Thursday, 30 July 2015

Belajar Guna Medium Percuma

Teks : Anys Idayu Zakaria

Suri yang baru nak belajar berbisnes, belajar dulu guna medium percuma
-Facebook
-Fanpages
-Blog
-Instagram
-Mudah.my


Sebelum melangkah jauh, amik yang tidak berbayar

Mahirkan diri guna medium di atas sehingga pandai dan dapat hasilnya, barulah amik yang berbayar
Kalau yang percuma pun kita xboleh nak handle, inikan yang berbayar, belum pasti lagi kan.

Wednesday, 29 July 2015

Ebook Promosi Raya

Teks : Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah memulakan awal pagi, berpagi-pagi yok kita mencari rezeki Allah :)

Semoga urusan kita hari ini berjalan lancar

Jom rakan pembaca blog, dapatkan Ebook Promosi Raya (EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN - RM30, kalian boleh pilih satu mana-mana ebook bonus di bawah)




Sunday, 26 July 2015

Tip Mudah Mula Bisnes

Teks : Anys Idayu Zakaria


 Sedikit perkongsian selepas mendengar modul 2 (seminar online) daripada DAO

Tip mudah mula bisnes

> Mula bisnes ketika kita masih bekerja, jangan berhenti kerja terus

> Bila agak-agak tak boleh nak handle, sebab pendapatan bisnes dah lebih dari kerja, time tu la baru kita boleh buat keputusan untuk berhenti kerja, dan fokus bisnes sepenuhnya

> Mula dengan modal yang paling-paling minima. Duit bukan halangan atau modal utama. Modal utama bermula adalah diri kita sendiri. Nak mula buat atau tidak

Ok jom dengar modul 3 pula.

 (Email DAO)

Episod kali ini, saya akan berkongsi sambungan dari halangan-halangan kejayaan yang telah saya kongsikan sebahagian darinya dalam video yang lepas.  Jika anda terlepas video yang lalu, anda masih belum terlambat untuk menontonnya sekarang.

Video kali ini juga adalah berbeza kerana ianya menampilkan perkongsian dari seorang artis terkenal. Kita selalu lihat artis ini sebagai seorang yang telah berjaya kerana beliau sering muncul di media namun ramai orang tidak tahu kisah sebenar di sebalik kejayaan Afdlin Shauki. Jika anda benar-benar menghayati video ini anda akan tahu betapa besarnya “Big Why” Afdlin Shauki sehingga menjadikan dirinya berjaya seperti sekarang. Anda pun perlu tahu apa “Big Why” anda.

Jika anda terfikir untuk melakukan perniagaan, anda akan dapat banyak manfaat dari video kali ini kerana Afdlin Shauki akan berkongsi bagaimana dia menubuhkan perniagaan Pelikat Pants. Sangat mudah. Beliau hanya melihat peluang yang ada di hadapannya dan terus merebut peluang tersebut.

Saya harap anda terus terinspirasi dengan video kali ini. Untuk video seterusnya, ada satu lagi perkongsian secara langsung dari salah seorang anak murid saya yang telah berjaya. Syukur, Alhamdulillah. InsyaAllah, kita akan jumpa lagi dalam video seterusnya.

Salam kebahagiaan,

Dr Hj Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No 1 Asia

Saturday, 25 July 2015

Tip Dropshipper

Teks : Anys Idayu Zakaria

 
TIP DROPSHIPPER
Pertama sekali kena berdikari dan gunakan peluang yang ada dengan mempromosikan produk di fb, fanpage, atau blog jika ada 

Latih tubi promosi gaya kita sendiri. Jangan malu untuk memulakan sesuatu. Jika tiada yang mahu beli teruskan juga promosi. Konsisten lakukan promosi sehingga ada yang menyedari bahawa kita ada menjual produk tersebut.

Tambah ilmu, sekarang sangat banyak yang percuma mahupun yang berbayar. Tambah ilmu dengan baca dan belajar dari otai yang selalu post status tentang bisnes 

Biasakan diri dengan melayan karenah pelanggan. Jawab pertanyaan dengan santai dan jujur. Bagitahu terma dan syarat pembelian awal-awal supaya pelanggan jelas sebelum membeli.

Follow up selepas  penghantaran produk, tanya feedback, buku sudah smpai atau belum, follow up status penghantaran buku di laman pos laju

Iringi setiap perbualan dengan ucapan terima kasih, mohon maaf dari pihak kita jika ada sebarang masalah, dan sentiasa letakkan smile icon di setiap perbualan

Jom belajar lebih banyak tip dan belajar menjana pendapatan melalui dropship buku

Saya mencari agen dropship yang serius mahu bermula, dan mahu dibimbing.
.
.
‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬
‪#‎mulabisnesdropship‬


 Untuk pendaftaran sebagai agen dropship buku boleh dapat details lanjut di sini ya 

Friday, 24 July 2015

Urus Masa Dengan Baik - Buku Bekerja & Berniaga


Bismillah.

Selamat kembali bekerja, selamat kembali ke sarang menjemput rezeki.

Bekerja dan berniaga dalam masa yang sama banyak likunya, perlukan displin yang tinggi.
Matlamat tidak menghalalkan cara.

Urus masa dengan baik supaya kita tidak mengguna masa dan harta benda majikan untuk perniagaan sambilan kita. Ianya bakal menjadi darah daging kita dan anak-anak.

Kita jaga hubungan dengan Allah swt, Allah swt jaga yang lainnya untuk kita.
InsyaAllah.

Petikan buku BEKERJA & BERNIAGA: PANDUAN KEJAYAAN UNTUK SURI.

Kami sudah terima tempahan untuk pembelian



Untuk yang minat belajar dropship juga dialukan. Sertai dropship buku

http://bukuallahtempatmeminta.blogspot.com/p/pendaftaran-agen-dropship.html

Thursday, 23 July 2015

Tip Bisnes

 Teks : Anys Idayu Zakaria

''KERAGUAN PEMBUNUH KEBERANIAN''

Pesan Mentor

Jangan takut jika orang gelarkan kita poyo,
Jangan kita sendiri yang poyo sebab tak buat peningkatan untuk diri kita sendiri
.
.
.
‪#‎anysidayuzakaria‬
www.anysidayu.blogspot.com
‪#‎coachkelasonlineblogABDR‬
‪#‎1usahawan1blog‬
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬
‪#‎kelasonlineblog‬

Tuesday, 21 July 2015

Idea Bisnes Di Rumah

101 Idea Home-based Bisnes

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google
Sumber: Puan Masayu Ahmad, e-book 101 Idea Home-based Bisnes
Pagi yang indah. Saya meluangkan masa membaca e-book yang sekian lama tertangguh. Sikap yang kurang baik yang perlu saya buang terus dari kamus hidup sebenarnya.
Seperti tertera di topik hari ini, saya akan membuat ulasan berkenaan e-book 101 Home-based Bisnes oleh Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR).
Membaca e-book ini, semangat saya yang agak malap, bersinar kembali! Bermula dengan 101 pelbagai idea untuk bisnes dari rumah, e-book ini memberi lebih daripada apa yang anda bayar untuk mendapatkannya. Terima kasih Puan Anys Idayu yang membawa saya menelusuri kehebatan ABDR. Kredit juga kepada sahabat seperjuangan Sharimah Yahya yang terlebih dahulu terlibat dengan keluarga ABDR.
Antara bisnes yang dicadangkan di dalam e-book ini termasuklah Bisnes Makanan, Bisnes Operasi di Rumah dan Bisnes Sejuk Beku. Ada 101 bisnes ye dalam e-book ini! Mahu tahu yang lain? Anda kenalah sertai kami di ABDR ya! Hubungi saya di nombor tertera di akhir entri ini atau boleh saja e-mail. Asal anda mahu, pasti ada jalannya. :)
Keseluruhan, terdapat 11 bab dalam e-book ini. Ini termasuklah di Bab 10, diterangkan Rahsi Bisnes Siti Khadijah binti Khuwailid. Menarik bukan? Rugi tau jika anda tidak memiliki e-book ini. ;)
Lebih dari itu, diselitkan juga panduan memulakan bisnes tanpa modal. Hendak tahu bagaimana? Salah satu daripada caranya adalah menggunakan apa sahaja yang anda ada untuk memulakan bisnes. Hendak tahu lebih lanjut, kenalah sertai kami. Pelbagai tips dikongsikan oleh mereka yang telah berpengalaman sendiri memulakan bisnes dengan modal serendah RM50 sehinggalah mempunyai kedai sendiri. Menarik bukan?
Jadi, tunggu apa lagi? Di zaman teknologi ini, jika kita ingin ke hadapan, setiap saat perlu dimanfaatkan sepenuhnya, menggunakan setiap sumber yang kita ada. Jika mahu tunggu dan lihat, macam-macamlah peluang anda bakal terlepas.
Jangan berlengah lagi, hubungi saya untuk maklumat lanjut bagi menyertai keluarga besar kami di ABDR.
Hubungi saya:
Telefon: 0124208212 (saya lebih selesa menggunakan aplikasi WhatsApp)
E-mail: rozanahz@yahoo.com
Facebook: Rozanah Zakaria
 

Monday, 20 July 2015

Bisnes Butik Online Offline

Bisnes Butik Online/Offline

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google
Sumber: e-book Bisnes Butik Online/Offline oleh Puan Masayu Ahmad






Anda ada cita-cita membuka butik? Samaada bisnes anda online atau offline, e-book ini memberi gambaran serta panduan yang amat berguna bagi anda yang baru hendak merancang memulakan bisnes butik. Atau jika anda telah ada butik sekalipun, e-book ini bakal membantu anda memperkemaskan lagi pengurusan di btuik anda. Mengapa saya berakata begini? Jom lihat catatan saya seterusnya!

E-book ini dimulakan terus dengan langkah-demi langkah memulakan bisnes butik secara ringkas. Seterusnya, satu demi satu kriteria yang disebut dihuraikan secara terperinci. Ya, setiap satu! Sebanyak 181 mukasurat! Betapa komprehensif serta terperinci penerangannya. Sehinggakan, usai saya mentelaah e-book ini, saya rasa seolah-olah nampak di depan mata jalan untuk saya menekusuri bidang ini dengan serius di masa hadapan. Orang putih kata nampak 'clear picture'.

Langkah demi langkah ini termasuklah antaranya pelan, pemilihan nama butik sehinggalah kepada sumberpembekal/pemborong. Di mana lagi anda hendak dapat e-book sebegini detail penerangannya dengan harga yang amat berpatutan? Mungkin ada buku lain di luar sana yang anda boleh rujuk untuk bisnes butik, tetapi sudah pasti harganya mahal.

Diterangkan juga di dalam e-book ini kemahiran yang biasanya perlu ada jika seseorang ingin menceburi bidang ini. Jika tiada kemahiran tersebut, juga ada diterangkan apa boleh anda lakukan untuk menjalankan bisnes menggunakan kepakaran yang ada pada orang lain. Kedengaran menarik? Percayalah, jika anda baca e-book ini, anda tidak akan boleh berhenti selagi tidak sampai ke mukasurat terakhir!

Terlalu banyak yang dihuraikan di dalam e-book ini sehunggalah di bab 12 yang dimuatkan sedikit Tip Bisnes Orang Cina. Antara tips yang diberikan adalah: 1) perlu ada kesungguhan, 2) disiplin dalam pengurusan kewangan serta 3) tidak menangguhkan kerja.

Demikian ulasan ringkas saya berkenaan e-book yang sangat menarik ini. Jika anda hendak tahu lebih lanjyt, hubungi saya di:

e-mel: rozanahz@yahoo.com
telefon: 012-420 8212 (whatsApp)

Sekian, wassalam.
Sumber : http://rozanahzakaria.blogspot.com/2015/07/bisnes-butik-onlineoffline.html

Thursday, 16 July 2015

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri
Doa bicarahati di pagi aidil fitri.
Ketika pakai baju raya- Ya Allah Ya Haq Ya Majid Ya Hamid, pakaikan ku dgn pakaian taqwa dan budi pekerti mulia.

Ketika makan kuih raya - Ya Allah ya Razaq, kurniakan ku rezeki makrifah kpMu

Ketika mandi sunat raya - Ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil, mandikan ku dgn air penyucian agar daku bersih dari segala penyakit hati, dosa, berhala dunia dan manusia, kotoran syirik dan syaitan.

Seblm keluar jln raya - ya Hafiz ya Muhaimin ya Muqit, lindungi dan peliharaku dari bisikan nafsu dan tipudaya syaitan agar daku tidak berlebihan dlm makanan dan percakapan.

SEBARKAN

Tuesday, 14 July 2015

Jualan Melalui Soft Selling

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Banyakkan soft selling berbanding hard selling
Kongsi pengalaman, kongsi ulasan pembaca, kongsi apa yang kita rasa, kongsi apa yang menarik, apa manfaat dan kebaikan

Bila orang baca, baru dapat sentuh hati mereka. Bila dapat sentuh hati mereka baru mereka teruja nak beli

Berbanding jika kita buat secara hard selling.

Biasa kita mesti suka baca pengalaman orang lain, berbanding jika kita tulis "belilah. belilah saya jual ini"

Belajar lebih lanjut dalam kelas online blog ABDR

Kongsi melalui penulisan, kemudian selitkan iklan di bawah penceritaan tersebut.
Bagi yang berminat untuk sertai kelas sesi Julai, kelas masih berlansung ya

Boleh daftar bila-bila sudah sedia :D



‪#‎anysidayuzakaria‬
‪#‎coachkelasonlineblogABDR‬
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬

Monday, 13 July 2015

Kelas Blog Beriklan di Instagram

Ulasan Kelas Asas Blog, Fanpage & Beriklan di Instagram

Guru Online : Pn. Zaila Mohamad
Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Koleksi ABDR
"Jika anda mahu ubah hidup anda serta tahap kewangan anda,kita perlu tingkatkan tahapILMU kita,tahap KUASA TINDAKAN kita dan tahap PERHUBUNGAN DENGAN ALLAHserta orang disekeliling kita terutama ibubapa" - Dr Azizan Osman.


ILMU..kerana dahagakan ilmu IT maka Kak Bed berada di sini - di kalangan rakan rakan hebat ABDR.Sebenarnya dah lama Kak Bed tahu kewujudan ABDR (Akademi Bekerja Di Rumah) melalui post post di facebook oleh Puan Masayu Ahmad.

Puan Masayu Ahmad memang tersenarai dalam friendlist Kak Bed masa mula mula Kak Bed ada facebook.Beliau merupakan rakan kepada bekas rakan rakan satu sekolah dengan Kak Bed yang belajar di USM,Penang.

Pada permulaan,Kak Bed tak memahami sangat apa yang diutarakan oleh beliau tapi Kak Bed suka baca post post beliau.Sehinggalah beliau menjadi penulis dalam majalah Mingguan Wanita.Masa tu terlintas dalam fikiran Kak Bed,'bagus betul dia ni.Gigihnya dia".

Tapi cuma fikir saja tanpa sebarang tindakan susulan,sebab apa yang Kak Bed faham ketika itu adalah artikel artikel yang ditulis adalah untuk surirumah sahaja..huhuhuhu

Sampailah satu saat di mana Kak Bed ternampak iklan di post beliau berkenaan Kelas Instagram dan asas blog.


Kak Bed tertarik dengan instagram sebab nak tahu macamana nak berniaga melalui Insta masa tu.Lalu diperkenalkan kepada Cikgu Zaila Mohamad yang merangkap macam adik sudah lagaknya.hihihi..

23 Mei 2015,kelas ditetapkan.Bukan senang nak cuti sebab Kak Bed kerja retail.Tapi atas kebernasan memberi alasan akhirnya dapat bersua muka dengan cikgu Zaila ni.

Debaran sesangat sebab tak tahu perwatakan beliau macamana kan..Kak Bed ni dah la kurang ilmu IT.Macam mana la kalau tak dapat ikut kelas ni nanti.Risau yang amat sebenarnya.

Semua debaran,takut,runsing habis hilang bila dalam kelas.Cikgu Zaila bukanlah seperti guru displin macam di sekolah sekolah itu.hihihi..Beliau banyak membimbing Kak bed dalam kelas dari A-Z.Sangat penyabar orangnya walau Kak Bed banyak bertanya.

Banyak perkara yang Kak bed tak tahu sebenarnya pasal blog.Sebelum ni  asyik google,belajar di youtube tapi susah benar nak faham.Bila bersemuka macam ni,barula Kak Bed 'ternganga' sekejap.Boleh dikatakan 100% persoalan pasal blog terutamanya terjawab.Manakala instagram pula tak susah rupanya.Hanya kena rajin upload gambar saja.




Cikgu Zaila juga guide Kak Bed apa sebenarnya perlu fokus penulisan dalam blog.Beliau nampak post post Kak Bed sebelum ini dan terus suggest fokus kepada kecantikan.Walhal masa tu Kak Bed memikirkan fokus yang lain.

Tapi memang benarlah cadangan Cikgu Zaila untuk memberikan fokus kepada kecantikan sebab Kak Bed rasa lebih santai mencoret dalam blog berbanding 'fokus' Kak bed yang satu itu.

Pendek kata memang tak rugi sertai keluarga besar ABDR ni.Ada group coaching lagi.Tak jemu jemu melayan Kak Bed siang dan malam,memang ada rasa pertalian yang istimewa di situ.

Nak sertai kelas samada offline dan online tak susah pun.Boleh hubungi Puan Zaila Mohamad di facebook.

Terima kasih Cikgu Zaila dan Puan Masayu Ahmad kerana sudi memberi peluang kepada Kak Bed untuk menyertai keluarga besar ABDR ini.




Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah. Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia

Untuk pendaftaran boleh hubungi saya di sini ya

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wsapp : 017-7912993 

Thursday, 2 July 2015

Peluang Bernetworking dengan WAHM

Peluang "Upgrade" diri Di Kelas Asas Blog dan Fanpage


Salam kepada pembaca blog yang dikasihi semua.
Setelah sekian lama saya terkapai-kapai dalam situasi yang asing bagi saya yang sebelum ini begitu sibuk dengan rutin harian menjadi ibu yang berkerjaya, saya telah ditemukan dengan seorang guru yang juga seorang WAHM ( Work At Home Mama). Kisah bermula dengan membaca majalah wanita keluaran bulan April 2015, saya tertarik dengan ruangan di dalam majalah tersebut yang menceritakan kisah seorang surirumah yang berjaya. Saya amat kagum dengan surirumah ini dan ingin menggali bagaimana beliau boleh menjadi begitu berjaya sedangkan beliau juga seorang suri rumah seperti saya.
 
Seterusnya dengan azam yang menggunung, saya bertekad ingin menjadi seperti surirumah tersebut lalu saya mencari maklumat mengenai ABDR (Akademi Belajar Dari Rumah) di internet. Saya telah menghubungi salah seorang guru di ABDR iaitu Puan Zaila Mohamad. Apa yang mendorong saya untuk belajar di kelas ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor seperti berikut:
 
1. Masa Adalah Fleksibel.
 
Pelajar tidak dipaksa untuk belajar di waktu yang ditetapkan. Ia bergantung kepada kelapangan masa pelajar itu sendiri. Pelajar bebas untuk membuat tugasan dan berkomunikasi dengan guru pada bila-bila masa sahaja. Akademi ini memahami kesibukan surirumah yang masanya tidak menentu. Oleh itu waktu fleksibel yang diberi dalam kelas ini akan membantu pelajar untuk menguruskan rumah tangga dalam masa yang sama boleh mengikuti kelas dan menyelesaikan tugasan yang diberi.

2. Kaedah Pembelajaran Secara Online.

Amat mudah kaedah belajar sekarang ini dengan adanya kemudahan internet, kelas boleh dijalankan secara online. Pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Tugasan dan bimbingan yang diberikan adalah menerusi kaedah online di Facebook dan aplikasi whatsup. Pertanyaan juga boleh dibuat dengan kaedah yang sama. Tidak perlu bimbang kerana pelajar akan ditunjuk ajar secara detail seolah-olah guru berada di hadapan kita. Cara ini lebih memudahkan proses pembelajaran seorang suri rumah ataupun mereka yang sibuk dan berkerjaya. Pada masa yang terluang, tugasan boleh disiapkan dan tidak perlu menghadiri kelas secara offline jika kesuntukan masa.

 
3. Belajar membina  perhubungan dengan dunia luar melalui blog dan fanpage
 
Bagi saya sendiri membina blog adalah perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran waktu dahulu. Saya lebih gemar membaca blog orang lain. Dengan pengetahuan yang 'zero' mengenai blog, saya telah diajar perkara-perkara asas dalam pembinaan sebuah blog. Bagi budak baru belajar seperti saya ini, banyaklah perkara yang saya tidak tahu. Pertanyaan yang terperinci khususnya berkenaan teknikal membuat blog sering diajukan kepada guru saya, Puan Zaila Mohamad. Terima kasih kepada Puan Zaila yang begitu sabar mengajar saya. Pandangan saya sebelum ini, blog adalah susah kerana saya tidak pandai untuk bercerita, membina ayat, menyusun kata. Tetapi melalui pembelajaran di kelas ini kita akan diajar, dipantau dan akan diberi cadangan serta panduan mengenai penulisan oleh guru kita. Melalui blog yang bagus pembaca akan tertarik dengan penulisan kita dan akan menjadi pengikut setia blog kita. Di sinilah perhubungan kita dengan dunia luar tercipta.
 
Begitu juga dengan fanpage yang kita bina untuk mempromosi produk kita. Tiada batasan had bilangan untuk dilihat oleh pencari maklumat. Dengan pembinaan fanpage lebih mudah pembaca serta pengguna untuk mencari maklumat khusus yang dikehendaki oleh mereka. Di kelas ini, guru  akan memberi tips bagaimana untuk membina fanpage yang berpengaruh. Saya juga diajar bagaimana untuk membuat pautan antara blog dan fanpage.

4. Penjenamaan diri melalui blog dan fanpage.

Menerusi blog dan fanpage sebenarnya kita mula memperkenalkan diri kita kepada orang luar. Ia boleh dilihat melalui entri yang dimasukkan ke dalam blog kita. Oleh itu penting bagi kita untuk mempamerkan imej yang baik melalui penulisan kita agar mudah dibaca dan difahami oleh pembaca. Penulisan yang kreatif akan membuat pembaca lebih tertarik dan akan sering mengunjungi blog kita. Guru saya juga berpesan agar menggunakan imej diri yang sebenar. Pemilihan nama blog amat penting bagi tujuan penjenamaan iaitu dengan menggunakan nama kita sendiri. Dengan menggunakan nama sendiri pembaca tidak akan keliru dan blog kita akan lebih mudah diakses oleh mereka.


5. Peluang Networking dengan WAHM yang Berjaya.

Suatu perkara yang menarik dalam menjebakkan diri dalam kelas ini adalah saya dikelilingi oleh surirumah yang terdiri daripada ahli WAHM (Work At Home Mama) dari Akademi Bekerja Dari Rumah yang telah terbukti berjaya. Ini adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. Mereka boleh dijadikan mentor untuk saya lebih mudah dan cepat untuk mencapai matlamat saya.  Apabila membuat sesuatu dengan sendiri, peluang untuk berjaya mungkin akan datang, tetapi mengambil masa. Dengan adanya networking bersama mentor yang berjaya peluangnya lebih cepat. Kita cuma perlu dapatkan ilmu dan belajar cara mereka bekerja dan bertindak. Mentor yang baik akan membawa kita bersama -sama mengecapi kejayaan dan tidak akan membiarkan kita hanyut seorang diri. Segala pandangan dan tunjuk ajar dari mereka adalah sesuatu yang berharga.

6. Blog lebih tersusun

Kelas ini juga mengajar cara lebih berkesan dalam ilmu penulisan. Walaupun sesetengah orang telah memiliki blog sendiri, tetapi  gaya penulisan adalah bebas sehingga kadang kadang lari dari matlamat asal blog. Dengan bimbingan guru di sini, kita diajar supaya lebih fokus  terhadap sesuatu bidang. Ia akan berkait rapat dengan aktiviti harian, hobi, atau pendidikan kita. Sebagai penulis blog juga kita akan lebih mudah untuk membuat entri sekiranya kita menumpukan perhatian terhadap satu perkara.

7. Belajar Bina Kedai Online.

Di dalam kelas ini juga, saya dibimbing oleh guru saya untuk mula belajar berniaga. Walaupun saya sendiri tidak mempunyai produk untuk dijual, ia tidak menjadi masalah kerana pelajar disediakan produk untuk dijual. Pelajar diminta untuk membuat fanpage supaya mudah mempromosi barangan jualan. Kedai online membantu kita memperkenalkan, menjual barangan tanpa berjumpa secara bersemuka dengan pelanggan. Malah kedai online ini sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai modal untuk mula berniaga. 

Oleh itu bagi suri rumah yang masih tercari-cari peluang untuk mencari ilmu atau membina perniagaan, kelas asas blog dan fanpage di Akademi Bekerja Dari Rumah ini amat sesuai untuk langkah pertama. Usah berlengah lagi. Kelas ini mudah untuk diikuti. Ia adalah kerana kelas ini fleksibel, mudah dan begitu santai.

Beri peluang kepada diri sendiri untuk 'upgrade' ilmu dan nilai dalam diri. Seperti pesanan guru saya, Puan Zaila Mohamad, untuk belajar di kelas ini kita perlu banyak bersabar dan banyakkan bertanyakan pelajaran yang tidak difahami. Buatlah rujukan dengan guru atau  mereka yang lebih berjaya In Shaa Allah segalanya akan dipermudahkan olehNya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas ini bolehlah menghubungi guru saya Puan Zaila Mohamad melalui email zailamohamad@gmail.com

Saya juga boleh dihubungi melalui email iaitu nooraidashukri@gmail.com atau  facebook Nooraida Mohd Shukri dan talian 019-2678980.


Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah. Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia

Untuk pendaftaran boleh hubungi saya di sini ya

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wsapp : 017-7912993 

Wednesday, 1 July 2015

Masalah Membina Blog Kedai Online Yang Mudah Dijejak Pembaca

Teks : Anys Idayu Zakaria
Photo : ABDR 


[PERHATIAN UNTUK USAHAWAN ONLINE]
Masih hadapi masalah untuk membina blog kedai online yang mudah dijejak pelanggan?
.
.
.
> Kelas Asas Blog Mula Bisnes ABDR membantu menyelesaikan masalah usahawan online yang mahu menghasilkan blog kedai online dari zero basic


> Menghasilkan blog secara formal dan sistematik dengan langkah-langkah yang mudah untuk dipelajari

> Dengan masa belajar yang sangat fleksibel.
.
.
.
.

" ABDR banyak membantu saya dalam membina blog secara formal dan sistematik. Bukan seperti blog saya sebelum ni yang caca marba.huhu. Sistem pembejaran yang fleksibel dan langkah demi lamngkah memberi saya keselesaan dan tanpa tekanan. Kita enjoy.....haha. Apapun sebagai murid kita perlulah mengulangkaji pelajaran dan membuat tugasan yang cikgu berikan dengan secepat mungkin supaya hasilnya juga cepat"
(Pn Hamidah, http://puanhamidahburham.blogspot.com)
.
.
.


Whatsapp 017-7912993 (anies - coachkelasonlineblogABDR) untuk pendaftaran