Tuesday, 30 June 2015

Giveaway Contest : Mega Ramadhan ATJ Giveaway

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria 
Photo : Amal Till Jannah


Assalamualaikum

Salam 13 Ramadhan, selamat berpuasa.

Special untuk pembaca blog saya, jom join Giveway Contest Projek Amal Till Jannah


[PROJEK AMAL TILL JANNAH]

Ramadhan giveaway contest (1 july - 31 july 2015)

Jom ramai-ramai blogger join, sambil support program AMAL TILL Jannah​




Sedikit pengenalan mengenai penubuhan projek Amal Till Jannah

1) Ditubuhkan pada 1hb Jan 2015
2) Pengasas ATJ: Pn Rosyamila binti Yunus 
3) Misi ATJ: membantu anak2 yatim,tahfiz, umah org tua,fakir miskin, pesakit kronik,gelandangan, asnaf serta golongan yang memerlukan
4) Objektive - mendidik diri mendekati Allah swt dan Rasulullah saw melalui saluran sedekah
5) Matlamat Akan datang - meluaskn pelbagai program dakwah dn kerohanian di pelbagai daerah dan negeri melibatkn dari kanak-kanak hingga warga emas melalui program yang bakal dirancangkan
6) Harapan - harapan utama ATJ ialah untuk melihat kejayaan umat Islam dlm pelbagai bidang khasnya dr segi ekonomi,sosial dn politik dgn mengutamakan prinsip dn syariah Islam. Semoga ATJ menjadi medium bagi umat Islam menyalurkan sedekah, ilmu serta tenaga dalam mencari redha Allah swt
 
Cara Menyertai MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY amat mudah yaitu
 
Syarat untuk join ;

1. Buat satu entri bertajuk  MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY
2. Copy banner/logo diatas, pastekan ke dalam entri blog dan backlink ke page ini.
3. Anda cuma perlu like page dibawah
5. Komen link entry anda sebagai pengesahan anda telah membuat entry dibawah

6. TARIKH PENYERTAAN BERMULA DARIPADA 1 JULAI - 31 JULAI

7. Keputusan adalah MUKTAMAD
HADIAH MENARIK menanti 10 PEMENANG BERTUAH YANG AKAN DIPILIH OLEH ADMIN ATJ
Antara Hadiah MENARIK yang disediakan : 
Hadiah Pertama 1x Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) 1x Buku Allah Tempat Meminta (ATM) 1x Buku Amalan Orang Soleh
Hadiah Kedua 1x Buku Allah Tempat Meminta (ATM) 1x Sampul Raya ATJ 1x Buku Amalan Orang Soleh
Hadiah Ketiga 1x Stiker Kereta ATJ 1x Buku Amalan Orang Soleh 1x Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)
Hadiah Keempat - Kesepuluh 1x Buku Amalan Orang Soleh 1x Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)


[PROJEK AMAL TILL JANNAH]

Ramadhan giveaway contest (1 july - 31 july 2015)

Jom ramai-ramai blogger join, sambil support program AMAL TILL Jannah​

Friday, 26 June 2015

Testimoni Pembeli

Foto : Simpanan peribadi 


Belanja gambar sikit hari ni. hehhe

Alhamdulillah terima kasih kepada para pembeli yang baik hati. Terima kasih atas kepercayaan
Moga buku-buku yang dibeli memberi manfaat kepada kalian :)


Untuk yang nak dapatkan koleksi buku ini, boleh singgah di sini ya
http://bukuallahtempatmeminta.blogspot.com/

Untuk yang berminat dropship juga dialukan 



Salam Ramadhan
Moga Ramadhan lebih bermakna tahun ini 


Thursday, 25 June 2015

Fokus Maksimakan Pemasaran Percuma

Soalan: Saya mahu masak sendiri, jahit sendiri, buat sendiri, produk sendiri, bolehkah?

Jawapan: Buat apa susah payah mahu buat semua? Jual sahajalah apa produk yang sudah sedia laku di pasaran.

Fokus kepada MEMAKSIMAKAN PEMASARAN PERCUMA

Gunakan sepenuhnya facebook, fanpage, blog, instagram

Bina tabung modal dari hasil komisyen di atas. Tanpa perlu keluar modal. Paling tinggi pun RM100 sahaja untuk internet.

Mula dari situ dahulu.
Nota di atas untuk suri yang baru mula.
 
(Nota Pengasas ABDR, Pn Masayu Ahmad)

Untuk yang baru nak mula belajar berbisnes online sertai ABDR, Daftar sebagai Pengurus Online Akademi, atau dropship

Belajar sehingga mahir, baru buat produk sendiri 


Wednesday, 24 June 2015

Program Iftar bersama Anak-Anak Yatim Annajjah dan Pusat Tahfiz Attaqwa



Program Iftar bersama Anak-Anak Yatim Annajjah dan Pusat Tahfiz Attaqwa

27 Jun 2015 (Sabtu)

Masjid UTM Jalan Semarak

Aturcara :

4.00 - 7.00 ptg :  Car Boot Sale

5.30 - 6.30 ptg :  Motivasi bersama Dr Hairi Hashim

6.30 ptg           :  Ucapan penyampaian cenderamata ke Anak Yatim, anak-anak tahfiz dan OKU
                            Pemberian cenderahati kepada Dr Hairi, Ustaz Farid
                            Pemberian wakaf telekung, pelikat serta cenderahati kepada wakil masjid, Ustaz  
                            Khairuddin

7.15 mlm           :  Persiapan Berbuka puasa

7.30 mlm           :  Majlis berbuka puasa

7.50 mlm           :  Solat maghrib berjemaah

7.55 - 8.35 mlm :  AMALAN SUNNAH NABI DI BULAN RAMADHAN, Tazkirah oleh Ustaz
                              Muhammad Farid Rizuan Bin Mohamed Sulaiman

8.40 mlm           :  Solat Isya berjemaah

8.50 mlm           : Solat terawih

10.00 mlm         : Bersurai


Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis, kita kongsi-kongsi kegembiraan dan rezeki bersama mereka yang lebih memerlukan.


Semoga majlis berjalan dengan lancar. Insya Allah

Suri Mahu Bekerja Dari Rumah

7. Matlamat untuk sukses.
Apabila suri mahu bekerja dari rumah, akan melihat banyak peluang yang datang. Selalunya juga banyak idea yang mula menerjah. Tetapi sangat jelas apabila melihat atau membaca kisah kejayaan ikon yang suskes lihat apa yang dilakukan. Lihat apa yang diusahakan. Sangat ketara perkara yang diusahakan adalah melekat tebal dalam fikiran dan tindakan. Matlamat yang jelas untuk sukses di sini maksudnya apa jenis bisnes yang mahu dilakukan. Fokus mahu jadi usahawan kek, usaha jahitan atau usahawan pemasaran online. Matlamat yang jelas menyebabkan kebanyakan suri mudah terikut-ikut, tidak ada pegangan yang kejap dan tidak ada ketetapan disiplin.

8. Tidak ada gangguan rakan sekerja.
Boleh sahaja memberi fokus kepada kerja tanpa perlu memberi peluang orang lain meganggu. Tidak ada masa untuk sembang kosong, gosip pejabat atau berjumpa rakan-rakan kerja yang tidak digemari. Suri boleh sahaja tidak mengaktifkan diri di lama sosia atau menyatakan tidak mengaktifkan telefon tangan.

9. Boleh melakukan aktiviti riadah pada masa-masa yang digemari.
Kebiasaan bagi mereka yang tinggal di bandar besar, kesesakan lalu lintas adalah rutin yang menjemukan. Ia tidak bagi mereka yang bekerja sendiri atau bekerja di rumah. Boleh pelbagaikan apa sahaja aktiviti bermanfaat pada sebelah pagi. Contohnya pada awal pagi atau waktu petang.
Kerana ketika wanita lain sibuk di ke pejabat anda boleh sahaja berlari-lari di kawasan taman memulakan aktiviti senaman. Begitu juga pada waktu petang boleh memilih mana-mana taman yang lapang untuk bawa anak-anak riada bersama. Menari bukan!

10. Sentiasa berada di persekitaran keluarga.
Keluarga adalah salah satu matlamat utama bekera dan berada di rumah. Tidak kira ketika anak-anak gembira, sedih dan sakit anda sentiasa ada di sisi. Inilah masanya memenuhi aktiviti berkualiti 24 jam sama ada urusa kerja atau keluarga. Dua ini sangat penting, kerana masa bersama anak-anak hanya sekali sahaja dalam hidup, Ketika mereka sakit kit ada untuk merawat tanpa perlu mengambil cuti. Ketika anak sedang membesar kita ada untuk meransang dan memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian


BACA LAGI DALAM EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN

Bagi suri yang sangat teruja dan tidak sabar untuk berhenti kerja, baca dulu pengalaman dan kisah inspirasi mereka yang sudah letak jawatan dalam Ebook YMSR ini. 
Boleh mula buat tempahan hari ini dengan harga promosi hanya RM20. Harga sebenar RM30 
Boleh terus tempah di sini 

Tinta Pengarang
Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3:Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid
Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)
Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.

Tuesday, 23 June 2015

Blog Ibarat Raja di Google

Entri pertama saya di blog ini bertarikh 13 April 2015. Sehingga ke hari ini lebih kurang 2 bulan sudah berjaya mencuri perhatian pembaca 1,006 pageviews. 

Ada tekniknya yang percuma sahaja boleh diusahakan sendiri tak perlu bayar iklan.
1. Menulis tentang kebaikan produk/servis, bukan nawaitu menjual semata-mata. Usah segan sebarkan kebaikan. Masih ada anak dara yang tak pandai menumbuk membuat sambal belacan asli kan.

2. Tajuk sangat penting. Fikirkan tajuk yang sekali imbas pembaca tertarik. Letak diri dalam kasut pembaca. Jadilah wartawan Harian Metro.

3. Bercerita dalam penulisan. Elakkan promosi iklan terus menerus tanpa henti. Usah gopoh. Berbalik kepada nombor 1, sebarkan kebaikan selang seli selitkan cerita, nasihat, tips yang berguna. Pelik juga kedai kain kedai perabot setiap hari jualan murah cuci gudang.

4. Jadi lebih kreatif. Guna gambar menarik, audio atau video. Ada orang suka 123, ada yang suka kartun, ada yang suka gambar makanan sedap menyelerakan tapi ulat buku suka karangan panjang berjela.

5. Pertukaran link blog. Inilah unik untungnya bergabung dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Ia sangat bantu menaikkan ranking blog. Ia umpama IG swap review. Tapi kuasa kemampuannya lebih jauh hebat dari itu.

Blog ibarat raja apabila google ia dengan mudah berada di mukasurat pertama. Tak percaya cuba google qaseh gold bangi, dan cari di mana blog saya berada. Walaubagaimanapun, mesti rajin update blog.

Berkenalan dengan penulis, puan umi Arbee Ali
Pengurus online ABDR

Daftar mana-mana kelas pilihan ABDR melalui beliau
http://arbeeali.blogspot.com/…/mencecah-1006-pageviews-dala…

Monday, 22 June 2015

Belajar Menjual Ebook Di ABDR

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Siapa kata ABDR tiada produk. Produk ABDR lagi senang dan mudah.

Ebook, kelas online offline, sewaan tapak iklan.

Semuanya atas talian. Mudah, cepat dan pantas.

Kalau nak tau, ramai usahawan internet yang berjaya rata-rata mereka ada produk digital sendiri, iaitu ebook. Semuanya jual secara online.

Jadi kita yang nak baru bertatih belajar bisnes ni, memang tak salah la tiru seperti mereka. Tak pandai tulis ebook tak pe. Kita jual ebook seperti mereka kan. Btul tak.

Di ABDR, mereka yang belajar menjual semua produk digital dan servis ini perlu daftar sebagai PENGURUS ONLINE ABDR.

Belajar macam mana nak dapat untung bersih tau dari RM10, RM20, RM30, RM50, RM100

Daripada on fb, jenuh scroll feeds update status, baik update status yang menghasilkan income.

Ilmu dapat income pun dapat giteww la baru ummmppphhh

Sunday, 21 June 2015

Etika Menulis Blog

Teks : Anys Idayu Zakaria


Lintas langsung dari kelas blog ABDR

Etika dalam penulisan.

Di kelas ABDR kami sangat menekankan etika penulisan, yang asli dan original.

Letak sumber dari mana kita ambil bahan tersebut jika dari perkongsian orang lain.

Jangan main cedok sahaja.


Etika menulis. (Pn Masayu Ahmad)

1. Kita mahu menulis tetapi tidak ada idea. Mulalah dari diari harian dan kisah pengalaman diri sendiri dahulu.

2. Kita mahu berkongsi dan mahu memberi inspirasi. Banyak idea dan penulisan orang lain lalu kita teruja copy dan tekan butang share. Pastikan ada sumber asal penulis tersebut.

3. Kita baca dan ambil semula poin kisah inspirasi tersebut, kemudian buat olahan baru menggunakan ayat sendiri. Inilah dinamakan tulis semula dan berikan idea segar yang baru.

4. Keterujaan utama apabila di facebook melintas kisah atau ayat ayat menginspirasikan. Kita copy, paste dan kongsi semula di status tanpa meletak sumber asal. Ini tidak beretika langsung.

Sumber : Kelas asas blog dan penulisan.


Belajar lebih lanjut dalam kelas online blog ABDR.

Kami buka pendaftaran setiap hari.

Wednesday, 17 June 2015

Salam Ramadhan 1436H

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian google 


Bismillah. Assalamualaikum

Ramadhan datang lagi. Tahun ketiga menyambut Ramadhan bersama ABDR. ^_^

Insya Allah esok kita bakal meraikan bulan penuh keberkatan, bulan kita menambah pahala berganda-ganda.

Dikesempatan ini, saya memohon ampun maaf jika ada sebarang kesilapan, tutur bahasa dan penulisan yang menyinggung perasaan pembaca blog saya. Alhamdulillah dan terima kasih kerana kalian sudi singgah dan jenguk ke laman perkongsian yang tidak seberapa ini. :)


Kami di ABDR, boleh jalan terus tanpa berhenti. Inilah masa dan peluang kita gempur lebih gigih. Produk dan servis kami semuanya atas talian sahaja. Bila nak raya, ramai tutup kedai kita masih boleh buka kedai. Bila nak raya ramai usahawan yang mencari peluang untuk timba ilmu secara online.

Jadi bagi kalian yang baru hendak bermula, baru nak belajar berbisnes online, inilah peluang untuk sertai kami di akademi bekerja di rumah. Belajar menjana pendapatan atas talian. Saya doakan semoga kalian yang sudah bermula, jadikan peluang ini sebagai langkah permulaan untuk terus mengorak langkah ke hadapan dalam dunia bisnes online. Jangan mudah putus asa dan mudah patah semangat. Kejayaan tidak datang sekelip mata. Kejayaan juga tidak datang untuk mereka yang usaha biasa-biasa sahaja, kejayaan datang untuk mereka yang usaha luar biasa.

Jadikan blog dan penulisan kita sebagai medan kita berkongsi ilmu, semoga lebih banyak saham akhirat sebagai bekalan kita.




Selamat berpuasa. Salam Ramadhan
Ampun maaf jika salah silap.

Monday, 15 June 2015

Amal Till Jannah (ATJ), Badan NGO

AMAL TILL JANNAH (ATJ)

Sebuah badan NGO, bergerak di atas satu misi iaitu hanya AMAL shj sebagai harta kita di dunia setelah kita pergi kelak


“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya”.


Ibnu Majah meriwayatkan :


“Sesungguhnya amal kebaikan yang akan sampai kepada mayit setelah meninggalnya adalah : ilmu yang dia sebarkan, anak shalih yang dia tinggalkan, mushaf yang dia wariskan, masjid yang dia dirikan, rumah yang dipakai para musafir yang telah dia bangun, sungai yang dia alirkan, atau shadaqoh yang dia keluarkan dari hartanya pada saat dia masih hidup dan sehat, semua akan sampai kepadanya setelah dia meninggal”.


Maka berusahalah -semoga Allah merahmatimu-, untuk mengerahkan semua sebab dan melakukan amalan yang bermanfaat yang akan terus ada manfaatnya dan mengalir pahalanya setelah wafatmu, Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman :


“Harta dan anak-anak shaleh adalah perhiasan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shaleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan”. (QS Al Kahfi : 46)



Semoga amalan kita di dunia menjadi amalan penyelamat kita di akhirat, mari kita sama-sama cuci kolam jiwa, bersama mendekatkan diri kepada Allah. In Shaa Allah.




Untuk subscribe & lihat aktiviti penuh kami

Boleh LIKE & support


FANPAGE OFFICIAL kami

https://www.facebook.com/pages/AMAL-TILL-Jannah/926402460743910?fref=ts



Group ATJ  https://www.facebook.com/groups/supportATJ/


Mari share PAGE & Group ATJ =)


 Program yang bakal berlangsung sempena ramadhan ini.

Power Of Blogging



Power of blogging

Tahniah sis Nor Fahidayu Masran

baru sikit je beliau share dan kongsi di blog, sudah ada yang jejak dan mahu dapatkan info
Tak rugikan kita berblog wink emoticon

Jom sertai kami di ABDR. Kami buka pendaftaran ke kelas online blog setiap hari. Mula daftar dan belajar hari ini

Sunday, 14 June 2015

Ingin Tahu Short Cut Meraih Kejayaan?

SETAHUN BUAT Ph.D TANPA HASIL, DI SINI SAYA MENEMUI RAHSIA 'MAGIK' TERSEBUT: 'SHORT CUT' UNTUK MERAIH KEJAYAAN.
.
Masya Allah, saya benar-benar tak sangka kisah yang saya share baru-baru ini mendapat hampir 600 shares. Semoga anda yang membacanya mendapat manfaat dan segala kebaikan datangnya dari Tuhan.

Sebenarnya, kalau anda ingin tahu, saya pernah melalui situasi yang sama. Malah lebih parah sebab waktu itu saya stuck dalam kajian Ph.D saya. Sudah setahun berhempas pulas siang dan malam, tapi masih tiada penyelesaian untuk kajian saya itu. Saya menemui jalan buntu. Setiap hari saya risau memikirkan ratusan ribu ringgit yang perlu dibayar balik kepada penaja sekiranya saya gagal mendapatkan Ph.D.

Tapi masha Allah, dari situlah Tuhan mengajar saya rahsia 'mudah berjaya' tersebut. Rahsia bagaimana sesuatu yang sukar boleh jadi mudah, yang impossible jadi possible. Sehingga sekarang saya masih ter-"wow" dengan kehebatan pertolongan Tuhan apabila pemeriksa tesis memberitahu, pada akhir sesi viva, yang saya lulus Ph.D 'without amendment'.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Di situlah saya belajar 'magiknya pertolongan Tuhan'. Ia satu kisah yang sering saya ulang-ulang di hadapan anak didik. Kerana kadang kala mereka hampir berputus asa dan merasa yang diri mereka tidak pandai mana. Bukan begitu. Saya percaya setiap orang hebat, cuma kita perlu tahu 'rahsia'nya. Rahsia untuk membuka pintu kejayaan dengan mudah.

'Don't bang the door. Find the 'Key'
Kali ini saya ingin kongsikan kisah tersebut buat anda yang sudi singgah dan membaca perkongsian kecil ini. Kisahnya agak panjang, tapi mudah-mudahan anda mendapat manfaat darinya. Amalkan dan lihat bagaimana 'magik' dari Tuhan datang dalam hidup anda dan sebenarnya itulah yang saya alami kini setiap hari.
.
.
INGIN TAHU 'SHORT CUT' UNTUK MERAIH KEJAYAAN?
Suatu hari, dalam perjalanan pulang dari menyampaikan ceramah ‘Ihya’ Ramadhan’ kepada warga Malaysia di bumi Canterbury, New Zealand, suami bertanya,
“Mana pergi adik-adik undergrad kita? Kenapa diorang tak join? Yang datang berapa kerat je. Itu pun muka-muka yang sama”

Memang benar. Ballroom hostel yang menjadi tempat program berlangsung kelihatan sunyi tanpa kehadiran adik-adik undergraduate. Kecuali beberapa orang yang memang selalu ada. Yang hadir lainnya, adalah pelajar-pelajar Master dan Ph.D yang rata-rata sudah berkeluarga.
Suasana dalam kereta sunyi sepi sebentar.

“Ada aktiviti di universiti kot” jawab suami apabila melihat saya tidak memberi sebarang jawapan. Dia yang tanya, sudahnya dia juga yang bagi jawapan.
Bukan saya tidak memberi perhatian. Sebenarnya soalan suami itu menyebabkan fikiran ini jauh melayang. Lipatan hidup sebagai seorang undergraduate di University of Minnesota terselak satu per satu.

‘Dulu saya pun macam tu’ – jawab saya jujur. Tapi kata-kata itu hanya mampu diucapkan di dalam hati.

Benar, hampir setiap kali ada program dianjurkan saya hanya buat ‘donno’. Bukan itu saja, saya memilih untuk tidak mahu terlibat dalam jawatankuasa persatuan pelajar walaupun semasa di MRSM Jasin saya memegang jawatan ‘Vice President’ . Apabila kawan meminta tolong, saya banyak mengelat. Macam-macam alasan saya beri.

‘Lebih baik aku belajar. Semester ni aku mesti dapatkan ‘4-flat’ lagi.’ Begitulah selalunya suara kecil dalam diri saya berkata. Sampai ke satu tahap, kawan serumah buat solat terawih dan tadarus Al-Quran pun saya tak join. Saya di mana? Belajar.
Astaghfirullahal’azim.

Betapa teruknya sikap saya waktu itu, siang malam belajar demi mengejar kejayaan. Kerana di fikiran saya, apabila disebut ‘usaha tangga kejayaan’ saya memahaminya macam rumus matematik: 1+1=2. Bahasa mudahnya, makin banyak berusaha makin mudah berjaya.
Semakin banyak spend masa mengulangkaji pelajaran dan semakin banyak latih tubi dibuat, maka peluang untuk score A lebih besar. Umpamanya 30+50 = 80.

Sedangkan kalau terlibat dengan aktiviti persatuan, tentulah kurang masa belajar. Tak cukup masa buat latih tubi. Elok-elok dapat markah 80, turun jadi 60 pula.

‘Nanti tak score pula. Lebih baik focus untuk belajar.’ Begitulah saya mencongak-congak di fikiran.
Selepas berusaha sehabis baik, saya akan buat solat hajat sebelum peperiksaan, berdoa memohon agar Tuhan menolong semasa menjawab soalan nanti. Harap-harapnya 80+20 = 100 dan moga-moga saya dapat A. Begitulah cara saya bertawakal.

Masa itu saya rasa kejayaan ibarat berada di sebalik sebuah pintu namun pintu itu berkunci dan saya perlu bekerja keras untuk membukanya. Kerana itu saya menggunakan ‘Formula 80/20’: 80% usaha, 20% tawakal. Banyakkan usaha, insha Allah lebih mudah ‘pintu’ terbuka.

Namun secara jujurnya, perasaan saya amat tertekan. Itu pun saya masih belum sedar yang sebenarnya ‘formula’ rajin saya tidak tepat.
I was actually banging the door.
.
.
Apabila saya buat Ph.d, ternyata ‘pintu’ kejayaan itu lebih kebal.
Walau macamana saya cuba berhempas pulas, ia tetap tidak mahu terbuka. Usaha saya untuk belajar, buat kajian siang dan malam tidak mendatangkan hasil. Idea yang datang semuanya ‘tak boleh pakai’ untuk hasilkan tesis Ph.D saya.

Nampaknya pintu kejayaan kali ini bukan saja berkunci, malah ibarat bilik kebal yg memerlukan password, tapi saya tak tahu apakah ia.

Kali ini tekanannya hampir-hampir menyebabkan saya ingin saja melupakan niat utk membuka pintu itu.
Saya hilang punca. Buntu.

Dalam keadaan ‘frust’ itu saya mengadu pada suami yang ketika itu baru selesai mengimamkan solat maghrib kami. Saya sangkakan beliau akan beri jalan penyelesaian yang saya boleh cuba: bertanyakan orang lain yang lebih pakar, cari buku lain yang lebih bagus, atau jom kita pergi bercuti sekejap untuk ‘refresh’ minda.

Tapi sebaliknya, jawapan suami benar-benar memeranjatkan saya:
“Mama dah belajar, buat kajian siang malam. Dah terlebih rajin dah babah tengok. Cuba kali ni mama buat benda lain selain buat kajian mama tu” katanya sambil melipat sejadah. Saya yang masih bertelekung, duduk tidak berganjak.

‘Buat benda lain?’ saya bertanya dalam hati, confused dengan apa yang dimaksudkan suami. Berkerut-kerut dahi saya cuba memahami. Suami pula bingkas bangun mencapai naskah Al-Quran di tepinya.

Baru saja ingin bertanya, beliau sudah terlebih dahulu memberi jawapannya: “Babah rasa ada eloknya mama organize usrah untuk muslimat. Bincang pasal Quran. Buat sebulan sekali pun dah ok.” Cadang suami.

Matanya tepat memandang saya dengan air muka yang begitu meyakinkan. Al-Quran di tangannya mula diselak dan dibaca. Begitulah suami, membaca beberapa halaman kitab dari Tuhan itu usai solat maghrib menjadi rutinnya setiap hari.

Sambil mendengar bacaannya yang lunak itu, ironinya fikiran saya bertambah confused. Terus terang saja, sebenarnya saya tidak bersetuju dengan cadangan suami itu. Saya fikir, dah la kajian saya sedang bermasalah, masa pula nak digunakan untuk hal lain? ‘Lagilah terkandas kajian mama nanti’ saya mendengus perlahan.

Suami yang mendengar, memberhentikan bacaan Qurannnya. “Mama, kita memang kena berusaha untuk berjaya. Tapi, kejayaan itu perlu juga ‘dijemput’” katanya lembut sambil pengusap kepala saya yang masih duduk berteleku di sebelahnya. Agaknya memahami kusut di fikiran isterinya ini.

‘Dijemput’? Bertambah kerut dahi saya dibuatnya. Saya memang tidak memahaminya. Dalam keadaan percaya tak percaya itu, saya pujuk hati ‘Takpela, buat je la, kalau buat research pun bukannya ada idea nak proceed macamana. Kepala tengah berasap’
“Ok” jawab saya perlahan sebelum membuka telekung.

Begitulah permulaannya bagaimana saya menganjurkan usrah di kalangan kakak-kakak dan adik-adik yang sama-sama sedang buat Master dan Ph.D. Memang betul telahan saya, banyak masa digunakan untuk tujuan itu: cari bahan, prepare slide, praktis bercakap, buat usrah. Malah saya juga join kelas tajwid yang diajarkan oleh seorang sister berbangsa Arab.

Akibatnya, waktu saya di universiti menjadi berkurangan. Kalau sebelum itu saya akan ke universiti setiap hari dari pukul 8 pagi sampai ke pukul 5 petang, kali ini jadual belajar saya tidak sepenuh itu. Ada beberapa jam yang saya ‘tak nampak muka’ di universiti.

Tapi yang menghairankan saya, waktu belajar yang sudah berkurangan itu tiba-tiba menjadi lebih efisyen. Idea datang tanpa disangka, umpama hujan yang turun dari langit secara tiba-tiba di tengahari yang panas. Alhamdulillah, akhirnya idea yang datang itu benar-benar berhasil.

‘Ya Allah, senang je rupanya nak buat Ph.D ni. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah’ teriak saya dalam hati setiap kali urusan kajian saya dipermudahkanNya.

Masha Allah, umpama magik, ‘pintu’ kebal itu terbuka sendiri dengan mudah, tanpa perlu saya menghentamnya seluruh jiwa dan raga seperti sebelumnya. Kerana saya sudah menemui ‘password’nya!

Sehingga sekarang saya masih ter-"wow" dengan kehebatan pertolongan Tuhan apabila pemeriksa tesis memberitahu, pada akhir sesi viva, yang saya lulus Ph.D 'without amendment'. Ya Allah, bukankah satu waktu dahulu semuanya macam impossible? 'Now Dia bagi lulus tanpa pembetulan? Masha Allah...'

Keluar bilik viva, sahabat saya yang ikut serta dalam viva tersebut sebagai pemerhati sempat berkata "nampak rileks je tadi"..Betul katanya, saya sendiri terperanjat dengan apa yang berlaku. Tapi saya tahu - semuanya Allah punya kerja.

Baru saya faham apa yg suami maksudkan dengan kejayaan perlu dijemput. Betul usaha kita belajar perlu sehabis baik. Tapi jangan kita lupa yang kejayaan itu dari Tuhan. Dia ada ‘kunci’ untuk membuka pintu kejayaan tersebut. Walau macamana kebal pun, Tuhan tahu ‘password’ pintu itu dan anytime Allah boleh tolong buka jika Dia mahu.

Itulah the power of ‘Kun Fayakun’ milik Tuhan.
Baru saya sedar betapa bodohnya saya selama ini menekan diri sendiri. Sebenarnya target untuk mendapat pointer ‘4-flat’ itu tidak salah. Yang salahnya ialah apabila saya fikir saya perlu bersandarkan kepada daya upaya diri sendiri, berhempas pulas untuk membuka ‘pintu’ kejayaan itu sehingga menekan diri sendiri. Bahkan sehingga mengabaikan orang lain yang memerlukan saya dan mengabaikan program-program lain yang penuh barokah.


Sedangkan Tuhan sentiasa ada dan bersedia untuk menghantar ‘pasukan tentera’Nya untuk membantu.

‘Sesiapa yang meringankan kesusahan seorang Mukmin ketika di dunia, Allah akan meringankan kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat dan keaiban)nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.’ (Hadis riwayat Muslim)
Inilah teknik ‘beyond’ rajin yang saya ingin saya kongsikan: yang rajin itu sangat bagus untuk mendaki tangga-tangga mencapai kejayaan. Tapi rajin belajar sahaja tidak cukup. Kita perlu juga rajin ‘menjemput’ kejayaan itu dengan membuat banyak kebaikan kepada orang lain.

Pakar motivasi dari Barat menyebutnya sebagai ‘the power of servicing others.’
Begitulah, rupanya sifir Tuhan bukan 80/20 tapi sebaliknya: 20/80. Kita perlu rajin berusaha sehabis baik, tapi usaha mereka yang terbaik itu sebenarnya hanya mewakili 20%. Selebihnya 80% kita perlu juga menggunakan masa, tenaga dan hati untuk ‘menjemput’ kejayaan itu: tolong orang lain, menyumbang pada masyarakat, melakukan aktiviti amal kebajikan.

Pendek kata, buat perkara-perkara lain yang Allah suka.
Nantinya, walaupun waktu ulangkaji jadi sedikit berkurangan, percayalah kita akan lebih mudah faham. Lebih mudah jawab soalan ketika peperiksaan. Lebih mudah score.

Para pembaca semua, begitulah cara Allah mengajar makhlukNya. DisuruhNya kita lakukan satu kebaikan tetapi dalam kebaikan itu, diberiNya kita ribuan manfaat.

Itulah shortcut untuk meraih kejayaan.
'Don't bang the door. Find the 'Key'
FB: Dr Siti Ujila Official
12 Jun 2015


****************************************************************************
Perkongsian Dr. Siti Ujila yang membuatkan kita semua tersedar. tiada jalan mudah untuk berjaya, tapi ada shortcut untuk meraih kejayaan yang Allah swt dah tunjukkan pun jalannya, antara kita nak praktikkan atau tidak sahaja
.
.
.
.
‪#‎anysidayuzakaria‬
www.anysidayu.blogspot.com
‪#‎coachkelasonlineblogABDR‬
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎janapendapatandengandropshipbuku‬

Thursday, 11 June 2015

Ramadhan Bersama Umrah dan Haji

Jenis-jenis program di mekah n madinah (Ramadhan Bersama Umrah dan Hajj) yang akan tamat 15 Jun 2015:

1) wakafkn quran d mekah/madinah..penyertaan senaskah RM50
2) Utk Tahlil Arwah 1 nama RM10
3) Utk khatam quran 1 nama RM10
4) Utk tajaan iftar 1 penyertaan RM25
5) Upah umrah rm400



Bank in ke :
Sumbangan sedekah jariah tuan/puan/cik boleh disalurkan ke;
👉
1212 2010 020166
(BANK ISLAM MALAYSIA BHD)
-AMAL TILL JANNAH-


👉
1121 8410 2641
MAYBANK BHD
-ROHSAMILA BT YUNUS

PM nama dan amount ke Adreena 0162500171 (ADMIN)



Sedekah, amal jariah, anak-anak yatim, orang yang memerlukan
Amalan yang akan kita bawa apabila kita mati kelak Mari bina jambatan syurga.
Saya jemput rakan-rakan untuk terus masuk ke group support AMAL TILL JANNAH.


semoga usaha murni kita dirahmati ALLAH.
Amiin


Request masuk ke group support kami AMAL TILL JANNAH
https://www.facebook.com/groups/supportATJ/

Tuesday, 9 June 2015

Jom Wakaf Sepanjang Ramadhan 2015 (AMAL TILL JANNAH)

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Group Usrah Amal Till Jannah (ATJ)




Alhamdulillah, berbaki lebih kurang 9 hari sahaja lagi menjelang Ramadhan. Ya Allah temukan kami dengan Ramadhan kali ini

Bulan Ramadhan bulan keberkatan. Jom kita pakat-pakat jadikan Bulan Ramadhan Bulan Pesta Gandakan Pahala, berpuasa siang hari, bertadarus, mengaji, tarawih, qiyamulail, dan berbanyakkan sedekah.

Moga terus istiqomah untuk bulan-bulan seterusnya. Insya Allah



Sama-sama kita membuat AMAL TILL Jannah

Sama-sama menjalankan AMANAH secara SEPAKAT, untuk mendapat BERKAT dari Allah swt.

Monday, 8 June 2015

Blog Cacamerba

Lintas langsung dari kelas online blog ABDR

Blog cacarmerba.
-Tidak perlu penggunaan Bahasa Inggeris sekiranya tida ada tujuan penggunaan sekadar mahu suka-suka. Sekali lagi tulis seperti jawapan Bahasa Melayu SPM. Selagi ada maksud penggunaan penuh Bahasa Melayu.

-Tanda baca walaupun titik, koma, tanda seru, titik berdekatan. Guna pada tempat yang betul.

Nota 1: Di atas adalah dua yang selalu menjadi kesukaan penulis blog. Tetapi ia menyebabkan pengisian blog terganggu dan kelihatan tidak menarik. Pembaca juga pandai memilih blog mempunyai penulisan yang baik dan selesa ketika dibaca.


BELAJAR LEBIH LANJUT DALAM KELAS ONLINE BLOG ABDR

Kami buka pendaftaran setiap hari .

Untuk pendaftaran boleh sertai mana-mana kelas pilihan di bawah

2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah
 1. Kelas asas blog dan penulisan
 -belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
 -belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan 
2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
 -boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong-telekung solat
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah. 

Yuran kelas adalah berbeza mengikut pakej
RM 200 (bonus 4 ebook - ebook belajar blog, ebook super wahm supermom, ebook mula bisnes butik dan ebook 101 idea home based bisnes) yuran adalah mengikut pilihan kelas salah satu di atas jika ambil berasingan 
yuran rm300, 2kelas serentak. (Bonus 5 ebook - ebook belajar blog, ebook super wahm supermom, ebook mula bisnes butik dan ebook 101 idea home based bisnes, ebook rahsia khidmat pelanggan)& bonus beriklan 2 tahun di soho directory.

  kelas online sahaja dalam group kelas di fb
  masa belajar yang sangat fleksibel ikut masa pelajar sendiri. Tiada limit masa ditetapkan
  nota toturial bergambung lengkap disediakan
dapat bergabung dengan hampir 1000 blogger alumni akademi yg merupakan usahwan online n wahm
  masih boleh ikuti toturial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan Jika anda bersedia untuk menggunakan blog sebagai medium pemasaran yang paling efektif, menjadikan blog sebagai medium perkongsian dan blog anda mudah berada di carian google, dan mudah dijejak pembaca, jom sertai KELAS ONLINE BLOG ABDR ini. 
first come, first win!! anda berminat nak join?
Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya :

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wsapp / telegram : 017-7912993  

Untuk terus mendaftar, boleh terus isikan borang tempahan di sini ya http://anysidayu.blogspot.com/p/borang-tempahan.html  

Kemudian, boleh wsapp/ sms/ telegram saya untuk kita mulakan kelas 

Thursday, 4 June 2015

Dapat Pengetahuan Baru dalam Kelas Akaun ABDR



Bawa buku 555 ke mana-mana kita pergi.
Ia langkah terbaik bagi memastikan kita tidak terlupa untuk mencatit setiap transaksi urusniaga yang berlaku.

Nampak remeh tetapi sangat-sangat membantu.
Bukan sahaja untuk BISNES tetapi juga untuk kewangan Personal.
Tak ada lah nanti, bila buat kira-kira tertanya-tanya

Mana pergi RM10 lagi ya?
Apa yang aku beli tadi?


==============================
Sertai kelas asas akaun secara offline:Dua Kelas asas akaun untuk bulan Jun.

1. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
 Tarikh: 13 Jun 2015 (Sabtu)
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.

Yuran : RM250.00
 
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.


2. Kelas online(Min 3 orang)
- Tarikh: 21 Jun 2015 (Ahad)
Masa: 9.30am-12.30pm
Yuran : RM150.00

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order.

Bonus 1:
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
1 tahun periklanan di SOHO directory

Untuk yang mahu sertai mana-mana kelas di atas boleh terus hubungi saya

mail : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ whatsap : 017-7912993
 e

Tuesday, 2 June 2015

Petua Kurangkan Demam dan Batuk Untuk Anak Kecil


Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Anys Idayu Zakaria

Minggu lepas, saya ada letak di status fb, untuk dapatkan petua macam mana nak merawat demam dan batuk untuk anak kecil. Saya mencari petua untuk Raisha yang selalu kena batuk. Bila batuk mesti terus berjangkit dengan demam. 
Alhamdulillah, hari ni demam dah baik. Batuk ada sikit-sikit sahaja lagi.

Dek kerana tak nak status di fb ni hilang begitu sahaja, saya kongsi dan masukkan di blog. Lain kali bila terlupa petua yang kena amalkan boleh terus tengok di blog hehehe