Thursday, 31 December 2015

Kisah Perkongsian Tuan Carl Samsudin

[Entri ini panjang, kisah perkongsian Tuan Carl Samsudin]
.
.
Lelaki Ini Kongsi Tips Keluar Dari Dunia Kerja Makan Gaji Dan Kini Berjaya Mempunyai 5 Cawangan Butik


“Assalamualaikum
Dengan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Hujung minggu ini 29hb Ogos 2015 (Sabtu) merupakan pembukaan rasmi pembukaan butik ke-5 saya Bella Ammara di Johor Bahru. Alhamdulillah kuasa Allah itu sungguh besar. Sambil memandang susuk tubuh bangunan di Bandar Baru Uda, JB ini. Terkenang kisah 3 tahun lepas. Nak beli burger untuk Belle (now dah jadi wife) pon tak mampu. Sesak.

Bulan Julai 2015, genap 3 tahun penubuhan Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan pada Julai 2012 sehingga ke sekitar 10,000 pasang koleksi jubah dan telekung sebulan hari ini. Selama 3 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan. Mana tahu perkongsian saya ini dapat memberi sesuatu kepada anda.

2010-2011. Saya bermula dengan mengkaji sendiri ‘asas-asas pembentukan wang di dunia’ semasa saya bekerja as a chemist di makmal kimia di Nilai. Sebagai seorang Chemist – Google, buku, blog dan youtube adalah kawan-kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah hasil kajian mereka.
Kimia mengajar saya untuk buat kajian dahulu sebelum lontarkan sesuatu konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua telah banyak ditipu. Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya mulai takut & gentar. Saya nekad untuk berhenti kerja kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Ini susah untuk diterima akal sebab di media massa sentiasa mengatakan ekonomi kita amat stabil.

Nekad.

Saya berhenti.

Cuba cari jalan berniaga.

Tapi, tak jumpa.

Setengah tahun saya tak punyai kerja. Tiada wang. Kereta Perodua Kenari kena tarik. Belle ajak keluar nak makan pon saya tak mampu nak bayar. Masak nasi kosong berulamkan petai, janji makan tidak melebihi RM5 sehari. Setengah tahun hidup terdampar di rumah memberi peluang kepada saya berkawan rapat dengan dunia internet penuh ilmu.

Setengah tahun saya belajar bagaimana untuk menjadi usahawan seperti orang yang berjaya lain. Alhamdulillah dengan ilmu yang saya ada, terima kasih kepada pihak bank menerima saya untuk memberi saya peluang berniaga menjual emas. Target jualan, 3KG emas sebulan. Kalau tak lepas target, kena buang. Tersedak!

Tetapi saya nekad juga untuk join Bank. Saya join banking sector sebab saya nak tau apa yang bank buat. Dalam kajian saya – ‘Banking System’ adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita makin susah hari demi hari. Saya menyertai bank sebagai ‘Gold Salesman/tradder’. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan emas & perak sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang.

Matawang yang dalam dompet kita. Kertas berconteng yang makin jatuh nilainya. Duit tidak akan sesekali jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai Saya jumpa sistem mereka – ‘Fractional Reserve System’. Sistem dimana mereka mencipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit yang dicipta, makin jatuh nilai duit itu dan makin miskinlah kita. Saya cuba kerja sampai saya capai matlamat saya – No.1 Gold Trader di bank tersebut. Walaupun saya capai, duit untuk bayar itu ini tetap zero sampai hujung bulan. Saya harus berubah. Nekad. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.

July 2012 saya bertunang dengan kos hanya RM60 sahaja. RM60 digunakan untuk membeli buah, itu je yang mampu. Dan 5 bulan (Disember 2012) selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit untuk kahwin? Minta maaf saya cakap, betol zero. Kerana saya percaya Allah SWT itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah pasti akan tunaikan. Saya teruskan dan sentiasa letak Allah sentiasa no 1 di hati. Allahumma yaasir wala tu’assir, Allahumma yaasir wala tu’assir. Dan saya berpegang kuat pada kata Rasulullah SAW dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan.

Saya lihat bangsa saya? Rupanya bangsa asing lebih percaya pada kata Rasulullah SAW berbanding bangsa saya. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT saya cuba! Cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk membuat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle. Kenapa pinjam mak dan bukan loan bank? Sebab saya pernah kerja bank dan sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan ‘interest/riba’ dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Tak ada dosa lain yang Allah SWT istihaarkan perang terhadap hambanya. Allahumma inni as’aluka ridhaka wal jannah wa a’uzu bika min sakhatika wannar. Jauhkan lah dari kemurkaan Allah SWT. Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.
.
.
Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya mula cuba jaga solat saya, sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak saya + jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri Alhamdulillah.
Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama kucing-kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu keluarga mendapat duit lebih dengan penubuhan jenama OSRA dan Pudore, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri Bella Ammara di Setapak, Shah Alam, Bangi, Sungai Petani dan insyaAllah hujung minggu ini di Johor Bahru dan juga dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan saya yang lain.

Mungkin ini baru 3 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 10,000 pasang koleksi-koleksi hari ini. Apa yang saya nak sampaikan. Dunia kita ini makin teruk. Ekonomi kita ini makin teruk. Ketua-ketua kita hari ini juga makin teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan menjadi makin susah hari demi hari kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Lihatlah nilai duit kita hari ini?

Saya dah jangka dari tahun 2010 lagi saat ini akan terjadi. Keluarlah dari kehidupan ‘hanya makan gaji’ & carilah duit lebih kalau bukan untuk diri, carilah untuk bantu orang lain. Usaha dan ingat! Allah pasti akan bantu. YaAllah dialah pemberi segala rezeki di bumi ini. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Semua yang saya ada ini adalah milik Allah. Bella Ammara itu juga hak milik Allah, saya cuma pinjam untuk melaksanakan tugas yang Allah amanahkan kepada saya.

Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau rezeki sentiasa sangkut, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah SWT dan jujurkah kita semasa mencari rezeki Allah SWT?

Hari ini Alhamdulilah. Saya mengetuai 10 syarikat dan mempunyai lebih dari 50 orang staff. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak mempunyai kad kredit. Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.”
Carl Samsudin, 28.
(Sumber dari Facebook Carl Samsudin dan Instagram@carlsamsudin)
.
.
.
Alhamdulillah dunia teknologi kini kita semua boleh rebut peluang untuk mulakan bisnes secara online, tanpa perlu keluarkan modal yang banyak, hanya dengan online, ada komputer talian internet, belajar timba ilmu secara online pun dah boleh sekarang kan 
.
.
Hanya mereka yang betul-betul komited nak berubah dan bertindak sahaja akan berjaya.
.
Mula bisnes online jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah, belajar menjana pendapatan dengan dropship buku dan produk digital ebook serta servis atas talian.

Belajar bersama GROUP SUPPORT LIKE untuk jadikan fb sebagai medium sosial berbisnes 


 .
‪#‎anysidayuzakaria‬ ‪#‎kelasonlineblog‬ ‪#‎blogmulabisnes‬
‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬ ‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadir

Wednesday, 30 December 2015

Kisah Kak Felinna Nadea Hadapi Kejatuhan Dalam Bisnes

Bagaimana hendak hadapi kejatuhan

Kisah dulu, kakfel pernah hilang 2buah butik dan satu modelling/event agency serta semua barangan dilelong and dijual sebelum kahwin, kereta juga ditarik kerana dah 12 bulan sembunyi tanpa dibayar.JATUH TERDUDUK. Diisytihar bankrap.

Kami suami isteri pernah kehilangan RM Jutaan kerana kami leka dengan dunia.
Kita jatuh, kita rasa Allah benci kita, sedangkan Allah itu sgt sygkan kita, mungkin ada silap kita yg Allah tak snggup tgk kita teruskan. Kita perlu muhasabah saat jatuh ni... Kita tgk diri kita, kenapa Allah tegur? Mungkin saat kita kaya kita lupa Allah.. Bila kita kaya kita tak sedar yg kita dah sombong.
.
.
Hadapi kejatuhan dengan tenang dan muhasabah kenapa Allah jatuhkan aku. Jangan kita mencari jalan yg hanya menambah murka Allah.

Ingatlah, kalau Allah izinkan kita naik, maka Dia mampu jatuhkan kita bila2 masa sbb tu kalau kita masih degil, taknak balik ikut jalan Allah, kita tetap jatuh tanpa naik2.. Sebab kita taknak fokus kepada kenapa aku GAGAL. Tapi lebih fokus kepada Siapa yg gagalkan aku.
.
.
‪#‎tipsfelinnanadea‬
.
.


Jom baca lagi kisah kak fel dalam BUKU BISNES CARA KAMI, hanya rm28 senaskah

Buku terlajak laris. Untuk yang minat jadi dropship juga dialukan 

Tuesday, 29 December 2015

Iklan Berkesan Untuk Kanak-kanak

 Teks : muhaini Hasim

Semalam, kami ke masjid Lamir untuk solat dan menghadiri kuliah Maghrib, Fateh beria-beria mahu mengikut kami dan berjanji tidak mahu membuat bising di masjid. Dia juga telah masuk ke dalam kereta sebelum kami masuk lagi. Kebiasaannya, jika ada kuliah agama kami tidak akan membawa Fateh kerana takut dia akan menganggu jemaah. Tetapi kali ini, kerana kasihankan dia dan percayakan janjinya, kami mengalah jua dan membawanya ke masjid.

Alhamdulillah, ketika solat Maghrib, dia tidak membuat onar, 40minit pertama kuliah berlansung dia duduk diam, tetapi 30 minit terakhir dia sudah membuat onar. Kebetulan kuliah malam itu agak lama dari biasa. Dia bermain menyusun kerusi di dalam Masjid, berjalan-jalan di tengah-tengah jemaah dan membuat bising. Saya membawanya keluar dan duduk di kerusi di luar Masjid. Semasa Isyak, dia membuat bising, bermain mengambil pesanan seperti di kedai makan. “ Awak nak air apa? Teh o satu”. Itu antara dialog Fateh ketika membuat bising dan rupanya suaranya kedengaran sampai ke jemaah lelaki. Ketika bersalaman, saya tidak perasan, mungkin ada jemaah muslimat yang mengusiknya, dia menangis sambil menjelirkan lidahnya itu.

Satu lagi kes di masjid adalah ketika solat zuhur petang tadi. Ketika rakaat ketiga, Fateh datang ke tempat jemaah muslimat solat dan membuka beg tangan saya dan mengambil krim muka saya. Dia membuka krim muka dan menyapu krim ke pipinya sambil berkata, “Qu Putih, Qu Putih, barulah Putih”. Diulangnya ayat itu berkali-kali sambil menyapu krim ke mukanya. Aduhai anak,
Alhamdulillah ummi mampu bersabar kali ini dan hanya menegur dengan tegas kesalahannnya itu.
.
.

Berkenalan dengan puan Muhaini Hasim
 
Pelajar kelas blog bisnes penulisan ABDR

 Singgah di sini http://muhainihasim.blogspot.my/.../fateh-masjid-qu-puteh...

Monday, 28 December 2015

Like Dan Comment Di Facebook

Teks : Anys Idayu Zakaria


 LIKE DAN COMMENT di status FB kita sangat penting, kenapa?

Jawapannya ENGAGEMENT.
.
Kenapa dengan engagement? Lebih banyak engagement yang kita dapat, semakin tinggi pula REACH yang FB bagi. 


Ayat mudah di sini, maksudnya lebih ramai rakan fb like dan komen, lebih ramai rakan lain akan dapat lihat posting kita.
.
.

GROUP SUPPORT LIKE (GSL)
.
Siapa yang perlu join? Mereka yang

+ nak belajar lebih banyak TIPS menarik BERIKLAN DI FB personal kita
+ TIPS bagaimana untuk tarik LIKE pada wall personal FB dari semasa ke semasa
+ nak bina dan tingkatkan pengaruh, reputasi, kredibiliti serta jenama melalui personal FB
+nak tambah lebih ramai rakan positif dan kembangkan jaringan networking
.
.
Kalau ada rakan-rakan pembaca yang berminat untuk sertai GSL kami sudah buka pendaftaran BATCH ATUN, Boleh hubungi saya untuk daftar ye :)

Selamat Hari Lahir Adik

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Simpanan Peribadi 




Alhamdulillah selamat hari lahir adik Raisha Qasrina
Semoga menjadi anak yang solehah, kebanggaan semua 

 


Perancangan Pengurusan Kewangan

Sumber : Ebook Yeay Mama Sudah Resign 

 
Salah satu kelemahan paling ketara suri yang mahu bermula sebagai suri bekerja di rumah tidak ada perancangan dalam pengurusan kewangan.

+ Apabila mahu merancang untuk berhenti kerja, salah satu pelan adalah membuat matlamat kewangan.

+Matlamat kewangan perlu jelas dan spesifik. Atau dengan nama lain ia perlu diukur. Berhenti kerja adalah matlamat secara umum. Tetapi apa matlamat kewangan yang ingin dicapai.

+Sangat penting untuk berbincang dengan suami (pasangan) agar matlamat kewangan ini mampu membantu hala tuju kewangan keluarga.

Senaraikan perkara berikut.

1. Sumber pendapatan.

2. Senarai hutang.

3. Senarai simpanan.

+Tiga perkara di atas sangat asas untuk dikenalpasti. Berapa sumber pendapatan dari kerja sedia ada. Apabila berhenti kerja kelak, apakah sumber pendapatan baru yang akan diusahakan.

+Sumber pendapatan baru itu mungkin sudah pun dimulakan tiga tahun lebih awal sebelum berhenti kerja. Buat matlamat pendapatan dari sumber pendapatan tersebut.

+Contoh, pendapatan sedia ada adalah 3K sebulan, jadi apakah strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat RM3K pendapatan sampingan sebagai menggantikan gaji sedia ada.
.
.
.


Jom baca lagi dalam EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN 

Ebook bonus pendaftaran ke kelas online blog ABDR


Bagi yang berminat untuk sertai kelas urus akaun bisnes, juga dialu-alukan ya, Boleh hubungi saya untuk dapatkan maklumat terkini kelas :) 

Sunday, 27 December 2015

Perkongsian Pengalaman Di Manila

Hari pertama menjejakkan kaki di Filipina, dari lapangan terbang kami menghala ke "Salcedo Village". Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Manila, mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sesampai di Manila, kami dijemput oleh wakil dari kedutaan. Trafik yang sangat teruk menjadikan perjalanan kami yang sepatutnya setengah jam sahaja, memakan masa hampir 3 jam ke Salcedo Village. Petua untuk sesiapa yang mahu ke Manila, kalau boleh elakkan mengambil penerbangan di hari Jumaat kerana hari yang barakah ini sangat luar biasa kesesakannya.
.
Salcedo Village adalah salah satu kawasan yang terletak di Makati, Filipina. Di sini saya melihat populasi masyarakat antarabangsa memenuhi kebanyakan kondominium dan pangsapurinya. Kalau di Malaysia, kita boleh samakan persekitarannya dengan Bukit Bintang atau Damansara. Konsep metropolitan dan infrastruktur tersusun dapat dilihat di kawasan ini. Di sini, kebanyakan premis seperti bank, pejabat, kedai serbaneka, taman rekreasi, kedai gunting rambut, kedai dobi dan sebagainya boleh dituju dengan hanya berjalan kaki. Maybank pun ada disini ya!
.
Baca lagi kisah perkongsian puan Fauziah Mahmod
Kelas blog bisnes penulisan ABDR
http://pnfauziahmahmod.blogspot.my/.../entri-1-makati...




Untuk Pembaca yang mahu sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH, Belajar menghasilkan sebuah blog yang disukai pembaca boleh hubungi saya ya :) 
 

Saturday, 26 December 2015

Produk Akan Bercakap Melebihi Iklan

Jual lah produk terbaik dan berkesan. Produk akan bercakap melebihi iklan. Trust me.
.
.
‪#‎tipsfelinnanadea‬
.
.








Alhamdulillah terima kasih semua yang bagi feedback tentang kelas online blog ABDR.
Ramai dapat manfaat daripada apa yang Akademi Bekerja Di Rumah tawarkan.
.
.
Nak baca lebih banyak ulasan pelajar ABDR, boleh singgah di sini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com


Untuk sertai mana-mana kelas abdr, boleh hubungi saya ya

Email : anysidayuzakaria@gmail.com

wspp /sms : 017-7912993 (anies)

Jangan Give Up

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Untuk diri saya dan juga awak-awak yang cantek manis, hensem bergaya



Bila kita memulakan sesuatu yang baru, ianya pasti mengujakan tetapi ingat, ia pasti penuh dengan cabaran pada awalnya dan cabaran yang berbeza di pertengahannya tetapi memuaskan hati bila melihat hasilnya.
.


Jangan give-up!!! Keep going sampai berjaya. Semua perkara ada prosesnya.
‪#‎AzizanOsman‬
.

Jom sahabat Say ''YES, SAYA PASTI BERJAYA!!!''
.
.
.
‪#‎anysidayuzakaria‬
‪#‎kelasonlineblogabdr‬ ‪#‎gurukelasonlineblogabdr‬
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬ ‪#‎janapendapatandenganblog‬
‪#‎mulabisnesonline‬

Friday, 25 December 2015

Al Kahfi

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
⏰Al-Kahfi Reminder ⏰

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Mulakan Pagi Kita dengan Bismillah dan Senyuman

semoga hari ini dpermudahkan segala urusan. InsyaAllah 😊
.
.
Jom Al-Kahfi + Al-Mathurat seround.. Baru Osem sarapan minda kitaπŸ˜ŽπŸ‘πŸ»
.
.
‪#‎Anysidayuzakaria‬
‪#‎Gurukelasonlineblog‬
‪#‎janapendapatandenganblog‬ ‪#‎mulabisnesonline‬
‪#‎Janapendapatandengandropshipbuku‬
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬

Thursday, 24 December 2015

Group Support Like (GSL)

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : GSL 

Nak jadi positif, dan bermotivasi kita mesti berkawan dengan rakan-rakan yang positif juga kan


.
Dalam GSL (GROUP SUPPORT LIKE) kita dapat tambah lagi ramai rakan-rakan positif. Aura positif pun naik mendadak.

.
.
Jangan percaya cakap saya, tapi tengok apa kata sahabat-sahabat yang lain




"gsl.matdik tu byk ilmu yg ika dpt" (Atikah GSL BATCH MATDIK)

.
Tahniah untuk semua yang telah mendaftar ke GSL BATCH ABAM

Semua pakat tak sabar nak serap aura positif. Memang sangat terlajak laris.

Pendaftaran untuk Batch seterusnya, BATCH ATUN sudah dibuka untuk sahabat-sahabat sertai kami di GROUP SUPPORT LIKE (GSL).

Bagi yang mahu memulakan bisnes online, dan menjadikan fasebook sebagai medium perkongsian, memang saya sangat saranankan untuk sertai GSL.

Untuk yang mahu daftar Batch Atun (GSL) boleh hubungi saya ya. Cepat-cepat tau, kerana quota memang sangat cepat disambar ;)



Wednesday, 23 December 2015

Projek Asnaf Gelandangan Amal Till Jannah

PROJEK ASNAF GELANDANGAN (KIT AG) AMAL TILL JANNAH
.
.
RM10 untuk kit selimut
.
RM10 untuk kit solat (kain sarung/kain batik, sepersalinan)
.
RM 10 untuk kit alas kalis air
.
HANYA RM30 untuk KIT AG
.
Sudikah sahabat-sahabat membantu kami untuk memberi sedikit keselesaan kepada asnaf gelandangan ini.
.
Pasti seronok jika kita dapat melihat sedikit sinar kegembiraan yang terpancar di wajah-wajah mereka.
.
Jom bantu kami untuk bantu mereka. Kami perlukan lebih 100 KIT AG.

Siapa yang mahu bersama kami team AMAL TILL JANNAH untuk membantu mereka.
Saya tahu, semua sahabat saya di sini pasti boleh bantu kan???




Terimaksih semua sahabat. Semoga Allah jua yang merahmati usaha kita

Group Support Like Bantu Mula Bisnes Di Facebook

Teks : Anys Idayu Zakaria 


[PENGALAMAN SENDIRI]
.
Alkisah hari ni saya kongsi sikit pengalaman saya berbisnes online menggunakan facebook.
.
Sebelum ini rata-rata pelajar yang daftar untuk kelas online blog kebanyakkannya mereka yang jejak saya di carian google. Mereka jumpa blog saya, dan kisah-kisah yang saya tulis di blog.

Kiranya jualan saya memang banyak melalui blog. Kalau dari fb memang agak slow sikit.
.
.
Tapi sejak sebulan dua kebelakangan, selepas saya join GROUP SECRET ni, alhamdulillah hampir setiap hari ada sahaja sahabat-sahabat fb pm bertanya tentang kelas online blog.


Wah...bestnya. Semuanya ilmu dan tip-tips yang saya praktikkan dari join GROUP SECRET ni.

Seronoknya, saya tak perlu buat iklan setiap hari di fasebook. Tapi ada sahaja orang pm tanya kelas blog ABDR.

EH. eh dari mana ye mereka tau ni heheh
 .
.
GROUP SECRET ini memang tak ajar cara untuk close sales yang banyak, memang tak ajar macam mana nak up iklan hari-hari di fb, tapi dalam group ni kita belajar memberi dan memberi, serta praktikkan tip-tips yang di ajar oleh sifu "abam'' alhamdulillah memang best




Jika rakan pembaca nak tahu, GROUP SECRET ini ialah GROUP SUPPORT LIKE. Bagi rakan pembaca yang mahu belajar menggunakan fasebook sebagai medium untuk mula bisnes online saya sangat cadangkan rakan-rakan sertai GSL ini.

Banyak ilmu yang kita dapat pelajari, sambil tambah jaringan persahabatan dengan lebih ramai usahawan online dan juga tip-tips macam mana nak dapat banyak like di setiap status facebook ini.


Bagi yang berminat untuk sertai GSL, kami sudah buka pendaftaran untuk BATCH ATUN. Boleh hubungi saya ya untuk pendaftaran :)


Jemaah Dan Silaturrahim Teknik Menjemput Rezeki

Teks : Anys Idayu Zakaria


Ya ALLAH yang maha baik, yang meminjamkan segala pinjaman kesenangan kepada kami, Yang Maha Kaya lagi Maha Memberi, berkatilah hidup kami, umur kami dengan rahmatmu setiap saat, dekatkan kami dengan syurgamu yang penuh kenikmatan, kami serahkan hidup kami sepenuhnya kepadamu.

Jangan engkau biarkan kami menguruskan hidup kami sendiri walau sesaat pun kerana kami sangat lemah tanpamu Ya ALLAH Yang Maha Besar.

Jadikanlah peniagaan kami menguntungkan dunia dan akhirat kami dunia akhirat pelanggan-pelanggan kami. 

Bukakanlah hati-hati mereka menerima hidayah dan taufikmu. sesungguhnya engkaulah yang maha memberi petunjuk kejalan yang benar lagi diredhai. aamiin.
.
.
Terima kasih Ya ALLAH.
Alhamdulillah assalamualaikum syukur untuk nikmat hari ini  



Selalu percaya akan prinsip jemaah dan silaurrahim itu adalah salah satu teknik menjemput rezeki.
Ikhlaskan diri dalam silaurrahim, kita akan rasa pintu pintu rezeki terbuka.
.
.
.
‪#‎anysidayuzakaria‬
‪#‎gurukelasonlineblogABDR‬
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎mulabisnesonline‬ ‪#‎janapendapatandenganblog‬ ‪#‎kelasonlineblog‬
‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬

Monday, 21 December 2015

Hujung Minggu Yang Padat

Teks : Anys Idayu Zakaria
 Foto : Simpanan Peribadi (Anys Idayu Zakaria)


Alhamdulillah selamat pagi Isnin. Memulakan tugas seperti biasa hari ni. Rasa kepenatan melanda beberapa hari lepas agak kelam kelibut sikit. Memang biasanya bila tiba hujung minggu, saya mula terkejar-kejar sikit dengan kuliah pada hari Jumaat dan Sabtu. 
Kelas hari jumaat bermula 6 petang hingga 11 malam. Sambung semula esok 11 pagi hingga 7 petang. Agak-agak nasib baik sikit, hari sabtu pagi tiada kelas. Biasanya sebelum ni memang tiada kelas pagi sabtu. Tapi disebabkan semester ini saya ambil mata pelajaran yang agak sukar sedikit, makanya Pensyarah terpaksa buat kelas juga pagi Sabtu. 

Alhamdulillah selesai sudah semester ni, berakhir dengan baik. Tinggal ada sikit sahaja tugasan perlu disiapkan dan peperiksaan akhir awal Januari nanti.


Semalam juga selesai saya memborong buku-buku sekolah kakak, pakaian sekolah dan beberapa kelengkapan lain yang belum ada. Kasut sekolah dan beg sekolah awal-awal lagi saya sudah beli. Tinggal hendak selesaikan bayaran yuran sekolah agama sahaja, pada 1 Januari nanti.


Nampak tak bukan main suka lagi adik, nak sibuk-sibuk juga ikut beli buku sekolah kakak. Selesai belian buku, adik sibuk tanya "mama beli buku adik ke. Terima kasih mama". Alahai awak ni, sibuk nak sekolah dah.  Apa lagi nak bagi adik suka, mama ajak pergi cari-cari tadika yang sesuai untuk adik. Alhamdulillah dapat satu tadika di sekitar Taman Bukit Tiram, Tadika Islamik. Tapi saya sebenarnya masih belum sedia nak hantar Raisya ke sekolah. Insya Allah mungkin tahun depan. Almaklum sekarang pun Raisya masih ber'pampers'.  Kalau di rumah memang dah pandai sikit-sikit saya ajar. Perlu ambil masa lagi sedikit untuk latih Raisya lebih mahir. Kalau lain-lain tak usah cakap dah terlebih bijak hheheh.


Minggu ni target saya mahu selesaikan balut buku sekolah kakak, dan ulangkaji Subjek Undang-undang Industri dan Training Need Analysis. Hujung minggu ni cuti kelepasan am agak panjang. Harapnya dapat selesai semua.

Doakan saya ye :)

Sampai sini dulu, kita sambung nanti. Saya doakan semua pembaca yang sudi singgah di sini beroleh manfaat dan dimudahkan segala urusan kehidupan :)


Friday, 18 December 2015

Lambat Bertindak Lambat Dapat Hasil

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
Kalau ada mentaliti & sikap - NAK sesuatu tapi tak sanggup nak invest duit, masa, tenaga & perasaan -> Jangan berangan nak Dapat apa yang kita mahukan itu.

Lambat bertindak, keinginan jadi Sejuk. Lama-lama tak Buat terus.
Duduk depan cermin & cakap je pada diri sendiri; "Kesian aku tengok kau. Sampai bila-bila pun akan terus macam ni. Angan-angan mat jenin yang tak kesampaian sampai bila2. Kalau yang Dalam diri pun tak boleh nak lawan - lembek. Apatah lagi dugaan yang kat luar sana."
.
(Credit to Coach Rozi Saari)

.
Sangat setuju, semangat dan keinginan memang meluap-luap sekejap je, tapi bila masa bersemangat kita tak terus mula, lama-lama memang tak mula langsung la jawabnya kan.

Jom kita switch diri dan minda, supaya kita sentiasa bersemangat setiap masa.


Impak dan hasil yang baik apabila kita

1. Beri, beri dan beri dahulu

2. Belajar, upgrade diri, tambah ilmu.

3. Proses kejayaan memang memakan masa yang lama.
.
.
Ce cuba kita tanya orang-orang berjaya, berapa lama tempoh mereka ambil untuk sampai ke tahap kejayaan sekarang.

Ada ke dalam sekelip mata, sehari je tak mungkin kan.

.
.
‪#‎anysidayuzakaria‬
‪#‎kelasonlineblogabdr‬ ‪#‎mulabisnesonline‬

Thursday, 17 December 2015

Buat Duit Dengan Blog?

Ok ni nak bagitau, sifu usahawan yang tulis tau, yang memang dah 9 tahun menulis di blog. Sampai sekarang pun masih berblog.
Betulke boleh buat duit dengan blog?"
======
Sekarang. Bila orang tanya, betulke boleh buat duit dengan blog?
Saya dengan yakin akan jawab, "Yeap, boleh buat duit, dengan sangat banyak"

Hehe...
Jika anda seorang peniaga, gunalah blog untuk tingkatkan jualan.
Jika anda seorang affilaite, gunalah blog untuk dapatkan komisen.
Jika anda tak tahu nak buat, tulislah di blog, nanti boleh dapat duit daripada pengiklanan.
Ok. Itu teorinya lah.
(Raja kamil)
.
.
Ok yang ini dari saya,
memang pun blog boleh buat duit, kalau betul cara.
Dulu kalau blogger keluar paper, saya selalu kata betul ke diorang ni, macam mana la agaknya.
Nahh, sekarang bila dah tau, memang confirm tak diragui.
Suka dan tak rugi belajar.
Mula dulu, belajar teknik yang betul. Baru boleh belajar untuk dapat duit dari blog.
.
.
.
Ada yang nak belajar menulis blog, boleh hubungi saya ya

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/wsapp : 017-7912993 (anies) 

Wednesday, 16 December 2015

Tips Menjana Pendapatan Pasif Dengan Blog

Teks : Anys Idayu Zakaria


 [TIP MENJANA PENDAPATAN PASIF DARIPADA BLOG]

Blogger sebenarnya boleh dikira macam “retis” juga, mereka ada peminat dan follower.
So, bila dah jadi “retis”,maka jual/rekemen apa pun, orang akan beli. Sebab itulah banyak company-company membeli “sponsored” post di blog-blog. Biasa kita tengok iklan berbayar di blog semua dibeli oleh syarikat besar-besarkan. Sebab mereka sedar akan pengaruh dan potensi blog di google.

Cuma, blogger sahaja yang kadang-kadang “kurang sedar” tentang perkara tersebut.
.
.
Baca lagi tips ini dalam ebook belajr asas blog, rujukan utama kelas online blog ABDR.

Belajar dahulu cara menghasilkan blog berpengaruh dan yang disukai pembaca dalam kelas online blog.
.
.
‪#‎kelasonlineblogabdr‬ ‪#‎janapendapatandenganblog‬

Tuesday, 15 December 2015

Tip Bisnes di Facebook


Tip meningkatkan imej positive dalam FB :

πŸ‘‰ Apabila membaca post kawan-kawan, klik LIKE.

πŸ‘‰ Apabila suka dengan konten dalam post kawan-kawan, tulis KOMEN pujian pendek.

πŸ‘‰ Jika tidak pandai menulis komen, gunakan EMOTIKON.

πŸ‘‰ Apabila kawan-kawan ditimpa musibah, tulis doa pendek.

πŸ‘‰ Apabila terbaca berita kematian, bacakan Al-Fatihah.

πŸ‘‰ Apabila kawan berdoa, tulis 'Aamiin '.

πŸ‘‰ Apabila tidak setuju dengan apa yang dibaca, abaikan. Jangan komen.

πŸ‘‰ Apabila AMAT tidak setuju, UNFRIEND saja.

πŸ‘‰ Apabila TERAMAT tidak setuju, BLOCK saja.
(puanainonmohd)

Moga bermanfaat untuk sahabat usahawan yang lain yang menggunakan facebook sebagai medium untuk memasarkan produk



.
.
Untuk kalian yang mahu belajar cara mudah untuk TAMBAH LIKE di status facebook, apa kata join GROUP SUPPORT LIKE.

Group ini memang sangat-sangat membantu. Saya pun dah join beberapa bulan lepas. Alhamdulillah sentiasa berada dalam aura positif, dapat tambah lebih ramai rakan usahawan

Kalau ada yang nak join GSL ini jom whatspp saya. Kami sudah buka pendaftaran untuk Januari. BATCH ABAM (GSL)



Monday, 14 December 2015

ABDR Team Support Each Other

Teks : Anys Idayu Zakaria
 Foto : ABDR 


Alhamdulillah Assalamualaikum, selamat berhujung minggu. Lama sudah tidak update di sini ya. Saya doakan semoga semua pembaca blog saya sentiasa berada dalam lindungan Allah swt. Doakan yang baik-baik, fikir yang baik-baik supaya kita sentiasa berada dalam keadaan positif.






Selamat datang pelajar pelajar Disember 2015 ke Akademi Bekerja Di Rumah. Selamat datang puan Azie Abdullah puan Neng Jaafar puan Zue Jaafar Usahawan puan Nurfarhana Arsad puan Laili AromaBelanga Crew puan Siti Ariyah Shahlan ke kelas online blog di bawah kendalian saya


Alhamdulillah, kami menerima pendaftaran setiap hari.

Kami sudah mara lebih 1000 penyertaan.

Matlamat utama kelas-kelas di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH [ABDR] ialah
• Untuk memberi peluang kepada suri untuk belajar ASAS PEMASARAN ONLINE. Ahli yang menyertai kami 80% adalah suri yang tidak ada asas berniaga. Iaitu tidak pandai menggunakan email, tidak pernah berjualan produk. Tidak pandai membina kedai online. Jadi matlamat utama adalah, untuk memberi pendedahan asas untuk berniaga dari zero pengalaman.

• ABDR menawarkan produk dan servis untuk sepanjang tahun. ABDR juga matlamatnya adalah kumpulan sokongan untuk suri bergabung dan bertukar idea.



Alhamdulillah kami buka pendaftaran setiap hari. Mula daftar dan belajar asas pemasaran online melalui blog bersama ABDR. Boleh terus mendaftar melalui barisan pengurus online Azuriyah Mohamad Nor Fahidayu Masran Arbee Ali Eko Salina Sariah Awang Senik Rahiza Haszian Abdul Rahim Nasriah Abdullah Emme Marina Mohamad Norhafizah Abd Hadi Linda Linda Fiza Aziz Noor Azila Mohamad Norliza Tomiran Nur Balqis Qahira Norul Badri Daud

Sunday, 13 December 2015

Raisya dan Otromen

Teks : Anys Idayu Zakaria 


Kisah Raisya
.
.
Mama, adik dah cabut tangan otromen. Kepala otromen pun adik cabut juga nie..
Mama boleh tolong adik tak.

Tolong cabut kepala adik macam kepala otromen ni boleh.

Aduissshh.. adik adik. Kepala otromen buleh cabut, kepala adik tak buleh la sayang oiii



Adik adik, ada sahaja kerenah. Yang mama tak boleh tahan awal pagi kalau hantar adik rumah nenek mesti mengamuk tak nak turun kereta. Nak duduk dengan mama. Kalau boleh dah salam sekali tu, nak salam berpuluh-puluh kali, alasan tak nak bagi mama cepat-cepat pergi kerja.

Waaa.... nak nangis mama cam gini dik ;(


Beberapa hari lepas Raisya diserang demam. Elok baik demam, malam kelmarin habis penuh badan bintik-bintik merah. Rupanya adik nak kena demam campak. Semalaman tak dapat tidur habis gatal-gatal badan. 

Demam dan tak selesa pun raisya masih boleh lagi melompat sana sini.

Mama doakan cepat-cepat adik sembuh.

Saturday, 5 December 2015

Audit Dan Nilai Diri

Teks : Anys Idayu Zakaria


 
Jangan tanya apa kebaikan orang pada kita, nilai dan audit diri. Apa kebaikan yang sudah kita berikan untuk orang lain.

Berilah walau sedikit senyuman, mungkin dengan senyuman itu memberi sinar kebahagiaan kepada mereka yang sedang berduka 😊 😊 😊

Lebih banyak memberi kita akan rasa setiap hari yang dilalui, dipermudahkan urusan oleh Dia.
🌹Semoga kita dapat bantu lebih ramai orang hari ini 🌹

Alhamdulillah, assalamualaikum selamat pagi sabtu 😍😍

Friday, 4 December 2015

Perkongsian Pagi Jumaat

Teks : Anys Idayu Zakaria


Assalamualaikum, salam Jumaat penghulu hari

Ya Allah di hari jumaat yang mulia ini ampunilah dosa-dosaku dosa-dosa ibubapaku, saudara maraku, sahabat handaiku, seluruh keluargaku dan dosa sahabatku yang membaca blog ini. 

Semoga Engkau memberkati hari yang kami lalui harini.



Perkongsian pagi jumaat

.
1. Berilah salam ketika melalui kawasan kubur. Itu tanda kita mendoakan kesejahteraan ahli kubur. InsyaAllah, apabila sampai masa kita kelak, kita akan didoakan oleh yg masih hidup.

2. Untuk memulakan sesuatu yang baik (cth solat dhuha) mmg akan rasa mcm 'poyo' (ustaz said this exact word 😁). Tapi lama kelamaan dari poyo ni akan jadi ikhlas. InsyaAllah.

3. Adab berdoa: antara 'tips' doa mustajab, sentiasa mulakan dan tutup doa dengan hamdallah dan selawat.

4. Kebaikan mendoakan orang lain: apabila mendoakan orang lain, InsyaAllah malaikat akan mendoakan kesejahteraan orang yang mendoakan org lain. Malaikat adalah makhluk yg mulia dan hampir dengan Allah berbanding manusia. Dah tentu doa malaikat lebih mustajab. Salah satu cara untuk mendoakan org lain, gunakan kata ganti nama 'KAMI' berbanding guna 'AKU' dalam doa harian kita.

5. Tanda kiamat semakin hampir: orang hanya bagi salam kepada yang dikenali sahaja.

6. Sedekah takkan menjadikan kita semakin fakir.
.


Quoted from Ustaz shahrizan. Jabatan hal ehwal agama islam negeri sembilan.

Thursday, 3 December 2015

Tip Mula Bisnes online

Teks : Anys Idayu Zakaria

Tip awal mula bisnes  

Banyakkan perkongsian dan update status kita di fb. Kongsi tentang bisnes kita, perkongsian motivasi, perkongsian motivasi usahawan berjaya, kisah tentang kita mula bisnes.

Mereka nak berkawan dengan kita, bukan dengan produk kita. Jadi kita perlu lebihkan kepada soft selling dan perkongsian berbanding hard selling.

Insya Allah dari situ mereka kenal kita, dan akan kenal produk kita juga.
Tapi kalau sebulan sekali baru update status, camno orang nak kenal kita, cmno orang nak tau apa bisnes kita. :-[

Dan yang lebih penting jangan penuhnya fb kita dgn status org lain πŸ˜ƒ
.






‪#‎Anysidayuzakaria‬
‪#‎Mulabisnesonline‬ ‪#‎kelasonlineblog‬ ‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬ ‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬

Wednesday, 2 December 2015

Motivasi Untuk Mula Bisnes

Motivasi untuk yang baru nak mula berbisnes


1. Benda baru memang ambil masa nak faham

2. Biasanya ada konflik Antara teori dan praktikal

3. Alah bisa, tegal biasa

4. Fokus kepada progress bukan kepada result

5. Anda tak rugi apa-apa walaupun ikut kira-kira dah banyak anda rugi, kerana sebenarnya anda baru sahaja dapat ilmu baru. Ilmu untuj rugi

6. Konsisten

7. Abaikan perli dan herdik, mereka tiada di tempat anda

8. Banyakkan buat amalan murah rezeki seperti bersedekah

9. First aid bagi bisnes ialah rujukan dan mentor

(‪#‎tipsrajakamil‬)
.
.
.
Ada yang mahu belajar berbisnes online. Belajar macam mana nak jana pendapatan dari rumah. Boleh hubungi saya ya. Kita belajar gunakan blog sebagai medium perkongsian utama, juga cara nak mula jana pendapatan secara online melalui dropship buku dan produk digital ebook, serta servis

Tuesday, 1 December 2015

Selamat Datang Disember

Teks : Anys Idayu Zakaria 


 
Selamat datang Disember, bulan terakhir 2015.

Pejam celik, sekejapan sangat masa berjalan pantas meninggalkan kita, tanpa boleh diputar semula.
Campak selimut jom bangkit jika mahu berubah dan berjaya. Hidup sememangnya banyak pilihan. Hanya kita sahaja perlu bijak memilih dan membuat pilihan yang ada atau masih mahu menunggu melihat dahulu kejayaan orang lain, baru kita menyusul.

Kita masih ada masa untuk bertindak, walaupun saat-saat akhir, ketika orang lain telah mengecap kejayaan. Masa tidak pernah terlambat. Hanya kita yang berhak menentukan kehidupan dan kejayaan masa hadapan kita.

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kita dalam apa jua yang kita lakukan. Alhamdulillah
.
.
‪#‎anysidayuzakaria‬
‪#‎gurukelasonlineblogabdr‬ ‪#‎janapendapatandenganblog‬
‪#‎kelasonlineblog‬ ‪#‎mulabisnesonline‬