Friday, 16 December 2016

Blog Mampu Menjana Pendapatan

Teks : Anys Idayu Zakaria

Assalamualaikum, salam jumaat. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah swt. Ok jom saya kongsi sikit tip berblog ya.

Dengan hanya membina blog dan menulis setakat kurang 10 entri, masih tidak menjanjikan blog kalian berada di carian google. Untuk kalian yang sudah ada blog, pastikan blog di update setiap hari ya. Untuk memudahkan google menjejak blog kita di carian, fokus utama perlulah menulis dengan konsisten. Latih tulis entri blog setiap hari. Sehari satu entri.

Nanti jangan kata "saya dah ada blog, tapi kenapa bila cari di google tak timbul pun nama blog saya." Bila ditanya bila kali terakhir update blog, jawabnya "setahun lepas, password pun sudah lupa" Aduhaii nak menangis akak dik.

Ini pula ulasan salah seorang pelajar blog, pn Emme Marina. Beliau memang sangat konsisten menulis dan fokus medium pemasaran lebih tertumpu pada blog, selain insta dan jarang sekali gunakan FB.

"Alhamdulillah berkat dr belajar blog bisnes. Sebenarnya dr awal tahun ni sales meningkat hanya dengan jualan di blog sahaja, sekali tu leader hadiahkan cincin emas atas sales perfomance 10k. Pastu now dah november kan.. nov sales 14k. Semua ni hanya dr blog sahaja. 🙈🙈🙈 alhamdulillah. Syukur sgt2. Agen2 dropshipper semua dari blog."

Semoga menjadi inspirasi untuk kalian yang masih ragu-ragu betul ke blog mampu menjana pendapatan.

Aiz
Guru online Kelas Blog ABDR