Tuesday, 31 March 2015

Kunci Hadapi Ujian Allah swt

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian Google 

 
Alhamdulillah, selamat pagi

SABAR - SOLAT - SYUKUR

Kunci yang perlu ada pada stiap orang untuk kita menghadapi ujian yang Allah berikan.
Insya Allah setiap orang pasti lulus dengan cemerlang jika berpegang pada 3 kunci ini.
Semoga kita sentiasa berusaha menjadi lebih baik daripada semalam.

Anys Idayu Zakaria
‪#‎coachkelasonlineblogABDR‬


Perkongsian ini, saya petik dari fanpages Dr Azizan Osman

Anda boleh merubah situasi anda untuk mendapat kebahagiaan dengan
1. Berbaik sangka pada Allah SWT dan kepada orang lain
2. Jangan bermusuh dengan diri anda
3. Bermuhasabah daripada pengalaman lepas
4. Saling bermaafan
5. Berjuang untuk kemenangan, jangan putus asa
6. Jangan pesimis dan mencari jalan mengatasi masalah
7. Mencari ilmu untuk memperbaiki situasi anda

Dan bermohon kepada Allah apa saja yang kamu inginkan kerana seluruh kebaikan tersedia dan Allah Pencipta Yang Maha Mulia.
‪#‎TeamAzizan‬

Monday, 30 March 2015

GST Dan Langkah Menjana Pendapatan

Teks : Anys Idayu Zakaria

2 hari sahaja lagi menjelang pelaksanaan GST. Ramai orang sibuk memperkatakan isu ini. Sangat hangat di laman sosial.  Kemudian berduyun-duyun juga orang keluar membeli belah sebagai persiapan untuk GST.
Kadang terfikir juga dalam hati saya. Berbelanja sakan untuk elak GST. Tapi yang pasti beberapa minggu lagi, kita terpaksa juga berbelanja lagi jika keperluan habis. Nak atau tidak, kita perlu berbelanja untuk meneruskan kelangsungan hidup. Nak atau tidak, memang kita perlu hadapi GST ini.

Ketika kita sibuk dengan GST, adakah kita juga sibuk fikirkan cara lain untuk menjana pendapatan.
Apa kata kita mula fikir dari sekarang langkah penjimatan dan langkah untuk menambah pendapatan.
Maksimakan sepenuhnya zaman teknologi, facebook, fanpages blog, instagram. Dari sini juga kita sangat boleh menjana pendapatan jika kita mahu buat sungguh-sungguh. Hanya perlu sedikit modal untuk belajar mendapatkan ilmunya.

Pendaftaran ke kelas online blog ABDR makin rancak, makin ramai sudah mula bertindak.

Faham betul-betul kelas yang ditawarkan. Baca dulu ulasan pelajar yang sudah sertai kami, bila sudah faham boleh mula daftar ya.


Anys Idayu Zakaria
‪#‎coachkelasonlineblogABDR‬

Tuesday, 24 March 2015

Hidup Untuk Memberi Manfaat

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian google & simpanan peribadi 

Alhamdulillah, alhamdulillah
Memulakan awal pagi dengan bersedekah
Sudah sedekah al fatihah untuk kedua ibu bapa kita. Doakan kesejahteraan dan keselamatan mereka dunia akhirat.
Semoga Allah menjaga mereka untuk kita.

‪#‎anysidayuzakaria‬
‪#‎coachkelaskelasonlineblogABDR‬
‪#‎sayajualbukuAllahtempatmeminta‬



 Belanja gambar hari ini ye ;)

Alhamdulillah, terimakasih kepada follower, terimaksih sahabat fb yang ramai sukakan perkongsian saya di fb. Dan untuk pelanggan-pelanggan tetap, ramai berpuas hati dengan servis yang saya tawarkan. Alhamdulillah, semoganya dikembalikan kepada Allah swt.

Saya di sini hanya memberi dan membantu menyelesaikan masalah kalian. Semoga setiap perkongsian saya dapat memberi manfaat untuk kita bersama. Hidup untuk memberi manfaat kepada orang lain. Insya Allah


Monday, 23 March 2015

Belajar Beriklan di Instagram

Siapa yang boleh sertai kelas ini ?
  • Surirumah yang tidak mempunyai asas untuk berniaga secara online dan tidak tahu di mana harus bermula.
  • Mereka yang mahu menggunakan platform blog, fanpage dan juga Instagram sebagai tempat untuk membuat promosi atau menjual produk.
  • Mereka yang mahu belajar menggunakan platform percuma melalui blogspot untuk memulakan langkah pertama untuk dikenali di dunia blogging.
Apa yang akan diajar di kelas ini ?
  • Bagaimana untuk bina email sebagai penjenamaan diri dan membina sebuah blog yang dikenali
  • Bagaimana untuk membina sebuah fanpage yang akan disukai pembaca
  • Bagaimana untuk membuat pautan antara blog dan fanpage dan untuk saling mempromosikan keduanya tanpa mengeluarkan kos untuk iklan
  • Bagaimana untuk membuat borang pesanan bagi memudahkan mengambil pesanan
  • Bagaimana untuk bina akaun Instagram
  • Bagaimana untuk membuat post gambar ke akaun Instagram & link ke platform sosial seperti facebook & twitter
  • Bagaimana untuk membuat video pendek guna Instagram dan kongsi ke platform sosial yang lain
  • Tips maksimumkan jualan dengan hashtag (#)
  • Tips naikkan follower (pengikut)
  • Bagaimana untuk masukkan link akaun Instagram ke blog
Terhad untuk 10 orang sahaja satu sesi ya, jom cepat-cepat daftar

Untuk pendaftaran, boleh hubungi saya

Email : anysidayuzakaria@gmail.cmo
sms / wsapp / telegram : 017-7912993

Sunday, 22 March 2015

Urus Akaun Bisnes

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Koleksi ABDR

Alhamdulillah, pelajar yang sertai kelas urus akaun bisnes secara online berpuas hati dengan kelas ini. Sangat tidak rugi katanya melabur RM 150.00 untuk kelas akaun ini.

Bagi yang berminat untuk sertai kelas urus akaun bisnes, kami adakan sesi kelas setiap bulan. Hari Ahad atau Sabtu, mengikut tarikh yang ditetapkan dan dipersetujui trainer.

Untuk sesi kelas seterusnya akan diadakan pada hari Ahad ini

Tarikh: 29 Mac 2015 (Ahad)

Masa: 9.30pg - 12.30tgh


Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

Yuran : RM150

Bonus : Ebook 101 idea home based bisnes & beriklan di soho directory setahun

Tinggal 2 kekosongan sahaja lagi untuk tarikh ini. Jom siapa yang berminat boleh hubungi saya untuk pendaftaran ya

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wsapp / telegram : 017-7912993 

Pengalaman bersama ABDR

Protege : Norliza Tomiran 
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
http://pnnorlizatomiran.blogspot.com/

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..itu yang mampu di ungkapkan. Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) melalui post seorang sahabat alam maya akhirnya menjadikan saya seorang yang celik ILMU BLOG. Walaupun saya pernah membuat blog sendiri, tetapi ia sepi kerana tiada ilmu. Berkat berguru, kini saya tahu apa yang saya mahukan dalam blog saya. Terima kasih cikgu Anys Idayu Zakaria.

Sewaktu menyertai ABDR saya di berikan ebook bonus yang wajib khatam. Kenapa wajib khatam ebook bonus??. Itu adalah ilmu wajib tahu sebelum memulakan blog dalam ABDR. Mempunyai kelainan bukan??.  Ini bermaksud ABDR mahukan para blogger ABDR mempunyai ilmu dahulu sebelum memulakan langkah. Walaupun hanya langkah pertama. Langkah pertama yang baik, In sha Allah akan menjadikan perjalanan yang baik jua.

Kemudian 10 soalan tentang diri. Semasa menjawab soalan yang di beri, saya terfikir, untuk apakah tujuan soalan ini??. Oh..rupa-rupanya soalan inilah yang membantu saya dalam hala tuju blog saya. Termasuk juga memilih tajuk blog saya. Kemudian saya di wajibkan menyiapkan 44 entri di samping mengemaskini penampilan blog. Ini termasuk cara membuat borang tempahan. Yang pasti untuk menyiapkan 44 entri adalah terpulang kepada diri sendiri. Malah ada yang dapat menyiapkan entri selama 1 bulan sahaja. Ini kerana 10 soalan yang di beri amat-amat membantu.

Kenapa 44 entri??. Ini tujuan memudahkan blog saya di cari di carian "Google". Malah lebih kerap saya mengemaskini entri, maka lagi memudahkan. 44 entri hanya pemulaan untuk memahirkan dalam menulis entri saya. Malah saya bersyukur dengan ABDR. Ini kerana dengan adanya jaringan perhubungan dengan rakan-rakan ABDR, ia amat-amat membantu blog saya yang baru bertapak. Yang paling tidak saya sangka, angka pengunjung blog akan meningkat dengan cepat jika ada entri terbaru. Ini membuatkan saya bertambah semangat untuk menulis entri.

Semasa mengemaskini blog mengikut arahan yang di beri, sememangnya ada soalan. Alhamdulillah, guru ABDR tidak pernah jemu menjawab soalan-soalan saya terutama cara menyiapkan borang tempahan. Borang tempahan adalah wajib untuk peniaga online. Ia juga secara terus dapat saya melihat rekod jualan saya melaui email saya. 

Adalah satu bonus untuk saya bila memasuki ABDR sebagai pengurus online. Di sini saya belajar saya menjawab soalan-soalan bakal pembeli dan bakal rakan ABDR. Malah saya belajar menjalankan "bisnes dropship" tanpa modal. Malah cikgu Anys juga tidak jemu-jemu menjawab soalan saya mengenai "bisnes dropship". Bidang bisnes yang baru dalam diri saya tentunya banyak soalan.

Di ABDR saya  belajar etika blog iaitu Plagiat (meniru atau mencuri atau yang semaksud dengannya.). Di ABDR juga menjadikan saya jatuh cinta dengan "ebook".  Baru saya tahu bertapa mudahnya membaca "ebook". ABDR juga sentiasa menghasilkan "ebook-ebook" yang terbaru. "Ebook" yang berguna sebagai panduan serta rujukkan untuk para wanita tidak kira yang berkerjaya atau yang mahu memulakan kerjaya serta menjaga kesihatan.

Ilmu dan pengalaman saya bersama ABDR tidak dapat di nilai dengan RM200 yang saya bayar. Sungguh berbaloi. Tiada apa yang merugikan bila menyertai ABDR. Walaupun masih bekerjaya tetapi masih mampu menjana pendapatan sampingan. ABDR juga menganjurkan kelas-kelas untuk membantu para usahawan. Saya juga ada menyenaraikan kelas-kelas tersebut dalam "wishlist" saya. In sha Allah, semoga ianya tercapai.

 Walaupun terdapat cabaran seperti ketiadaan "line" internet selama sebulan kerana kable TM telah di curi, akhirnya saya mampu menyiapkan tugasan yang di beri. Terima kasih cikgu dan rakan-rakan ABDR yang banyak membantu. Baik dari segi perkongsian idea dan kata-kata semangat. Terlalu banyak nilai-nilai positif yang saya perolehi.
Terima Kasih ABDR.

Thursday, 19 March 2015

Hikmah Diuji

Teks :  Anys Idayu Zakaria
 Foto : Carian google 

Alhamdulillah, alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah kurniakan selama ini. Sedangkan diri ini banyak lagi yang perlu diperbaiki.  Seminggu sudah aku diuji lagi dengan ujian yang berat, bagi aku untuk menempuhnya. Rasa lemah juga semangat. Tapi aku perlu kuatkan diri menempuhnya. Aku ingatkan diri, bukan sekali ini ujian seperti ini datang. Malah sudah berkali-kali. Sepatutnya aku sudah lali dan kuat semangat untuk mengatasinya.
Aku patut bersyukur kerana ujian yang aku lalui hanya aku seorang sahaja terpaksa tempuhi. Hanya tempias sahaja pada anak-anak. Di satu sudut, ketika aku masih keliru, Allah tunjuk hikmah lain.  Melalui perkhabaran rakan-rakan dan melihat perkembangan mereka di facebook ada juga rakan-rakan aku yang diuji dengan ujian lebih berat.  Anak-anak yang sakit, kesihatan diri mereka sendiri yang tidak sihat dan ujian-ujian lain yang lebih berat, berbanding aku sendiri. Hanyalah ujian ringan sahaja.

Ya Allah, tiba-tiba perasaan aku tersentap. Kenapa perlu aku terus meratap. Aku mesti kuatkan semangat hadapinya. Orang lain diuji lebih hebat, dengan keadaan kesihatan anak-anak dan diri mereka yang sentiasa berulang-alik ke hospital dan berubat, berbanding aku yang hanya berperang dengan emosi dan keadaan. Aku masih lagi boleh melihat anak-anak ketawa riang, masih boleh bermain dengan mereka, masih boleh menjalankan kerja-kerja harian seperti biasa.

Ya aku mesti kuat semangat. Hanya doa, kekuatan dan kesabaran untuk terus menempuhnya.  Semoga aku berjaya laluinya dengan lebih kental lagi. Insya Allah.
 


Wednesday, 18 March 2015

Kisah Inspirasi Suri Sudah Resign



Bagi suri yang sangat teruja dan tidak sabar untuk berhenti kerja, baca dulu pengalaman dan kisah inspirasi mereka yang sudah letak jawatan. 



Nota inspirasi 6- Umi Arbee Ali
Saya selesaikan seberapa banyak hutang. Lupakan kad kredit. Adakan simpanan, insuran dan pelaburan secukupnya. Segera cukupkan simpanan untuk haji rukun Islam kelima. Latih diri hentikan perbelanjaan mengarut dan tidak perlu. Belajar berjimat dan menyimpan setiap hari. Belajar memasak pelbagai menu. 

Dari status pengedar, saya sasarkan bergelar stokis supaya pendapatan separuh masa menyaingi gaji hakiki saya. Saya membaca banyak buku berkaitan rezeki dan bina keyakinan serta kesedaran bahawasanya segala-galanya adalah milikNya. Saya dapatkan idea dan buka minda akan realiti WAHM. Melatih diri pengurusan masa dan rumahtangga.

Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) antara hamba-hamba-Nya (Allah), dan Dia (Allah) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui). Al-'Ankabut ayat 62

Telah empat bulan bergelar WAHM, saya masih mampu menghulur duit belanja kepada orang tua, membayar bil, menolong suami dan menggembirakan keluarga dengan percutian. Keluarga tetap utama. Bak kata orang tua, belajar setinggi mana tetap ke ceruk dapur juga. Tetap mengasuh anak jua. Namun, saya bahagia.


Nota inspirasi 9. Perkara paling penting dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja adalah restu suami dan pertolongan dari Allah.

Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah.
Perbaiki hubungan dengan Allah. Sentiasa amalkan solat sunat Duha supaya rezeki kita dibuka seluasnya. Jangan takut untuk berhenti kerja. Allah yang memberi rezeki. Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah.
Pastikan sebelum berhenti sudah ada pelan tindakan. Ketika masih bekerja sudah mula mengali ilmu dan mencari mentor. Supaya apabila sudah berhenti kita sudah pun dari awal membina landasan. Jangan berkira untuk mencari ilmu.
Nor Atiqah Hamidi
Sumber: Yeay! Mama sudah 'resign'

Nota inspirasi 8-Izzah Razak.
18 Mac 2014 saya mendapat panggilan sekali lagi dari ayah. Tidak lama kemudian, adik saya pula menelefon menjerit menyatakan.

“Kaklong, mak dah tak ada."
Ya Allah sungguh pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat yang harus diterima oleh kami sekeluarga. Kali ini, saya pulang sekeluarga. Saya sempat memandikan arwah sehingga dikuburkan di liang lahad. Tidak dapat digambarkan perasaan terkilan saya pada masa itu, cuma tiga hari selepas saya pulang, arwah meninggalkan kami. Subhanallah..tapi saya bersyukur dapat menjaganya 5 hari di hospital sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Masih kekal di ingatan saya senyuman arwah pada malam terakhir sebelum saya pulang ke Johor. Senyuman yang pasti untuk menyenangkan hati saya sahaja. 

Arwah meninggalkan kami pada usia 53 tahun (saya pula berusia 35 tahun) Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah. Beliaulah yang menjadi kekuatan pada diri saya untuk berkongsi dengan anda di luar sana.

Saya bermastautin di selatan. Saya berkahwin dan bekerja selama lebih kurang 10 tahun. Menjawat jawatan sebagai seorang jurutera membuatkan saya sibuk. Setiap hari dikelilingi dengan pelbagai masalah tekanan kerja. Bekerja lima setengah hari seminggu membuatkan saya tiada masa untuk diluangkan masa bersama keluarga tersayang. Masa cuti di hujung minggu cuma dipenuhi untuk membereskan kerja-kerja rumah dan berbelanja barang dapur. Tiada masa untuk membawa anak-anak bercuti. Jika ada kelapngan, kami cuma boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan berhampiran. Itu sahaja tempat rekreasi yang tidak memerlukan modal.



Baca lebih banyak lagi dalam
 EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN

Untuk dapatkan ebook ini, kalian boleh buat pembelian terus melalui saya, dengan
HARGA PROMOSI RM20 Sahaja.



Tinta Pengarang
Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3:Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid
Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)
Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.


 
Nota inspirasi 5
1hb April 2015 ini genap 5 tahun saya berhenti kerja. Saya yakin, rezeki di tangan Allah. Saya menikmatinya selagi usia masih dipinjamkan untuk saya lalui bersama keluarga yang saya sayangi. Terima kasih Ya Allah, atas segala-galanya. Segalanya telah Kau berikan kepadaku dan keluargaku. Sederhana tapi ia sempurna
Saya tidak mengatakan menjadi WAHM atau menjadi surirumah ini mudah, namun percayalah, ia amat berbaloi. Yang penting, kita mestilah mempunyai niat yang betul. Untuk berjaya sebagai WAHM memerlukan ketabahan, keyakinan dan ilmu. Yakinlah pada rezeki yang telah Allah tentukan. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan.
Akhir kata untuk perkongsian ini, “Yeay! Mama Saya Sudah Resign” bukanlah mimpi ngeri atau berakhirnya sebuah perjalanan karier seorang wanita. Malah, ia adalah permulaan kepada kehidupan berkeluarga yang lebih indah dan membahagiakan. Yang penting, kita harus bijak mengambil peluang agar kita mampu menjana pendapatan sendiri dari rumah.



Baca lebih banyak lagi dalam EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN
Untuk dapatkan ebook ini, kalian boleh buat pembelian terus melalui saya, dengan HARGA PROMOSI RM20 Sahaja.

Isi borang tempahan di sini http://aizmallgedungbukuonline.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Atau hubungi saya di sini :
Anys Idayu Zakaria
Sms / wsapp / telegram 017-7912993
Add dan pm saya di facebook : https://www.facebook.com/anysidayu



Semoga ia memberi inspirasi kepada kita sebagai suri. Insya Allah

Anys idayu zakaria
www.anysidayu.blogspot.com