Wednesday, 28 January 2015

Travelog Suri Bekerjaya

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Carian google
 
Alhamdulillah, nak habis dah bulan Januari ya. Sekejap je masa berjalan.

Untuk sekian kalinya sudah beberapa tahun bertugas, baru tahun ini saya ambil waktu masa kerja jam 7.30 pagi. wah cepatkan, dengan alasan penat sudah tersangkut jem.  Kononnya jika masuk awal terselamat juga la daripada jem yang sentiasa menghantui pengguna jalan raya, hihihi.  Tapi kalau tak masuk 7.30 pagi pun, saya memang biasa akan sampai waktu lebih kurang macam ni juga. Lagi elok kalau tukar waktu kan.

Cabaran mengurus masa bermula. Untuk mengelak stress awal pagi, saya memang suka keluar awal pagi. Biar pagi-pagi janji saya tak tersangkut jem. Tersangkut jem lagi parah.



4.00-4.30 pagi - bangun pagi, solat dan mengaji sekurangnya 1 muka surat

5.00-5.30 pagi - kemas sikit-sikit di ruangan meja makan, dapur, siap-siap keperluan nak bawa untuk 
                          anak-anak, mandi dan bersiap.
 
5.45pagi - bergerak keluar rumah. 
                 Solat subuh di rumah mak, sebab masuk waktu subuh agak lewat.

6.20 pagi - bersiap dan bertolak ke tempat kerja. Wah cepatkan. Sebab nak elak jem di dua tempat sekarang ni. Di depan Jusco Tebrau dan kawasan Pandan. Letih rasa kalau awal-awal pagi sudah bersesak.

7.15 pagi - Sampai di pejabat.

Rutin waktu malam pula, saya memang akan urus semuanya pada waktu malam supaya awal pagi saya tidak kelam kabut.

8.00 - 10.00 mlm - Sampai di rumah, makan malam, ajar kakak belajar dan siapkan homework, gosok baju kerja sambil-sambil membasuh pakaian (biasanya saya akan basuh pakaian kerja en. suami sahaja, yang lain-lain akan dibasuh waktu cuti)

Anak-anak lepas siap belajar lebih kurang hampir jam 10malam, mereka akan tidur dengan sendirinya. Jadi saya boleh tinggal untuk solat isyak.

Sambil landing baru saya akan mula online semula, untuk semak mana-mana wsapp atau pm fb yang masuk. 

Hampir jam 11-12 tutup lampu tidur. eheheheh.

Begitula kan, rutin suri bekerjaya macam saya ni. Apa pun, bisnes memang tetap berjalan seperti biasa. Bila masa saya urus bisnes?

Tentunya setiap waktu. Sebab itu, pentingnya tab comel molek yang saya gunakan sekarang ini, pendamping setia setiap masa. Mudah untuk saya online bila-bila masa sahaja.  Kalau nak tunggu bukak laptop, alamatnya memang tak berkesempatan.

Sama juga la, bila waktu belajar saya hanya buka nota melalui tab. Alhamdulillah, teknologi memudahkan tugas dan urusan seharian sahaja berjalan lancar.


Tuesday, 27 January 2015

Akademi Bekerja Di Rumah Persediaan Untuk Berhenti Kerja

Tamatnya tempoh berpantang 44 entry...

Teks: Rahimah Binti Omar
Alhamdulillah...Tanpa saya sedari sudah lebih 44 entry yang saya post kan di dalam blog ini. Sepatutnya, awal-awal lagi saya buat ulasan ini yang merupakan sebahagian daripada tugasan saya sebagai ahli baru ABDR. Tetapi disebabkan kesibukan dan menulis pun sekadar mencuri-curi masa yang ada, maka terlupalah saya nak membuat ulasan ini ^_^ Minta maaf ye sifu Anys Idayu.
Saya menyertai Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) pada bulan September 2014 dan entry pertama saya adalah pada 23 September 2014. Niat asal menyertai ABDR adalah untuk belajar berniaga secara online sebagai sebahagian daripada persediaan untuk saya berhenti kerja (suatu hari nanti). Untuk melihat keupayaan, komitmen dan disiplin diri sendiri dalam melakukan sesuatu tugasan. Walaupun hajat berhenti kerja itu tak tahu bila akan tercapai, tetapi persediaan untuk ke arah itu pun penting juga kan. 
Mungkin ramai ahli baru ABDR yang berjaya menyiapkan tugasan 44 entry ini dalam masa yang singkat. Tetapi bagi saya yang merupakan seorang suri bekerjaya, ditambah lagi dengan tanggungjawab menjaga 4 orang anak yang masih kecil berseorangan lantaran suami bekerja jauh di perantauan, maka ruang yang ada untuk menulis sekali-sekala itupun sudah cukup baik bagi saya.
Ajaran Puan Sifu, menulislah secara berkala dan santai. Cukuplah walau sebaris ayat sahaja sehari. Tetapi bagi saya agak susah juga untuk konsisten menulis setiap hari. Hampir-hampir kecundang di tengah jalan. Tetapi saya bangkit semula. Saya jadikan kisah yang saya alami setiap hari sebagai bahan penulisan. Nama pun Diari Suri Bekerjaya kan. Sesuailah tu ^_^
Sebenarnya, menulis bukanlah satu bidang baru bagi saya. Kerja saya sekarang ini pun banyak melibatkan kerja-kerja menulis seperti menulis pandangan undang-undang, menyemak perjanjian dan dokumen perundangan serta lain-lain lagi. Tetapi pada saya penulisan di blog dan penulisan untuk kerjaya saya adalah dua perkara yang berbeza. Walaupun asasnya adalah sama, namun menulis di blog adalah lebih santai dan terpulang kepada penulis itu sendiri bagaimana untuk menjadikan ia menarik. Penulisan bagi kerjaya saya pula lebih bersifat rigid di mana semua yang ditulis hendaklah berasaskan undang-undang, penulisan hendaklah tepat dan bersifat serius. Berbeza bukan.   

Tanpa saya sedari, saya menggunakan ruang untuk menulis ini bukan sekadar untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga sebagai satu medium untuk saya menukar rasa stress saya ke dalam bentuk tulisan yang akhirnya boleh menukar mood saya menjadi gembira semula. Paling tidak pun, mengurangkan stress saya pada ketika itu. Contohnya, kalau saya sedang rasa sedih, saya tulis sesuatu yang boleh menggembirakan saya seperti kisah anak-anak, kisah masakan saya yang tidak seberapa, kisah percutian keluarga dan lain-lain lagi. 
Sedikit demi sedikit, akhirnya selesai juga tugasan 44 entry. Banyak ilmu yang saya pelajari daripada Kelas Online ABDR. Banyak juga ilmu yang saya kongsi dengan rakan-rakan ABDR yang lain. Rasa tidak menyesal membayar yuran penyertaan. Bukan sahaja dapat kawan dan ilmu pengetahuan, dapat juga bonus 4 e-book untuk rujukan. Idea-idea dan tips-tips yang boleh dijadikan rujukan pada bila-bila masa sahaja. Berbaloi-baloi.
Walaupun setelah 4 bulan lebih ini saya tidaklah menjana kewangan sangat dengan blog ini tetapi saya rasa sangat gembira. Bukanlah matlamat utama saya pun untuk menjadi kaya melalui blog ini. Tetapi sekiranya saya hendak memulakan bisnes online, tapaknya sudahpun ada.
Apa pun, terima kasih kepada Pn. Sifu Anys Idayu. Walaupun saya ni bukanlah pelajar contoh Cikgu Anys, namun saya banyak membaca apa jua ajaran dan perkongsian beliau di dalam kelas online. Banyak yang saya boleh gunakan pada masa sekarang dan juga pada masa akan datang.
Kepada surirumah yang sedang mencari-cari bagaimana nak memanfaatkan masa terluang yang ada atau ingin menjana wang dari rumah, bolehlah menyertai ABDR. InsyaAllah, jika kita berusaha untuk menimba ilmu, satu hari nanti ilmu itu akan memberi manfaat yang banyak kepada diri kita.
Wassalam ^_^       
    

Friday, 23 January 2015

Mula Bisnes Online



Pakej menarik 2015, khas untuk semua yang baru nak mula berbisnes dan belajar menulis di blog secara konsisten. Belajar bagaimana nak jadikan blog sebagai medium perkongsian untuk pembaca dan bakal pembeli.

Kelas blog mula bisnes + kelas asas blog penulisan (2 kelas serentak)

* yuran RM 300 (daftar kelas blog mula bisnes dan penulisan)

* Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan dan ebook rahsia khidmat pelanggan - bagaimana kita berurusan dengan pelanggan)

* Bonus beriklan di soho directory 2 tahun (http://sohodirectory.blogspot.com) - pautan tapak iklan usahawan online dan offline, yang dipromosikan oleh lebih 900 pautan blogger ABDR

* Lebih menarik, bagi yang tiada produk boleh terus daftar sebagai dropship ABDR (Boleh pilih produk makanan, atau makanan sunnah, atau produk islamik)

* Lebih menarik, boleh terus jadi Pengurus Online ABDR apabila telah selesai siapkan blog.

* Tiada yuran berkali-kali, hanya sekali yuran boleh terus mula belajar. Masa belajar sangat fleksibel ikut masa sendiri. Tiada limit masa. Belajar dan terus boleh mula menjana pendapatan melalui blog dan facebook.

Bagi yang sudah sedia untuk bermula, boleh mula daftar hari ini. Kita belajar hasilkan blog kedai online, dan belajar menulis dengan konsisten di blog.

Pendaftaran boleh terus melalui saya Anys Idayu Zakaria

Thursday, 22 January 2015

Persediaan Untuk Menjadi WAHM

KELAS ONLINE BLOG BISNES - EKO SALINA

KELAS BLOG MULA BISNES
PROTEGE : EKO SALINA
GURU ONLINE : ANYS IDAYU ZAKARIA
SUMBER : http://ekosalina.blogspot.com/2015/01/testimoni-akademi-bekerja-di-rumah.html

Testimoni Akademi Bekerja Di Rumah




Salam ceria :)


Setiap wanita pasti mengimpikan untuk menjadi seorang 'Working At Home Mom' (WAHM) sebagai karier terbaik. Namun untuk mencapai impian sebagai WAHM banyak perkara yang harus difikirkan. Beberapa faktor perlu diambil kira sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja. 


Melihat pengorbanan anak-anak yang sejak kecil yang terpaksa ditinggalkan bersama pengasuh kadang kala membuatkan hati ini diragut pilu. Apatah lagi bila menyerahkan anak pada pengasuh, pasti si kecil menangis tanda ingin bersama ibu tersayang. Hati mana tidak sedih, namun ku pujuk hati ini agar menjadi ibu yang tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.


Bertitik tolak daripada itu, mulalah pencarian untuk mencari peluang perniagaan sebagai persediaan untuk menjadi WAHM. Bagi memulakan perniagaan yang besar, modal tidak ada. Apatah lagi untuk memasarkan produk, blog pun tidak ada. Walaupun kini pelbagai medium sosial yang boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan online namun diri ini masih dalam kebuntuan. Ingin membina blog tetapi terfikir juga, berapa sangat lah pembaca yang akan membaca tinta ku ini. Segalanya ku pendam sahaja. 


Hinggala pada satu saat, daku ternampak di Facebook Pn Masayu Ahmad. Beliau merupakan pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pada mulanya memang tidak memahami apakah perniagaan yang dijalankan di ABDR ini sehinggalah daku membeli ebook beliau iaitu Janawang dari rumah dan dari situ lah daku mula mengikuti perkembangan ABDR. Daku melaburkan wang sebanyak RM200 untuk mendapatkan ilmu di akademi ini. Padaku setiap pelaburan pasti akan membuahkan hasil yang baik. Ternyata pilihan ku tepat.


Akademi Bekerja Di Rumah bukan setakat mengajar dan membimbing untuk membina blog dan juga penulisan malah lebih dari itu. Melalui penulisan yang kosisten kita dapat berkongsi cerita atau ilmu melalui blog yang kita bina yang mana melalui perkongsian secara tidak langsung dapat memberi penyelesaian kepada pembaca.


Guru di ABDR yang berpengalaman dan tidak jemu dalam membimbing anak muridnya tidak kira siang atau malam dan juga di hujung minggu. Semua ini dibimbing dengan baik dan secara 'personal coaching' agar anak muridnya faham dan dapat melaksanakan tugas dengan baik. Semua ini diajar melalui kelas online iaitu di Facebook dan mengikut kesesuaian waktu kita. Waktu yang fleksibel dan sangat sesuai bagi suri yang bekerja. Tidak perlu meninggalkan rumah dan urusan rumahtangga. Hanya bermodalkan internet, laptop, hanphone atau tab segalanya hanya dihujung jari sahaja.


Lebih menarik lagi, daku diajar untuk mula bisnes. Walaupun bermula dengan bisnes yang kecil dan tanpa modal sekurang-kurangnya daku dapat belajar bagaimana untuk mempromosikan sesuatu produk di dalam blog atau di laman sosial lain. Ianya sangat mengujakan, lebih-lebih lagi ada pembeli yang membeli produk kita. Dari situ lah kita boleh mula menabung melalui hasil komisyen yang kita perolehi.


Alhamdulillah, setelah beberapa bulan menyertai ABDR daku sudah mempunyai produk sendiri iaitu Lulur Tradisional. Walaupun hanya bisnes secara kecil-kecilan namun melalui ABDR ini daku dapat berkongsi produk di blog ini dengan lebih 1000 blogger yang mana merupakan protege ABDR. Inilah keistimewaan ABDR, secara tidak langsung dapat membantu aliran trafik ke blog kita.


Terima kasih kepada pengasas dan guru ABDR untuk bimbingan yang berterusan dan tanpa mengenal erti jemu. Semoga melalui ABDR ini, ia merupakan satu platform bagi suri sepenuh masa untuk menjana pendapatan dari rumah dan bagi suri bekerja untuk keluar dari zon selesa iaitu dari makan gaji kepada WAHM.


Semoga melalui perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu para suri di luar sana :)

Monday, 19 January 2015

Segmen Tajaan : Vita-C Merawat Masalah Sakit Kaki

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bismillah. Assalamualaikum pembaca sekalian.

Hari ini saya nak share lagi produk review yang telah kami sekeluarga cuba dalam beberapa minggu ini. 


Ini dia Vita-C Plus. Saya memang sangat suka produk ini. Alhamdulillah, terima kasih sangat pada Sis Natrah kerana memperkenalkan produk yang sangat baik dan berkesan ini. Kenapa saya kata berkesan?

Ok, semuanya bermula bila saya dapat Vita-C ini, ketika Sis Natrah minta saya cuba. Oleh kerana vita-C ini juga sesuai untuk anak-anak, jadi saya berikan kepada kakak dan adik untuk cuba. Sebiji setiap seorang, setiap hari. Memang saya akui, mereka mula-mula memang tak berapa gemar sebab rasanya yang sedikit masam. Tapi saya paksa juga makan.

Selepas seminggu amalkan Vita-C ini, saya mula perasaan sesuatu.  Sebenarnya kakak selalu sangat sakit kaki, lenguh-lenguh kaki pada waktu malam. Bila tiba malam hari, pasti mula mengadu sakit kaki, kadang kala sehingga menangis-nangis tak tahan sakit.  Tapi sejak ambil Vita-C ini kakak memang dah tak mengadu sakit lagi. Mula-mula saya biarkan sahaja dulu. Saya fikir tunggu lagi seminggu, saya mahu lihat pula kesannya bila sudah mula bersekolah. Biasa kalau hari persekolahan, balik rumah waktu malam mesti sakit kaki dek kerana asyik turun naik tangga sekolah 3 tingkat. Tambahan lagi bila waktu senaman. 

Alhamdulillah, sejak seminggu bersekolah, setiap awal pagi saya memang akan pastikan kakak ambil sebiji Vita-C ini, dan sebiji pada waktu malam. Memang sangat berkhasiat dan berkesan. Kakak dan tak mengadu sakit kaki lagi. Cuma ada juga kadang-kadang bila pulang dari sekolah, kakak akan bagitahu sakit kaki atau sakit tumit. Tapi bila ambil sebiji selepas makan malam, kakak boleh tidur dengan lena waktu malam. Yang penting tak bangun dan menangis lagi waktu malam mengadu sakit kaki. 

Syukur sangat-sangat. Memang Vita-C ini sangat berkesan untuk anak saya. Bagi yang ingin mencuba atau ada masalah seperti ini, saya sarankan kalian cubalah Vitamin C ini. Ok ini sedikit keterangannya ya :


Kelebihan Dan Kebaikan Vitamin C Chewable Shaklee

Vitamin C Chewable 100mg Shaklee membantu meningkatkan imun sistem dalam badan dengan cara berikut:

1. Menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh 
2. Membantu memelihara sel badan 
3. Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah 
4. Rasa sitrus yang hebat 
5. Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet.


Selain daripada kebaikan yang tersenarai di atas, seperti yang kita tahu Vitamin C adalah sangat berfaedah untuk kesihatan antaranya ialah:

  • Untuk menjamin kecantikan kulit agar kelihatan cantik 
  • Sebagai anti penuaan untuk awet muda 
  • Untuk merangsang penghasilan kolagen dalam badan 
  • Memperbaiki insomnia (sukar tidur lena)
  • Mengekalkan kolestrol sihat.

Dengan mengunyah Vitamin C Chewable, air liur membantu memecahkan Vitamin C. Membolehkan ianya diserap sebaik saja sampai ke usus kecil. 
Malah, kajian menunjukkan pengambilan atau pengunyahan Vitamin C setiap hari membolehkan Vitamin C diserap dengan lebih berkesan.

Wah, banyak gittew khasiat vitamin C ini. Rugi sangat tak ambil vitamin ini. Sebotol sesuai untuk sekeluarga. 
Hubungi Natrah Mohamed: 011-27016822

Sebotol ada 90 biji. Boleh ganti gula-gula yang dimakan oleh anak-anak kita.
Ok yang ini pula Herbalex. Yang ini saya cuba untuk kegunaan saya sendiri.
Herbalex ini juga sangat bagus untuk sistem penghadaman dan sistem pencernaan tubuh badan kita. Sejak amalkan herbalex ini, membantu saya membuang air besar dengan lawas sekali. Jadi saya memang akan amalkan setiap malam, bila bangun awal pagi ia dapat membantu proses pencernaan.


Herb-Lax
TM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM yang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 
Bagi kalian yang nak cuba dua produk ini, boleh terus hubungi Puan Natrah (http://www.natrahmohamed.com/), di talian 011-27016822. Beliau pasti boleh bantu beri cadangan produk yang sesuai untuk kalian cuba. Boleh dapatkan juga konsultan kesihatan percuma melalui beliau.
 *******************************************************************************

Jika ada sesiap yang berminat untuk saya review produk kalian, boleh 


> Hantarkan produk pilihan yang pembaca mahu saya review
> Saya akan cuba gunakan sendiri produk tersebut. Tak kesah la produk bentuk apa sekalipun, yang penting saya perlu guna terlebih dahulu. Makanan, vitamin, kosmetik, pakaian, atau apa sahaja. Dengan kata mudah, pembaca taja kepada saya satu produk. Dan saya akan buatkan satu review dan ulasan tentang produk tersebut.
Produk juga tak semestinya untuk kegunaan saya sendiri. Sebagai contoh, Jika pembaca ada produk seperti pakaian untuk anak-anak, juga boleh saya review. Yang itu akan digunakan oleh anak saya sendiri, dan saya akan komen dan ulasan kelebihan produk kalian di segmen tajaan khas.
> Gambar produk tersebut akan saya letak di side bar blog sebelah atas sekali selama beberapa minggu.

Mudahkan, jom sapa yang nak saya review produk, kalian boleh hubungi saya

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/wsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz

Sunday, 18 January 2015

Daftar Nama Perniagaan

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Simpanan Peribadi

Alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Sebenarnya sudah beberapa kali asyik tertangguh sahaja mahu menyelesaikan tugasan yang penting ini. Minggu lepas dengan rasminya saya sudah selesai mendaftarkan perniagaan yang sedang saya jalankan sekarang ini, di bawah nama "ANYS IDAYU ZAKARIA''.

Sebenarnya prosedurnya tidaklah berapa rumit, oleh kerana ia adalah sebahagian daripada azam dan wishlist yang ada dalam perancangan tahun 2015, saya mesti kena pergi juga ke SSM untuk mendaftarkan nama perniagaan. Tambahan, risau juga akhir-akhir ini sibuk orang bercerita tentang peniaga online yang tidak mendaftar perniagaan mereka. 

Berdaftar di bawah nama "ANYS IDAYU ZAKARIA", No Pendaftaran Perniagaan JM0712112-T

Fokus perniagaan pemasaran online, pengiklanan internet, menulis menerbit dan menjual produk digital ebook, perkidmatan kelas online dan offline blog, menulis blog, perkhidmatan membina blog, dan pelbagai jenis produk dropship (makanan, pakaian, produk kesihatan, kecantikan, makanan sunnah)

Ok, saya kongsikan di sini macam mana cara untuk mendaftarkan nama perniagaan kita di SSM ya.

1. Kita boleh download terus borang permohonan di laman web SSM http://www.ssm.com.my/ms/borang 


2. Lengkapkan borang permohonan tersebut. Pastikan kita isi dengan huruf besar. Pilih nama perniagaan yang hendak didaftarkan. Lengkapkan bahagian maklumat perniagaan tersebut. Boleh letak seberapa banyak perniagaan yang kalian jalankan, tapi pastikan jenis perniagaan tersebut mesti terang dan jelas. 

* Bagi yang menjalankan bisnes dropship juga, letakkan maklumat perniagaan seperti ini : 

 ''bisnes online - menjual produk makanan, produk kesihatan, produk kecantikan, dll (sebutkan apa nama produk yang dijual)"

* Jangan lupa ya, bawa satu salinan kad pengenalan bersama borang permohonan.

3. Apabila sampai di SSM, terus ke kaunter ambil nombor. Pihak mereka akan semak terlebih dahulu borang permohonan yang kita telah lengkapkan. Jika ada yang perlu diperbetulkan, mereka akan maklumkan. Jika tiada sebarang perubahan, mereka akan berikan kita nombor giliran
inilah nombor giliran saya, petang-petang memang ramai. Lebih kurang setengah jam juga menunggu giliran, tak begitu lama juga sebab semua kaunter dibuka.

 4. Selepas nombor dipanggil, kita perlu kemukakan borang tersebut pada pegawai di kaunter. Mereka juga akan semak sekali lagi permohonan kita. Bagi keterangan maklumat perniagaan, jika kurang jelas mereka akan maklumkan, dan mereka akan perbetulkan terus untuk proses pendaftaran.

* Bagi yang mendaftar dengan nama sendiri, nama seperti yang tertera di IC, bayaran sebanyak RM40 setahun / RM 70 untuk 2 tahun. Jika perbaharui hanya RM30 sahaja setahun. 

* Bagi yang mendaftar atas nama selain nama sendiri, pembayaran RM70 setahun. (Yang ini membolehkan kalian untuk buat signboard perniagaan. Jika guna nama sendiri tidak dibenarkan untuk buat signboard/banner perniagaan)

Jadi kalian boleh pilih yang mana ye. Macam saya, memang buat masa sekarang saya lebih fokus pada perniagaan online sahaja, rasanya belum lagi untuk buat signboard perniagaan. Jadi saya daftar atas nama sendiri. Dan yang lebih penting sebenarnya untuk BRANDING

5. Kemudian, setelah selesai pembayaran, pegawai di kaunter akan berikan kita satu resit pembayaran dan pendaftaran, dan kita dikehendaki tunggu selama 1 jam untuk mengambil sijil pendaftaran perniagaan yang telah disiap.
6. Setelah 1 jam, nama perniagaan kita akan dipanggil di kaunter untuk serahan sijil pendaftaran. Semak semula segala maklumat ada di sijil tersebut.

Selesai proses pendaftaran nama perniagaan. Mudahkan. ^-^

* Untuk yang mahu menambah jenis perniagaan, juga boleh membuat tambahan dengan bayaran yang akan dikenakan. Yang ini saya tak berapa pasti berapa jumlahnya. Terlupa nak tanya.hihii.

* Untuk kakitangan kerajaan, kalian perlu sediakan satu surat akaun kebenaran daripada Ketua Jabatan. Ini contoh surat kelulusan daripada Ketua Jabatan saya.

saya tak pasti samada pihak SSM akan minta atau tidak, tapi saya sediakan juga bersama borang permohonan. (Atas nasihat adik yang selalu berurusan dengan pihak SSM)

Alhamdulillah. Selesai sudah. Satu langkah ke hadapan. Bagi yang mahu mendaftar, diharap panduan ini berguna untuk kalian.


Monday, 12 January 2015

Sesi Persekolahan 2015

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Simpanan peribadi


 Alhamdulillah, semalam sudah selesai hari pertama sesi persekolahan 2015. Anak-anak di negeri Johor dan Pantai Timur sudah mula bersekolah. Cuma ada beberapa lagi sekolah yang dilanda banjir beberapa minggu sudah masih menangguhkan sesi persekolahan. Apapun tahniah dan syabas kepada mereka, walaupun ditimpa musibah, anak-anak masih lagi bersemangat hadir ke sekolah.  Insya Allah kita sama-sama berdoa semoga semangat dan tempat mereka belajar kembali pulih seperti sedia kala.

Alhamdulillah, kakak sangat seronok pergi ke sekolah. Dah besar rupanya anak dara mama. Dah masuk darjah 3. Hari pertama, berakhir dengan tenang.




Raisha sahaja yang buat mama kelam kabut, gara-gara terlalu excited bila melihat beg sekolah kakak. Mungkin nampak macam syiok gitu kan, gambar karton frozen 3D. Menangis-nangis semata nak bawa beg sekolah. Nampak gaya, memang mama kena beli satu lagi beg untuk adik. Memang betul-betul trendy Frozen tahun ni, rata-rata pelajar perempuan semuanya membawa beg sekolah jenis frozen color pink. Ok tak pe la, janji rajin ke sekolah dan belajar rajin-rajin. 

Untuk tahun ini, mama betul-betul buat budget perbelanjaan berapa banyak yang sudah dibelanjakan untuk kakak masuk sekolah darjah 3.
 Sekolah Agama



 Sekolah Kebangsaan



KELENGKAPAN SEKOLAH 2015
1. Pakaian sekolah (3 pasang) kain sahaja - RM 60.00 (nenek tolong jahitkan)
2. Tudung 3 helai, baju singlet + seluar - RM 50.00 (nenek yang belanja)
3. kasut sekolah 2 pasang + stoking - RM 60.00 (nenek yang belanja)
4. Beg sekolah agama + beg sekolah kebangsaan - RM 100 (papa yang beli)
5. warna pensel + alat tulis + pensel box + sampul buku - RM 66.00
6. Buku tulis sekolah kebangsaan - RM 50.00
7. Buku tulis dan latihan sekolah agama - RM 120.00
8. Yuran sekolah agama - RM47.00 
9. Buku latihan sekolah kebangsaan - RM75.00 (ada dalam senarai, tapi belum boleh beli)

Jadi jumlah keseluruhan = RM 628.00

WOW!! Banyak jugakan boleh tahan, ni baru seorang anak. Sekolah rendah biasa sahaja, yang tiada yuran sangat, hanya kelengkapan sekolah dan buku-buku. 

Tak pe la nak, janji rajin sekolah, belajar rajin-rajin. Jadi orang berguna, muslimah cemerlang dunia akhirat.  Memang tugas mama dan papa kena kerja kuat-kuat untuk kakak dan adik.




Saturday, 10 January 2015

Jana Pendapatan Melalui Blog


Keinginan untuk berhenti kerja terpancul selepas saya membaca satu kisah di laman Facebook. Kisah yang membuka mata saya mengenai wanita bekerja. Mengenai kepincangan masyarakat yang berlaku, keruntuhan rumahtangga dan peranan isteri dalam islam yang sebenarnya. Saya terpinga sewaktu membaca artikel tersebut. Sangat membina. Ketika itu pula suami ditugaskan ke luar negeri. Jadi saya rasa sudah sampai masa saya berhenti kerja dan menjalankan tanggungjawab yang sepenuhnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Ketika itu saya masih menjelajah di internet mengenai bekerja dari rumah. Semua saya buka dan baca. Satu-satu blog dan laman web saya baca dan fahamkan. Tekad ketika itu 2015 saya mahu berhenti kerja. Tetapi saya mahu menjana pendapatan dari rumah. Bukan duduk goyang kaki sahaja. Akhirnya saya terjumpa blog kak Aishah Hussein. Beliau bercerita mengenai bekerja dari rumah sambil menjana pendapatan dengan penulisan blog. Wah. Sangat menarik. Ketika itu saya sudah mahu berkongsi mengenai penyusuan susu ibu. Saya menjelajah lagi ke blog-blog alumni. Akhirnya saya mendapati bahawa rakan pejabat saya iaitu Puan Kizeewatty ada dalam list ini. Tanpa membuang masa saya terus bertanya kepada beliau mengenai Akademi Bekerja Di Rumah.

Pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan sebelum saya menyertai ABDR. Akhirnya pada bulan February 2014, saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah dibawah guru online saya iaitu Puan Nisa. Alhamdullillah, perjalanan untuk berhenti kerja nampak semakin cerah bila bersama-sama dengan mereka yang bekerja di rumah juga. Saya mulakan entry pengenalan diri dan seterusnya hinggalah ke blog perniagaan saya. Semuanya berkat tunjuk ajar rakan-rakan ABDR. 

Mungkin anda tertanya apakah sebenarnya ABDR ini. 
  • Secara ringkasnya Akademi Bekerja Di Rumah ini adalah satu kumpulan sokongan atau satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah. 
  • Kami bergabungan bersama dengan 600 blog peserta, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook. 
  • Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama. 
  • Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut. 
  • Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas. 
  • Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.
Allahuakbar. Perjalanan saya untuk berhenti kerja nampaknya semakin cerah. Saya tahu saya akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan persaingan dalam perniagaan. Tetapi bukankah Allah ada dengan saya. Allah akan tolong saya. Dengan syarat saya mesti berdoa dan berusaha. Jadi kepada suri berkerjaya jangan takut untuk berhenti kerja. Fikirkan tentang anak, fikirkan tentang suami. Anda akan jumpa jalannya. Insyaallah. Semoga entry saya kali ini dapat membuka mata anda untuk memulakan langkah pertama untuk menjadi Work at Home Mother (WAHM)

Thursday, 8 January 2015

Belajar Urus Akaun Bisnes (Bulan Januari)

                                                               [Kelas asas Akaun Offline]

Duit bisnes dan duit personal tidak boleh dicampur aduk.
Setiap sen yang mengalir perlu dicatat dalam buku 555 supaya kita tahu aliran wang keluar masuk.
Belajar urus kewangan bisnes bersama trainer yang berpengalaman anjuran ABDR.

Grup Coaching.
Tarikh: 17 Januari 2015, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)

Yuran : RM 250.00

Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)


Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan





GROUP COACHING AKAUN BISNES SECARA ONLINE 

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - Modul 1 & 2


Tarikh : 19/1/2015 (Isnin)
Masa : 9.30-12.30 tengah hari
4-5 orang untuk satu sesi dalam group online di facebook


Bonus
1. Ebook 101 idea home based bisnes
2. Beriklan setahun di soho directory


Untuk daftar mana-mana kelas antara dua tarikh ini, kalian boleh hubungi saya ya


Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wsapp : 017-7912993 (anies)

Wednesday, 7 January 2015

Segmen Tajaan - Skincare Soap

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Simpanan Peribadi 

Alhamdulillah, selamat pagi. Kita rai ilmu dan sentiasa berada dalam golongan positif setiap hari. Hari ini saya nak kongsi satu produk yang saya dah guna 2 minggu lepas. Terima kasih kepada Nor Atika kerana sudi berikan produk hebat ini untuk saya cuba.





Ini dia eyqa sobri skincare soap.  Alhamdulillah, memang bagus dan berkesan sangat sabun ini, dan yang penting boleh guna untuk seisi keluarga dan penggunaannya juga jimat.

Apa yang menariknya, saya suka sabun warna biru, kerana sabun ini boleh menghilangkan gatal-gatal di kulit kepala, kelumumur dan juga untuk elakkan rambut gugur.

Manakala warna merah pula, saya memang bagi pakai untuk semua, untuk en suami dan juga kakak untuk hilangkan gatal-gatal di badan. Kebetulan sebelum ni, tangan kakak asyik gatal je, apa lagi saya pun bagi guna sebelum mandi. Gosok beberapa minit sebelum siram dengan air.  Alhamdulillah, dah makin berkurangan.

Sabun warna merah ini juga sesuai untuk kegunaan kaum wanita, sebagai pencuci alat sulit wanita. Alhamdulillah, memang bagus sangat kesannya. Sangat berpuas hati. Nak tau macam mana, kena la cuba ye. :)

Manakala yang warna hijau pula, saya gunakan untuk mencuci muka, dan juga untuk sabun keseluruhan badan supaya kulit lebih lembab dan lembut.

Ok yang ini fungsi lanjut sabun-sabun tersebut ya


sabun warna merah
**mengecutkan jerawat
**mengurangkan kulit berminyak
**mengurangkan jeragat
**merawat masalah dalaman wanita
**menghilangkan bau badan
**mencerahkan kulit
**mengecilkan liang roma

** untuk merawat masalah kulit seperti enzema, kurap, jerawat menanah, parut
 

sabun warna biru 
** berfungsi khas untuk rambut
** kulit kepala sering gatal
** jerawat
** rambut gugur
** melebatkan rambut  

sabun warna hijau 
** berfungsi untuk memulih
** melembutkan struktur kulit 
** mencerahkan kulit
** sesuai untuk seluruh badan termasuk kulit kepala 

 Ini baki sabun yang masih ada. Saya bahagikan kecil-kecil untuk kami gunakan. wah jimat gitu kan.

ok yang ini pula yang sedang saya gunakan.  Tengok baru lebih kurang 2 minggu guna, sabunnya masih bersaiz besar lagi. Mahu tahan juga beberapa minggu lagi ni. 


Bagi yang mahu mencuba, boleh hubungi Nor Atika Sobri. Memang kena cuba sangat, berbaloi-baloi dan kesan juga sangat bagus.

Sabun ini beratnya 85g (RM35) seketul termasuk pos.  Kalau beli 1 set (hijau, biru, merah) lagi jimat hanya RM95 sahaja.  

Kalau ada yang nak cuba, boleh la hubungi Nor Atika. Saya tukang guna sahaja. ;)


psst.. Kalau ada yang nak saya review produk boleh hubungi saya ya (017-7912993) 


Monday, 5 January 2015

Buat Doh Mainan Sendiri

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Koleksi Peribadi

Bismillah. Assalamualaikum.  Alhamdulillah, sudah masuk 5 Januari, pantasnya masa berjalan.
Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan positif setiap masa.

Hari ini nak belanja kalian gambar-gambar anak-anak bermain doh. Sebenarnya hujung minggu lepas saya mula mengoogle cara-cara untuk buat doh sebagai mainan untuk kakak dan adik. Kononnya hajat hati, mereka bermain boleh la saya balut buku sekolah kakak. Tapi hampehnya, baru buka plastik buku, Raisha dah melompat berebut nak tengok juga. Baru ambil beg sekolah kakak, Raisha dah menangis nak beg juga.  Sudahnya tak siap juga saya membalut buku-buku sekolah. 


 Senang dan mudah sahaja cara untuk buat doh sendiri ini. Bahan yang diperlukan

> Tepung gandum
> garam
> minyak masak
> air masak
> pewarna (ikut suka nak warna apa)

Cara-caranya :

1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas. Ikut berapa banyak kalian nak buat. Saya memang main letak sahaja, tak sukat-sukat.

2. Masukkan sedikit garam, minyak masak 3 sudu

3. Tambah air masak, gaul sehingga jadi doh. Macam kita buat tepung untuk buat kuih.

* Ada orang yang masak atas dapur, untuk doh tahan lama.  Saya buat yang mudah, gaul sahaja semua bahan, dan uli.  Boleh tahan beberapa hari.  Memang mereka bermain untuk 2 hari hujung minggu sahaja. Nak main lagi, minggu hadapan kita buat lagi yang lain. hehehe

4. Asingkan beberapa bahagian, untuk letak pewarna.

5. Sedia untuk digunakan.

* Boleh minta anak-anak alas dengan surat khabar, sediakan peralatan permainan yang lain seperti pinggan plastik, pisau plastik, bekas-bekas mainan yang ada.

 Selamat mencuba, boleh jadikan salah satu aktiviti hujung minggu anak-anak.





 Mudah dan senang, tak perlu risau kalau Raisha termakan. Kalau gunakan tanah liat, risau juga takut masuk mulut.




Thursday, 1 January 2015

Selamat Datang 2015

Alhamdulillah, selamat datang 2015

Satu permulaan yang baik. Semoga hari-hari seterus membawa kejayaan yang berpanjangan.
96 protege kelas online blog penulisan, dan kelas blog bisnes di bawah bimbingan saya sepanjang tahun 2014

128 protege sepanjang Tahun 2013 dan 2014. Alhamdulillah, terima kasih pada yang semua. Saya seikhlasnya menyampaikan ilmu, semoga kalian dapat manfaat sepenuhnya, untuk terus mengorak langkah dalam dunia bisnes online.

Tahniah kepada semua yang telah berjaya menyiapkan tugasan kelas. Sudah mula wajib selesai hingga jayanya. Tahniah juga kepada semua barisan pengurus online yang sangat dedikasi. Ada yang sudah balik modal, yuran kelas dengan hanya memperkenalkan produk ABDR.

Selamat datang pelajar Januari ke Akademi Bekerja di Rumah. Kelas popular sepanjang 2014
1. Kelas asas blog penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes (produk sendiri dan dropship ABDR)
3. Kelas urus akaun bisnes
4. Pendaftaran Pengurus Online Akademi.

 
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Tahun 2015, dengan misi mahu membantu 100 orang atau lebih suri yang mahu mula berbisnes secara online, melalui kelas online blog ABDR.

Insya Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha ini.

Anys Idayu Zakaria
Guru Online ABDR
www.anysidayu.blogspot.com