Wednesday, 30 September 2015

Upah Menaip Surat Perjanjian Sewaan Rumah

Teks : Anys Idayu Zakaria


Selamat siang rakan pembaca sekalian
Saya doakan kalian berada dalam keadaan baik-baik. 


Alhamdulillah, beberapa hari lepas saya banyak dapat tempahan untuk menaip. Sudah selesai semuanya semalam. Hasil berblog juga mereka jejak servis yang saya tawarkan :)


Tempahan yang terakhir daripada seorang lelaki Cina yang mahu saya taip surat perjanjian sewaan rumah. Pada mulanya saya memang tak pasti sama ada mahu terima atau tidak. Bila fikirkan orang tersebut mahu surat yang mudah, beliau hanya minta saya google untuk contoh dan saya hanya perlu taip bentuk perjanjian yang tidak rumit.


Alhamdulillah saya dapat selesaikan tempahan tersebut setengah hari, selepas saya draf dan ikut contoh yang ada. Tak sukar sebenarnya, tapi bagi mereka yang tidak berapa mahir menaip dan membuat bentuk surat formal seperti itu, agak susah juga jika tiada sumber rujukan.


Oleh kerana beliau juga tinggal di sekitar kawasan Johor Bahru, jadi surat tersebut saya hantar terus kepada beliau. Nampak seperti mahu cepat, sebab tarikh perjanjian bermula esok. Biasanya saya memang jarang mahu hantar kepada pelanggan kerana tidak mahu membazir masa saya diperjalanan.  Alhamdulillah, untuk kerja kali ini Allah permudahkan. 


Ok sampai sini dulu ya, tak mau coret panjang-panjang sudah zohor. Jom kita solat dulu.


Untuk kalian yang mahu dapatkan servis menaip, atau mahu upah taip sebarang dokumen boleh hubungi saya ya ;) Saya sedia membantu Inshaa Allah.







Monday, 28 September 2015

Jana Pendapatan Dengan Blog

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Anys Idayu Zakaria




Alhamdulillah
pengembaraan ilmu setiap hari.

Penulisan adalah salah satu idea atau gerak kerja yang menghasilkan pendapatan berterusan.
Bagaimana mahu blog menjana pendapatan.

Sama ada blog dijadikan pendapatan pasif, aktif, ebook, ruang iklan, penulisan iklan. Ia adalah satu proses berterusan.

Selesaikan penulisan pada waktu pagi atau pilih satu rutin harian yang menjadi tabiat setiap hari.

Salah satu cara bagaimana saya menggunakan blog untuk menjana pendapatan.

Berkongsi kemahiran, untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain melalui perkhidmatan menaip.
.
.
.
‪#‎anysidayuzakaria‬
www.anysidayu.blogspot.com
‪#‎janapendapatandenganblog‬ 
#janapendapatandengandropshipbuku
#janapendapatandenganakademibekerjadirumah
#guruonlinekelasblogabdr


Wednesday, 23 September 2015

Salam Aidiladha

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Carian Google 




Salam aidiladha. Selamat menyambut Hari Raya Korban. Pasti ramai dah bercuti kan.

Selamat berpuasa hari Arafah bagi yang berpuasa, yang tidak berpuasa kita boleh perbanyakkan

berdoa, berzikir dan beristighfar.




InsyaAllah waktu wuquf di Arafah akan bermula waktu zuhr hingga maghrib pd 9 Zulhijah bersamaan 23/9/2015. Waktu Malaysia 5.30pm -11.00pm. Gunakan waktu ini untuk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab.
.
.
.
‪#‎anysidayuzakaria‬
www.anysidayu.blogspot.com
‪#‎guruonlinekelasblogabdr‬
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬
‪#‎mulabisnesdropship‬

Tuesday, 22 September 2015

Salam Takziah

Teks  : Anys Idayu Zakaria
Foto : Anys Idayu Zakaria 



Allahuakbar, akhirnya pagi semalam pergi jua sahabat baikku di Politeknik. Kau pergi mengadap Ilahi. Aku doakan kau berbahagia di sana Naraswati Arshad.  Sungguh memang sangat sedih di hati kami, apatah lagi arwah merupakan seorang rakan yang sangat baik, sangat kelakar, dan pandai menjaga hati sahabat lain.  Sepanjang perkenalan kami, jarang sekali aku lihat arwah bersedih, apatah lagi menangis atau pemarah.  

Kami redha dengan pemergianmu sahabat, kerana kau sudah terlalu lama menanggung kesakitan dan penderitaan. Moga diampunkan dosa-dosa dan dicucuri rahmat Ilahi ke atas roh arwah. 


Monday, 21 September 2015

Beza Belajar Blog Berguru Dan Tidak Berguru

Kelas Asas penulisan Blog

Teks: Rozanah Zakaria

Salam.

Hari ini hari pertama cuti sekolah bagi Pulau Pinang.
Semangat pun lain macam, walau sebenarnya saya belum bercuti lagi.
Hari ini saya masih ada tuisyen SPM, begitu juga dengan Isnin depan.
Jadi saya akan mula bercuti sebenar-benarnya pada hari Selasa depan.
Tidak mengapalah, itulah rencah hidup seorang guru seperti saya.
Sebelum diri sendiri, keperluan anak didik perlu diutamakan juga. :)

Sudah lama entri ini tertangguh. Asyik terlupa saja. Hehe. Mujurlah saya dapat seorang guru blogging yang sangat penyabar, Puan Anys Idayu Zakaria. Bayangkan orang lain awal lagi sudah menyiapkan tugasan diberikan, semangat saya yang tenggelam timbul kurang membantu saya, malah membantutkan pula. Haha! Terima kasih ye cikgu Anys.

Saya mula diperkenalkaan dengan kelas dibawah naungan Akademi Bekerja Dari Rumah ini oleh sahabat semasa bersekolah dahulu, iaitu Sharimah Yahya. Terima kasih juga angah ye!

Jika hendak diikutkan, saya pernah terfikir bahawa saya tidak perlu masuk apa-apa kelas untuk berblog. Kenapa? Sebab saya sudah berblog sejak 2010 lagi. Jadi, kenapa tiba-tiba setelah 5 tahun saya perlu belajar 'semula' bagaimana berblog? Hmm, hendak tahu? Teruskan membaca ye. :)

Kesedaran timbul apabila perasaan saya untuk bekerja sendiri muncul. Kemudian saya terbaca entri sahabat saya ini di facebook miliknya, yang seterusnya membawa saya ke blog beliau sharimahyahya.blogspot.my. Kemudian saya teringat kata-kata ustaz saya, untuk menimba ilmu, walau bagaimana kita rasa kita pandai, kita harus berguru! Bukan saya tidak tahu selama ini bahawa belajar mesti berguru, namun saya fikir apa sangatlah berblog sampai hendak berguru, bukan? Tetapi dengan kuasa Allah, saya seperti ditarik untuk bertanya lebih lanjut dengan Sharimah. Tidak cukup dengan mesej, saya baca blog beliau, kemudian saya email beliau. Sejak itulah, persepsi saya tentang berblog berubah sama-sekali!

Rupanya masih banyak yang perlu saya pelajari untuk pembaca di luar sana menjumpai blog saya! Tidak hairanlah, selama 5 tahun saya berblog (tanpa berguru), saya sendiri tidak pernah jumpa blog saya di carian Google atau mana-mana enjin carian lain! Tetapi kini hanya dalam masa hampir setahun, 'pageviews' blog saya sudah mencecah hampir 6000! Berbeza dengan blog yang telah saya bangunkan sejak 2010, dalam masa 5 tahun, baru mencecah 'pageviews' 2000 lebih kurang. Hmm, itulah kuasa blog jika kita tahu selok-beloknya, bukan?

Jadi, apa yang diajar dalam kelas Asas Penulisan Blog yang saya sertai ini? Jika anda hendak tahu, setiap apa yang ditulis dalam blog kami protege ini, akan dipantaau oleh seorang guru online. Seperti saya, cikgu Anys sangat proaktif. Beliau akan membaca kesemua blog dibawah kendalian beliau, kemudian memberikan khidmat nasihat serta tunjuk ajar secara spesifik berkenaan apa-apa yang perlu diperbaiki. Sehinggakan cara dan gaya penulisan juga diberikan tunjuk ajar secara terperinci. Pada mula saya membayar RM300 untuk kelas ini, saya tiada idea apa yang saya akan dapat. Namun, apabila saya mendapat 'coaching' yang berterusan serta terperinci seperti ini, saya fikir sepatutnya nilai yang perlu dibayar adalah lebih lagi! Apalah sangat jumlah yang kita bayar jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang tidak ternilai yang kita dapat, bukan?

Bukan itu sahaja, jaringan ABDR ini sangat besar. Beribu-ribu blog bergabung, menghasilkan satu sinergi yang sangat hebat! Patutlah blog saya dahulu berkembang seperti siput bergerak, kerana saya bergerak secara solo. :)

Jadi, tunggu apa lagi? Berminat? Hubungi saya sekarang di:

WhatsApp: 0124208212
Email: rozanahz@yahoo.com
Facebook: Rozanah Zakaria

Selamat datang ke dunia ABDR!

Saturday, 19 September 2015

Doa Sebelum Memulakan Pekerjaan & Perniagaan

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian google

Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan untuk hari ini  kemenangan, pertolongan, keberkatan, dan dari segala kejahatan

Selamat berhujung minggu.
.
.
#anysidayuzakaria
www.anysidayu.blogspot.com
#Guruonlinekelasblogabdr
#Janapendapatandenganakademibekerjadirumah
#Janapendapatandengandropshipbuku
#Mulabisnesdropship

Wednesday, 16 September 2015

Belajar Akaun Untuk Bisnes

Pendaftaran sudah dibuka untuk Kelas bulan September 2015.

1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 20 September 2015 , Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Yuran RM150



2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 13 September dan 19 September 2015, Sabtu
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Yuran RM250

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.


3. Grup Coaching.
a) 16 September 2015, Rabu
Masa: 9.30pg - 2.00pm
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)


Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan

Tuesday, 15 September 2015

Apa Kata Pembeli Buku

Alhamdulillah, terima kasih kepada Puan Noor Naseffa, kerana sudi membuat belian bahan bacaan motivasi dengan saya ^_^

Didoakan Puan Noor Naseffa beroleh ilmu dan manfaat berguna melalui bacaan buku-buku ini

Jika ada kalian pembaca yang mahu beli pelbagai jenis bahan bacaan motivasi, boleh singgah di sini ya http://bukuallahtempatmeminta.blogspot.my/

Untuk yang serius mahu belajar cara memulakan bisnes online secara dropship, juga boleh mulakan dengan produk buku-buku ini. Saya ada tawarkan dropship untuk jualan buku.

Boleh singgah dan baca cara mendaftar di sini ya Pendaftaran Agen Dropship Buku 


Monday, 14 September 2015

Belajar Membina Blog Secara Online Di Whatsapp Group


Alhamdulillah sudah berlangsung pun kelas blog ABDR secara whatspp.

Kelas ini khas untuk mereka yang tiada akaun facebook.

Mereka jejak ABDR, melalui blog. Bagi kalian pembaca yang mahu belajar membina blog, tapi tiada akaun facebook, jangan risau ye, kita boleh belajar secara online menggunakan aplikasi whatsapp.
 
Tapi yang ada facebook memang saya galakkan menggunakan facebook, masuk ke kelas. Kerana dalam group kelas di facebook, lebih banyak perkongsian dan tip penulisan yang akan saya kongsi setiap hari. Dan rakan-rakan kelas juga ramai. Boleh bertukar-tukar idea dan pendapat.

.
.
.

Sunday, 13 September 2015

Mula Bisnes Online Dengan Produk ABDR (Akademi Bekerja Di Rumah)

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : ABDR 




 Alhamdulillah

Tiga fokus produk utama ABDR
** Kelas-kelas online
** Ebook
** Tapak dan ruangan beriklan
.
.
.
Semuanya atas talian, tanpa perlu simpan stok, urus stok

Hanya perlu keluar modal sekali, hadirkan diri dalam kelas online untuk belajar membina blog sendiri, sebelum mula berkongsi dengan orang lain produk ABDR

Fokus berkongsi dan memperkenalkan produk, dan fokus belajar untuk kutip komisyen bersih RM10, RM20, RM50, RM100

Untuk belajar cara ini, kalian perlu daftar sebagai Pengurus Online / Rakan Niaga ABDR

Bagaimana cara untuk daftar boleh hubungi saya ya ;)

Saya cerita cara-cara untuk memudahkan kalian faham dan belajar macam mana nak mula bisnes online dengan produk ABDR

Friday, 11 September 2015

Mula Bisnes Makanan Dengan Membuat Kek

Pakej Ebook Promosi September 
Idea Memulakan Bisnes Makanan
Hanya RM50 Untuk 3 ebook 

Pengurusan masa menentukan mutu hasil kerja

Sumber: Ebook Bonus Kisah Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan

Selepas mendirikan rumahtangga, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana menjaga ibu dan arwah bapa yang sakit.  Setelah lama hanya duduk di rumah, saya mula rasa bosan tinggal di rumah tanpa berbuat apa-apa.   Saya rasa tidak produktif.

Asalnya saya memang tidak pandai baking, tetapi minat yang mendalam dalam bidang ni membuatkan saya mula mencari tutorial mengenai baking dan belajar secara online. Dengan cara 'hands on', saya belajar dan menimba pengalaman secara 'trial dan error'.

Peluang bisnes bermula pada tahun lepas, apabila saya membuat kek harijadi untuk anak saudara. Ramai yang mula bertanya dan ingin membuat tempahan kek dengan saya. Pada September 2012, saya mula berniaga secara online setelah mendapat keyakinan untuk mula menghias kek tempahan dengan dekorasi fondant dan aising.

Saya sangat bersyukur kerana suami menjadi tulang belakang dan bersedia memberi bantuan tidak kira masa. Lebih-lebih lagi pada waktu ini kami sekeluarga sedang menanti kehadiran cahayamata yang pertama, suami lah yang akan membantu apabila saya tidak sihat. Setiap kali menerima tempahan, suami akan menolong membuat design template kek dengan menggunakan komputer (kadang kala, design seperti watak animasi perlu ditukar skala mengikut saiz kek yang ditempah).

Pembahagian masa adalah lebih fleksibel berbanding semasa bekerja di pejabat. Dengan bekerja di rumah, saya dapat meluangkan masa bersama suami disamping menjaga ibu yang uzur. Saya juga mempunyai lebih waktu untuk beribadat dan beramal. 
Cabaran yang saya hadapi sebagai baker hingga ke hari ini adalah terpaksa berdepan dengan permintaan yang terlalu tinggi dari sesetengah pelanggan. Oleh kerana saya tidak mempunyai kakitangan,  permintaan untuk tempahan kek yang memerlukan hiasan yang terlalu 'fancy'  sukar untuk saya siapkan. Kek juga tidak tahan lama, jadi setiap tempahan perlu disiapkan dalam  masa 2-3 hari sahaja sebelum hari penghantaran. Bermula dari peringkat membuat kek, persediaan untuk aising dan dekorasi menggunakan fondant, semuanya perlu disiapkan dalam masa tersebut.  Pengurusan masa itu sangat penting supaya kerja lebih teratur kerana ia akan mempengaruhi mutu dan hasil kerja.

Matlamat saya adalah untuk mewujudkan pasukan baking saya sendiri.  Inshaallah selepas itu saya akan mula mengambil tempahan kek perkahwinan bertingkat yang memerlukan tenaga pembantu yang lebih ramai.

Thursday, 10 September 2015

Blog Trend Usahawan Online

Untuk mereka yang masih belum memiliki blog, jom baca apa kata Usahawan Internet yang sangat terkenal Irfan Khairi
.
.
BLOG
Blog, kini menjadi trend semasa di mana sesiapa sahaja boleh mempunyai kehadiran online secara mudah. Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan. Daripada hobi, ke politik hinggalah ke agama.

Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Anda boleh melihat contoh blog saya ini IrfanKhairi.com di mana saya memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.
Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200 orang pelawat blog anda setiap hari. Blog IrfanKhairi.com pula menerima lebih daripada 2,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya untuk pergi berjumpa 2,000 prospek dalam masa sehari, tetapi kehadiran blog saya itu telah membolehkan 2,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd setiap hari.
http://www.irfankhairi.com/…/internet-membantu-perniagaan-…/
.
.
.
.
Kami buka pendaftaran setiap hari. 2 pakej utama kelas
KELAS ASAS BLOG PENULISAN:
1. Belajar asas blog (blogspot)
2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
4. Belajar menulis secara konsisten.
5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.
8. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
9.Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.


2. KELAS ASAS BLOG MULA BISNES
1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk piihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
8. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Pakej Ebook Promosi September

Ebook Promosi September

Pakej Ebook Promosi September 

Hanya RM50 untuk 3 ebook


EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN (RM30.00)
Tinta Pengarang
Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3:Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid
Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)
Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online


EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES (RM50.00)
Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses


  
EBOOK RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN USAHAWAN ONLINE (RM30.00)

Bab 1: Urusniaga Online
Bab 2: Mengembirakan Pelanggan
Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan
Bab 4: Menawan Hati Pelanggan
Bab 5: Menghargai Pelanggan
Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan
Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional
Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati
Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 
Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira
 
 
 
 Lebih jimat dengan pembelian pakej 
Hanya RM50 SAHAJA

Tuesday, 8 September 2015

Latihan Asas Penulisan

Latihan asas penulisan
-Label Catatan Harian
-Label Catatan Pengalaman

Nota 1: Dua perkara ini yang membezakan setiap blog dan penulis, kerana gaya penyampaian setiap orang adalah berbeza.

Nota 2: Penyampaian berbeza kerana serapan bahan bacaan juga jenis buku yang dibaca.

Nota 3: Catatan pengalaman ini sangat penting, bagi orang bisnes ia menceritakan perkongsian pengalaman bisnes yang boleh dibukukan.
Juga boleh jadi pengalaman kerja yang boleh disampaikan semula, juga boleh dijadikan panduan.

Nota 4: Sangat mudah apabila menulis perkara yang kita tahu dan perkara yang sudah kita mahir. Tambah nilai adalah dengan memperbanyakkan bahan bacaan yang sama. Bukan bahan bacaan dari carian google, tetapi banyakkan jurnal atau buku-buku rujukan.

Nota 5: Selalu tingkatkan penguasaan bahasa, dan minimakan kesalahan ejaan.

Nota 6: Minimakan kesalahan penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Kalau boleh tidak ada langsung.

Nota 7: Biasakan menulis dengan betul. Biasakan dari awal.

Sumber: Kelas Asas Blog Dan Penulisan.

Sudah sedia sertai kami, boleh daftar ya

Sunday, 6 September 2015

Mula Mencari Pendapatan Sampingan Ingat ABDR

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Anys Idayu Zakaria 

 
Bila nak cari pendapatan sampingan ingat ABDR
 

Bila nak belajar blog ingat ABDR
 

Bila mencari kumpulan sokongan WAHM ingat ABDR

Alhamdulillah.. ABDR [AKADEMI BEKERJA DI RUMAH]



AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
--------------------------------------------------
Ia merupakan Akademi yang berjalan 100% secara online.
Sudah lebih 1000 pelajar mendaftar dan belajar di ABDR secara online dan offline.
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online.
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah.
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan.
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm.
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.
.
.
.
ABDR mara 2000 ahli. Kalau sudah rasa ketar lutut tak boleh tahan, meh lah sertai keluarga besar kami.
Kami sedang aktif menganjurkan kelas-kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes (dropship atau produk sendiri)
3. Kelas beriklan dengan instagram
4. Kelas asas wordpress
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas penulisan ebook pertama.
7. Kelas urus akaun bisnes online. Coaching akaun offline
8. Pendaftaran Pengurus online ABDR
7. Beriklan dengan kami, kami sediakan ruangan iklan untuk usahawan
.
.
.
Alhamdulillah, alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan kalian.
.
.
Kami bergabung dan berukhwah.
Semua orang boleh, tak kira lelaki atau wanita. Senior atau junior.
Semuanya Online.
.
.
‪#‎anysidayuzakaria‬ ‪#‎guruonlinekelasblogabdr‬
‪#‎AkademiBekerjaDiRumah‬

Wednesday, 2 September 2015

Mensyukuri Nikmat Ilahi

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Anys Idayu Zakaria


Ya Allah terlalu sedikit amal dan kebaikan yang kami lakukan, tapi nikmat yang Engkau berikan tidak terhitung banyaknya.

Moga kita sentiasa belajar mensyukuri nikmat Ilahi.

Alhamdulillah, selamat pagi. Dah masuk September.


Tinggalkan memori semalam, biarkan terpahat di hati. Yang baik dijadikan ingatan dan kenangan. Yang buruk dan melukakan biar jadi pengajaran. Moga dipermudahkan urusan untuk hari-hari seterusnya
.
.
.
.




Minggu peperiksaan. Alhamdulillah baru selesai satu paper English Academic Advanced. Esok kita sambung satu kertas lagi, Institusi-Institusi Islam. Harap dapat menjawab dengan baik, heheh buku pun tak habis baca lagi.



‪#‎Anysidayuzakaria‬
‪#‎Gurukelasonlineblogabdr‬