakan Abdr yang bertahun-tahun masih belum tamat belajar. Sebab cikgu tak paksa. Kita bukan budak sekolah. Jangan begitu. Apa yang dimulakan mesti habiskan. Buat hingga balik modal duit ringgit yang kita belanjakan.

6) Boleh sesuaikan sendiri masa belajar.
Sebaik mendaftar, khatamkan ebook asas blog dan nota fb. Carilah masa yang kita selesa hatta jam 3 pagi.

7) Belajar secara online.
Semasa belajar, saya masih bekerja pejabat. Dengan tiga anak kecil, saya sukar hadir kelas blog di luar sana walaupun kedengarannya lebih menarik, lebih bombastik. Saya belajar secara online sahaja tanpa perlu keluar dari rumah. Teringat pensyarah saya, beliau mengambil PhD secara jarak jauh. Supervisor berada di US. Semua komunikasi menggunakan email. Beliau tamat dengan cemerlang.

8) Yuran seumur hidup.
Yuran RM300 itu meliputi kumpulan sokongan Abdr, soalan selepas tamat belajar, nota bisnes dan motivasi. Bermakna hubungan sesama Abdr tak tamat. Malah, ukhwah semakin kuat walau kami beroperasi hanya dari rumah.. kenal secara maya.

10) Boleh bertanya cikgu walau sudah tamat belajar.
Ini benar. Sudah 2 tahun saya tamat belajar tapi saya masih lagi bertanyakan itu ini kepada cikgu kelas..dengan percuma. Kita dan cikgu sudah umpama kawan. 

11) Automatik berada dalam komuniti kumpulan sokongan Abdr.
Berapa ramai ibu-ibu bekerja di rumah yang tersungkur dengan pembahagian masa, tenaga, emosi antara keluarga dan bisnes? Kita mesti tempatkan diri di kalangan rakan-rakan dari lubuk yang sama. Berkongsi rasa, ambil pengajaran, belajar baiki diri, bertenang-tenang urus kehidupan. Kita hidup tak lama kan..

12) Pautan dengan rakan Abdr bantu naikkan blog.
Di fb, Group Support Like (GSL) sangat terkenal naikkan reach fb kita. Bersatu padu like dan komen. Di blog, rakan-rakan Abdr dimestikan letak link rakan lain. Blog berbeza dengan fb. Satu klik di blog rakan boleh membawa klik ke blog kita.

13) Belajar bina blog berpengaruh bermanfaat.
Blog berpengaruh bermaksud blog yang menarik pembaca datang dan datang lagi. Pembaca ini kita tukar kepada customer melalui softselling. Menarik kan?

14) Jana wang dengan blog.
Mahu blog suka-suka atau blog yang boleh ditukarkan kepada wang? Sangat banyak jalannya. 
       - Kita boleh dapat tajaan produk / servis atau bayaran product review dari blog kita. 
       - Update yang konsisten dan bermatlamat boleh hasilkan ebook.
       - Ebook boleh ditukarkan kepada buku fizikal.
       - Penulisan artikel di majalah atau portal online.
       - Ghoswriting menulis kisah orang lain dan mendapat bayaran daripadanya. 

15) Kata carian blog.
Abdr mengajar pasakkan nama dan jenama di internet. Apabila orang google nama kita atau produk / servis, carian akan membawa ke blog kita. Blog kita juga berada di carian teratas, mukasurat pertama Google.

16) Peluang jadi pengurus online Abdr.
Tamat tugasan, sudah layak jadi pengurus online (PO). . Semua produk dan servis Abdr secara online iaitu:
       - Kelas blog bisnes dan penulisan
       - Ebook dan
       - Sewa tapak iklan. 

Saya sangat suka menjadi PO, kerana 
        - Paling utama ialah saya boleh mengusahakan kerja-kerja PO saya walau dari mana sekalipun.. di rumah, kampung atau bercuti bersama keluarga. 
         - Saya tak perlu fikir bubble wrap, bungkus dan pos. Semuanya produk digital / online. 
      - Belajar pendapatan lumayan RM10, 20, 30 hingga 100 sehari. Tak tipu. Saya pernah capai angka ratus dari rumah.

Baiklah, cuba google "umi arbee ali" atau "qaseh gold bangi" atau "susu kambing murah", di mana kami berada, pada tangga nombor berapa.

Kita tak mampu jumpa 100 pembeli sehari kan? Blog mampu tarik 100 pembaca sehari. Tukar pembaca kepada pembeli.

Jumlah Pembaca di Blog Meningkat Dengan Sertai ABDR

Ulasan : Emme Marina Mohamad
Guru Online : Anys Idayu Zakari
Kelas : Blog Bisnes Penulisan 
http://emmemarinamohamad.blogspot.my/2016/01/pageview-10000-dalam-masa-5-bulan.html


Teks: Emme Marina Mohamad
Foto: emmemarinamohamad.blogspot.my

Alhamdulillah. Kita sama-sama panjatkan doa dan kesyukuran ke hadrat ilahi atas setiap rezeki dan nikmat yang diberikan olehnya. Dan antara nikmat yang kita sering panjatkan kepada Allah ialah nikmat dan rezeki kejayaan, apatah lagi kekayaan ye tak? In shaa Allah, kita buat apa yang Allah suka, pasti Allah balas semula berlipat ganda kepada kita.

Ujian menandakan Allah sayangkan kita, nak berikan pahala lebih. Jika nikmat yang diberikan bermakna Dia juga sedang menguji kita lihat sama ada kita bersyukur ataupun tidak.

Lembaran tahun baru 2016 terasa amat manis bagi diri saya, kejayaan dan rezeki yang Allah berikan dan entri pada kali ini juga bagi saya ialah satu kejayaan yang Allah berikan setelah kita berharap dari Nya. Kita usaha dan belajar dalam kelas, bukan main-main belajar ya. Kita mahu capai satu matlamat dan Allah makbulkan usaha dan doa kita melalui kejayaan sebegini.

Saya sebenarnya sudah menjadi blogger suam-suam kuku sejak tahun 2011 lagi. Ada mungkin 3-5 buah blog saya pernah buat dan tidak fokus. Tiada hala tujuan, tiada fokus, tiada matlamat. Sebenarnya saya buat blog kerana saya tahu saya boleh jana pendapatan melalui blog. Kenapa saya kata begini?

Kerana GOOGLE adalah tempat saya bertanyakan SOALAN, PRODUK, BELIAN ONLINE dan pelbagai lagi. Dan setiap kali saya google, majoritinya akan pergi ke laman blogger. Paling ramai dan paling banyak ialah blogger. Ada pelbagai jenis blog, tidak kira blog kedai, blog personal atau campuran keduanya, iaitu personal dan blog kedai. Ia membawa kita kepada satu perhentian kepada semua yang kita inginkan.

Saya tidak mencari di facebook, saya tidak mencari di instagram. Kalau mencari di instagram lagilah pening kepala dibuatnya. Contoh hashtag #bajukurung, kadang-kadang yang keluarnya jubah. Hashtag #dms360, yang keluarnya produk lain. Kenapa jadi begini? Sebabnya mereka suka gunakan trending hashtag ataupun yang berdekatan. Seperti jubah, letak hashtag #bajukurung kerana ada kemungkinan peminat atau pembeli baju kurung yang lihat jubah tersebut berminat dan membeli. Tetapi, itu bukanlah satu solusi bagi mereka yang menginginkan jawapan kepada apa yang mereka cari.

Faham ya?

Bila kita bina sebuah blog, kita boleh kongsikan apa jua perkara tetapi bagi blog yang bermatlamat dan fokus, sebaiknya binalah blog yang berkaitan dengan niche kita. Jangan pergi terlalu jauh kerana akhirnya matlamat kita akan jadi lari dan hilang arah tujuan. Apa maksudnya? Teruskan pembacaan ya.

Tajuk fokus anda, Menjaga Kesihatan Bersama Produk Jeli Gamat, jadi fokus anda berkisar mengenai penceritaan produk, permasalahan yang boleh diselesaikan dengan produk tersebut, kongsikan petua berkaitan kesihatan. Jadi mereka yang follow blog anda ialah mereka yang berminat dengan masalah dan produk tersebut. Dan mereka inilah bakal pembeli dan akhirnya anda menjana pendapatan melalui blog.

Tetapi bagaimana caranya untuk fokus? Menetapkan matlamat? Belajar kata kunci agar blog anda mencari carian teratas dalam carian google?

Inilah yang bakal anda pelajari di dalam kelas asas blog akademi bekerja di rumah. Dan inilah juga caranya saya mendapat 10 000 pageview dalam masa 5 bulan sahaja tanpa blogwalking, tanpa sharing ke facebook grup atau facebook profile atau mana-mana medium. Saya belajar kata kunci dan konsistensi serta kekalkan matlamat dalam tajuk blog saya.

Bagaimana?

Mahukah kalian belajar bersama kami, in shaa Allah anda pasti tidak akan menyesal. Ianya merupakan pelaburan kelas yang terbaik.

Sertai komuniti akademi bekerja di rumah. Alhamdulillah kami mara 2000 jaringan blogger seluruh Malaysia dan Luar Negara. Belajar secara online. Tidak perlu keluar dari rumah.

Pembelajaran seumur hidup. In shaa Allah



Wednesday, 27 January 2016

1 Usahawan 1 Blog

Teks : Anys Idayu Zakaria

"1 USAHAWAN 1 BLOG"

Dengan tagline ni impian saya 5000 usahawan online menyertai kelas online blog ABDR, dan memiliki sebuah blog kedai online yang mudah dijejak pembaca di carian google.

Tak melampau kot kan ;)

Kalau tak melampau, tolong doakan saya ya  😂

.
#anysidayuzakaria #kelasonlineblogabdr  #janapendapatandenganblog #mulabisnesonline

Thursday, 21 January 2016

" Dari kerja kita beramal, dari beramal kita bekerja"

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
Moga Allah sentiasa berikan kita hidayah untuk bersama-sama ke jalan yang diredhaiNya 😊
" Dari kerja kita beramal, dari beramal kita bekerja"


Assalamualaikum selamat malam
.
.
‪#‎Amaltilljannah‬

Wednesday, 20 January 2016

Terimakasih semua

Teks : Anys Idayu Zakaria

Assalamualaikum semua, last penutup untuk malam ni.

Saya ingin merakamkan berbillion terimakasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada saya 😊😊

Terimakasih kepada pengasas ABDR, Kak Masayu Ahmad kerana memberi ruang dan peluang kepada saya menjadi salah seorang guru online ABDR. 🌟🌟🌟

.
Kepada rakan pengurus online ABDR, agen dropship buku dan pelajar-pelajar kelas blog di bawah kendalian saya. Tak lupa team GSL yang ohsem. Dan semua pembaca blog dan follower.

Terima kasih terima kasih terima kasih 

😍😍😍

Tanpa kalian pasti saya juga masih merangkak-rangkak ☺☺

.
Saya doakan semoga sahabat semua berjaya dalam bisnes dan kerjaya u alls 🌹🌹🌹

Doakan semoga saya terus suksess dan sabar menempuh bisnes dan ujian kehidupan ini 💖💖💖

Thanks u alls. Muahhh cikit 😘😘😘

.
.
#anysidayuzakaria #kelasonlineblogabdr #mulabisnesonline #janapendapatandengandropshipbuku #abdr #janapendapatandenganakademibekerjadirumah #amaltilljannah

Merawat Sales Yang Berkurangan

Merawat sales yang berkurangan

® Perbanyakkan istighfar

® Berdhuha upgrade sehingga 12

® Syukur dengan nikmat yang ada

® Perbaiki dan awali solat 5waktu

® Tahajud, selawat, zikir setiap masa

® Perbanyakkan sedekah

® Istiqomah dalam setiap usaha
.
Ingatan untuk diri sendiri grin emoticon

Jom like n share jika bermanfaat




‪#‎GSLEF‬ ‪#‎Akademibekerjadirumah‬ ‪#‎Janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬ ‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬ ‪#‎janapendapatandenganblog‬ ‪#‎kelasonlineblog‬ ‪#‎Mulabisnesonline‬ ‪#‎Anysidayuzakaria‬

Tuesday, 19 January 2016

Kepentingan Like di facebook

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
Kenapa pentingnya LIKE DAN KOMEN di status Fasebook kita?
.
Lama dah saya tau ni, sebelum join GROUP SUPPORT LIKE.
Bila ada orang komen atau like status kita, ayat mudahnya status kita tu nanti akan diviralkan lagi dan lagi.

Maknanya lebih ramai la rakan-rakan fasebook lain yang boleh tengok status kita
.
Tapi masalahnya, sebelum join GSL saya memang tak tau macam mana cara nak dapat LIKE dan KOMEN ni.

Tak kan kita nak paksa-paksa pi pm orang lain suruh komen dan like status kita pulak, iya dak...
.
Alhamdulillah rupanya bila join GSL membantu selesaikan masalah saya

Yaeayyy memang happy. Selain dapat support daripada rakan-rakan, saya dapat tambah lagi ramai rakan positif
.

Tak caya, ce baca ni yang belum join pun kata happy tau 

"Zue Jaafar Usahawan tq cikgu Anys Idayu Zakaria...dah buat..dan akan cuba apply..belum masuk group abam dah terasa aura ilmunya..hehe"
.
Nampak tak?
.
Ada yang nak belajar cara mudah dapat BANYAK LIKE DI FB boleh sertai GROUP SUPPORT LIKE (GSL) BATCH TEH ya, kami sudah buka pendaftaran ;)

Boleh hubungi saya untuk daftar. Cepat-cepat bertindak kerana pendaftaran tersangat laju

Salam Jumaat

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Jom kita berazam dan konsisten buat 4 perkara ini secara luar biasa :

√ Doa luar biasa

√ Usaha luar biasa

√ Ilmu luar biasa

√ Taqwa luar biasa

Apabila hati manusia luar biasa, pasti hidupnya juga luar biasa hebat angel emoticon
.
😊😊Alhamdulillah selamat pagi Jumaat 😊😊

Semoga kegembiraan kebahagiaan dan kemenangan mengiringi kita untuk hari ini
.
.
‪#‎Anysidayuzakaria‬
‪#‎Mulabisnesonline‬ ‪#‎kelasonlineblog‬ ‪#‎janapendapatandenganblog‬
‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬
‪#‎Janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎Akademibekerjadirumah‬
‪#‎GSLEF‬

Monday, 18 January 2016

Musibah Anugerah Allah

Seringkali yang disangka musibah bukan musibah langsung, bahkan satu anugerah yang sangat besar dan indah.

Kata mereka yang telah 'merasainya':

Penjara itulah yang telah membebaskan ku.

Penghinaan itulah yang telah menyedarkan ku.

Kepahitan dan kegagalan itulah yang telah menyembuhkan ku.

Dan dosa-dosa itulah merendahkan keangkuhan ku.

Justeru, jangan terlalu gundah bila dilanda musibah, kerana di sebaliknya ada Jannah. InsyaAllah.
(Pahrol mohamad Juoi)
.
.
Moga musibah dan dugaan mendekatkan kita dengan Allah swt.
.
.
Alhamdulillah assalamualaikum selamat pagi, selamat memulakan tugas.

Tingkatkan ketakwaan, buat kebaikan di mana pun kita berada

.
‪#‎kelasonlineblog‬ ‪#‎Anysidayuzakaria‬ ‪#‎Janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬ ‪#‎Mulabisnesonline‬ ‪#‎janapendapatandenganblog‬

Sunday, 17 January 2016

Mazhab Berniaga Dengan FB Personal

Teks : Anys Idayu Zakaria 


Ada yang kata tak perlu LIKE / KOMEN / ENGAGEMENT tetap boleh jana income dari follower dan rakan-rakan di fb, walaupun mereka sebagai silent reader.
.
Tapi kalau LIKE banyak pun bagus juga. Menggambarkan kita seorang online seller yang sangat aktif. Bila aktif maksudnye cepatkan kita respon setiap pertanyaan pelanggan kan.

.
.
Tahniah untuk peserta-peserta GSL BATCH ABAM. Mereka dah dihuru-harakan dengan rakan-rakan dari GSL.
Bila saya bagitau siap la nanti dihuru-harakan, semua pelik bin ajaib. Tapi bila dah start ada dalam GROUP SUPPORT LIKE, semua pakat bagitahu rugi sangat tak join dari awal :p



Nak tahu macam mana huru haranya GSL jom join GSL BATCH TEH

Masih dibuka untuk pendaftaran. Terlepas jangan cakap akak tak payung pulak

Saturday, 16 January 2016

Promosi Ebook Januari

Tip bisnes online
.
Sentiasa berkata benar
Sentiasa jujur dan berkata benar. Contohnya barang puan Salmah sudah pun dihantar akan tetapi ada masalah dengan syarikat penghantaran. Usahawan perlu menerangkan dengan benar situasi yang berlaku.

"Sebenarnya puan, barang sudah dihantar pada tarikh sekian-sekian. Ada masa ia akan sampai pada keesokannya, ada masa dua hari tiga hari. Ada juga kes barang lambat dan ada barang yang hilang.
Jadi, kita sama-sama doa barang puan sampai tepat masanya. Harap puan bersabar, jika barang sudah sampai maklumkan pada saya. Jika tidak sampai atau rosak, maklumkan juga saya akan gantikan semula dengan yang baru."



.
Jom baca lagi dalam EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES

Ebook bonus pendaftaran ke kelas online blog ABDR

Ebook promosi Januari.

Friday, 15 January 2016

Semoga ABDR Terus Memberi Manfaat Untuk Peserta

Teks : Anys Idayu Zakaria 






Semoga tahun 2016 akan datang terus memberi semangat baru untuk kita terus berkongsi dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang lain.

Semoga dengan adanya ABDR, mereka yang tak mahir menulis blog akan bertambah mahir.

Mereka yang tak pandai berbisnes online dah boleh mula dengan sertai ABDR

Semoga mereka yang susah nak keluar tuntut ilmu bisnes di luar dan masih boleh belajar dengan sertai ABDR

Semoga mereka yang nak tambah networking, akan bertambah-tambah networking dengan sertai ABDR
.
.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar melalui barisan pengurus online ABDR Azuriyah Mohamad Norhafizah Abd Hadi Norul Badri Daud Nor Fahidayu Masran Rahiza Haszian Abdul Rahim Arbee Ali Eko Salina Sariah Awang Senik Nasriah Abdullah Linda Linda Fiza Aziz Noor Azila Mohamad Khushartini Kamarulzaman

Penulisan Perkongsian Bantu Selesaikan Masalah Orang Lain

Teks : Anys Idayu Zakaria 


 Kita memang bukan seorang pakar kaunseling atau pakar motivasi, tapi melalui perkongsian dan penulisan kita di blog, salah satu cara kita bantu untuk selesaikan masalah mereka.
.
Kadang kala, ada yang kata, "eh pengalaman akak ni biasa-biasa aje. Akak bisnes kecik-kecik je. Tak de apa yang nak dikongsi."
.
Tapi sebenarnya, pengalaman kita tu yang mahal. Pengalaman kita itu tak sama dengan semua orang. Mungkin kita berada dalam situasi yang sama, tapi setiap orang berbeza cara mengatasinya.
Jadi dari situ kita tulis dan kongsi. Walaupun bagi kita biasa-biasa, tapi percayalah mereka yang membacanya akan kata luar biasa, mereka sungguh terinspirasi hanya melalui penulisan dan perkongsian kita.
.
Buktinya, boleh tengok gambar di bawah ya



.
✔ Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jenis resipi yang dimahukan.
.
✔ Tips-tips mudah di dapur menjadikan blog sebagai pembantu masalah di hujung jari.
.
✔ Blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.
.
.
.
Kelas Blog ABDR masih dibuka untuk pendaftaran. Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula DAFTAR HARI INI

Kedai Online Blog Penting Untuk Usahawan Online

Teks ; Anys Idayu Zakaria 
Foto : Simpanan peribadi 


Saya kongsikan kenapa blog kedai online penting untuk usahawan
.
.
Contohnya mcam ni, lepas kita selesai tanya feedback daripada pelanggan, kita boleh bagi link blog untuk mereka singgah dan lihat produk-produk lain yang mereka berkenaan.

Mudahnya bila kita dah kongsi link blog, bukan setakat produk shaja mereka boleh lihat. Semua info, tip dan perkongsian yang kita tulis di blog mereka dapat baca.

Kira macam kita dah promo all in one gitu, kan kan

Best tak.


Bestkan kalau ada blog kedai macam ni  
 
.
Jom la belajar apa tunggu lagi
 

Perkongsian Pelajar Blog ABDR

Sebagai anak sulung didalam keluarga saya menjadi harapan dan idola kepada adik- adik. Ayah selalu berpesan pada saya yang adik adik akan mengikut dan menjadikan saya contoh mereka. Jadi along kena sentiasa jadi yang terbaik. Kata kata arwah ayah itulah yang saya pegang sehingga sekarang. Rupa rupanya kata kata ayah itulah yang menjadikan saya seorang leader. Leader dalam keluarga , leader didalam bisness dan leader kepada anak - anak.

Cita cita untuk kemenara gading akhirnya berjaya. Menamatkan sesi ijazah perakaunan di UiTM selama 5 tahun membuatkan saya benar benar teruja. Rasa macam nak muntah hijau menamatkan alam pembelajaran di universiti. Kekuatan fizikal dan mental diperlukan untuk belajar akaun ni. Alhamdullillah..berjaya juga akhirnya.

Mengengam segulung ijazah didalam bidang profesional membuatkan saya begitu teruja untuk memasuki alam pekerjaan, tapi indah khabar dari rupa. Kehidupan bekerja rupa rupanya lebih mencabar. Memohon gaji dengan kelayakan yang ada bukan semudah yang saya sangka.
Pada ketika itu , saya diterima untuk bekerja di tempat praktikal lama saya. Bermula kehidupan saya sebagai assistant auditor.

Dimarah,diperli bila saya minta beberapa resit untuk diaudit, katanya bukan company saya,ikut suka hati mereka la nak buat macammana.
.
.
Berkenalan dengan puan Ezzalin Sidek
Kelas blog bisnes penulisan ABDR
Singgah di sini untuk baca lanjut http://ezzalin.blogspot.my/.../teks-noor-ezzalin-salam...

Thursday, 14 January 2016

Khidmat Pelanggan Sangat Penting

Tips Bisnes online


Soalan 11: Kadangkala saya sangat kecewa dengan pelbagai kerenah pelanggan. Apabila membuat promosi dan pemasaran, ada pelanggan yang suka bertanya pada masa yang kurang sesuai, ada juga apabila kita membuat penerangan pelanggan diam sahaja tidak ada respon.

Bagaimanakah cara untuk kita tahu pelanggan suka dan bersetuju membuat pembelian?
Selepas kita mengenalpasti sasaran pelanggan iaitu prospek/bakal pembeli sangat penting untuk kita menguasai cara memberikan keyakinan mereka. Kita letak diri sebagai pembeli, apakah pembeli mahukan selepas mereka ini mempunyai kuasa wang dan kuasa beli. Sudah tentunya usahawan perlu mengambil berat berkaitan khidmat pelanggan.


Maksudnya khidmat pelanggan adalah salah satu perkara penting sama ada ketika berurusan dan juga selepas jualan. Ini mampu mengekalkan pelanggan sedia ada, untuk membuat pembelian berulangkali, berbanding sentiasa mencari pelanggan baru yang hanya membeli sekali. Berikut panduan meningkatkan keyakinan pelanggan untuk yakin membeli secara online.
Gunakan bahasa yang baik.


Pelanggan berhak menerima bahasa dan layanan yang baik. Ini memberi gambaran usahawan yang berhemah. Menggunakan bahasa yang sopan ketika melayan pelanggan. Pilih bahasa atau perkataan yang sesuai dalam komunikasi dua hala sama ada melalui mesej atau panggilan telefon. Pelanggan gembira apabila diraikan dengan bahasa sopan. Ini menjadikan pelanggan dihargai dan mereka lebih mudah membeli.
.
Sumber : EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN

Baca 21 soal dan jawab dalam naskah ini.

Ebook bonus pendaftaran ke kelas online blog ABDR

Tips Mudah Untuk Berjaya

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
Tips mudah untuk berjaya

> Lakukan yang terbaik setiap hari

> Berikan yang terbaik setiap hari

> Lakukan secara konsisten tanpa jemu

> Mulakan dengan sedekah yang paling ikhlas

> Biasakan solat awal waktu
.

Alhamdulillah selamat pagi. Jom kita pasang niat dan azam berikan yang terbaik. Lakukan yang terbaik.
.
‪#‎anysidayuzakaria‬ ‪#‎mulabisnesonline‬ ‪#‎kelasonlineblog‬
‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬ ‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬

Wednesday, 13 January 2016

Jemput Rezeki Awal Pagi

#‎tipsfelinnanadea‬ jemput rezeki awal pagi.



.
.
Nak rezeki mudah
.
🌷
Bangun awal pagi ucap Alhamdulillah. Ucap SYUKUR untu
.
Ucap syukur terutama nafas yg diberi atau anggota badan atau hikmah dalam hidup yg masih belum kita nampak
.
.
🌷
Yang paling utama, Bangun pagi MESTI SEDEKAH.
.
Nampak orang senyum...

Nampak orang senyum...
Nampak orang senyum...
.
👉
Senyum itu kan sedekah.
.
👉
Paling best nampak kucing tepi jalan kita bagi makanan.
.
👉
Nampak makcik minta sedekah, bagi singgit dua.
.
👉
Beli surat khabar halalkan ja balancenya.
.
.
Kalau awal pagi kita memudahkan kerja makhluk Allah, InshaAllah kerja kita Allah akan permudahkan juga...
😘
😘
😘
Alhamdulillah Assalamualaikum selamat pagi. Jom awali pagi hari dengan bersedekah
.
.
‪#‎Anysidayuzakaria‬ ‪#‎Janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬ ‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬ ‪#‎sayajualbukubisnescarakami‬

Tuesday, 12 January 2016

Mula Bisnes Dengan Dropship Buku

BAGAIMANA SAYA NAK MULA BISNES ONLINE?

1. Mulakan dengan apa yang ada.

2. Dropship

Ini adalah salah satu contoh iaitu kita mulakan dahulu dengan apa yang ada. Sangat penting untuk laburkan dalam ilmu, membina jaringan, pergi ke seminar. Di sana kita akan bertemu kenalan yang baru, peluang yang baru.

Kuasa fokus
Sangat biasa, bagi surirumah akan teruja dan memulakan hampir apa sahaja yang dia rasa, nampak ok ini lumayan, ini bagus. Itulah sebabnya sangat penting analisa awal, untuk kenalpasti apa fokus kita dan apa bidang yang kita pilh. Ia lebih bertahan lama berbanding memilih atas sebab ikutan.
Mahu memulakan bisnes atau mencari pendapatan tambahan bukanlah suatu perkara yang sukar sebenarnya. Atas kerajinan kita untuk mencari dan memilih peluang yang ada dengan membuat pilihan yang betul. Pilih mentor dan mereka yang telah berjaya.

Tiru sahaja formula dan cara mereka. Jika kita hanya berangan-angan mahu menjadi seperti orang lain yang berjaya, tanpa membuat sebarang tindakan pasti usaha kita tidak ke mana.
.


Kami buka pendaftaran untuk KELAS BLOG MULA BISNES DROPSHIP BUKU

Monday, 11 January 2016

Group Support Like Batch Teh

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Simpanan peribadi GSL 


Dengan rasminya pendaftaran GSL BATCH ATUN dah ditutup

wahhh cepat pantas lagi 2 minggu group open, dah penuh kuotaa.
.
Aduhaiii tak payah pening-pening fikir kenapa ramai sangat daftar. Meh sini baca apa kata peserta-peserta GSL BATCH ABAM yang baru masuk group minggu lepas


.
Azman Azmi Thanks of lot Anys Idayu Zakaria memperkenalkan GSL. Best..best..best GSL! Energetic sepanjang hari wink emoticon
.
Munirah Abd Halim BEST.BEST.BEST
.
Saadiah Khaidir Best sebqb dpt ramai kwn baru yg positif. Betul. Byk yg saya belajar Nmpk remeh tapi impak besar
.
Kan kan.
.
Dengan rasminya GSL BATCH TEH dibuka hari ini. Akak belum announce lagi dah ada yang daftar tau. Tengok pantas tak depa ni.


Yang belum cepat-cepat la ye. Kalau tak terlepas lagi. Boleh baca ulasan peserta di gambar tu ye.


Yang nak tahu kenapa pentingnya sertai GSL ni, ini sedikit info ringkas


GROUP SUPPORT LIKE (GSL)
.
Siapa yang perlu join? Mereka yang
+ nak belajar lebih banyak TIPS menarik BERIKLAN DI FB personal kita
+ TIPS bagaimana untuk tarik LIKE pada wall personal FB dari semasa ke semasa
+ nak bina dan tingkatkan pengaruh, reputasi, kredibiliti serta jenama melalui personal FB
+nak tambah lebih ramai rakan positif dan kembangkan jaringan networking
.
.
GSL BATCH TEH dibuka pendaftaran. Boleh sila cepat-cepat daftar ya
Teks : Anys Idayu Zakaria 


"Semoga Allah tidak melalaikan kita dengan kesibukan dunia"
(‪#‎Bukubisnescarakami‬)
.
.
Alhamdulillah selamat pagi sahabat. Semoga kita sentiasa dalam redha dan rahmat Ilahi 




Sunday, 10 January 2016

Elak Rugi Dalam Bisnes, Sertai Kelas Urus Bisnes Akaun ABDR

[PENDAFTARAN JAN -FEB 2016]







Belajar urus akaun bisnes kecil.
1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 17/01/16 Ahad - Masih ada 2 tempat
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Yuran : RM150.00

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order


2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Lokasi: Putrajaya.
Tarikh:
23/01/2016 dan
30/1/16
06/02/16 Sabtu - 2 tempat kosong lagi
Masa: 9.15am-4pm
Yuran : RM 250.00
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.



3. Grup Coaching (kumpulan kecil 4-6 peserta)
Lokasi: Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
1. 19/01/2016 (Selasa)
2. 23/01/2016 (Sabtu)
3. 26/01/2016 (Selasa)
Masa: 9.30pg - 2.00pm
Yuran : RM250.00 

Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun
Sijil dan Refreshment Disediakan
Lokasi: Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

Wednesday, 6 January 2016

Momen 2015

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Simpanan Peribadi 




Alhamdulillah momen-momen 2015 walaupun ada yang pahit, perit terpaksa ku telan jua. Pembangkit semangat hanya diri sendiri dan bisnes lah merupakan semangat untuk terus saya berjuang dan seronok sebenarnya dalam dunia bisnes ni, jika kena cara yang betul

Dapat tambah ilmu, tambah sahabat, kenal lebih ramai orang lain. Kenal pelbagai ragam pelanggan. 

Mengimbau kenangan bermula dengan menceburi bisnes dropship, perlahan-lahan saya belajar menggunakan blog sebagai medium pemasaran bersama sifu Puan Masayu Ahmad. Beliau yang banyak memberi tunjuk ajar dalam dunia penulisan, dunia blogging dunia berjualan dan berbisnes online.


Permulaan bersama Akademi Bekerja Di Rumah, sentiasa memberi semangat untuk saya terus bangkit membantu lebih ramai suri dan mereka-mereka yang mahu belajar berbisnes online. 

Alhamdulillah 2015, seramai 124 orang pelajar blog di bawah kendalian saya. Melepasi target, saya berazam untuk membantu sekurangnya 100 orang yang mahu belajar memulakan bisnes secara online dengan menggunakan blog sebagai medium perkongsian utama.


Bermula 2013 - 32 orang 

Tahun 2014 - 95 orang 

Tahun 2015 - 124 orang 


Alhamdulillah. Untuk tahun 2016 saya berazam mahu membantu lebih ramai lagi suri dan mereka-mereka yang mahu bermula. 200 orang saya mahu bantu untuk tahun ini. Semoga Allah permudahkan usaha kami Team Akademi Bekerja dirumah

Melalui kelas online blog ABDR juga, saya perlahan-lahan belajar untuk membina dan membantu barisan Pengurus Online ABDR yang mahu menjana pendapatan hanya melalui produk-produk ABDR.  Alhamdulillah mereka juga sudah mahir berjualan RM50-100 sehari.

Syukur terima kasih Allah atas nikmat ini. Allah permudahkan lagi usaha saya. Saya mula membina rangkaian agen dropship untuk produk buku-buku motivasi dan bisnes. Alhamdulillah mendapat sambutan juga, ramai agen berdaftar yang sudah pandai berjualan, walau untung dropship ciput bak kata orang, tapi ia satu peluang untuk mereka belajar berbisnes online dan berurusan dengan pelanggan.


Alhamdulillah. Semoga tahun 2016 memberi lebih kejayaan. Semoga lebih ramai suri yang dapat saya bantu melalui dropship buku bacaan dan kelas online blog ABDR. 


Doakan ye, semoga Allah permudahkan usaha ini :)

Saturday, 2 January 2016

Google Penyelesaian Masalah Ramai Orang

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
Kita sebagai penjual, dan buat bisnes mestilah kita cari bisnes yang membantu menyelesaikan masalah orang lain. Betul betul.
.
.
Dan kebiasaannya carian di GOOGLE akan menemukan kita dengan link-link blog, dan website betul tak
.
.
Jutaan manusia akan gunakan web browser GOOGLE untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah mereka. Kenapa?

Sebabnya GOOGLE - Penyelesaian masalah ramai orang.
.
.
Jadi sebagai usahawan yang membantu menyelesaikan masalah orang lain, apa kata kita mula berkongsi di blog, supaya lebih ramai dapat kita bantu melalui produk dan bisnes yang kita tawarkan.
.
.
✔ Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jenis resipi yang dimahukan.
.
✔ Tips-tips mudah di dapur menjadikan blog sebagai pembantu masalah di hujung jari.
.
✔ Blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.
.
Kelas Asas Blog ABDR dibuka untuk pendaftaran Januari. Sudah masuk tahun keempat kami bertapak. Alhamdulillah.


 Jom kita mula belajar jadikan bisnes dan produk yang kita tawarkan mudah dijejak di google
.
.
‪#‎anysidayuzakaria‬ ‪#‎gurukelasonlineblogabdr‬ ‪#‎mulabisnesonline‬
‪#‎kelasonlineblog‬ ‪#‎janapendapatandenganblog‬

Friday, 1 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
Matlamat utama berniaga, bukanlah untuk menjadi JUTAWAN tetapi menjadi DERMAWAN
Mudah-mudahan dengan asbab berniaga mengikut sunnah, rezeki kita lebih dan dapat memberi lebih agar hidup diberkati Allah swt
.
.
More you give, more u will get back samada di dunia atau di sana.
Niatkan hari ini kita mesti memberi lebih banyak daripada menerima.
.
Assalamualaikum alhamdulillah selamat pagi. Selamat tahun baru 2016. Jom perkemaskan azam tahun ini, tulis senarai supaya kita mudah capai apa yang kita mahukan.





‪#‎anysidayuzakaria‬
‪#‎gurukelasonlineblogabdr‬ ‪#‎kelasonlineblog‬ ‪#‎mulabisnesonline‬
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬