Friday, 15 January 2016

Penulisan Perkongsian Bantu Selesaikan Masalah Orang Lain

Teks : Anys Idayu Zakaria 


 Kita memang bukan seorang pakar kaunseling atau pakar motivasi, tapi melalui perkongsian dan penulisan kita di blog, salah satu cara kita bantu untuk selesaikan masalah mereka.
.
Kadang kala, ada yang kata, "eh pengalaman akak ni biasa-biasa aje. Akak bisnes kecik-kecik je. Tak de apa yang nak dikongsi."
.
Tapi sebenarnya, pengalaman kita tu yang mahal. Pengalaman kita itu tak sama dengan semua orang. Mungkin kita berada dalam situasi yang sama, tapi setiap orang berbeza cara mengatasinya.
Jadi dari situ kita tulis dan kongsi. Walaupun bagi kita biasa-biasa, tapi percayalah mereka yang membacanya akan kata luar biasa, mereka sungguh terinspirasi hanya melalui penulisan dan perkongsian kita.
.
Buktinya, boleh tengok gambar di bawah ya



.
✔ Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jenis resipi yang dimahukan.
.
✔ Tips-tips mudah di dapur menjadikan blog sebagai pembantu masalah di hujung jari.
.
✔ Blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.
.
.
.
Kelas Blog ABDR masih dibuka untuk pendaftaran. Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula DAFTAR HARI INI