Wednesday, 25 February 2015

Kelas Akaun Sepanjang Bulan Mac

Tarikh Kelas akaun bulan Mac


1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 13 Mac 2015, Jumaat
dan 27 Mac 2015, Jumaat
Masa: 9.30pg - 12.30tgh

Yuran RM 150.00 

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - Modul 1 & 2


Bonus :
1. Ebook 101 idea home based bisnes
2. Beriklan di soho directory setahun






2. Bengkel Asas Akaun
Tarikh: 21 Mac 2015, Sabtu
Masa: 9.15am-5.15pm
Kelas dalam kumpulan Besar (20-35 pax)
Lokasi: Shah Alam.
Yuran RM 220.00

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi.  Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang


3. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 11/3, 18/3 atau 25/3 2015, Rabu
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Yuran RM 250.00

Kelas asas Akaun Offline - Grup Coaching.
Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun

Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan

Tuesday, 24 February 2015

Kelas Blog Instagram

Kelas asas blog & fanpage (Bonus beriklan di Instagram).

Tarikh : 7hb Mac 2015

Masa : 0930 - 1330 (4 jam)

Lokasi : Shah Alam (sekiranya 10 peserta) / Kelana Jaya (jika 10 peserta ke 20 peserta)

Harga Yuran : RM250

Tenaga pengajar : Pn Aishah Hussein & Zaila Mohamad

Modul : kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) & akan diajar menggunakan medium Instagram sebagai tempat mempromosikan produk & bagaimana membuat pautan antara facebook, fanpage, blog & instagram

Monday, 23 February 2015

Segmen Tajaan - Lulur Mandian

Teks : Anys Idayu Zakaria


Harga:-
100 gram = RM 5.00

250 gram = RM 10.00
 
Bismilllah, Alhamdulillah, Assalamualaikum rakan pembaca sekalian. Selamat kembali bertugas setelah cuti perayaan hujung minggu yang agak panjang. Ok hari ini saya nak kongsi produk yang saya telah gunakan ketika waktu-waktu cuti. hehehe biasanya lebih mudah waktu cuti kerana sambil melulur badan, boleh berlama-lama manjakan diri macam di spa pula gayanya kan ;)

Alhamdulillah, terima kasih kepada kekanda Eko Salina kerana beri peluang untuk saya cuba produk yang beliau hasilkan sendiri. Lulur mandian kayu manis, pandan dan serbuk kopi.

Biasa apabila waktu cuti, awal pagi saya suka gunakan kayu manis atau pandan kerana baunya yang segar dan untuk menghilangkan daki-daki di badan serta untuk haluskan kulit. Pada waktu petang pula sangat suka gunakan serbuk kopi kerana baunya yang harum, memang sangat sedap, semerbak rumah bau kopi.  Dan yang seronoknya, lulur kopi ini menjadikan kulit kita semakin halus dan lembut. suka sangat.  Bau pula menyegarkan, lebih-lebih lagi bila dah seharian penat bekerjakan.

Saya sebenarnya dah lama tak melulur, tapi bila hujung minggu tiba, mula gunakan lulur ini memang seronok, rasa lebih segar dan kulit pun lebih halus dan licin. 

Ok jom kita lihat apa fungsi dan kelebihan setiap lulur ini ya.


Serbuk kayu manis
Serbuk kayu manis ini dapat membersihkan tubuh dari masalah jerawat dan parut. Ia mampu memberi nutrisi pada kulit yang mana menjadikan kulit kita sihat. Selain daripada itu, aroma wangi yang alami dalam kulit kayu manis boleh menghilangkan bau pada badan kita. Lulur kayu manis ini membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dan ini secara tidak langsung dapat meremajakannya kembali kulit kita.
Namun begitu, bagi kulit yang sensitif tidak disyorkan untuk menggunakan lulur kayu manis kerana kayu manis boleh memberi kesan kepada kulit menjadi merah dan terasa panas.
 
 
Daun pandan
Aroma daun pandan yang wangi dapat menghilangkan bau badan dan mengurangkan bau peluh. Selain daripada itu ia membantu menjadikan kulit halus dan lembut. Ia juga dapat meratakan dan mencerahkan warna kulit. Lulur pandan ini membantu menjadikan kulit lebih bersih dan menanggalkan kotoran pada kulit.
 
Serbuk biji kopi
Dibersihkan dan disental pada tapak tangan kasar dan tubuh gelap terutama sekali kawasan leher, ketiak dan celah peha. Lulur kopi ini dapat membantu mengurangkan minyak pada yang mempunyai masalah kulit berminyak. Ini kerana biji kopi yang telah dijadikan serbuk akan menghasilkan antioksida yang bersifat menghaluskan dan menjadikan kulit kelihatan lebih cerah, lembut dan halus.

Kebaikan dan kepentingan lulur badan
#  Kulit kekal cantik dan bermaya
#  Dapat menghaluskan tekstur kulit
#  Membantu mengebukan kulit
#  Membantu meratakan warna kulit
#  Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut
    
#  Mengurangkan masalah jerawat
#  Mengurangkan bau badan
#  Terapi membelai tubuh
 
Banyakkan kelebihan dan kebaikkan yang kita dapat bila rajin melulur ni. Yang paling seronok sebenarnya, menjadikan kulit kita semakin sihat, mengurangkan bau badan dan yang penting kulit lebih halus mulus. 
 
Kalau ada rakan-rakan yang nak cuba, boleh terus hubungi Puan Eko Salina ya. Harga lulur ni pun sangat murah dan mampu milik. Dan tahan penggunaannya untuk beberapa minggu.  Untuk yang mahu mencuba, boleh terus hubungi beliau di sini ya Kepada yang berminat boleh terus hubungi saya - whatsapp/ pm: 017 - 240 8646 (EKO SALINA)
 

Saturday, 21 February 2015

Mula Bisnes Dengan Kepakaran Sendiri

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Nak mula bisnes, modal bukan isu utama. Tak ada modal pun kita boleh mulakan. Bermula dengan ZERO. Apa yang ada ditangan.

Cuba lihat apa yang kita boleh buat. Apa kelebihan yang kita ada. Contoh, jika pandai menaip dengan pantas, ambil upah menaip tesis, atau jurnal. Mesti ramai yang tak berapa rajin dan mahir menaip pantas kan. Tugas dan tanggungjawab kita membantu mereka. Supaya kita dapat selesaikan masalah mereka yang tak berapa mahir menaip pantas ni.

Macam mana pula untuk promosi atau hebahkan. Mula la dengan berkongsi pada rakan-rakan.
Tulis di facebook. Tulis di blog.

Mudah kan. Jom kita mula.

Sapa yang nak mula, masih tak berapa pandai untuk berkongsi di blog boleh sertai kami di akademi bekerja di rumah. 

Kami tawarkan kelas asas blog online untuk kita belajar berkongsi dan menulis kepakaran yang kita ada. 

Sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.
1. Kelas asas blog penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan
2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal

Kami buka pendaftaran setiap hari. Berminat untuk daftar boleh hubungi saya

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wsapp : 017-7912993
 

Friday, 20 February 2015

Mula Bisnes Dengan Mempromosi Produk/ Servis Orang Lain

Teks : Anys Idayu Zakaria

Menurut DAO (Dr Azizan Osman), ramai yang syok sendiri, bila nak bisnes mesti nak mula dengan produk sendiri, tapi kita sendiri tak pernah berniaga.

Jalan yang paling baik ialah mula dulu dengan mempromosi produk atau perkhidmatan orang lain. Jadi agen.

Belajar dulu macam mana nak pasarkan produk orang lain.

Nak berniaga tak perlu tunggu ada kedai besar, produk canggih, bertungkus lumus berhabis duit buat produk sendiri.

Cara mudah dan senang untuk set up bisnes adalah dengan memasarkan produk orang lain. Belajar cara pemasaran dulu.

Bagi yang mencari produk untuk mula bisnes, kami di akademi bekerja di rumah (ABDR) menawarkan produk dropship dan produk digital, serta servis untuk kalian bermula.

Hanya perlu tindakan mula dan buat. Belajar cara menggunakan blog dan fb untuk memperkenalkan produk dan bina penjenamaan diri. 


Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.


Kami buka pendaftaran ke kelas online blog setiap hari. Mula daftar dan belajar hari ini.

‪#‎kelasonlineblogabdr‬
‪#‎coachkelasonlineblogakademibekerjadirumah‬

Untuk Pendaftaran, boleh hubungi saya 

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms /wsapp : 017-7912993

Thursday, 19 February 2015

Belajar Bisnes Online Melalui Akademi Bekerja Di Rumah


Teks: Norafiza Abdul Aziz

Guru Online:Anys Idayu Zakaria
 
Assalamualaikum wbt.
Impian untuk mempunyai blog sendiri akhirnya terlaksana selepas menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). ABDR merupakan sebuah akademi online yang menawarkan kelas asas membina blog. Saya tidak perlu keluar rumah dan memandu untuk mengikuti kelas ini. Syaratnya cuma perlu ada telefon pintar/ tablet atau komputer dah juga talian internet. Sangat mudah. Memang sangat sesuai dan menepati kehendak saya yang memang payah nak keluar dari rumah ni.
Saya mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage Mula Bisnes. Selain belajar membina blog, saya juga belajar bisnes online. Boleh juga tambah pendapatan. Oleh kerana saya tidak mempunyai produk sendiri, saya menyertai Rakan Niaga ABDR sebagai Pengurus Online. Tugas saya cuma mempromosi produk yang disediakan pihak ABDR. Macam-macam pilihan produk yang ada seperti e-book, makanan sunnah, produk makanan, rempah, produk islamik dan telekung solat.
 
Pakej yang saya ambil serta e-book bonus apabila menyertai kelas ini.





Masa Belajar
Oleh kerana ini adalah kelas online, jadi kita boleh belajar bila-bila masa dan di mana sahaja. mengikut masa kita sendiri. Saya berhubung dengan guru online saya hanya melalui messager  di Facebook sahaja. Guru online akan memasukkan kita di group kelas di Facebook dan kita boleh belajar hanya melalui medium Facebook.
 
Kumpulan Sokongan
Sehingga ke hari ini, saya tak pernah menyangka saya akan ada sahabat yang hanya kenal melalui atas talian. Ramai pula tu. Kebanyakkannya mempunyai tujuan yang sama apabila menyertai ABDR. Pengalaman serta latar belakang yang berbeza membolehkan saya belajar dan mengetahui banyak perkara melalui perkongsian sahabat-sahabat ABDR di blog masing-masing juga di Facebook.
Kesimpulan yang dapat saya buat, kelas ini memberi banyak kemudahan dan manfaat terutama kepada wanita yang ingin mempunyai kebebasan kewangan dan juga lebih masa bersama keluarga. Keputusan saya menyertai ABDR adalah keputusan yang tepat.
Syabas kepada pengasas ABDR, Pn Masayu Ahmad dan jemaah ABDR. Semoga kita semua terus success dalam mengejar cita-cita dan impian.
Syukur Allah masih sayang

Monday, 16 February 2015

Buku ATM (ALLAH TEMPAT MEMINTA)

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Simpanan sendiri 

Alhamdulillah, syukur Ya Allah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan, dapat menikmati nikmat dan rezeki Allah swt. Terima kasih kepada semua yang mengenali saya, sahabat handai di facebook dan wsapp yang mendoakan sempena hari lahir saya semalam.
Saya doakan kalian juga berada dalam lindungan Allah swt. Dan semoga kita terus suksess menuju kejayaan, meneruskan kehidupan dalam dunia yang semakin singkat ini. Semoga kita semua mendapat redha Ilahi, dan syafaat Rasulullah saw.

Hari ni nak belanja gambar-gambar daripada pelanggan yang telah menerima Buku ATM (ALLAH TEMPAT MEMINTA)



Buku ini adalah himpunan kisah sebenar mereka yang mengamalkan apa yang ada dalam Buku Mudahnya Menjemput rezeki.  Nanti saya akan ulas lagi isi kandungan buku ini ya.

Bagi yang nak dapatkan buku ini, boleh la buat pembelian dengan saya. Hanya RM25 sahaja senaskah. (harga termasuk kos penghantaran). 

Oleh kerana buku ini memang sangat ditunggu ramai, memang sekajap aja sudah habis. Sangat laris dan terhangat di pasaran. Kerana buku belum terbit lagi team penulis sudah memulakan pemasaran mereka. Nah apa lagi, bila sudah keluar pasti ramai yang berebut nak dapatkan.



Sunday, 15 February 2015

Selamat Hari Lahir Anys :)

Teks : Anys Idayu Zakaria

Hidup untuk memberi. Beri dan terus memberi, sampai masa Insya Allah ia datang kembali kepada kita dalam bentuk berganda-ganda.

Usah toleh ke belakang walau kita sedang terluka dan kecewa. Ubat kekecewaan untuk memperoleh sesuatu kejayaan yang sangat berharga.

Alhamdulillah, terima kasih Allah. Syukur atas nikmat kehidupan sehingga ke hari ini masih diberi peluang untuk terus mengorak langkah memberi sesuatu yang bermakna kepada keluarga dan orang lain.
 
 Ya Allah, semoga Kau berikan aku peluang untuk terus berubah dan mengubah. Banyak lagi azam dan angan-angan yang belum tercapai. Semoga tahun ini memberi lebih sinar kegemilangan. 

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua keluarga dan sahabat handai, atas ucapan dan ingatan sempena hari kelahiran saya pada hari ini. Terima kasih atas persahabatan yang indah ini. Walaupun tidak pernah bersua, hanya secara atas talian sahaja, saya banyak belajar daripada kalian.

Terima kasih kepada team akademi bekerja di rumah. Sungguh bermakna ilmu-ilmu yang dipelajari. Syukur sangat kerana saya diberi peluang untuk berada dalam kumpulan hebat ini. Masih banyak ilmu yang saya perlu pelajari dan gali.

Insya Allah hari ini, bakal menuntut ilmu dengan seorang lagi coach facebook. Nanti saya kongsikan ya. hehehe. Tak sabar juga ini. Kelas akan berlangsung sekejap je lagi. Nasib baik online juga. 
 
Semoga kejayaan dan kebahagian mengiringi langkah ini.

Saya  belanja gambar kek satu dari Kak Zura, Team Guru Online ABDR :)


Anys Idayu Zakaria
Travelog suri bekerjaya
www.anysidayu.blogspot.com
Mula Bisnes Dropship
Guru Online AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

Thursday, 12 February 2015

Selamat Hari Lahir Ma

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Simpanan Peribadi


Alhamdulillah, hari ini 12 Februari 2015, genap usia bonda tercinta Puan Hjh Naima Binti Mat Yaacob 59 tahun. 

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana mengurniakan seorang bonda yang sangat penyayang untuk kami. Semoga Allah kesihatan yang berpanjangan untuk ma terus beribadah dan memberi kami nasihat. Selamat hari lahir Ma. we all love u.. terima kasih atas segalanya

Heheheh tengok ni, awal-awal pagi nenek dah bergambar dengan cucu-cucu.
 




 

Wednesday, 11 February 2015

Tempahan Blog Untuk Mulakan Bisnes

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Sendiri

Alhamdulillah, selesai menyiapkan tempahan blog pemilik yang mahu mempamerkan hasil lukisan beliau dan menjualnya secara online. 

Sebenarnya, kagum juga dengan pemilik blog ini, beliau boleh dikategorikan dalam kategori vateran, tapi beliau sendiri sangat mengetahui bahawa kaedah pemasaran online menggunakan blog sangat mudah dan cepat boleh dikenali di carian google jika betul caranya.

Jemput singgah ke blog beliau http://lokmandollah.blogspot.com Untuk lihat hasil kerja saya.  Bagi kalian yang mahu menempah blog bisnes seperti ini, boleh hubungi saya ya




Untuk tempahan boleh terus email ke :

anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wsapp : 017-7912293

Monday, 9 February 2015

RAKAN NIAGA / PENGURUS ONLINE AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

1. Mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?
Tidak perlu risau lagi, kini kalian boleh mendaftar sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah (PENGURUS ONLINE AKADEMI)

2. Apakah itu "Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah"?
Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah membolehkan kalian mempromosikan "produk akademi " kepada orang ramai dan sekiranya mendapat jualan, kalian akan menerima komisyen, yang bermula dari RM10 – RM 100 (mengikut pakej ebook dan pakej yuran kelas blog)
 
3. Apa sebenarnya produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah?
Produk umum dan permintaan sepanjang tahun. Produk informasi dalam bentuk ebook iaitu pakej mula bisnes mengikut bidang/bisnes. Kita ada pakej mula bisnes makanan, pakej mula bisnes butik online/offline, pakej mula bisnes di rumah,pakej bekerja di rumah,kelas online dan tapak pengiklanan. Salah satu ebook yang ada setiap pakej ialah ebook asas blog dan penulisan. Saya berkongsi cara paling asas puan-puan boleh mulakan, iaitu mula dengan apa yang ada, Yuran dikenakan untuk kalian belajar buat blog, asas penulisan dan mula bisnes online. Ia sangat asas untuk belajar buat borang tempahan. Kita juga belajar bina asas trafik, tanpa perlu mengeluarkan modal.
Produk hanya atas talian,tak perlu simpan stok,tak perlu urus stok dan hanya dari rumah atau dimana-mana sahaja mengikut keselesaan anda asalkan ada talian internet.
 
4. Berapa yuran yang dikenakan?
Yuran yang dikenakan akademi rakan niaga hanya sekali sahaja.Tiada modal berkali-kali.Ada 2 pakej yuran yang boleh dipilih iaitu RM200 atau RM300.
 
5. Apakah perbezaan yuran tersebut?
Yuran berbeza dari segi bonus ebook yang akan diterima.
* Yuran RM200 (Bonus 4 ebook – ebook belajar asas blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes, dan ebook super wahm super mom)
* Yuran RM300 (Bonus 5 ebook –ebook belajar asas blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes, ebook super wahm super mom dan ebook rahsia khidmat pelanggan, bonus beriklan di soho directory)
 
6. Apakah syaratnya untuk saya menyertai program Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah?
* Laptop/ smartphone dan talian internet
* hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.
 
7. Apa yang kalian dapat ialah belajar hasilkan sebuah blog yang lengkap dengan pautan :
1) Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2) Logo rasmi SOHO Directory
3) Kelas-kelas Online
4) Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5) Ruang Periklanan
 
8. Apa lagi yang kami dapat?
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.
Mahu sertai kami, mudah sahaja. Pilih pakej yang kalian mahukan dan buat pendaftaran. Mulakan perniagaan hanya dari rumah anda sekarang. Mulakan dengan apa yang ada.

Terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk pelajar dan suri rumah.
 Untuk pendaftaran, boleh hubungi saya :
 
Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms /wsapp : 017-7912993 (anies)

Sunday, 8 February 2015

Segmen Tajaan - Garam Bukit dan Celebrity Lass Master Odourless

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Simpanan Peribadi
 
 Bismilllah, Assalamualaikum semua.

Segmen tajaan lagi kali ini. heheheh. Ok hari ini saya nak berkongsi sesuatu yang saya sudah cuba beberapa minggu sudah, dan masih gunakan sehingga hari ini.  Garam Bukit dan Celebrity Lass Master Odourless. 

Kita tengok dulu garam bukit ya. Yang ini sangat best dan seronok kerana ia memberi kita anergi positif apabila menggunakannya. Mula-mula saya cuba gunakan untuk rendaman kaki, kemudian saya gunakan pula untuk mandian.

Alhamdulillah, masa gunakan untuk rendaman kaki, memang dapat rasa kelainan, rasa lega sangat. Apa lagi, kakak pun sibuk juga nak cuba. sekali angkat kaki, katanya best betul rasa. hehehe. 

(abaikan latar belakang gambar yang sangat molek tu yek.heheheh)
 
Sukatan yang saya gunakan, 2 sudu garam dan larutkan ke dalam air panas dalam sebuah baldi.
Kemudian, saya rendamkan kaki lebih kurang setengah jam.

Kemudian untuk mandian, saya rendam semula garam yang baru, saya gunakan untuk bilasan terakhir selepas siap mandi. Nak tahu rasa apa. Memang segar sangat. 

Ok ini kaedah menggunakan garam bukit ini, saya petik terus dari blog pemilik produk, Puan Sharimah.

Bagaimanakah kaedahnya :
* Masukkan segenggam garam bukit ke dalam baldi. Larutkan ia.
* Untuk lebih baik, masukkan sedikit ais batu ke dalam baldi tersebut (jika tidak tahan sejuk, tidak perlu lakukan)
* Selawat dan pusingkan arus air mengikut tawaf Kaabah.
* Berdoa menggunakan teknik DA|DA
* Sebelum mandi dengan air garam tersebut, mandi dulu seperti biasa. Apabila sudah selesai, baru jirus badan dengan air garam tadi.
Amalkan mandian ini selama 21 hari  berturut-turut, Jika terselepas satu hari, mulakan kiraan semula. Jika sudah cukup 21 hari, boleh teruskan amalan ini.
 
 
 
Bagi kawan-kawan yang nak cuba garam bukit ini, boleh terus hubungi beliau ya. Memang sangat digalakkan, untuk kita sentiasa berada dalam aura-aura positif. Harga pun masih lingkungan mampu milik. Jom kita pakat-pakat cuba. 

owh ye, lagi satu produk saya nak kongsi ialah, Celebrity Lass Master Odourless. 
 

 Yang ini pun memang sangat teruja nak cuba, sebabnya asyik duk tengok je orang mempromosi produk ini kan. Nak juga cuba apa kelebihannya.  Memang sangat ohsem, haru sepanjang hari. Yang bestnya, bila kakak tahu saya gunakan celebrity lass ni untuk haruman sepanjang hari, senyap-senyap je setiap kali nk keluar berjalan die dah siap guna. Siap bagi pada adik lagi. Apa lagi, ''besh. besh, wanginya,'' Raisha.

Ini kelebihan produk celebrity lass ni ya 


Hanya sekali penggunaan sehari bertahan 24 jam
Hilangkan bau badan hanya dalam 3 saat sahaja

1 BOTOL SELEBRITY LASS 50ml ini boleh digunakan untuk tempoh 90Hari
Celebrity Lass Kandungan Bahannya: Tawas premium, gabungan pati herba, ekstrak mawar, dan air suling. Takde bahan kimia berbahaya.
Ini Tawaran SUPER SAVER
5 Kelebihan Produk ----
✔ bersifat bebas bau
✔ besifat anti septic
✔ meneutralkan air kotor yang melekat pada badan.
✔ Bebaskan bau badan selama 24 jam.
✔ Selamat Digunakan
 
Amacam, banyak sangatkan kelebihannya yang best. Memang rugi kalau tak cuba dan milikinya. Jom pakat-pakat try sebotol. Nak cuba, boleh terus contact Sharimah Yahya.
 
********************************************************************************************
 
Jika ada sesiapa yang berminat untuk saya review produk kalian, boleh 

> Hantarkan produk pilihan yang pembaca mahu saya review
 
> Saya akan cuba gunakan sendiri produk tersebut. Tak kesah la produk bentuk apa sekalipun, yang penting saya perlu guna terlebih dahulu. Makanan, vitamin, kosmetik, pakaian, atau apa sahaja. Dengan kata mudah, pembaca taja kepada saya satu produk. Dan saya akan buatkan satu review dan ulasan tentang produk tersebut.
Produk juga tak semestinya untuk kegunaan saya sendiri. Sebagai contoh, Jika pembaca ada produk seperti pakaian untuk anak-anak, juga boleh saya review. Yang itu akan digunakan oleh anak saya sendiri, dan saya akan komen dan ulasan kelebihan produk kalian di segmen tajaan khas.
 
> Gambar produk tersebut akan saya letak di side bar blog sebelah atas sekali selama beberapa minggu.

Mudahkan, jom sapa yang nak saya review produk, kalian boleh hubungi saya

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/wsapp : 017-7912993
 
 

Friday, 6 February 2015

Rahsia Usahawan Akhirat

Teks : Anys Idayu Zakaria

Rahsia kejayaan ini saya petik dari email yang diterima dari DAO. Sejak bergelar usahawan saya sememangnya begitu teruja sekali motivasi dan program anjuran Dr. Azizan Osman.  Rasanya kalau boleh semua program DAO saya nak pergi.

Dan yang menjadi antara wishlist saya untuk tahun ini, saya berazam untuk menjejak kaki ke Program IMKK (Insentif Magnet Kekayaan & Kejayaan). Ya Allah, Kau makbulkanlah doa hambaMu ini, yang sangat dahagakan ilmu-ilmu untuk terus berkongsi dengan orang lain.  

TIP DARI DR HAJI AZIZAN OSMAN

1. Bangun awal pagi seawal 4 pagi dan paling lambat 5 pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9   malam selewat-   lewatnya 10 malam)

2. Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)

3. Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi) / Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi) / Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)

4. Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh

5. Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga

6. Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)

7. Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik.

8. Minum pagi / sarapan

9. Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)

10. Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)



1. Jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.

2. Jika anda bekerja, adjust rutin ini.

3. Kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara  insiden.

Wednesday, 4 February 2015

Buat Bisnes Dulu, Sebelum Berhenti Bekerja


Teks : Anys Idayu Zakaria

Antara salah satu tip yang sangat PENTING saya pelajari semasa seminar DAO ialah "Jangan sesekali berhenti bekerja untuk melakukan bisnes, tanpa persediaan ilmu bisnes". Belajar dulu sepak terajang dunia bisnes. Bila sudah betul-betul stabil barulah ambil tindakan untuk menjalankan bisnes sepenuh masa. 

Dengan matlamat dan fokus mahu membantu lebih ramai suri bekerjaya yang mahu belajar berbisnes secara online, melalui dropship ABDR atau sebagai pengurus online akademi. kita belajar menggunakan blog sebagai medium perkongsian utama selain facebook.

Sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.
1. Kelas asas blog penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan

2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal


Ok, ini saya nak tunjuk contoh pelajar di kelas saya ya. Singgah ke blog mereka untuk lihat hasil kerja mereka bersama ABDR.

1. Ini antara contoh blog mula bisnes
Protege : Zurina Julaihi

Tidak sampai sebulan sertai kelas asas blog mula bisnes, protege sudah hampir melengkapkan tugasan yang diberikan di dalam kelas.

Hanya 16 langkah mudah bermula, selesai sudah boleh mula berjualan. Mudahkan. Sertai kami di ABDR. Belajar membina blog kedai online sendiri

2. CONTOH BLOG BISNES PRODUK DROPSHIP

Khas untuk usahawan online dropship, kalian juga boleh belajar hasilkan blog seperti ini, dalam kelas online blog mula bisnes ABDR

3. Blog Penulisan 
http://rozanahzakaria.blogspot.com/
Protege : Rozanah Zakaria

Ini pula contoh blog penulisan, mereka yang fokus pada berkongsi kemahiran dan kepakaran yang mereka ada. Belajar dulu berkongsi dan kumpul pembaca sendiri sebelum mula memperkenalkan produk pada khalayak pembaca.


Pendaftaran setiap hari. Mula bertindak sekarang. Sudah sedia mahu jadi protege saya, boleh hubungi bila-bila masa.
 
Anys Idayu
Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms /wsapp : 017-7912993
heart emoticon



Tuesday, 3 February 2015

Belajar Penjenamaan Diri Melalui Blog

Bagaimana Kelas Online Kami beroperasi
Kelas online ABDR adalah sesuai untuk sesiapa sahaja. Bagi kalian yang sudah sedia tahu bagaimana membina blog, hanya ambil tahu beberapa langkah perlu bagi penjenamaan diri semula.

Manakala bagi yang tidak mempunyai pengetahuan tentang blog, USAH risau kerana langkah demi langkah akan diajar oleh guru - guru online ABDR kami yang sangat dedikasi.

Setiap peserta akan diberi tugasan untuk diselesaikan.
Antara tugasan yang perlu diselesaikan ialah 44 entri dan tempoh penyelesaian tugasan adalah bergantung kepada kita, diri peserta itu sendiri.


KOMUNIKASI
Komunikasi dua hala antara peserta dan guru adalah secara online.
Sekiranya terdapat kemusykilan dan pertanyaan, peserta boleh bertanya kepada guru.
Guru online sentiasa membantu dalam memberi panduan dan tunjuk ajar.


PENEKANAN
Antara yang dititik berat dalam kelas ini ialah PENJENAMAAN blog dan penulisan entri yang KONSISTEN.

==============================
KAMI KONGSI APA YANG KAMI RASA
==============================
Ini adalah contoh blog salah seorang pelajar kelas asas blog penulisan, pengurus online akademi,



Jika dilihat semula, terdapat perbezaan ketara baik dari isi, antaramuka dan trafik blog.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Bagi yang serius mahu belajar PENJENAMAAN DIRI MELALUI BLOG, DAN MENULIS secara konsisten sertai keluarga besar kami.

Bagi yang mahu sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH, satu platform untuk suri bermula, belajar memulakan bisnes secara online, boleh hubungi saya :

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms /wsapp : 017-7912993

 

Monday, 2 February 2015

Belajar Asas Membina Blog Mula Bisnes

Teks : Anys Idayu Zakaria
 
2 kelas popular sepanjang tahun di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
 
1. Kelas asas blog penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan

2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
 

KELAS ASAS BLOG MULA BISNES
Masalah yang biasa dihadapi :
1. Sudah ada produk, tetapi tidak tahu cara untuk mula pasarkan, dan tidak tahu cara untuk berkongsi

2. Mula dengan shopping cart tetapi tidak ada sasaran pelanggan

Penyelesaiannya :
-Bina blog berkaitan manfaat produk untuk menerangkan manfaat untuk masalah pelanggan.

contoh: produk susu ibu, menerangkan tentang ilmu-ilmu penyusuan.

contoh: produk pendidikan awal kanak-kanak, menerangkan manfaat produk membantu ibu mengajar anak-anak di rumah.

Bina blog untuk mula bina penjenamaan diri, mula kumpul khayak pembaca dan bakal pelanggan berdasarkan produk yang kita tawarkan.

Belajar lebih lanjut cara ini, dalam kelas online blog mula bisnes ABDR

Pendaftaran bulan Februari sudah dibuka ya tuan/puan.

Boleh mula daftar melalui barisan pengurus online ABDR

Norhafizah Abd Hadi Azuriyah Mohamad Linda Linda NurRullz Daud Noor Azila Mohamad Roszila Ibrahim Izzah Razak Bee Irma Eko Salina Khadijah Maskam Nor Adilah Nor Atiqah Hamidi Siti Nornaziha Fiza Aziz Sariah Awang Senik Pn Siti Nafsiah Iemah Ismail

Sunday, 1 February 2015

Januari Berlalu, Februari Bermula

 Teks : Anys Idayu Zakaria

Berjemaah lebih baik daripada berseorangan. "If you want to go quickly, go alone. If you want to go far, go together".

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Selamat datang Februari. Saya suka Februari kerana bulan kelahiran saya ;) Penutup Januari yang sangat cemerlang. Semoga terus dapat konsisten berusaha lebih gigih untuk langkah seterusnya yang masih panjang.

Selamat datang protege baru puan Azza Zylina Zyman, Tuan Chef Amer, puan nur izzati, puan Azatul Husni Ab Wahab di bawah kelas kendalian saya. Terima kasih kerana memilih Akademi Bekerja Di Rumah sebagai satu platform untuk kalian mula memperkenalkan diri melalui penjenamaan diri dan penulisan di blog.

Saya doakan kalian konsisten selesaikan tugasan. Sudah mula wajib selesaikan. Sudah mula konsisten berusaha.

Pendaftaran untuk kelas online dibuka setiap hari. Baca dan fahamkan dahulu kategori kelas, kemudian pakej yuran, kemudian jejak dahulu rakan-rakan yang sudah sertai kami. Apabila sudah fikir barulah buat keputusan ya. Tidak ada paksaan, dan buatlah keputusan dengan rasional mengapa perlu kalian sertai kelas.

Bagi kalian yang mahu menyertai keluarga besar ABDR, boleh pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca

-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan
2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong-telekung solat
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Insya Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.
Anys Idayu
Guru Online ABDR
www.anysidayu.blogspot.com