Friday, 30 October 2015

AKADEMI BEKERJA DI RUMAH, KOREA DAN MALAYSIA

AKADEMI BEKERJA DI RUMAH, KOREA DAN MALAYSIA

Entri 63

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Saya telah menjadi surirumah selama hampir 3 tahun. Selama itulah, saya hanya bergerak sendiri.
Jatuh bangun sendiri, kadang-kadang terasa sunyi apabila anak-anak ke sekolah ataupun tidur.
Tambahan pula apabila tinggal di Korea Selatan ini, suami amat sibuk bekerja tidak kira siang atau malam, hujung minggu apatah lagi hari biasa. Sewaktu saya menulis draft entri melalui telefon ini, dia sudahpun berpagian di hadapan laptop menyiapkan kerja dari rumah lagi. Hendak keluar ke pejabat sekarang, suhu pagi sudah pun mula sejuk musim luruh.
Semasa di Malaysia, saya ada ramai jiran-jiran yang surirumah seperti saya. Semuanya pernah bekerja dan berhenti seperti saya juga untuk fokus pada keluarga.
Berbanding di sini, saya banyak menghabiskan masa di dalam rumah. Berjumpa orang Malaysia lain ketika ada urusan atau apa-apa majlis atau mungkin juga terserempak di Itaewon, tempat membeli daging Halal.
Sehinggalah saya berjumpa dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ini, hidup surirumah saya lebih bermatlamat. Dari hanya menguruskan rumahtangga dan mengambil tempahan jahitan beg kecil-kecilan serta menulis blog ala kadar, saya akui saya sekarang lebih fokus menulis dan konsisten dengan label entri blog.
Saya juga tahu tujuan menulis dan sasarannya. Penceritaan dan bahasa penulisan juga sudah ada perubahan positif. Saya sertai kelas asas penulisan blog dan kelas asas blog bisnes dengan ABDR ini dengan rela hati dan semestinya selepas berbincang dengan suami mengenainya.
Suami saya yang mula-mula mendorong saya membuat sesuatu untuk isi masa lapang terutamanya apabila anak bongsu kami sudah makin membesar dan dia akan berumur 4 tahun pada tahun depan. Jadi ABDR ini lah yang muncul di saat saya mencari.
Ada kawan-kawan yang tanya pada saya bagaimana saya boleh sertai kelas ini sedangkan cikgu saya di Malaysia dan saya di Korea? Kelas one-to-one ini dijalankan sepenuhnya online melalui email, Facebook, Whatsapp ataupun FB Messenger.
Kelas yang fleksible, tiada tekanan dan santai membolehkan saya menyusun masa harian saya untuk kelas. Saya hanya uruskan keluarga seperti biasa dan hanya menggunakan telefon dan laptop sahaja dan yang paling penting ianya boleh dilakukan tanpa keluar rumah. Jika saya tidak sertai kumpulan sokongan suri inipun, saya masih lagi menggunakan internet dan Facebook. Jadi apa salahnya jika saya hanya "tukar" sedikit aliran penceritaan dan penulisan di blog dan juga di Facebook.
Dalam masa yang sama, saya juga boleh berkongsi produk-produk ABDR seperti Ebook, Kelas-kelas online dan juga sertai bisnes dropship buku. Semuanya hanya dibuat dari rumah dan saya masih lagi di Korea dan cikgu saya di Malaysia.
Yang penting, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Semoga bermanafaat.
Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan ABDR ini, boleh hubungi saya sebagai pengurus online di tinicraft@gmail.com.

Timba Ilmu Bersama Akademi Bekerja Di Rumah

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : ABDR 

 
Ilmu bukan untuk pameran atau kebanggaan. Tapi untuk digunakan dan untuk dikongsi. (DAO).
.
.
Alhamdulillah, alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan kalian.

Kami bergabung dan berukhwah.

Semua orang boleh, tak kira lelaki atau wanita. Senior atau junior.

Semuanya Online.
.
AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
--------------------------------------------------
Ia merupakan Akademi yang berjalan 100% secara online.
Sudah lebih 1000 pelajar mendaftar dan belajar di ABDR secara online dan offline.
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online.
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah.
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan.
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm.
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.
.
ABDR mara 2000 ahli. Kalau sudah rasa ketar lutut tak boleh tahan, meh lah sertai keluarga besar kami.
.


Boleh hubungi barisan Pengurus Online ABDR untuk pendaftaran cik Azuriyah Mohamad Norhafizah Abd Hadi Noor Azila Mohamad Arbee Ali Nasriah Abdullah Eko Salina Emme Marina Mohamad Sariah Awang Senik Fiza Aziz Rosilawati Wahid Rahiza Haszian Abdul Rahim Norliza Tomiran Norul Badri Daud Nor Atiqah Hamidi Nur Balqis Qahira Khushartini Kamarulzaman Nor Fahidayu Masran Linda Linda Ziadah Zainal Abidin


#‎anysidayuzakaria‬ ‪#‎guruonlinekelasblogabdr‬
‪#‎AkademiBekerjaDiRumah‬ 

Thursday, 29 October 2015

Kepentingan Blog

Teks : Anys Idayu Zakria

 Saja je nak buat survey, nak tau pandangan sahabat semua.
Biasa kalau saya cari apa-apa info atau maklumat, saya mesti buat carian di google. Confirm akan jumpa website dan blog yang penuh dengan maklumat yang saya perlukan.
Jarang sekali saya cari info di fb.
.
.
Sahabat semua macam mana ye, kalau nak cari apa-apa info.

Boleh saya tahu, di mana buat carian.


Sariah Awang Senik Assalamulaikum, dah tentulah pak cik ' Google'. Akk gemar cari maklumat tentang jahitan dan juga resipi. Kadang alat-alat gadget

Umai Osman Pak cik google sahabat baik saya tongue emoticon

Norie Publisher Usry untuk info biasa blh dapatkan dari google tapi untuk info akademik, terpaksa menghadap buku dan journal. InsyaAllah info tersebut 90% tepat.


Anys Idayu Zakaria Alhamdulillah terimaksih kak Sariah Awang Senik puan Umai Osman Norie Publisher Usry puan Asma Al Husna. Google masih lagi carta femes nampaknya. smile emoticon


Norliza Tomiran saya google..yahoo..slow sgt

Nora Majeed Google je ..segala persoalan tejawab...




Azrinbadrinas Abu Bakar google2, jumpa blog like emoticon


Ziadah Zainal Abidin Google dan fb search.

Lily Anna Goggle yg bnyaknya..


Noor Azila Mohamad Untuk fakta sy akan cari kedai buku..cari buku..untuk cari info pengalaman atau isu semasa..google je..smile emoticon
Ini topik yang saya bincangkan di facebook. Saya sedang buat uji kali daripada mana rakan-rakan fb dapatkan info atau maklumat.

Memang tak syak lagi sebenarnya, tentulah di carian google.

Nampak memang betul dikata, google masih carta pertama kan. 

Jadi nampak tak di sini apa yang saya nak kongsikan. 
Tentulah apa sahaja yang kita kongsi, dan tulis di blog pasti akan mudah dijejak pembaca jika kena cara dan penulisannya kan. 

Jadi apa lagi, jangan berlengah untuk kalian yang belum ada blog, jom belajar dulu bina blog. Belajar dulu berkongsi. Kemudian bila nak mula bisnes, dah jadi mudahkan

Ataupun untuk kalian usahawan online yang hanya gunakan facebook sahaja, aduhai memang rugi sangat.  Apa kata labur sedikit wang dan modal untuk belajar membina blog. 

Insya Allah jika fokus dan belajar hingga selesai pasti blog kedai kalian mudah dijejak pembeli.

Alhamdulillah ramai pelajar bawah kendalian saya, yang suka sangat bila ada pembeli hubungi mereka apabila baca info dan perkongsian mereka di blog.


Best kan. Ok-ok tak mau cerita panjang. Kalian dah sedia, jom hubungi saya. Saya akan bantu :D