Monday, 30 November 2015

Cinta Kasih dan Sayang

Teks : Anys Idayu Zakaria

Cinta kasih sayang dan rindu hanya lahir dari keikhlasan hati kita menerima kehadiran seseorang. Bila hati mulai sayang, sikit terusik pun hati cepat tersentuh. Cepat mengalir air mata. Rapuhnya hati kerana tak mampu bertahan dengan sentapan tajam, lagi-lagi dari orang yang kita sayang.

Tapi bila hati pudar, cinta dan rindu hilang terbang dibawa angin pasti hati jadi kuat. Walau disentap, tak mudah melatah. Malah tak mampu langsung mengalir air mata. Apakah ia hilang bersama pelangi cinta itu.

Mungkin juga. T_T

Saturday, 28 November 2015

Belajar Kekal Positif

Teks : Anys Idayu Zakaria

Yang indah hanya sementara

Yang abadi adalah kenangan

Yang ikhlas hanya dari hati

Yang tulis hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang hilang
 

Tidak mudah mengejar impian
.

Namun yang lebih susah mempertahankan yang sudah ada kerana walaupun tergenggam bisa terlepas jua

Belajar menerima apa adanya dan berfikir positif

Jalanilah hidup ini dengan segala sifat positif yang kita miliki
.
.
Alhamdulillah selamat pagi selamat bersiaran semula. Semoga kita terus kekal positif hari ini


 .
‪#‎anysidayuzakaria‬
‪#‎gurukelasonlineblogabdr‬
‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬

Friday, 27 November 2015

Tip Mula Bisnes Dropship

Teks : Anys Idayu Zakaria 


Tip mula bisnes dropship


Pelbagaikan medium pemasaran

Jangan bergantung kepada satu cara sahaja.

1. Facebook /fanpage untuk perkenalkan produk kita kepada rakan, family.

2. Blog - untuk pembaca dan bakal pembeli di carian google

3. Instagram

Boleh boleh...
.
.
Jom belajar lanjut dalam kelas online blog bisnes ABDR

Thursday, 26 November 2015

Tip Mula Bisnes Online

Teks : Anys Idayu Zakria 


 
Tip bisnes online


Mulakan dengan perkongsian dan kebaikan produk dan servis yang kita tawarkan
Berkongsi dan bercerita. Bukannya direct menjual.

Kebiasaannya pembeli online suka nak baca cerita produk yang kita tawarkan.

Jika mereka mahu terus beli, tanpa nak mengetahui lebih dalam tentang produk, lebih mudah mereka beli di kedai di luar sahaja.

Salah satu cara mudah, kongsi dan cerita tentang produk dan servis kita di blog.
.
.
.
‪#‎anysidayuzakaria‬
‪#‎Gurukelasonlineblogabdr‬
‪#‎Janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎Janapendapatandengandropshipbuku‬

Wednesday, 25 November 2015

Suri Rumah Berpendapatan Sendiri

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Ulasan: Kelas Online ABDR (Kelas Asas Blog Bisnes Penulisan)
Guru ABDR: Anys Idayu Zakaria


Belajar Blog Melalui 'Uncle Google'


Setahun sudah berlalu, facebook mengingatkan aku ketika aku mula belajar mencipta blog. Mencipta blog dengan hasil usaha sendiri. Tanpa guru. Tanpa Mentor. Tanpa Pemerhati.

Kenangan Terindah
Belajar Blog Melalui 'Uncle Google'
Namun itu semua bukan penghalang untuk aku belajar sesuatu yang baru. Akhirnya aku berjaya walau hanya dengan bantuan 'Uncle Google'. Namun, kegembiraan itu terhenti seketika kerana aku mula bingung. Bigung bila berhadapan dengan 'java script'. Nampak sangat ceteknya ilmu IT yang aku ada. Aku baru nak belajar meneroka dunia blog dikala ramai anak muda dan remaja masa kini sudah mahir dengan berblog. Aku peduli apa! Kenapa perlu aku malu? Aku lagi malu bila dah tahu tak tahu buat tapi buat-buat tahu di depan orang ramai.

'Java Script?'. Wah! macam mana nak baca ni? Nak taip satu persatu ke? Mak ai, panjangnya. Takkan nak taip satu-satu? 1001 soalan ku tanya pada diri sendiri. Soalan demi soalan bermain difikiran ku. Aku buntu. Tak tahu pada siapa harus ku bertanya. Aku berkenalan pada beberapa orang rakan facebook yang mahir berblog tetapi mereka tak sudi mengajar ku. Mereka hanya meminta aku membaca hasil tulisan mereka di blog masing-masing.

Membaca? Aku sudah pun selesai membaca semua hasil tulisan dan perkongsian mereka di blog tapi aku masih buntu. Aku perlukan seseorang yang boleh aku ajukan pelbagai jenis soalan. Hanya setakat membaca? Siapa pun boleh membaca tapi aku perlukan seorang guru yang boleh membimbing aku dalam mencipta blog dan seterusnya menyebarkan blog yang ku cipta ke serata dunia. Bukan hanya mencipta blog semata.

Aku perlukan blog ilmu. Blog yang mampu memberi sumber inspirasi kepada blogger lain. Aku perlukan blog yang akan memberi aku sumber pendapatan untuk diri ku dan seluruh keluarga ku.

Aku sangat gembira apabila berjaya mencipta sebuah blog. Namun, kegembiraan itu cuma seketika. Aku mula bosan dan putus asa apabila berhadapan dengan bahagian 'java script'. 'Jaca Script' membuatkan aku putus harapan untuk meneruskan sesi belajar membina blog. Akhirnya blog itu terkubur seketika.


Suri Rumah Sepenuh Masa


Bermula 1 Disember 2014, dengan rasminya aku bergelar suri rumah. Suri rumah sepenuh masa yang tidak punya pendapatan hasil titik peluh sendiri. Pada mulanya aku selesa tapi dalam masa yang sama aku sering ternanti-nanti hujung bulan. Ada apa pada hujung bulan? Ya setiap insan yang bekerja tidak kira bekerja di sektor kerajaan mahu pun swasta semua akan gembira bila tiba hujung bulan. Duit gaji akan masuk akaun. Tetapi aku hanya menanti pemberian dari suami.

Aduuuh! Sungguh satu tindakan yang tidak aku gemari. Walau pun nafkah dari suami itu wajib tapi aku tidak suka meminta-minta apatah lagi berharap pada duit suami semata.

Di saat aku tidak keruan memikirkan hasil pendapatan sendiri, aku mula beri suntikan semangat pada diri sendiri. Aku mula bangkit. Merenung tajam ke blog yang sudah beberapa bulan terkubur.

Di saat aku nekad ingin hidupkan semula blog yang telah ku bina, aku dipertemukan dengan insan yang bernama Anys Idayu Zakaria. Cantik nama tu. Secantik empunya nama. Perkenalan di dunia blog dan facebook akhirnya kami menjadi sahabat. Walau hanya sahabat alam maya, namun hubungan kami seperti telah lama berkenalan dan telah bersua muka.

Hari demi hari melihat status Anys di facebook dan coretan ilmu di blognya membuatkan aku semakin ingin mengenali siapa Anys. Apa pekerjaannya? Begitu indah susun atur setiap bait kata-katanya. Setiap hari berkongsi ilmu blog di status facebook-nya. Aku semakin ketagih maklumat terkini darinya.


Berani Menanggung Risiko


2 Mac 2015, 9.10pm. 
Aku dan Anys sah bergelar sahabat alam maya.
2 Mac 2015, 9.10pm. Aku dan Anys sah bergelar sahabat alam maya. Disaat itu aku banyak bertanya tentang blog. Blog yang mampu memberi pulangan wang ringgit walau hanya bergelar suri rumah.

Setelah beberapa soalan ku ajukan kepada Anys tentang blog, aku semakin berminat dan bersemangat kembali nak mulakan semula belajar berblog tapi kali ini berbeza sedikit. Belajar mencipta blog dengan sistem, ilmu dan mentor.


Tanpa berfikir panjang, 31 Mac 2015, aku melaburkan sedikit modal sebagai yuran pendaftaran dan sah bergelar pelajar disalah sebuah akademi alam maya. Berani menanggung risiko belajar di Akademi Bekerja Di Rumah. Akademi yang dikendalikan secara online. Macam seronoknya bunyinya. Yer tak? Belajar dari rumah sambil masak, sambil jaga anak, sambil kemas rumah, sambil tunggu duit masuk akaun. Namun begitu aku tidak dapat teruskan kelas kerana beberapa halangan menimpa yang harus aku selesaikan terlebih dahulu.

10 Jun 2015, 2.40pm adalah kelas pertama ku bersama Cikgu Anys Idayu Zakaria. Berkobar-kobar semangat di dada. Tugasan pertama yang diberikan cepat saja aku selesaikan. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kesabaran ku ingin mencipta blog sendiri yang mudah dijejaki 'Uncle Google', dengan bimbingan mantap seorang mentor yang punya sistem dan ilmu semakin berhasil.


Modal RM300 Membuahkan Hasil


Walau hanya 3 minggu aku bersama protege-protege Akademi Bekerja Di Rumah, modal pelaburan iaitu yuran pendaftaran 'Kelas Blog Bisnes Penulisan' sebanyak RM300 dengan bonus 5 ebook telah membuahkan hasil. Ada diantara pembaca blog yang mengupah aku mencipta blog dan ada yang mengupah untuk mencipta FB page bisnes untuk mereka.

Yuran Pendaftaran RM300 
Kelas Asas Blog Bisnes Penulisan
Alhamdulillah, RM300 hasil simpanan dari duit belanja yang suami berikan tiap bulan tidak sia-sia. Di minggu ketiga aku bersama ABDR, Cikgu Anys Idayu Zakaria menawarkan untuk menajdi Pengurus Online ABDR. Alhamdulillah, rezeki datang lagi.

Semenjak dari itu. rezeki berblog tidak pernah putus. Hari demi hari ada saja yang ingin aku lakukan. Dan setiap tindakan itu sering membuahkan hasil. Saat aku ditawarkan sebagai Pengurus Online ABDR, aku mula tawar hati memohon kerja di mana-mana agensi kerajaan mahu pun swasta kerana bagi ku keseronokan bekerja di rumah jauh lebih baik berbanding makan gaji di mana-mana sektor pekerjaan.


Tawaran Sebagai Pengurus Online ABDR


Pengurus Online ABDR: 
Ebook Panduan Rakan Niaga
Setelah bergelar Pengurus Online ABDR, di saat itulah aku nekad menjadi suri rumah yang mampu menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung pada suami seorang menanggung hidup keluarga. Aku bersyukur kerana mempunyai suami yang sentiasa memberi semangat dan dorongan walau apa saja yang ingin ku lakukan. Tidak lupa juga ibu bapa ku serta kedua mentua ku yang sering memberi kata semangat dan sokongan.

Pada sahabat-sahabat ku di luar sana. Anda jangan putus asa andai status anda hanya suri rumah. Jadilah suri rumah yang mampu menjana pendapatan sendiri. Dari rumah kita juga berhak dan mampu menunggu duit masuk akaun. Kita sebagai suri rumah lebih istimewa. Kenapa? Apa yang istimewa? Kerana kita adalah suri rumah. Suri rumah yang akan menunggu duit masuk akaun setiap detik, setiap hari, setiap bulan. Hebat tak? Tentulah hebat bukan. Duit masuk akaun tak perlu tunggu hingga hujang bulan.


Berani Bermimpi


Apa yang penting adalah usaha dan tindakan. Bukan angan-angan kosong semata. Maka, anda sebagai suri rumah harus berani bermimpi. Bermimpi sehingga mimpi itu menjadi satu realiti. Jika anda percaya dan yakin, InsyaAllah dengan izin-NYA mimpi itu pasti menjadi nyata.

Justeru, wahai sahabat-sahabat ku yang bergelar suri rumah. Andai kata anda mempunyai masalah mencipta blog dan ingin menjana pendapatan hanya dari rumah melalui blog, daftarlah segera di Akademi bekerja Di Rumah.


Kenapa di ABDR?


Kerana Akademi Bekerja di rumah (ABDR) adalah;-
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online 
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendpatan hanya di rumah 
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan 
  • Kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm 
  •  Platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian suri yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online.
  • Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.
  • Belajar asas berjualan melalui program dropship.
  • Belajar menjual produk fizikal.
  • Belajar menjual produk digital.
  • Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.

 
Ebook Belajar Asas Blog

Apa yang saya belajar dalam kelas asas blog dan penulisan?
  1. Menulis cara santai, tapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
  2. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
  3. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
  4. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
  5. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih melebihi 2000 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
  6. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
  7. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
  8. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah. Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Insya-Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.
Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.
Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:
Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp/Telegram : 
+6016-817 8716
add saya di facebook :

mohon bantuan anda untuk LIKE & SHARE FB Page saya:

Jemput singgah ke blog saya:
http://panduannutrisiadhwa.blogspot.my

Program Kit Kasih Persekolahan Bagi Sesi Tahun 2016

Teks: AmaltillJannah
Foto: AmaltillJannah







Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat ilahi atas segala rezeki dan pemberian dari Nya. Di dalam sebuah buku Ustaz Fathuri Salehuddin ada menyatakan "Milik kita belum tentu rezeki kita dan di dalam rezeki kita terdapat padanya rezeki orang lain" yakni dalam apa yang kita kerjakan dan usahakan demi kekayaan diri kita bukan semuanya akan menjadi hak milik kita. In shaa Allah, ada rezeki anda buat anak-anak yatim dan asnaf di dalam program kami.

Sukacitanya kami melancarkan program "KIT KASIH BAGI ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF".

Sumbangan KIT KASIH ini akan disumbangkan kepada 200 anak-anak yatim dan asnaf bagi membantu mereka melanjutkan pelajaran pada sesi 2016 khususnya.

Keterangan mengenai KIT KASIH

Di dalam pakej KIT KASIH (RM 70) ini terkandung:

1. Beg sekolah
2. Peralatan alat tulis
3. Pencil case
4. Stokin
5. Baju Sekolah
6. Kasut sekolah

Untuk menyalurkan derma anda, dermalah seikhlas mungkin atau boleh terus menaja 1 anak yatim atau asnaf sebanyak RM 70/kit dan Tag "KIT KASIH" semasa pembayaran di buat. Ini memudahkan pihak kami supaya dapat menyalurkan sumbangan anda kepada tabung yang betul.


TAG KIT KASIH

NO AKAUN

Bank Islam
1212 2010 0201 66
Amal till jannah

Maybank
512183340641
Roshamila bt Yunus

NO TEL: 0192314480 (Puan Rohsamila Bt Yunus)
EMEL: amaltilljannah@gmail.com

Tuesday, 24 November 2015

Belajar Pemasaran Melalui Blog

Teks : Anys Idayu Zakria 


 Alhamdulillah, kami terima pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari. Kami rai ilmu dan pelajari ilmu baru bersama setiap hari.
.
Akademi bekerja di rumah (ABDR)
* Kita memberi latihan secara online dan offline
* Pemasaran melalui blog
* Teknik jualan produk digital
* Teknik jualan produk fizikal
* Kumpulan sokongam surirumah
.
BAGAIMANA SESI KELAS BLOG ABDR BERLANGSUNG?
1) Fahamkan masalah dan matlamat.
2) Pilih kelas.
3) Pilih kategori yuran.
4) Daftar melalui pengurus online atau rakan niaga ABDR,
5) Daftar, analisa dan masuk kelas (Facebook secret group).
+ Selepas analisa, tugasan akan bermula.
+ Pelajar boleh selesaikan tugasan walau di mana sahaja berada.
+ Waktu untuk selesaikan tugasan juga fleksibel.
+ Nota tutorial lengkap bergambar disediakan.
+ Masih boleh ikuti toturial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan.


Berapa lama kelas berlangsung?
Kelas berlangsung selagi mana pelajar perlu menyelesaikan tugasan.


Untuk pendaftaran boleh hubungi saya ya ;)

Monday, 23 November 2015

Bekerja Dari Rumah

Tip suri  

1. Jangan bazir masa ketika anak masih kecil

2. Jangan bazir masa ketika anak belum ramai

3. Jangan bazir masa ketika anak belum sekolah

4. Lakukan jana pendapatan aktif dan pasif sebelum hantar surat berhenti kerja

5. Lakukan persediaan 3 tahun lebih awal.

Ada yang sedang merancang untuk jadi wahm (work at home mom) atau bekerja dari rumah. Mulakan dengan perancangan dan persediaan awal. Gunakan dan manfaatkan apa yang ada. Jangan main terjah berhenti terus tanpa persediaan dan ilmu.

Dapatkan EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN DAN EBOOK SURI RUMAH JUGA BOLEH BERBISNES untuk lebih banyak tip dan perkongsian mula bisnes dari rumah 

Sunday, 22 November 2015

Tips Mula Menulis Di Facebook

TIPS UNTUK MULA MENULIS DI FACEBOOK / PAGE:

1.Type dulu perkongsian anda di Blog.

2.Copy and paste ke dalam Page anda.

3.Post.


Maksudnya di sini, create Blog dulu.Blog bukan saja untuk kita backup.

Tapi ramai 'corporate people' suka membaca di Blog. Lebih straight forward rasanya di blog ni.Tak banyak iklan.

Janganlah terus type yang panjang-panjang tu di Facebook/page.Bila-bila pun boleh hilang!.
Sayang tau kalau hilang hasil kreatif kita tu 
(Tip Anis Choc Moist Cake) .
.
.

Jom mulakan penulisan dan perkongsian anda di blog. Simpan kemas-kemas di sana. Bila-bila masa nak baca pun boleh buka dan baca kan.

Gitu...sayang woooo kalau hilang hasil kreatif kita tu

Macam mana nak mula, kami buka pendaftaran kelas online blog setiap hari. Bergabung bersama jemaah ABDR. Menghampiri 2000 penyertaan

Untuk pendaftaran boleh hubungi saya ya ;)

Saturday, 21 November 2015

Persediaan Rapi Untuk Mula Bisnes

Jangan keliru dan celaru. Sangat ramai usahawan suri dari rumah, mempunyai budaya ikutan dan ikut ok, ini baik untuk saya. Ok ini sangat bagus, jadi saya mahu jual. Sebelum menjual kenalpasti apa bidang yang mahu kita terokai, kemudian, kenalpasti sasaran mana yang mahu kita tuju, bukan main terjah.

Sediakan platform awal untuk mengenalpasti prospek awal dan mula kumpulkan mengikut bidang yang kita pilih. Jadi boleh baca panduan ini, untuk asas memperkenalkan diri, sebelum memperkenalkan produk, ia hanya dilakukan secara online sahaja, boleh baca naskah ini EBOOK BELAJAR ASAS BLOG

Jika sudah bersedia, dan persediaan yang rapi terutama, 4s dan 4t, maka sudah boleh letak jawaran atau surat cinta. Hantarlah dan nikmati penghijrahan baru. Apa itu 4s dan 4t, jadi baca pula rujukan ini EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES

Friday, 20 November 2015

Duit Bisnes Adalah Duit "Perniagaan"

Saya sangat-sangat cadangkan suri yang terlibat dengan bisnes tidak kira secara online ataupun offline, ambil tahu tentang aliran kewangan bisnes kalian. Walau kalian tidak membuat kerja-kerja mengemaskini akaun tetapi kalian mesti ambil tahu aliran masuk dan keluar. Jika kita lepas tangan pada rakan kongsi ataupun orang lain, kebarangkalian untuk kalian ditipu amat cerah. Sudah ada dua tiga rakan yang berkongsi pengalaman kepada saya.

Bertindak sekarang sebelum terlambat. Bunyi macam remeh tetapi ia adalah langkah keselamatan.
Antara tips penting yang sering diingatkan oleh trainer:

Duit bisnes adalah duit "Perniagaan".
Duit personal adalah duit "SENDIRI"
+ Jangan sesekali dicampur-adukkan duit Bisnes dengan duit "Personal".
+ Jangan Gunakan duit Bisnes untuk kegunaan Personal
+Jangan gunakan duit Personal untuk kegunaan Bisnes.

Kadang-kadang bukan orang luar yang curi tetapi kita sendiri yang curi duit bisnes kita sendiri.
Kalau setiap hari ambil 5 sen, lama-lama untung entah ke mana, rugi memanjang. Tengok jualan memanjang beribu-ribu tetapi bila buat "balancing" akaun, rupa-rupanya tidak pernah untung. Nak salahkan siapa?

Nampak remeh tetapi setiap sen yang mengalir menentukan untung rugi sesebuah bisnes.



Alhamdulillah.
Pendaftaran kelas asas akaun sudah dibuka:

[Kelas asas akaun bulan November 2015]
Kelas Asas Akaun secara ONLINE - 3 tempat lagi.
Tarikh: 22/11/15 Ahad
Yuran : RM 150.00
Masa: 9.30pg - 12.30tgh

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order




Kelas asas Akaun secara offline bulan Disember 2015

Grup Coaching akan diadakan di Bandar Tun Hussien Onn pada tarikh-tarikh di bawah. Boleh pilih
tarikh pilihan dan PM ke inbox untuk daftar.
 
1. 08/12/2015 (Selasa)
 
2. 16/12/2015 (Rabu)
 
3. 19/12/2015 (Sabtu)
 
Masa: 9.30pg - 2.00pm
 
Yuran : RM250.00
 
Sijil dan Refreshment Disediakan
 
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
 
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

Thursday, 19 November 2015

Tiada Istilah Putus Asa

Jangan kata saya sudah putus asa. Kerana bekerja sendiri juga tidak ada istilah putus asa apabila kita mencari ruang dan peluang untuk mengukuhkan pendapatan. Memang ya, ada suri terpaksa kembali bekerja kerana pendapatan hasil bekerja dari rumah tidak mampu menampung keperluan kos sara hidup.

Mahu tahu cabaran sebenar bekerja di rumah BACA EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM. Perkongsian kisah sebenar ibu-ibu yang bekerja di rumah, cabaran dan cara mengatasinya.
.
.
Ebook ini akan dapat bonus jika daftar ke kelas online blog ABDR


Selamat Pagi

Teks : Anys Idayu Zakaria 

SELAMAT PAGI

S - Sebelum

E - Engkau

L - Lakukan segala
 

A - Aktivitimu
 

M - Mintalah pada
 

A - Allah untuk
 

T - Turut bersamamu


KERANA

P - Pada Dia

A - Ada kekuatan

G - Gagah serta sukacita yang

I - Indah dan luar biasa


🌹🌹Assalamualaikum, salam selamat pagi. 🌹🌹

Wednesday, 18 November 2015

Usaha Untuk Dapat RM100 sehari

Foto : ABDR 


 
Jangan berhenti dahulu sekiranya pendapatan ke dua atau ke tiga belum lagi stabil. Jangan fikir, ok selepas berhenti barulah boleh fokus untuk meningkatkan pendapatan. Ini mungkin mitos atau realitinya kalian bertarung mendapatkan hanya Rm10 sehari.

Jadi kenalpasti lebih awal sekiranya mahu pendapatan bersih RM3000, maka perlu usaha bagaimana mencari pendapatan bersih RM100 sehari. Begitulah seterusnya.

Meletakkan sasaran juga perlu realistik dengan apa yang dilakukan. Usaha mendapatkan RM100 sehari, tetapi masih lagi bertatih menjual dengan hanya dapat RM10 sehari. Itu namanya buang masa dan tenaga, selalu tingkatkan usaha dan sasaran. Keluar dari zon selesa.
.


Lebih banyak tip mula bisnes dalam PAKEJ EBOOK PROMOSI ABDR

Ebook ini juga kalian akan dapat bonus jika mendaftar ke kelas online blog ABDR 

Tuesday, 17 November 2015

Program Gelandangan 2015

Teks : AmallTillJannah
Foto : AmalTillJannah
Sumber : http://amaltilljannah.blogspot.my/2015/11/program-gelandangan-2015.html



Alhamdulillah, Amall Till Jannah sudah melancarkan Program Gelandangan 2015 bermula dari 11 November - 12 Disember 2015.

Bantu kami untuk bantu mereka, insyaAllah hanya 100 kit (Makanan,Minuman,Buku Mini) kami perlukan untuk misi Kit Prihatin Bersama Asnaf ini.

Pada pembaca yang budiman, dermawan dan ingin menjadi Jutawan dunia dan akhirat jom infaq ke Tabung Amal Till Jannah..insyaAllah


Semoga Amal Kita Kekal k Jannah..amin2 Ya Rahman..

KIT PRIHATI ASNAF 

RM20 

atau seikhlas hati




sedekahkan sumbangan anda ke 
"TABUNG ASNAF GELANDANGAN" ATJ



Maybank : 512183340641 (Pn. Rohsamila Yunus)

SMS Transaksi : 0192314480

Email : amaltilljannah@gmail.com


 

THE POWER OF SEDEKAH

Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima


 ''Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takabur dan membangga diri dari pemberianNya" (Bukhari)




ABDR Kumpulan Sokongan WAHM Dan Usahawan Online


Tip mula bisnes


** Jika tidak ada mentor, mula cari sekarang. Selepas analisa mengenalpasti apa minat, kepakaran dan jenis bidang yang ingin diceburi, mula cari mentor dalam bidang tersebut dan ikut langkah yang sudah disediakan.

** Bergabung dengan mereka yang sedia ada yang sudah sukses dalam bidang tersebut. Jika bidang masakan, maka carilah mentor dalam bidang masakan, jangan pula sibuk hadir seminar kecantikan. Jika bidang jahitan, maka carilah mentor dan mereka yang sudah sukses dalam bidang tersebut.


** Jika belum ada kumpulan sokongan, cari dan dapatkan kumpulan sokongan. Kumpulan sokongan sangat penting, untuk kita berkongsi terutama ketika kita berada dalam keadaan kecewa dan memerlukan bantuan. Kami sediakan platrformnya, boleh sertai di sini untuk sertai kumpulan sokongan. (Akademi Bekerja Di Rumah http://akademibekerjadirumah.blogspot.com)


Bagaimana cara untuk sertai kami, boleh hubungi saya untuk penyertaan ya :)  Semoga dengan adanya platform ini dapat membantu lebih ramai usahawan wanita terutamanya berada dalam kumpulan sokongan yang betul

Monday, 16 November 2015

Tip Motivasi Usahawan

Apabila kita fokus, kita tidak kisah pun keadaan sekeliling, hanya bertindakbalas dengan rakan-rakan yang aktif dan positif sahaja.

Lupakan dan delete terus sahabat pasif, dendam, negatif.
.
Sifat masa tidak bertangguh, terus bergerak. Ia tidak berhenti rehat, tetapi terus menerus berjalan dalam satu pusingan. Selesai satu pusingan, bergerak lagi. Tiada istilah penat, mahu rehat.

Masa tidak bising. Hanya bising apabila ia dijadikan sebagai satu alat, supaya berbunyi dan berdering, agar manusia disedarkan. Ia tahu akan tugas, terus bertugas walau hujan, ribut, tsunami sekalipun
.
Baca lagi lebih banyak tip motivasi urus masa, urus tenaga, dan perkongsian suri bekerja dari rumah dalam EBOOK SUPER WAHM SUPERMOM.
.
EBOOK BONUS PENDAFTARAN KE KELAS ONLINE BLOG ABDR

Sunday, 15 November 2015

Pengalaman Bisnes



Contoh : Catatan Pengalaman Bisnes

Saya mula menjual pakaian kanak-kanak pada tahun 2001 di bazar ramadhan Jalan Tuanku Abdul Rahman (Chow kit)

Bermodalkan rm lima ribu, untuk kanopi bersaiz 20×20, barangannya nampak agak sedikit. Tambahan pula saya mencari produk yang berkualiti menjadikan modal yang besar dan kuantiti yang terhad.

Persaingan pula agak sengit dari sebuah gedung membeli belah yang terletak di hadapan lot kanopi. Bila mereka tidak berpuashati, pada mulanya mereka cuba mengawal barang. (kebetulan mengambil barang di tempat yang sama) mengugut untuk membatalkan kontrak dengan pemborong sehingga pemborong cuba menyekat barang tidak mahu menjual pada saya. Ianya tidak melunturkan semangat saya untuk terus mencuba.

Hasil perbincangan, jalan penyelesaian di ambil dan pemborong memberi kebebasan kepada saya untuk memilih dahulu apa design yang saya mahu dan membezakan barangan kami. ( barang yang saya tidak ambil di hantar ke gedung tersebut)

Dari segi sambutan, ianya sangat memuaskan bila ibubapa mencari pakaian baru buat anak-anak di hari raya. Kemeriahan dan kesibukkan orang ramai berbelanja menghidupkan suasana di sekitar kawasan Chow Kit pada masa itu berbanding kini ia agak sunyi dan lengang dari di kunjungi pengunjung.

Kebiasaan stok-stok barang habis di malam raya, suasana yang bingit dan sibuk bagaikan pesta. Orang ramai tidak menghiraukan penat berpuasa tetapi lebih mementingkan keperluan hari raya.
Di sebabkan permintaan terhadap pakaian kanak-kanak menurun selepas itu, saya hanya menjual di musim perayaan sahaja.

Kini ramai pengunjung memilih berbelanja di Jalan Masjid India. Walaupun padat dan bersesak ramai yang tidak kisah. Bagi mereka kepuasan berbelanja lebih utama.

Sekian dari saya moga berkesempatan untuk berkongsi catatan pengalaman lagi selepas ini.

Berkenalan dengan penulis: Shamliah Ibrahim
Singgah di blog beliau, http://shamliahibrahim.blogspot.my/
Guru online: Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah

Teks : Anys Idayu Zakaria 


Ya Allah

Terangilah jiwa kami dengan cahayaMu, bimbinglah langkah kami dengan petunjukMu dan jagalah kami dari siksa api neraka.

Ya Allah bimbinglah agar kami sentiasa memperbaiki diri, Menyesali tiap kekhilafan dan berilah kekuatan agar kami mampu untuk tidak mengulanginya.

Ya Allah, ampunilah kekhilafan kami, orang tua kami, sahabat kami serta mereka yang membaca doa ini.


Ya Allah sesungguhnya aku memohon daripadaMu ilmu yang bermanfaat.  Rezeki yang halal lagi berkat dan amalan yang diterima.

.
💖 Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini

Dibukakan pintu-pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kita semua 💖
.
😍😍 Alhamdulillah, assalamualaikum selamat pagi, selamat menempuh hari baru 😍😍
.
.
‪#‎Anysidayuzakaria‬
‪#‎Gurukelasonlineblogabdr‬
‪#‎Janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎Janapendapatandengandropshipbuku‬
‪#‎Janapendapatandenganblog‬


Thursday, 12 November 2015

Tahu Potensi Dan Kepakaran Selepas Sertai ABDR



Saya Tahu Potensi dan Kepakaran Diri Sendiri Selepas Dibimbing Dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
.
:
Bismillah.
Assalamu'alaikum wrb.
.
:
Ini pengalaman sebenar saya sendiri. Selepas bayar yuran pendaftaran, guru online dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) beri saya pakej ebook (buku teks ABDR) dan satu set soalan. Pembelajaran dan bimbingan hanya akan bermula selepas saya jawab semua soalan tersebut.
.
:
Alhamdulillah. Dalam masa menjawab soalan-soalan itu, saya baru sedar dan nampak satu sudut dari kehidupan saya yang selama ini saya tidak nampak dan tidak sedar. Sedangkan sudah berbelas tahun saya hidup bersama kemahiran tersebut. Subhanallahi wa bihamdih. Syukur Allah untuk kurniaannya menyedarkan saya dan sudah meletakkan saya dalam jalan tersebut sekian lama.
.
:
Apa Yang Saya Sedar?
.
:
Perasaan saya bercampur pada waktu itu. Ada perasaan syukur, insaf, sedih dan terharu. Syukur kerana Allah telah merezekikan saya untuk berada di jalan tersebut sudah sekian lama. Sudah 16 tahun sejak tahun 1999. Allahu rabbi. Subhanallahi wa bihamdih.
.
:
Sungguh saya terharu pada waktu itu. Walaupun dibanding orang lain, ada orang lebih baik dan lebih hebat. Namun, bagi diri saya sendiri, inilah antara anugerah terbesar dari Allah untuk saya. Bukankah Rasulullah saw pernah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
.
:
"Sebaik-baik (orang) dikalangan kalian ialah orang yang belajar dan mengajar Al-Quran". (Hadis riwayat Bukhari)
.
:
16 Belas Tahun Saya Mengajar Al-Quran
.
:
16 tahun saya menjadi guru Al-Quran sejak tahun 1999. Allahu rabbi. Subhanallahi wa bihamdih. Kisah lanjut ada saya ceritakan di blog www.ustazcahaya.com dan www.norudindraman.blogspot.com
.
:
Perasaan insaf dan sedih pula ialah bila saya muhasabah diri dengan beberapa soalan. Banyak soalan yang saya tanyakan kepada diri saya sendiri waktu itu. Saya hisab diri sendiri.
.
:
Berapa tinggi kesungguhan saya mengajar Al-Quran? Adakah saya sudah mengajar dengan sehabis baik? Sedangkan saya selama ini diletak Allah di barisan hadapan dalam pendidikan Al-Quran; iaitu, mengajar asas huruf dan asas membaca Quran kepada kanak-kanak.
.
:
Aku Mahu Hidup Untuk Ini
.
:
Bermula dari situlah kemudiannya, guru online ABDR membimbing saya untuk blog dengan kemahiran dan pengalaman yang ada pada saya. Sejak memulakan tugasan ABDR itu saya terus merangka ebook Teknik M.A.K.
.
:
Waktu itu juga saya berazam untuk membantu ibu bapa lain sehabis kemampuan dan kemahiran saya berkaitan mengajar asas Al-Quran kepada kanak-kanak. Satu tahap pendidikan yang sangat penting walaupun dunia memandang guru pada tahap ini (seperti saya) sebagai 'tahap rendah'.
.
:
Banyak yang saya rancangkan waktu itu. Ada yang masih sedang diusahakan dan ada yang saya tidak menyangka dipercepatkan. Contohnya grup Whatsapp ‪#‎dahbacaquranbelum‬. Saya tidak menyangka itu yang didahulukan oleh Allah dalam perjalanan saya bersama ABDR. Sedangkan dalam senarai usaha saya, itulah yang saya letak kemudian.
.
:
Grup Whatsapp
#dahbacaquranbelum
.
:
Masa buat tugasan pertama dalam ABDR, saya cadang untuk buat kelas mengaji Quran di Whatsapp dan juga satu grup khas untuk para ibu bapa dan saya berkongsi ilmu dan berbincang tentang pendidikan Al-Quran kepada kanak-kanak.
.
:
Waktu itu dalam hati saya tekad untuk buat ebook Teknik M.A.K. kemudian baru kumpul pembaca ebook dalam grup Whatsapp. Namun, ketentuan Allah selalu lebih baik.
.
:
Satu hari, Puan Masayu Ahmad share di Facebook beliau satu post dari blog saya. Dalam ruangan komen, seorang rakan ABDR memberi idea untuk sebuah grup Whatsapp yang bila masuk mesej sekurang-kurangnya kita tanya diri sendiri, "Eh, aku dah baca Quran belum hari ni?"
.
:
Lalu tanpa bertangguh saya pun buat grup Whatsapp #dahbacaquranbelum.
.
:
Berkat Dalam Berjamaah
.
:
Alhamdulillah. Rakan-rakan dalam grup Whatsapp #dahbacaquranbelum banyak membantu saya dalam edaran pertama ebook Teknik M.A.K. Saya sendiri tidak menyangka page Teknik M.A.K. boleh memperolehi jumlah 'likers' seramai 2000 orang dalam masa dua minggu dengan tidak ada membayar FBads.
.
:
Dalam masa sama saya sedar terhadap satu lagi minat dan kepakaran saya iaitu menulis dan membuat design mudah tetapi kemas dan sedap dipandang (sekurang-kurang dipandang oleh mata saya sendiri la kan. tongue emoticon hehe)
.
:
Lalu saya pun menceburkan diri dalam bisnes buku. Mempromosikan buku dan mushaf Al-Quran. Masih berkaitan Al-Quran dan pendidikan Al-Quran. Alhamdulillah. Dengan rahmat Allah, dalam bisnes buku saya mendapat jalan untuk menjual buku motivasi, novel dan lain-lain genre buku dalam industri perbukuan negara.
.
:
Kebanyakan buku saya jual sebagai agen dropship. Dengan stok buku-buku bernilai lebih RM30 ribu jika kita nak sedia stok sendiri. Paling tidak satu judul mesti beli borong 30 naskhah untuk dapat diskaun. Dalam bisnes dropship saya ada stok buku bernilai RM30 ribu tanpa perlu modal dan tanpa simpan stok. (Bisnes dropship diajar dan dilatih dalam ABDR)
.
:
Setiap Kita Ada Bakat dan Kemahiran
Yang Mesti Kita Manfaatkan
.
:
"Dan jiwa serta penyempurnaan (penciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah rang yang membersihkan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”
.
:
(Al-Quran, surah Asy-Syams; Ayat 7-10)
.
:
Bergabunglah bersama kami dalam keluarga besar ABDR. Jamaah kita saling membantu dalam kebaikan dan saling membantu sesama untuk memanfaatkan kebolehan diri.
.
:
Paling tidak, setiap ibu punya pengalaman dan kisah menarik bersama anak-anak yang mungkin tidak ada pada orang lain. Dikongsikan pengalaman itu lalu menjadi ilmu bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain; yang kiraan pahalanya berterusan sehingga kita meninggal dunia sekalipun.
.
:
"Apabila mati seorang manusia, maka terputus amalannya (pahala) kecuali dari tiga perkara (iaitu) sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang berdoa untuknya". (Hadis riwayat Muslim)
.
Berkenalan dengan Ustaz Norudin Draman UstazCahaya
Kelas online blog bisnes ABDR /Pengurus Online ABDR

Wednesday, 11 November 2015

Hasil Carian Di Google Keluar Blog Saya

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Carian google 


Saya nak kongsi sesuatu wink wink

Ingat tak minggu sudah saya ada tulis entri  tentang "kuah rojak cik nard".
 http://anysidayu.blogspot.my/2015/10/segment-tajaan-kuah-rojak-cik-nard.html

Harini cik Nadya Nees kita bagitau kuah rojak beliau ada di carian google.

Apa lagi, mengoogle la saya. Ini lah hasilnya.



Hehehhe blog saya di carta pertama, dan diikuti blog-blog lain sehingga dua pages google hampir kesemuanya blog di bawah Akademi Bekerja Di Rumah, keluar kata kunci "kuah rojak cik nard"
Ehem, ehem.

Nak bagitau ni power of networking, kami bergabung bersama lebih 1000 blog membantu aliran traffik dan juga carian di google.
.
.
Best kan. Best kan kalau orang cari produk kita di google, jumpa terus nama dan blog kita.
.
.
Apa lagi, jom rebut peluang pacak nama dan produk kita di google. Biar mudah orang jejak

Kalau nak belajar cara macam mana nak google jejak kita, boleh cari saya ya. Kalau nak beli kuah
rojak kena la cari cik nard

Tuesday, 10 November 2015

Contoh Catatan Pengalaman

Contoh catatan pengalaman:
Teks : Aliza Idris
Foto : Aliza binti Idris

Bagi seorang usahawan, pengalaman jatuh bangun dalam dunia perniagaan, itu adalah suatu yang sangat berharga. Pernah dengar pepatah dunia berniaga , " Rugi itu pasti, untung belum tahu lagi". Ini bermakna, untuk berniaga, kita memang sudah boleh agak kita akan menghadapi kerugian di mana-mana. Tetapi untuk mendapat untung, kita belum boleh tahu lagi. Mungkin untung sedikit sahaja, namun masih kategori untung. Mungkin untungnya berlipat kali ganda. Waktu itu, hati rasa sedikit lega. Boleh senyumlah orang kata.

Sepanjang saya berniaga kecil-kecilan ini, satu pengalaman yang dapat saya peroleh adalah ketika mendapat tempahan makanan sarapan pagi oleh stesyen televisyen Al-Hijrah. Waktu itu, saya baru sahaja mula berniaga. Baru ingin kenal perihal pelanggan. Saya mengambil keputusan untuk cuba menyiapkan tempahan makanan tersebut. Kata suami, " Tak cuba, tak tahu kita boleh atau tak".
Alhamdulillah dapat juga menyediakan makanan untuk krew rancangan Assalamualaikum. Dapat juga bersua dengan pengacara Farah Adeeba dan Amie Sofia. Respon positif dari Kak Farah Adeeba untuk makanan yang kami sediakan, cukup untuk saya menguji kemampuan saya menjalankan bisnes katering. Respon yang baik dapat menaikkan semangat saya berniaga.
Pengalaman ini akan saya simpan untuk saya meneruskan perniagaan. Saya dapat belajar bagaimana berurusan dengan ramai orang. Percayalah, bisnes makanan banyak ragamnya. Untuk memuaskan hati pelanggan dan menerima sajian kita sebaik mungkin, itu adalah sesuatu yang kita harus belajar dan sentiasa menerima baik buruk komen yang diberi. Terima kasih untuk pengalaman itu.
http://alizaidris.blogspot.my/…/pengalaman-itu-sangat-berha…
.
.
Belajar lebih lanjut dalam kelas online blog ABDR

Jadikan blog sebagai medium utama pemasaran dan mudah dijejak dicarian google

Kami sudah buka pendaftaran November

Monday, 9 November 2015

Tip Mudah Mula Bisnes Dengan Kepakaran, Minat dan Perkongsian di Blog

Teks : Anys Idayu Zakaria 


Tip mudah nak mula bisnes dengan kepakaran, minat dan melalui perkongsian di blog
.
.
Saya minat bisnes dropship - Jadi saya kongsi tip nak mula bisnes dropship, tip cari produk untuk dropship, saya jual produk-produk dropship di blog. Saya belajar cara bina kumpulan dropship sendiri.


Contoh lain

1. Jika kita minat dengan masakan - kongsi resipi memasak, kongsi tips mudah masak di blog. Jual produk untuk membantu suri mudah memasak seperti periuk noxxa, peralatan kelengkapan dapur.

2. Jika minat dengan produk kesihatan makanan sunnah - Kongsi kebaikan amalan makanan sunnah, tip dan cara menjaga kesihatan dengan makanan sunnah. Jadi agen untuk produk sunnah, dan jual di blog

3. Jika minat jahitan - Kongsi tip mudah menjahit, peralatan menjahit. Jadi agen dropship atau cari produk seperti peralatan menjahit
.
.
.
Semuanya terletak di tangan kita sendiri, dengan kepakaran yang kita ada gandakan ia menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain, dan untuk kebaikan kita.

Jom belajar macam mana nak berkongsi, di kelas online blog ABDR.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh hubungi saya bagaimana untuk mula ya ;)

Sunday, 8 November 2015

Belajar Urus Akaun Bisnes

[Kelas asas akaun bulan November 2015]
1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE - 3 tempat lagi.
Tarikh: 22/11/15 Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Yuran : RM150.00
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?


Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order






2. Grup Coaching - 4 tempat lagi
Tarikh: 14/11/15 Sabtu di Putrajaya.
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Yuran : RM 250.00

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Saturday, 7 November 2015

Mula Bisnes Online

Pakej Promosi November RM100 (4 EBOOK)

Bila kita sebut bisnes tanpa modal mungkin pelik. Tetapi bila sebut bisnes "dropship" ramai kini telah membuka mata serta minda tidak terkecuali saya. Di saat saya kekurangan modal pusingan dan kelemahan yang tidak tahu memandu, saya tercari-cari bisnes tanpa perlu keluar rumah. Tetapi pada masa itu saya tiada pendedahan mengenai bisnes "dropship". Walaupun ada yang "offer" untuk bisnes ini. Saya menolak. Ini kerana pada saya tiada bisnes tanpa modal. Malah tidak kurang juga di takut di tipu.

Sehingga saya bertemu dengan ABDR. Di sini saya di bekalkan 4 ebook. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes memberi saya pendedahan mengenai bisnes "dropship". Malah saya juga di beri pendedahan lebih serta di beri peluang untuk mengajukan soalan tentang bisnes "dropship" ini kepada Cikgu Anys Idayu Zakaria. ABDR juga memberi saya pilihan untuk bisnes "dropship". Dropship Produk Makanan adalah pilihan saya. ABDR juga memberi saya peluang "dropship" ebook keluaran ABDR.


Bila saya sudah mempunyai pengetahuan dan sedikit pengalaman barulah saya cuba melangkah ke fasa yang baru. Saya menjadi agen "dropship" Buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan Kain2 Cotton gred AAA. Alhamdulillah dengan rezeki bisnes"dropship" ini, saya juga mendapat modal pusingan untuk bisnes saya pula. 


Antara kelebihan lain saya tidak perlu ke Pejabat Pos untuk penghantaran barang. Saya cuma hubungi pembekal untuk "confirm stok". Ada juga pembekal saya akan kemas kini produk setiap minggu untuk memudahkan agen seperti saya. Maka saya juga akan kemas kini produk saya setiap minggu. Masa saya bersama keluarga juga tidak terjejas. Semua urusan "dropship" hanya diatas talian internet. (ULASAN EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES)
http://pnnorlizatomiran.blogspot.com/

Friday, 6 November 2015

Alhamdulillah

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Alhamdulillah, alhamdulillah

Tinggalkan kisah semalam, kita bangun dengan semangat dan azam baru hari ini. Kegagalan, kisah sedih suka duka penguat semangat untuk terus bangkit.

Campak aura negatif dalam tong sampah. Kutip semangat dan aura positif.
.
.
.
Selamat pagi, ce senyum sikit, jangan masam-masam.
.
.
.
‪#‎anysidayuzakaria‬
‪#‎gurukelasonlineblogabdr‬
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬

Thursday, 5 November 2015

Cara Mempromosi Produk Dropship

Teks : Anys Idayu Zakaria 


Tip Mula bisnes dropship, cara bagaimana untuk kita mula mempromosikan produk dropship
.
Pelbagaikan medium pemasaran

Jangan bergantung kepada satu cara sahaja.

1. Facebook /fanpage untuk perkenalkan produk kita kepada rakan, family.

2. Blog - untuk pembaca dan bakal pembeli di carian google

3. Instagram

Boleh boleh...
.
.
Jom belajar lanjut dalam kelas online blog bisnes ABDR

KELAS ASAS BLOG MULA BISNES
1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk piihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
8. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.


Wednesday, 4 November 2015

Mencari Bahagia

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian google

 
Assalamualaikum. Selamat pagi


Allah datangkan ujian dan masalah kepada kita untuk didik hati kita menjadi kuat, lebih berjaya, sempurna dan bahagia.

Bahagia datang apabila kita berjaya atasi masalah.
.
.
Allahuakbar, alhamdulillah terima kasih Allah. Dengan ujian ini. Semoga ia mendidik hatiku lebih sabar untuk berjaya dan bahagia.  Sabarlah wahai hati,  pasti ada yang lebih indah Allah nak berikan.
.
.
.
‪#‎anysidayuzakaria‬
‪#‎gurukelasonlineblogabdr‬
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬

Tuesday, 3 November 2015

Alhamdulillah :)

Teks : Anys Idayu Zakaria

 
Hari ketiga, November 2015.

Alhamdulillah, keluarga kami semakin meriah, sudah capai lebih 1300 blog bergabung dalam Akademi Bekerja Di Rumah, dari pelbagai latar belakang penulis, profesional, usahawan, doktor, arkitek, peguam dan lain-lain lagi.


Mereka berkongsi kepakaran melalui penulisan di blog. Salah satu cara untuk berkongsi ilmu, untuk kita baca dan tambah ilmu juga. Dan disamping boleh mula belajar menjana pendapatan melalui blog dengan kepakaran dan produk yang kita ada. 


Dua kelas masih dibuka pendaftaran seperti biasa.
1. Kelas asas blog penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
.
Bergabung dan berukhwah bersama kami.