Sunday, 31 May 2015

Tambah Ilmu Dengan Sertai Kelas online Blog Akademi Bekerja Di Rumah

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Simpanan ABDR 



Alhamdulillah, kami mara 2000 penyertaan 2015. Selamat datang beberapa pelajar baru ke kelas di bawah kendalian saya. Selamat datang puan Hazwani Othman puan Nurhuda Aziziuddin puan Diana Md Noor puan Aliza Hasrul Dapur D'Leesya, puan Nurzafirah Mzain, dan puan Nazira Banu. Selamat menimba ilmu dan berkongsi ilmu bersama keluarga besar Akademibekerja Dirumah. Didoakan semoga kalian bermula dan buat hingga selesai. Insya Allah

Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah

> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendpatan hanya di rumah
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah
1. Kelas asas blog dan penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan

2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong-telekung solat
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Untuk pendaftaran boleh terus melalui barisan pengurus online abdr puan Azuriyah Mohamad Norhafizah Abd Hadi Sariah Awang Senik Arbee Ali Nor Atiqah Hamidi Izzah Razak Ziadah Zainal Abidin Badariah Baharin Nuraida Mohd Harith Siti Zawiyah Norul Badri Daud Eko Salina Khadijah Maskam Roszila Ibrahim Bibi Normi

Tuesday, 26 May 2015

Khas Untuk Pengusaha Homestay

Perhatian untuk pengusaha homestay seluruh Malaysia!
========================
✅ Mahu iklankan homestay tetapi tidak tahu dimana?
✅ Mahu iklankan homestay secara berterusan sepanjang tahun?
Jangan risau, KAMI pasukan pemasaran online surirumah bernaung AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR) mahu membantu ;D

BERIKLAN dengan kami kerana :
✔ Kami ada satu DIREKTORI IKLAN yang menyenaraikan homestay di Malaysia
✔ Kami mempunyai JARINGAN BLOGGER yang akan membantu mempromosikan sepanjang tahun.
✔ Bayaran untuk tapak iklan hanya SEKALI tanpa perlu perbaharuinya lagi.
(Tawaran ini terhad sehingga tarikh tamat dinyatakan)

✔ BONUS 1: Harga tapak kekal hanya RM150 sahaja untuk dua tempat iklan.
Iaitu:
✔ Bonus 2: Temuramah untuk pengusaha yang mahu berkongsi dalam ebook mula bisnes homestay.
Selagi mana ebook ini terjual maka berterusan homestay diiklankan.

Hubungi kami untuk daftar iklan homestay kalian ;D

Untuk yang berminat, boleh terus hubungi saya di email : anysidayuzakaria@gmail.com
atau sms/wsapp/telegram ke 017-7912993 

Saya Sudah Bersedia Bekerja Dari Rumah

Kelu lidah tiada idea menulis. Walau hanya cerita tanpa gambar. Yang mampu saya ucap hanya Allah Alhamdulillah.

Awalnya saya terbaca fb Puan Masayu Ahmad (pengasas ABDR) pada 9 Mac tentang berkongsi pengalaman mahu berhenti kerja, berhenti kerja dan wahm. Saya fikir ya, inilah saya. Mesti ambil peluang mesti ada sesuatu yang boleh beri manfaat pada orang lain. Seingat saya tarikh akhir hantar 10 Mac. Saya fikir "buat esok lah, sempat". Malam itu anak yang kecil meragam. Lagilah saya fikir "tak boleh buat malam ni". Apabila semua anak tidur lena berdengkur, saya fikir "jam memang sudah lewat, buat sahajalah". Lalu saya terbongkok-bongkok dalam gelap sambil menepuk punggung si kecil. Sebelah tangan memegang handphone menaip draf kisah itu menggunakan aplikasi Gtask. Rupanya Gtask juga ada limit. Kisah belum habis saya sudah tidak boleh menaip lagi. 

Kemudian saya copy dan paste di Gmail. Berulangkali membaca edit di sana sini. Sudahnya saya emailkan kepada Kak Mas jam 2 pagi. Selesai semuanya tidak juga dapat tidur lena..anak yang kecil terjaga berulang kali. Mata kuyu badan lesu tangan menepuk anak tapi saya lega.
Saya latih diri tidur sebelum jam 12 tengah malam dan bangun awal pagi. Itu cara saya menguruskan masa wahm. Akibat tidak cukup rehat, dua hari berikutnya terpaksa tidur siang dan tidak dapat menghadap laptop.

Kisah yang ditaip jam 2 pagi itu sudah selamat dibukukan dalam ebook Yeay Mama Sudah Resign dan keluar majalah Mingguan Wanita keluaran minggu ini 22 April. Terima kasih Puan Masayu Ahmaddan Puan Anys Idayu Zakaria atas peluang, ilmu dan tunjuk ajar.

Ramai yang belum lagi bermula atau yang sudah separuh jalan awal-awal lagi angkat tangan malas tak sanggup tiada masa update blog. Percayalah teknik 44 entri, penjenamaan diri, kerap update blog dan pautan sesama rakan ABDR mampu menaikkan ranking blog.

Ha..kalian sudah bersedia bekerja di rumah? Apalagi buat tanpa tapi, lakukan tanpa nanti. Satu lagi, Jika sudah mula, Habiskan.
http://arbeeali.blogspot.com/…/kisah-saya-dalam-majalah-min…

Monday, 25 May 2015

Mohon Doakan Sahabat Saya

Teks : Anys Idayu Zakaria
Gambar : Anys Idayu Zakaria (simpanan peribadi)

Ketika kita melihat orang lain gembira, ada lagi insan yang berduka
Ketika kita merasai sedih, ada lagi insan yang lebih sedih melalui hidup ini
ketika kita berasa kita hebat diuji Allah, ada lagi insan yang lebih hebat ujian untuk mereka


Perkenalan kami bermula ketika aku mula-mula mendaftar ke Politeknik Port Dickson, dialah sahabat teman sebilik. 2 tahun perkenalan kami. Antara kami sekuliah dialah yang paling sempoi, dialah yang paling lawak. Kemudian kami terpisah setelah menamatkan pengajian. Beliau dan rakan-rakan lain ke Putrajaya, aku masih di sini. 





Dialah sahabat aku, Naraswati.
Namun dari jauh aku masih mengikuti perkembangan rakan lain. Bila mendapatkan tahu beliau menghidap kanser, sungguh hati tak terkata sedihnya. Mengalir deras airmata. Ya Allah Kau beri ketabahan kepada sahabatku untuk melalui ujian ini.

Menurut rakan lain, sekarang keadaan Naraswati semakin tidak stabil. Namun dia kuat semangat. Syukur Allah swt kurniakan beliau seorang suami yang sangat penyayang dan baik. Menjaga beliau dikala sakit. Semoga Allah swt beri kekuatan kepada beliau, suami dan keluarganya menempuh ujian ini.

Tiada kata, hanya doa mengiringi semoga Allah swt beri kekuatan yang luar biasa untuk sahabatku melawan penyakitnya. Semoga Allah permudahkan beliau sekeluarga. 

Kalian yang sudi singgah baca disini, mohon kalian sedekahkan al fatihah dan doa untuk sahabat saya, Naraswati Arshad. Semoga diberi kekuatan yang luar biasa, semoga Allah sembuhkan sakit beliau.

Terima kasih tak terhingga atas doa kalian. 

Sungguh sayu hati, aku berharap, semoga dalam masa terdekat ini aku dapat menziarahi beliau yang kini sedang dirawat di IKN.

Kisah Kehidupan Sebenar WAHM Dalam Ebook Super Wahm Super Mom


Selesai membaca e-book ini, saya bertambah semangat.
Permulaan e-book ini (muka hadapan) dimuatkan dengan kata-kata ini, 'urus masa, urus tenaga, urus rumahtangga'. Sangat menarik minat saya. Saya percaya, para pembaca juga teruja dengan kata-kata ini, bukan?

Pada fikiran saya, zaman mutakhir ini, ramai yang bercita-cita seperti saya juga. Ingin mengejar kerjaya sebagai seorang profesional dalam bidang saya, tetapi pada masa yang sama ingin menjaga anak sendiri di rumah. Bukan kerana malas ingin keluar ke dunia luar, namun saya percaya ramai yang makin menyedari peri pentingnya sentuhan seorang ibu, mama atau umi dalam mengemudi kehidupan berumahtangga.

Apabila saya mula membaca e-book ini, saya sangat gembira! Kenapa? Kerana ia sarat motivasi dan inspirasi yang memberikan saya persepsi yang betul tentang bekerja di rumah.

Antaranya, Puan Masayu menyenaraikan 8 kegembiraan bekerja dari rumah. Saya selitkan beberapa contoh di sini:
1) Tidak terikat dengan sesiapa
2) Tinggalkan kebiasaan orang ramai. Contoh seperti tidap perlu menghadapi kesesakan lalulintas setiap hari.
3) Bercuti pada bila-bila masa.

Beberapa konsep bekerja di rumah seperti SAHM (Study at Home Mom/Stay at Home Mom), WAHM (Working at Home Mom) dan SOHO (Small Office Home Office).
Apa ada dalam fikiran anda sekarang? Terfikir hendak berhenti kerja kemudian baru mulakan bisnes dari rumah? Berhenti dulu! Fikir! Anda perlu singkirkan mitos itu dari fikiran anda! Itu kata-kata Puan Masayu.

E-book ini juga memuatkan banyak contoh-contoh 'kehidupan-sebenar' atau 'real life situation' tentang mereka yang telah menjadi WAHM. Membaca kisah-kisah ini menyuntik semangat dan inspirasi kepada saya.

Jadi, jika anda ingin menjadi WAHM, bila masa yang sesuai? Jawapannya ada di dalam e-book serba lengkap ini. Terdapat panduan asas dan persediaan sebelum berhenti kerja. Juga diselitkan kisah suri yang telah berhenti kerja dan menjalankan bisnes sendiri.
http://rozanahzakaria.blogspot.com/…/e-book-super-wahm-supe…

Sunday, 24 May 2015

Penulisan dan Fokus Blog Yang Mantap


Penulisan dan fokus blog yang mantap.
Menjadi seorang ibu memang sesuatu yang menggembirakan. Tetapi seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini, bila ada anak semuanya pun berubah. Dalam semua perkara, pasti anak yang akan diutamakan dahulu.

Tetapi, kita juga tak patut mengabaikan diri sendiri sepenuhnya. Kita kena jaga badan supaya sihat, kita perlu jaga penampilan supaya kekal menarik di mata suami, dan kita juga perlukan masa untuk bersendirian supaya dapat muhasabah diri.

Bayangkan jika 24 jam kita hanya berkepit dengan anak-anak kecil tanpa punya masa sendiri. Lama kelamaan emosi kita pasti akan terganggu. Dan tak mustahil jika seorang ibu menghadapi tekanan perasaan yang hebat jika keadaan ini berterusan.
http://sitibadariahbaharin.blogspot.com/
Berkenalan dengan penulis: Badariah Baharin
Guru online: Anys Idayu Zakaria

Nota 1; Fokus blog yang yang dikuasai dengan baik.
Nota 2: Penulisan yang bersahaja dan boleh dikumpul sebagai ebook




Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Bagi yang berminat untuk sertai mana-mana kelas online ABDR di atas, boleh hubungi saya melalui email : anysidayuzakaria@gmail.com

atau sms/wsapp/telegram ke 017-7912993 (anies) untuk maklumat lanjut 

Thursday, 21 May 2015

ABDR Membantu Membina Blog Lebih Sistematik

Teks: Hamidah BInti Burham

Assalamualaikum adik manis,

 Terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat ke blog saya. Saya amat menghargai setiap komen dan atau cadangan daripada anda untuk saya memperbaiki lagi blog saya ini.

Disini saya ingin berkongsi cerita bagaimana bermulanya saya membina blog ini. Saya membina blog ini pada 26 Febuari 2015.Ketika itu saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang dikelolai oleh Pn Masayu Ahmad.

Pada mulanya saya seperti tidak yakin yang blog merupakan media yang bagus untuk memasarkan produk, kerana selama ini saya hanya terlibat dengan pemasaran produk di facebook dan fanpage. Blog telah lama saya tinggalkan sejak lama dahulu setelah saya lihat tiada apa-apa perubahan yang dapat membantu saya dalam memasarkan produk hasil jahitan saya ketika itu.

Alhamdulillah Allah telah membuka hati saya setelah melihat iklan Norhafizah Hadi di laman facebook berkenaan ABDR. Pada mulanya saya teragak-agak untuk melaburkan duit saya untuk menyertai ABDR. Lama juga saya ambil masa untuk membuat keputusan. Namun jalannya begitu mudah untuk saya meneruskan niat untuk meneyertai ini. Alhamdulillah saya telah membuat keputusan yang tepat!

Menyertai ABDR membuat saya tidak merasa keseorangan kerana ramai sahabat-sahabat ABDR yang sama-sama menyokong dan saling membantu dalam meningkatkan blog masing-masing. Tidak lupa juga kepada Cikgu Anys Idayu yang sangat sabar dalam membimbing saya dalam membina blog saya dari zero hingga ke hari ini telah dikunjungi lebih 3800 pengunjung. Syukur alhamdulillh. Saya tidak pernah terfikir akan ada blog sebegini hihi. Apapun masih banyak yang perlu saay lakukan untuk menaikkan lagi kualiti blog saya.

ABDR banyak membantu saya dalam membina blog secara formal dan sistematik. Bukan seperti blog saya sebelum ni yang caca marba.huhu. Sistem pembejaran yang fleksibel dan langkah demi lamngkah memberi saya keselesaan dan tanpa tekanan. Kita enjoy.....haha. Apapun sebagai murid kita perlulah mengulangkaji pelajaran dan membuat tugasan yang cikgu berikan dengan secepat mungkin supaya hasilnya juga cepat..

Selepas sebulan saya menyertai ABDR dan membuat tugasan yang diberi, saya dapati ramai pemanggil dari carian google yang menghubungi saya untuk mendapatkan khidmat atau membeli produk saya. Hampir setiap hari saya menerima panggilan samada untuk memborong kain batik songket, menyertai kelas jahitan manik, membuat tempahan gubahan hantaran dan segala perkhdmatan yang saya tawarkan di blog saya ini. Syukur alhamdulillah.

Jika anda berminat untuk mengikut jejak langkah saya, hubungi saya Hamidah Burham 0163385790 untuk keterangan lanjut.

Ok sekian dulu celoteh saya pagi ini, moga kita memperolehi manfaat bersama.

Wassalam 



Wednesday, 20 May 2015

Kuasai Fokus Penulisan Di Blog

Blog pilihan: Sulaman dan seni kreatif.

http://azuriyahmohamad.blogspot.com/

1. Sudah semakin kemas berbanding blog lama yang serabai seperti kak limah balik rumah.

2. Entri lebih tersusun dan sudah jelas fokus blog dan label. Sudah pun menguasai penulisan dan konsisten menulis.

3. Sudah menguasai fokus blog dan tahu siapa sasaran pembaca.

4. Blog ini sudah boleh masuk ke sasaran penulisan ebook pertama.

Tahniah untuk Puan Azuriyah Mohamad atas usaha dan kegigihan.

Untuk yang mahu belajar fokus dan konsisten menulis di blog, belajar menjadikan blog sebagai salah satu medium pemasaran yang efektif, boleh sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Mula daftar dan belajar hari ini :)

Tuesday, 19 May 2015

Tambah Pendapatan Dengan Dropship Buku

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Anys Idayu Zakaria
(Sumber : Ebook Mula Bisnes Dropship)

 
Antara soalan yang sering mereka tanya :
"Saya tidak ada bisnes, tak tahu macam mana hendak mula. Blog pun tak ada. Produk pun tak ada''

"Saya nak belajar berkenaan bisnes online, tapi tak tahu nak mula macam mana"

"Saya nak tahu macam mana nak mula bisnes online, saya tak berapa pandai"
 
Ada 3 langkah mudah untuk kalian yang masih keliru bagaimana nak mulakan bisnes secara online.
 
3 teknik mudah ini sangat sesuai untuk yang zero basic, yang baru nak belajar berbisnes, tanpa perlu modal yang terlalu tinggi.

1. Pastikan kalian ada akaun facebook. Media sosial ini merupakan landasan bisnes yang paling mudah, ramai yang mula dengan hanya menggunakan facebook. Kalian boleh lihat berapa ramai usahawan yang mempromosikan produk mereka di sini. 
Dulu saya sendiri buka akaun facebook memang hasrat dan niat mahu berbisnes secara online. Nak promosi barang di fb, sebab kita sendiri tak ada modal yang banyak untuk buat marketing/pemasaran dengan menyewa kedai.

2. Pilih apa sahaja produk untuk kalian mula berjualan. Digalakkan mula dulu dengan dropship.

Bagi kalian yang baru hendak bermula, masih tercari-cari produk yang sesuai, boleh sertai pasukan Dropship yang saya uruskan iaitu Dropship Buku (Bahan Bacaan).

Kami sediakan satu kumpulan sokongan di facebook, yang mana saya sudah lengkapkan semua bahan promosi. Juga saya sudah sediakan satu blog khas, lengkap dengan bahan untuk bermula. Boleh lihat di sini http://bukuallahtempatmeminta.blogspot.com
Lebih banyak info yang akan saya masukkan di sini

Kalian hanya perlu ambil dan berjualan sahaja.  Sangat mudah. Dan yang penting perlu usaha jika mahu hasil betul tak ;)




 Ringkasan bagaimana bisnes dropship berjalan adalah seperti ini ya

Anda cari pembeli - dapat tempahan dan bayaran - bayar kepada dropshipper (pembekal produk) - dropshipper hantar produk kepada pelanggan - untung anda simpan (harga jualan - harga agen yang diberikan oleh pembekal).




Bagi yang berminat untuk mulakan bisnes dropship ini, boleh dapatkan info di sini  http://bukuallahtempatmeminta.blogspot.com/p/pendaftaran-agen-dropship.html



Salam Sya'ban

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian google 

 
Assalamualaikum, Alhamdulillah
Salam 1 Sya'ban. Semoga permulaan yang baik untuk kita semua





Ya Allah Ya Tuhan Kami
Rahmatilah kami di setiap titian hari yang kami lalui dengan keredhaan dan keberkatan
Biar apa jua keadaan tidak melemahkan hati dan perasaan kami, malah ia akan menambahkan lagi semangat kami
Berikan kami kebahagiaan dunia akhirat

Ampunlah dosa-dosa kami
Ampunlah dosa kedua ibu bapa kami
Dosa keluarga kami
Ampunlah dosa sahabat-sahabat kami
Ampunlah dosa muslimin dan muslimat
Semoga Engkau permudahkan apa jua urusan kami
.
.
.
Anys Idayu Zakaria
www.anysidayu.blogspot.com
Guru Online ABDR
‪#‎coachkelasonlineblogABDR‬
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬
‪#‎janapandapatandengandropshipbuku‬

Monday, 18 May 2015

Berbaloi Dapatkan Ebook Asas Blog Penulisan dan Kelas Online Blog ABDR

E-book Asas Blog Penulisan

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google


E-book Asas Blog adalah e-book pertama dan wajib dibaca peserta Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Lama juga masa saya ambil untuk menghabiskan e-book ini. Bukan disebabkan isi kandungannya, tetapi komitmen saya yang pasang-surut melambatkan proses. :)

Dalam e-book asas blog ini, saya diberi panduan analisa dan senarai semak. Panduan ini sangat membantu menentukan arah penulisan saya. Bukan itu sahaja, dibekalkan dengan e-book ini pun saya sudah cukup gembira. Apatah lagi, diselang-seli dengan bimbingan berterusan oleh guru online Puan Anys Idayu Zakaria.

Contoh analisa antaranya melibatkan pengalaman kerja, minat/kepakaran dan matlamat dalam menulis blog. Sungguh, sebelum menyertai kelas ini, saya kerap juga mengemaskini blog namun, boleh dikatakan tanpa arah. Saya hanya menulis apa yang terlintas di fikiran tanpa satu matlamat yang jelas. Jadi, keputusan saya untuk menyertai Kelas Asas Blog Penulisan ini, saya kira amat tepat! Dan saya gembira dengan perkembangan blog saya. Sangat gembira. :)

Selain itu, peserta Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) juga didedahkan berkaitan penjenamaan diri. Walau bidang saya di universiti adalah Pemasaran, betul-betul saya tidak terfikir tentang ini semasa menulis blog. Alhamdulillah melalui penjenamaan diri yang saya praktikkan dalam kelas ini, saya dapat hasil yang amat menujakan apabila nama saya muncul dalam carian Google. Sebelum ini, memang tiada langsung 'tapak' atau 'jejak' saya dalam carian ini. Wah! Gembira bukan kepalang!

Selain itu, contoh-contoh penulisan analisa penulis-penulis blog yang telah mencipta nama dalam dunia berblog juga dimuatkan. Begitu banyak sekali contoh diberikan sehinggakan saya boleh terus menulis gaya sendiri setelah meneliti kesemua contoh penulisan tersebut.

Akhir sekali, e-book ini juga disertakan dengan langkah demi langkah penulisan pertama untuk pengenalan diri. Panduan yang diberikan oleh pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, sangat terperinci sehinggakan dimuatkan juga panduan menulis e-book.

Sungguh, pelaburan saya membayar yuran penyertaan ini, saya kira amat berbaloi dengan ilmu yang saya dapat. Memang benar, zaman sekarang, sesiapa pun boleh menggunakan aplikasi Google untuk belajar tentang apa-apa sahaja secara percuma. Namun, harus diingat, bagi setiap ilmu yang ingin dipelajari, haruslah ada guru yang membimbing kita, jika tidak, kemungkinan besar kita boleh terpesong dengan fikiran dan idea sendiri.

Akhir kata, jom sertai Akademi bekerja Dari Rumah kerana anda tidak akan tahu manfaatnya sehinggalah anda menyertai kami!

Jom sertai ABDR, klik pada 'tab' di atas untuk mengetahui lebih lanjut. Atau hubungi saya melalui aplikasi whatsApp/sms/email seperti di bawah:

SMS/whatsApp: 012 420 8212 (Rozanah Zakaria)
Email: rozanahz@yahoo.com

Wassalam.

Tuesday, 12 May 2015

Mudahnya Belajar Di ABDR

Teks : Anys Idayu Zakaria 


Soalan yang sering mereka tanya kepada saya.

Kalau saya tak ada line internet atau wifi boleh tak saya sertai ABDR
Kalau saya hanya guna tab atau phone sahaja boleh tak saya sertai ABDR

JAWAPAN :
Kalau guna phone atau tab, memang sangat boleh untuk sertai ABDR. Yang penting perlu ada talian internet, phone atau laptop

Untuk permulaan, pelajar perlu gunakan laptop juga, kerana untuk belajar masukkan layout-layout di blog. Jika gunakan phone dan tab agak sukar, ada kala tak menjadi.

Tapi bila pelajar sudah selesai siapkan blog, untuk proses menulis dan update blog, sangat boleh gunakan phone sahaja.

Lebih mudah bagi kita yang super duper sibuk dengan urusan lain

Untuk pengetahuan kalian, saya sendiri sebenarnya hanya online dan ajar student dengan berbekalkan tab yang comel heeheh, dan talian internet top up jerk wink emoticon

Masa mula-mula buat blog sahaja saya beli broadband internet top up. Itu pun, jika nak guna laptop baru saya top up line internet tersebut.

Yang penting TINDAKAN kita nak atau tidak. Nak tunggu sempurna dulu mungkin agak ambil masa, jadi kita kayuh pelan-pelan sampai menuju puncak yerk.

Tak gitewww kan smile emoticon

Monday, 11 May 2015

Belajar Akaun Secara Online


Kelas online (Min 3 orang)
Tarikh: 24 Mei 2015
Masa: 9.30pg - 12.30tgh


Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order


Yuran : RM 150

Cara belajar : dalam group kelas di fb. Secara online sahaja. Hanya perlu online dalam waktu yang ditetapkan. 

Untuk pendaftaran boleh hubungi saya melalui email : anysidayuzakaria@gmail.com atau sms/ wsapp/ telegram : 017-7912993 (anies

Berniaga Untuk Selesaikan Masalah Pelanggan

Teks : Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah, selamat pagi usahawan online.
Nak jadi usahawan berjaya perlukan pengorbanan, bukan sikit-sikit, mesti berkorban masa, tenaga, idea, wang ringgit. Perlu fokus apa yang hendak dilakukan setiap hari. Tahu apa yang hendak dilakukan hari ini, fokus buat dan usaha berapa nak dapat hari ini.

Kita berniaga bukan meminta sedekah. Kita berniaga untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain, disamping mencari rezeki. Bersangka baik setiap masa, rezeki kita pasti ada. Insya Allah.

Selamat datang pelajar Januari ke Akademi Bekerja di Rumah. Bagi kalian yang mahu menyertai keluarga besar ABDR, boleh pilih mana-mana kelas berikut.

1. Kelas asas blog dan penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan

2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong-telekung solat
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Insya Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.

Anys Idayu Zakaria
Guru Online ABDR
www.anysidayu.blogspot.com



coaching one to one area Johor Bahru sudah berlangsung. Bagi yang mahu sertai coaching ini, boleh mula mendaftar.


Belajar Urus Akaun Kelas di Putrajaya

Bila bisnes tak untung-untung, kita mula fikir ada staff yang curi duit.
Kadang-kadang bukan orang luar yang curi tetapi kita sendiri yang curi duit bisnes kita sendiri.
Kalau setiap hari ambil 5 sen, lama-lama untung entah ke mana, rugi memanjang. Tengok jualan memanjang beribu-ribu tetapi bila buat "balancing" akaun, rupa-rupanya tidak pernah untung. Nak salahkan siapa?
Nampak remeh tetapi setiap sen yang mengalir menentukan untung rugi sesebuah bisnes.

Sertai kelas asas akaun secara offline:
Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 16 Mei 2015 (Sabtu)
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Yuran : RM250.00

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya melalui email : anysidayuzakaria@gmail.com 
atau sms/wsapp/ telegram 017-7912993 (anies)

 

Thursday, 7 May 2015

Mini Projek

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam untuk Rasul junjungan.

Aduhai lama rasanya tak menulis di sini. Atas alasan kesibukan kononya. Sebenarnya rasa terhambat dengan masa yang rasa semakin cepat berjalan.

Ya Allah ampunkan kami, Ya Allah. Masih kurang lagi amal kami. :(

Minggu yang sangat padat juga dengan beberapa tugasan sebenarnya. Esok saya dan rakan sekumpulan akan membuat projek latihan untuk subjek Reka Bentuk Latihan. Kami telah memilih kursus refleksologi sebagai latihan yang perlu dijalankan. Macam mini projek buat kursus dalam kumpulan peserta yang kecil.

Rasa nervous pun ada. Doakan semoga latihan yang kami jalankan berjalan lancar.

Tuesday, 5 May 2015

21 Formula Hidup Luar Biasa


Ustaz, saya masih gagal membeli kebahagiaan, kata Tuan Haji, dengan mata yang tampak berkaca-kaca. Beliau menyambung, "saya punya lima orang anak, tetapi kami sudah enam tahun tidak cukup korum beraya..."

Saya maklum anak kedua keluarga ini, Ikram sudah lama tidak pulang menjenguk keluarga. Masalah keluarga, kata isteri Tuan Haji. Ikram merajuk apabila teruk dimarahi ayahnya kerana gagal menghabiskan pelajaran di London.

What do you think I should do Ustaz? What does our religion say about this matter?

"Apa kata Tuan Haji gandakan sedekah? Sebab yang saya faham dari nasihat Rasul, sedekah ini ibarat formula mujarab untuk apa jua masalah.  Ia perisai harta, penyembuh penyakit, menghindar masalah dan penenang hati....."
Tuan Haji mengangguk bersetuju.  Perkara pertama yang dilakukannya ialah membantu anak setinggan sekitar kediaman. Hampir semua anak yang menduduki peperiksaan penting dihantar tuisyen.  Beliau yang biayai semua yurannya.

Akhirnya, jawapan dari Tuhan tiba. Pagi hari raya ketiga tahun berikutnya, tidak semena-mena isteri Tuan Haji,  menelefon saya, "ustaz, wajib datang beraya rumah saya hari ini! Ikram dah balik semalam.  Saya ingin sekali Ustaz berkenalan dengannya..."

Dari suaranya itu, saya pasti ia adalah suara kegembiraan seorang ibu yang sudah tujuh tahun menghilang.  Petangnya ketika bersembang dengan Tuan Haji, saya dapat rasakan puzzle kebahagiaan yang telah lama menghilang kembali menjelma.

Kata Tuan Haji, "Alhamdulillah, semalam saya tidur paling nyenyak. Tujuh tahun ustaz, something missing dari isteri saya. Semalam saya melihatnya semula. Dia kembali menjadi ibu rumahtangga ini. Kopi khas Sabah yang selama ini tidak pernah dibancuh, semalam saya dapat merasainya semula. Saya tahu Ikram sejak kecil sukakan kopi ini...."


Anda akan terinspirasi dengan berbagai kisah dari 21 formula hidup luarbiasa yang akan membantu menjawab segala persoalan hidup yang selama ini menghantui anda

- Mengapa saya mencuba berkali-kali tetapi masih tidak berjaya
- Setelah mengecapi kejayaan, mengapa seolahnya tersekat ketika hendak mencapai kejayaan lebih besar
- Mengapa hati sering rungsing, kurang bahagia walaupun segalanya sudah dicapai. Seolahnya ada 'something missing somewhere.

Kesemua formula ini merupakan "rahsia dalam rahsia" yang dikumpulkan hasil pengamatan dari prinsip dan cara hidup manusia luarbiasa. Merek Yang cemerlang, kaya, bahagia, diberkati dan diredhai Ilahi. Yakinlah, ia berkesan untuk mengubah anda menjadi manusia berbeza dari sebelum ini.

Menjadi manusia luarbiasa.

Baca lebih lanjut intipati kisah perkongsian dari 21 formula hidup luar biasa.

Kisah luar biasa, bagaimana salah satu formula buku ini menunjukkan keajaibannya. Anda akan terinspirasi dengan pelbagai kisah dari 21 formula hidup luar biasa yang akan membantu menjawab segala persoalan hidup yang selama ini menghantui anda.

Dapatkan buku 21 formula hidup luar biasa. Sangat terinspirasi apabila membacanya.




Buku ini sangat lain daripada buku-buku terlajak laris sebelum ini di mana intipatinya lebih kepada penceritaan di dalam menyampaikan 21 Formula Hidup Luar Biasa di dalam mencapai kejayaan dan keberkatan dunia akhirat Insya Allah. Genre penulisan kali ini adalah lebih kepada menyerlahkan potensi kita untuk hidup luar biasa dan paksi utamanya adalah berkaitan di antara kita dan Allah swt, kekasihNya dan makhlukNya. Ini adalah di antara sebahagian intipati ilmu yang saya kongsikan di dalam seminar 4-hari Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).
Ilmu tidak percuma apatah ilmu yang diraih dari kepayahan jatuh bangun dan kesusahan bertahun-tahun sehingga ia terbukti ianya berkesan berulang-ulang kali. Ia memerlukan pengorbanan, jerih perih, pelaburan masa, tenaga, wang dan emosi. Ia melibatkan konflik, kontroversi, kegigihan dan kegagalan demi kegagalan serta kekuatan untuk bangkit lebih bersedia menghadapi cabaran seterusnya.
Banyak perkara yang saya ingin kongsi bersama anda dan ada yang saya kongsikan dalam buku “21 Formula Hidup Luar Biasa” setebal hampir 400 muka surat ini. Antaranya adalah tentang kehidupan seharian kita, apa yang kita perlu lakukan untuk mendapatkan kehidupan yang berkat dengan kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan.
Salah satu jawapannya adalah amalan baik dan disiplin harian yang konsisten. (dr azizan osman)

Buku yang sangat memberi inspirasi.
Dapatkan segera buku ini 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA dan percuma poster formula 21formula hidup luar biasa
Hanya RM45 (semenanjung / sabah sarawak) harga sudah termasuk kos penghantaran
Untuk pembelian boleh terus isi borang tempahan di sini