Monday, 17 October 2016

Belajar Buat Blog Sendiri

Teks : Anys Idayu Zakaria 

"Kak saya nak belajar buat blog, tapi nak guna terus yang ada dot com dot com tu boleh tak"

"Ikut suka awak la dik, nak guna dot com semua akak tak kesah pun, cuma akak nak tanya, yang free blogspot tu awak pandai guna tak."

"Tak berapa pandai sangat kak, tapi orang kata dot com tu lagi bagus kan."

Betul la dik, dot com tu lagi bagus, tapi kalau dah yang FREE tu pun awak tak pandai guna, buat apa la nak pi membazir duit bayar domain tu. Walaupun ciput je bayar setahun, tapi tak gunakan sebaiknya tak de faedah juga.

Ini tulis blog pun setahun sekali, masa nak bayar domain baru update semula blog, alamatnya belayar ku kesepian la blog awak tu.

Inilah antara delima-delima usahawan online yang nak belajar berblog. Mereka rasa gah untuk terus gunakan domain berbayar, ataupun shopping cart. Walhal medium blogspot yang masih percuma sekarang, mereka masih belum mahir.

Cadangan saya, sebaiknya maksimumkan dulu cara percuma, guna sebaiknya sampai kita mahir dan kalau boleh sampailah kita dapat menjana pendapatan melalui yang percuma tu, kemudian barulah fikir untuk naik taraf lebih jauh lagi. Kenapa perlu guna yang percuma? Kerana kita tak perlu keluar modal yang besar. Memang domain sekarang murah sahaja, tapi setiap tahun kita perlu perbaharui. Bayangkan jika setiap tahun kita bayar domain, tapi web tersebut langsung tak berusik, kita langsung tak manfaatkan sepenuhnya. Rugi kan. Sementara nak bagi kita mahir dengan pemasaran online, nak bagi kita dapat balik modal produk yang dah dikeluarkan, gunakanlah sebaiknya apa yang ada secara percuma.

Dan suka saya kongsi sebenarnya ramai sangat usahawan yang ghairah nak membina blog, mereka upah sahaja blog daripada orang-orang yang mahir dengan bayaran yang agak mahal juga. Tapi sayangnya mereka sendiri masih tak mahir menggunakan blog untuk ubah layout, gadget atau tak mahir menulis secara konsisten lagi. Bila upah, biasanya yang kita harus faham, pengupah hanya buat sahaja, tanpa mengajar kita bagaimana nak guna dan sebagainya. Bila dah timbul masalah untuk ubah layout dan lain-lain mulalah rasa menyesal upah.

Sebab itu, saya lebih suka jika kalian belajar sendiri daripada upah siapkan blog. Upah siap memang cepat, tapi bila timbul masalah nak edit dan sebagainya kita jadi tak pandai, dan biasanya bila minta pengupah buatkan semula kebanyakkan mereka tak berapa nak layan sangat. Kalau ada pun pasti dikenakan bayaran lain.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, bila ramai yang datang PM atau Whatspp bagitahu minta saya edit semula blog yang sudah diupah kerana tak mahir nak edit sendiri.  Dan apa yang saya lihat, blog masih lagi kosong, tak berapa banyak entri yang ditulis. Sayang sangat.

Jadi apa yang saya nak tekankan, blog yang cantek tak semestinya ramai pengunjung. Blog yang baik ialah blog yang lengkap dengan info dan maklumat yang mesti ada dalam sebuah blog bisnes contohnya seperti cara hubungi penulis, terma syarat jualan, harga dan gambar produk, serta borang tempahan. Dan yang paling penting sekali tentulah blog tersebut sentiasa segar dengan entri-entri dan perkongsian baru setiap hari supaya lebih ramai pembaca dan bakal pembeli dapat jejak blog kalian di google.

Inilah antara yang kami tekankan dalam KELAS ASAS BLOG BISNES ABDR. Jadi apa kata kalian yang serius nak belajar menggunakan blog sebagai medium perkongsian, belajar sendiri bagaimana nak bina blog dan belajar menulis secara konsisten. Walaupun yuran agak mahal sedikit, tapi sekurang-kurangnya berbaloi dengan pelaburannya.

Kami dah buka pendaftaran KELAS BLOG OKTOBER, 6 kekosongan lagi. 

Belajar menghasilkan sebuah BLOG BISNES 
✅ Belajar langkah demi langkah cara membina blog yang betul dan berpengaruh, lengkap dengan borang tempahan, terma syarat belian, cara memasukkan FB, FANPAGES, cara masukkan gambar, gadget di blog
✅ Belajar menghasilkan sebuah blog yang mudah dijejak pelanggan di carian google
✅ Jadikan blog sebagai medium pemasaran online 
✅ Tidak perlu sewa tapak kedai yang mahal
✅ Tidak perlu keluarkan wang upah pekerja
✅ Kedai dibuka setiap hari (24/7)

Khas untuk semua, yang jauh yang dekat, Jom sertai KELAS BLOG ABDR                                                                                                                          
Tarikh : Flexible (Bermula sejurus pembayaran dibuat)
Masa : Flexible (Bermula sejurus pembayaran dibuat)
Yuran : RM250                                                                                 Tempat : Kelas secara online dalam GROUP FB 

Untuk daftar, jom whatspp 0177912993 (anies)


Untuk kalian di Sabah, jom sertai kami KELAS DI SANA PADA 19 NOVEMBER INI.