Thursday, 30 October 2014

Bisnes Tanpa Modal

Pengalaman Bisnes Tanpa Modal ( Dropship )

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Google

  Assalammualaikum.



  Bila kita sebut bisnes tanpa modal mungkin pelik. Tetapi bila sebut bisnes "dropship" ramai kini telah membuka mata serta minda tidak terkecuali saya. Di saat saya kekurangan modal pusingan dan kelemahan yang tidak tahu memandu, saya tercari-cari bisnes tanpa perlu keluar rumah. Tetapi pada masa itu saya tiada pendedahan mengenai bisnes "dropship". Walaupun ada yang "offer" untuk bisnes ini. Saya menolak. Ini kerana pada saya tiada bisnes tanpa modal. Malah tidak kurang juga di takut di tipu.

   Sehingga saya bertemu dengan ABDR. Di sini saya di bekalkan 4 ebook. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes memberi saya pendedahan mengenai bisnes "dropship". Malah saya juga di beri pendedahan lebih serta di beri peluang untuk mengajukan soalan tentang bisnes "dropship" ini kepada Cikgu Anys Idayu Zakaria. ABDR juga memberi saya pilihan untuk bisnes "dropship". Dropship Produk Makanan adalah pilihan saya. ABDR juga memberi saya peluang "dropship" ebook keluaran ABDR.

   Bila saya sudah mempunyai pengetahuan dan sedikit pengalaman barulah saya cuba melangkah ke fasa yang baru. Saya menjadi agen "dropship" Buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan Kain2 Cotton gred AAA. Alhamdulillah dengan rezeki bisnes"dropship" ini, saya juga mendapat modal pusingan untuk bisnes saya pula. 

   Antara kelebihan lain saya tidak perlu ke Pejabat Pos  untuk penghantaran barang. Saya cuma hubungi pembekal untuk "confirm stok". Ada juga pembekal saya akan kemas kini produk setiap minggu untuk memudahkan agen seperti saya. Maka saya juga akan kemas kini produk saya setiap minggu. Masa saya bersama keluarga juga tidak terjejas. Semua urusan "dropship" hanya diatas talian internet.

   Alhamdulillah, dengan ilmu pengetahuan yang saya dapat ini saya mula melangkah ke hadapan dengan yakin. Saya sering berpegang kepada prinsip "Jika tiada ilmu tentang sesuatu jangan buat". Tidak rugi berguru serta belajar. Bila ada ilmu wajib mencuba. Masih banyak yang perlu saya pelajari walaupun hanya bisnes "dropship". Semoga saya bertambah bersemangat untuk menimba ilmu online.


SMS: 012-243159

**********************************************************************************************
Norliza antara salah seorang barisan Pengurus Online ABDR yang sangat konsisten. Beliau tahu apa yang dimahukan, fokus dalam menjalankan bisnes yang dijalankan. 

Untuk kalian yang mahu belajar menjadi pengurus online ABDR, boleh mula mendaftar melalui kelas online blog ABDR. Kami akan ajar cara-cara untuk membina blog rakan niaga, dan belajar berkongsi dan menulis di blog. Mula kumpul dulu pembaca dan bakal pembeli. Kemudian baru belajar pula bagaimana blog tersebut blog jadi salah satu sumber dapat hasilnya.

 

Tuesday, 28 October 2014

Tip Menggembirakan Hati Pelanggan

Teks : Siti Nornaziha Binti Md Suib
Gambar : Masayu Ahmad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan menikmati bumi Allah yang Maha Kaya ini. Semoga Allah merahmati setiap amalan yang kita lakukan di dunia ini sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak. Aamiin.


Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada Puan Masayu Ahmad yang merupakan pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) atas peluang dan penghormatan yang diberikan kepada ahli ABDR untuk memberikan ulasan di dalam eBook terbarunya berjudul Rahsia Khidmat Pelanggan Usahawan Online. Saya sebagai salah seorang ahli ABDR juga tidak mahu ketinggalan mahu mendapatkan naskhah ini juga demi memperbaiki diri menjadi seorang usahawan muda berilmu serta berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. InsyaAllah. Mohon doanya ya rakan-rakan.
            Ketika membaca eBook ini yang sarat penuh informasi dan coretan pengalaman para penjual dan pembeli online buat diri ini terkedu seketika. Hati kecil berbisik “Inilah yang aku lalui ketika baru mula menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan pada pertengahan tahun 2011”. Berbekalkan Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, saya nekad mahu memulakan perniagaan online sendiri. Terasa diri sudah cukup bersedia mahu mengharungi dunia baru, mahu bergelar usahawan muda dalam kadar segera. Ikut cara sendiri sahaja. Sehinggalah pada satu tahap, saya mula berasa kosong jiwa. Serba tidak kena dan tidak menjadi. Modal habis banyak, untung tidak seberapa. Lantas saya teringat kata-kata seorang tokoh usahawan terkenal di Malaysia yang cukup kuat melekat di kotak fikiran saya hingga ke hari ini, “anak muda ini darahnya cepat panas. Mahu cepat dalam segala hal dan tidak berfikir panjang. Pasti hasilnya juga nanti tidak akan menepati piawaian yang telah ditetapkan. Ilmu teori sahaja tidak mencukupi. Perlu ada asas praktikalnya juga”.
Terdiam saya dibuatnya. Memang benar belaka. Itulah yang baru dikatakan sebagai usahawan berilmu. Akhirnya saya sedar bahawa saya telah pun gagal pada waktu itu.
            Secara jujurnya, eBook ini menceritakan segalanya. Susun atur plot penceritaan juga menarik minat pembaca untuk kekal meneruskan pembacaan sehingga ke akhirnya. Permulaan penceritaan dimulakan dengan perbezaan antara perniagaan Online dan juga Offline. Penulis mahu pembaca tahu dan sedar bahawa Bisnes Online juga mampu menjana pendapatan lumayan sama seperti Bisnes Offline juga asalkan kena pada caranya. Diakui cabaran yang dihadapi para peniaga Online juga tidak kurang hebatnya, penulis memberikan beberapa tips mudah mengenai cara mahu mengatasi setiap masalah yang timbul sepanjang sesi jual beli berlaku bersama para pembeli. Segalanya menjadi mudah dengan adanya toleransi dan persefahaman yang baik antara kedua-dua belah pihak baik di pihak penjual mahupun di pihak pembeli. Pada helaian di bab berikutnya, penulis mula mengembangkan penceritaan dengan mula memberikan tips penting perihal bagaimana mahu menggembirakan pelanggan, membina keyakinan, menawan hati serta menghargai pelanggan hingga menjadi pelanggan setia. Bagi saya bab ini sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Pelanggan adalah tonggak ekonomi sesebuah perniagaan. Jatuh bangun sesebuah perniagaan itu bergantung kepada jumlah pelanggan yang datang membeli baik pelanggan baru mahupun pelanggan setia. Memetik sebaris kata daripada penulis di dalam eBook ini “tanpa pelanggan, siapalah kita”. Cukup ringkas tapi penuh makna tersirat di sebaliknya.
            Selepas habis membaca eBook ini, seolah-olah saya telah mendapat satu suntikan semangat yang baru. Dulu saya terlalu fokus kepada produk yang dihasilkan dan kurang mengambil berat perihal citarasa pelanggan. Skil komunikasi juga tidak begitu baik. Tetapi selepas membaca eBook ini, saya sudah tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini. Terima kasih sekali diucapkan kepada penulis kerana telah memberikan ruang dan peluang untuk saya membuat sedikit ulasan mengenai eBook ini. Saya doakan semoga Puan Masayu  Ahmad dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan dalam hidup dan dapat berterusan memberi manfaat kepada saya dan juga anda semua. Jadi apa tunggu lagi? Segera dapatkan buku ini pada harga yang cukup berpatutan dan pastinya mampu dimiliki oleh setiap orang. Sekian, terima kasih. 
 
 
 
Siri 1 (terbit 25.9.2014)

RM30 (untuk 35 pembeli terawal sahaja)

Pembelian dengan harga RM30 akan menerima bonus 1 ebook lain
Harga selepas ini RM50


anysidayuzakaria@gmail.com



Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online

Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira

Monday, 27 October 2014

Menjenamakan Semula Bisnes Melalui Kelas Online Blog ABDR

Ulasan Kelas Online Asas Blog & Fanpage

                                 

Assalamualaikum  ...

Dengan lafaz Bismillah,saya mula menulis entri pertama untuk blog saya pada hari ini. Banyak sungguh cabaran yang dihadapi sebelum entri pertama ini mula dikarang. Kekangan masa dan idea buat hati ini seperti mahu berputus asa. Tetapi,saya segera mengingatkan diri saya iaitu apabila seseorang itu mempunyai matlamat untuk memajukan dirinya,dalam masa yang sama,cabaran dan dugaan itu pastinya akan hadir juga. Hadirnya seiring tetapi saya memilih untuk meneruskan apa yang saya sudah mulakan. Sama seali tidak akan berpatah balik hanya kerana dugaan yang sedikit itu.

PELUANG KEEMASAN
Banyak kisah menarik yang terjadi sebelum entri pertama ini dibuat. Pertemuan pertama saya bersama kak Masayu Ahmad ialah melalui emak saudara saya sendiri iaitu Siti Zarinah atau lebih mesra lagi dengan panggilan Cik Ina. Saya sangat berterima kasih kepada Cik Ina kerana memperkenalkan saya dengan Kak Masayu. Sungguh tak disangka,dalam situasi saya menghadapi kesukaran untuk mempromosikan perniagaan online saya,Allah memberikan petunjuknya melalui peluang keemasan yang saya percaya,kalau saya tak ambil sekarang,mungkin tiada lagi untuk masa akan datang. Tanpa membuang masa,saya terus berhubung dengan Kak Masayu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas tuisyen yang dianjurkan oleh beliau. 

TEKNIK MUDAH DIFAHAMI DAN DIAPLIKASI
Analisa pertama yang saya boleh katakan apabila pertama kali menjejakkan kaki dan seterusnya membaca keseluruhan teknik serta cara-cara untuk menjadi seorang usahawan berjaya,saya sudah tertarik. Blog beliau sangat ringkas tetapi padat. Penuh dengan info yang berguna serta tidak terlebih-lebih. Mudah untuk difahami dan diaplikasi lebih-lebih lagi bagi seorang anak muda yang baru nak mengenal dunia perniagaan yang sebenar seperti saya. Melalui teknik-teknik yang diberikan itu juga,buat saya lebih bersemangat untuk menjenamakan semula perniagaan online saya kepada tahap yang lebih baik lagi.

ANAK MUDA SI PENDAMBA ILMU
Kedua,saya adalah seorang anak muda yang sangat sukakan ilmu. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan perihal perniagaan. Hati saya meronta-ronta untuk menjadi seseorang'di mata keluarga , sahabat handai , dan juga masyarakat di sekeliling saya. Apa yang saya maksudkan dengan seseorang ialah saya ingin menjadi manusia berguna yang seterusnya mampu membantu orang lain di saat mereka berada di dalam kesusahan hidup. Saya juga pernah berada di tempat mereka jadi saya tidak mahu mereka mengalami nasib yang sama seperti saya. Saya mahu mereka bersama-sama dengan saya memajukan diri untuk kehidupan yang lebih baik di masa akan datang.

JADI USAHAWAN YANG BIJAK
Alhamdulillah,setelah beberapa hari menganalisa serta mempelajari teknik-teknik yang diberi,akhirnya saya mulai faham bagaimana untuk menjadi seorang usahawan yang bijak. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah dari segi penggunaan tatabahasa baik ketika menulis entri untuk catatan peribadi harian ataupun ketika mempromosikan perniagaan sedia ada. Saya juga percaya dengan pepatah penulisan melambangkan keperibadian anda. Apabila saya meneliti gaya penulisan tokoh-tokoh terkenal baik dalam bidang perniagaan mahupun selainnya,memang ada tarikannya yang tersendiri. Selain dapat menjaga keindahan Bahasa Melayu kita,gaya penulisan mereka juga menampakkan kematangan. Saya percaya,cara pemikiran mereka juga bukanlah pemikiran yang biasa-biasa tetapi luar biasa. Idea untuk menulis sentiasa ada bahkan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Kalau ikutkan hati,setiap jam nak buat entri baru tetapi harus akur dengan kekangan waktu dan komitmen yang harus didulukan.

TAK MENOLEH KE BELAKANG LAGI
Langkah seterusnya yang diambil ialah dengan terus membuat latihan yang diberi tanpa berasa penat dan jemu . Bidang penulisan adalah bidang yang sangat saya cintai . Jiwa saya di sini . Saya ingin terus berkarya , mengasah bakat kurniaan Allah yang terpendam lama dalam diri dan dalam masa yang sama , memantapan lagi perniagaan online saya yang sedia ada sekarang . Keyakinan dalam diri saya juga mulai bertambah ketika entri ini sedang dikarang . ' Pena semakin ligat menari di atas lembar maya kian terisi dengan ilmu bermanfaat ' . Saya suka mengarang tinta kata ringkas untuk motivasi diri dan juga orang lain yang memerlukan . InsyaAllah saya akan menggunakan pemberian Allah ini dengan sebaiknya.

HARAPAN DI HATI
Akhir sekali,saya berdoa kepada Allah semoga ilmu yang sedang saya pelajari kini diberkati oleh-Nya dan saya juga turut mendoakan kesejahteraan Kak Masayu serta para sahabat saya yang sedang membaca monolog Pendamba Ilmu ini,dengan harapan semoga setiap entri yang saya karang dapat memberi manfaat kepada setiap orang yang membacanya. Saya juga berharap semoga lebih ramai lagi sahabat kita di luar sana yang sedar akan peri pentingnya ilmu pengetahuan untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian baik secara langsung mahupun tidak langsung. 

Sekian ,terima kasih .

Sunday, 26 October 2014

Tahun Baru 1436 Hijrah

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria 


Alhamdulillah, kita sudah pun melangkah ke Tahun Baru 1436Hijrah. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru. Semoga tahun baru Islam ini memberi keinsafan dan semoga tahun ini dapat dilalui dengan penuh gilang gemilang.

4 bulan terakhir ini juga saya rasakan masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah nak masuk November, 2 bulan lagi berakhir semester ini. Masih banyak tugasan yang perlu diselesaikan dengan segera, kerana sebulan lepas banyak saya sudah terlepas kelas. Kena lebih rajin belajar sendiri, untuk ujian yang akan datang.

Saya juga sebenarnya tak sabar nak habiskan beberapa tugasan kelas, nak mula fokus menulis ebook pula. Semoga tahun 2015 merupakan tahun yang bakal dilalui dengan penuh bermakna.

Doakan saya dapat menulis dan menerbitkan sebuah ebook tahun hadapan.

Minggu ini pasti berlalu dengan penuh sibuk dan agak hura-hara sedikit. Kakak akan menduduki peperiksaan akhir tahun sekolah rendah dan sekolah agama.  Bila peperiksaan serentak macam ni, yang kelamkabut lebih pasti Mama. Doakan juga kakak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.



owh, ye. Pendaftaran ke kelas online blog masih dibuka seperti biasa. Pakej mampu milik khas untuk suri yang mahu belajar berbisnes secara online, atau untuk mereka yang mahu tempah kedai online. Kami siapkan untuk kalian.

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.


Saturday, 25 October 2014

ABDR Kumpulan Sokongan Suri Rumah & Suri Bekerjaya


Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : ABDR 



AKADEMI BEKERJA DI RUMAH [ABDR]
Kumpulan sokongan untuk suri rumah dan suri bekerjaya
Kumpulan latihan suri belajar berbisnes online
Belajar mula menggunakan blog sebagai salah satu cara memperkenalkan diri pada pembaca dan bakal pelanggan
Mula belajar bisnes secara dropship

> ABDR landasan untuk suri rumah belajar berbisnes sec online tanpa perlu tinggal urusan anak dan keluarga
> ABDR landasan untuk suri bekerjaya berbisnes secara sampingan
> ABDR landasan untuk suri yang mahu bergelar wahm

Kami buka peluang untuk kalian bersama keluarga besar ABDR. 860 Blog alumni. Mara 1000 penyertaan.

Pendaftaran ke kelas abdr setiap hari.


Friday, 24 October 2014

Rahsia Menghargai Pelanggan

Ulasan eBook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bisnes online bukanlah perkara baru dalam diari kehidupan saya. Saya telah berbisnes secara online sejak tahun 2011. Pelbagai ragam pelanggan telah saya temui.
Oleh itu, atas dasar ingin menambah ilmu dalam Khidmat Pelanggan, apabila Puan Masayu Ahmad melancarkan eBook terbaru beliau iaitu Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online saya tidak membuang masa untuk mendapatkan naskah tersebut!
 
Di sini, saya ingin kongsikan ulasan eBook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online dengan anda semua. Semoga ia bermanfaat buat kita bersama, InsyaAllah. Cara penyampaian di dalam eBook tersebut adalah ringkas dan padat. Ia mudah difahami dan semasa membacanya kita dapat membayangkan apa yang ingin penulis sampaikan.

Kita juga pasti tidak sabar untuk mempraktiskan ilmu yang diperolehi daripada eBook ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan. Mungkin anda juga seperti saya, sambil membaca eBook ini, saya sempat termenung kerana bermuhasabah diri mengimbas kembali di mana kelemahan saya dalam skil khidmat pelanggan.
Contohnya dalam Bab 6: Menghargai Pelanggan.
Ikhlas dan Senyum – “Sapa bakal pelanggan/pelanggan dengan senyuman. Mudah sahaja, letak sahaja ikon senyum apabila berbicara dengan pelanggan walaupun hanya mesej melalui talian online. Gunakan ia sebaiknya. Senyuman itu membenarkan kita berurusan dengan baik dengan pelanggan. Ia adalah penghargaan yang cukup mudah. Mungkin sebelum ini kita merasakan bahawa perkara ini adalah perkara remeh dan tidak penting! Tapi, sebenarnya ia memberi impak yang sangat besar. Jika kedai fizikal sekalipun, jika peniaga bermuka manis dan sentiasa senyum kita pun rasa selesa dan bersemangat hendak membeli! Jika sebaliknya? Terus rasa hendak keluar dari kedai kan? eBook ini juga berkongsi RAHSIA memikat hati bakal pelanggan/pelanggan bermula daripada sebelum mereka menjadi pelanggan, setelah menjadi pelanggan dan bagaimana memikat mereka untuk menjadi pelanggan setia!

Pelanggan setia akan membuat pengulangan membeli produk malah mereka juga selalunya akan menjadi ‘agent pemasaran’ kita secara tidak langsung iaitu melalui ‘viral’ di media social atau ‘mouth to mouth’. Contohnya ialah apabila mereka membeli tudung yang kita jual, rakan mereka mungkin tertarik lalu bertanya di mana tudung itu dibeli. Jawabnya ialah “online” lalu ‘memperkenalkan’ blogshop atau facebook page kita. Bukankah itu menguntungkan kita? Lebih menguntungkan lagi jika pelanggan kita itu memuji kita kerana layanan yang baik dan senang berurusan dengan kita. Pasti ia menambah kepercayaan dan keterujaan orang lain untuk membeli dengan kita.

Banyak lagi RAHSIA yang perlu kita ketahui untuk meningkatkan mutu khidmat pelanggan yang akan diperolehi melalui eBook ini. Jika anda mempunyai staf yang menguruskan bisnes online anda, anda patut memberikan eBook ini kepada mereka juga. InsyaAllah, ia akan memberikan manfaat untuk perniagaan anda. Anda tidak akan rugi memilikinya!
Tahniah Puan Masayu Ahmad!




Siri 1 (terbit 25.9.2014)

RM30 (untuk pembeli 40 terawal sahaja)

Pembelian dengan harga RM30 akan menerima bonus 1 ebook lain
Harga selepas ini RM50


anysidayuzakaria@gmail.com



Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online

Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira

Thursday, 23 October 2014

Cara Mula Bisnes Online Dengan Dropship

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Entri hari ini berkaitan dengan soalan yang selalu saya terima daripada pembaca blog. Terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah di sini, dan mereka secara personal menghubungi saya untuk bertanyakan soalan. Insya Allah saya akan cuba bantu melalui pengalaman saya sendiri.

Antara soalan yang sering mereka tanya :

"Saya tidak ada bisnes, tak tahu macam mana hendak mula. Blog pun tak ada. Produk pun tak ada''

"Saya nak belajar berkenaan bisnes online, tapi tak tahu nak mula macam mana"

"Saya nak tahu macam mana nak mula bisnes online, saya tak berapa pandai"
 
Ada 3 langkah mudah untuk kalian yang masih keliru bagaimana nak mulakan bisnes secara online.
3 teknik mudah ini sangat sesuai untuk yang zero basic, yang baru nak belajar berbisnes, tanpa perlu modal yang terlalu tinggi.

1. Pastikan kalian ada akaun facebook. Media sosial ini merupakan landasan bisnes yang paling mudah, ramai yang mula dengan hanya menggunakan facebook. Kalian boleh lihat berapa ramai usahawan yang mempromosikan produk mereka di sini. 

Dulu saya sendiri buka akaun facebook memang hasrat dan niat mahu berbisnes secara online. Nak promosi barang di fb, sebab kita sendiri tak ada modal yang banyak untuk buat marketing/pemasaran dengan menyewa kedai. 

2. Pilih apa sahaja produk untuk kalian mula berjualan. Digalakkan mula dulu dengan dropship. Bagi yang masih belum jelas macam mana bisnes dropship, boleh baca di sini http://anysidayu.blogspot.com/2013/04/bisnes-dropship.html

Melalui facebook juga, kalian boleh cari begitu ramai usahawan yang menawarkan dropship untuk produk mereka. Atau boleh sahaja lihat di sini http://sohodirectory.blogspot.com

Selepas pilih produk, mula rancang strategi atau cara untuk pasarkan produk tersebut di facebook. Mudah sahaja, upload gambar produk, masukkan details, dan muat naik ke status facebook kalian.
Kongsi kebaikan produk, jangan hanya iklan semata-mata.

Boleh mula belajar hasilkan pages untuk produk tersebut.  Usahawan online di facebook lebih bagus gunakan pages untuk pasarkan produk, berbanding facebook personal. 

3. Bina blog kedai online. Blog merupakan medium pemasaran paling efektif untuk kita perkenalkan produk, dan memperkenalkan diri pada pembaca dan bakal pelanggan. Blog lebih meluas dan mudah dijejak pelanggan berbanding facebook.

Facebook biasanya, hanya untuk rakan-rakan, keluarga dan saudara mara terdekat. Kita jarang sekali berkawan dengan orang yang tidak dikenali di facebook. Jadinya, pasaran produk kita lebih terhad. 

Tapi sebenarnya kita masih boleh gunakan pages, dengan menggunakan servis iklan berbayar di pages facebook. Ok, yang ini nanti kita cerita kemudian.

Berbanding jika kita gunakan blog. Blog lebih mudah dijejak pelanggan jika kita hasilkan blog yang mesra pembaca, selalu konsisten menulis, dan selalu buat blogwalking, untuk bertukar link blog dengan blogger lain.

Belajar gunakan blog sebagai kedai online yang berfungsi 24 jam, walaupun kita sibuk tak sempat menjenguk kedai, kedai online kita sentiasa dibuka, dan kita boleh terima tempahan setiap hari.

3 langkah mudah ini, kalian perlu konsisten dan fokus buat bersungguh-sungguh jika mahu berbisnes online.  Sama juga macam kita buka kedai biasa di luar, jika mahu pelanggan singgah dan masuk ke kedai kita, pasti kita perlu buka setiap hari kan. Jadi, dengan berbisnes online, cara yang paling mudah kita perlu perkenalkan produk kita setiap hari di facebook, dan perlu konsisten menulis dan berkongsi di blog supaya mudah untuk pelanggan jejak.

Untuk 3 langkah ini, kalian boleh sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR)

Di ABDR, kalian boleh mula dalam kelas online blog bisnes. Belajar berbisnes online secara dropship dengan menggunakan produk yang akademi sediakan, dan berpeluang belajar hasilkan blog kedai online.

ABDR menawarkan beberapa produk pilihan untuk dropship. Hanya pilih suka yang mana
1. Makanan sunnah (air zam-zam, jus delima, zafaran, jus kurma dan lain-lain)

2. Produk makanan (nasi arab, serunding, keropok keping, tamar coco dan lain-lain)

3. Telekung solat 

4. Produk islami (e-iqra, quran digital)

Pilih dropship, dan belajar hasilkan kedai online blog. Belajar bagaimana nak mula perkenalkan produk di facebook dan blog.

Untuk sertai kelas ini, kalian boleh hubungi saya di sini ya

Email : anysidayu.blogspot.com
sms /wsapp : 017-7912993




Monday, 20 October 2014

Panduan Untuk Usahawan Online - Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib ABDR

 Alhamdulillah, 
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan buat Puan Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja Di Rumah atas kelahiran e-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online. Bertuah rasanya dapat memiliki dan membaca naskhah e-book ini dan saya anggap tepat pada masanya. 
 
Sejak kebelakangan ini saya banyak mendapatkan barang melalui pembelian online. Bukan sahaja mudah dan santai, malah menjimatkan. Saya juga akan mengulangi pembelian jika kualiti produk pada tahap yang bagus dan khidmat yang diberi sangat memuaskan. Kini saya turut berniaga secara online, saya juga mahu pelanggan berpuashati dengan khidmat dan jualan saya.
 
Satu persatu topik penting dikupas oleh penulis dalam e-book ini. Terkandung panduan yang bermanfaat bagi usahawan online yang baru bermula malah sesuai bagi usahawan tegar untuk menambah baik khidmat pelanggan. Rahsia-rahsia yang terkandung dalam e-book ini membantu kelangsungan bisnes online yang baik dan memberi kebaikan kepada dua pihak iaitu usahawan dan pelanggan dalam mewujudkan sistem perniagaan online yang sihat. Bagi yang belum memilikinya, saya sarankan untuk dapatkan sekarang juga. Satu pelaburan yang sangat berbaloi.
 
 
 

MIliki Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online

Siri 1 (terbit 25.9.2014)

RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Pembelian dengan harga RM30 akan menerima bonus 1 ebook lain
Harga selepas ini RM50


anysidayuzakaria@gmail.com



Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online

Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira

Wednesday, 15 October 2014

Misi Mencapai Matlamat 2014

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Selamat memulakan tugas untuk hari ini.

Sudah hampir separuh bulan Oktober. Tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi untuk kita menyelesaikan mana-mana target yang masih dalam pelaksanaan untuk tahun ini.

Insya Allah masih sempat lagi untuk saya selesaikan matlamat 2014, saya mahu bantu 100 orang suri yang mahu belajar memulakan bisnes secara online melalui kelas online blog di ABDR. Setakat hari ini sudah 74 pelajar yang saya bimbing mereka dalam kelas online blog ABDR. Alhamdulillah antara mereka yang rajin dan komited sudah ramai yang pandai membina blog sendiri, dan sudah ada yang konsisten serta pandai menjana pendapatan melalui ABDR.

Ayuh kita mulakan langkah pertama dengan hanya menjalankan bisnes secara online sahaja. Mula dulu dengan dropship. Gunakan fb dan blog sebagai medium pemasaran yang paling efektif. Bagi yang ada kepakaran tertentu, gunakan blog untuk berkongsi ilmu kita untuk manfaat pembaca. Mana tahu, satu hari nanti, apa yang kita kongsikan di blog itu sangat bernilai.

Jom-jom, sapa mahu bergelar protege saya untuk Bulan Oktober. Pendaftaran masih dibuka. Cepat-cepat bertindak untuk kita mula langkah pertama.

TINDAKAN IMPAK PALING BERKESAN untuk kita BERJAYA

 Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
-produk sendiri
-dropship makanan sunnah
-dropship produk makanan
-dropship telekung solat
-dropship produk islamik
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Kelas penulisan ebook


Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Anys Idayu Zakaria
Guru Online ABDR
www.anysidayu.blogspot.com

Tuesday, 14 October 2014

Menambah Baik Khidmat Pelanggan

Menambah baik khidmat pelanggan






Walau pun cik azue ni bolehlah dikatakan dah berkecimpung dengan urus niaga online secara serius hampir 4 atau 5 tahun juga, tetapi cik azue suka juga membaca garapan yang ditulis oleh puan penulis. Bagi anda rakan-rakan yang baru hendak berjinak-jinak dengan urus niaga online ini, terutama kepada bakal para usahawan online, e-book ini boleh kalian dijadikan sebagai buku panduan permulaan.
Bercakap tentang E-book ini, secara amnya, mempunyai 8 bab dengan satu bab Bonus:Perkongsian Pengalaman untuk dijadikan panduan.
Disenaraikan bab-bab yang terkandung di dalam e-book ini beserta serba sedikit ulasan berkaitan.
Bab 1 - Urusniaga Online
Menerangkan apa itu urusniaga online dan perbezaannya dengan urusniaga offline, siapa pelanggan online serta juga terdapat istilah-istilah yang sering digunapakai ketika urusniaga online.
Bab 2 - Menggembirakan Pelanggan
Diterangkan bagaimana cara bagi menggembirakan pelanggan yang membuat urusniaga online dengan kita serta bagaimana juga harus kita mengawal emosi yang menguasai seseorang usahawan online terbabit.
Bab 3 - Membina Keyakinan Pelanggan
Ebook ini menceritakan beberapa perkara perlu dan sampingan yang boleh dilakukan bagi menambah keyakinan pelanggan terhadap seseorang usahawan online itu. (oh, ho! ada beberapa perkara yang perlu cik azue perhalusi disini bagi memantapkan perusahaan online cik azue - sebab itu cik azue suka membaca banyak-banyak, lagi banyak dibaca, lagi baca yang perlu dibaca untuk lebih banyak ambil tahu)
Bab 4 - Menawan Hati Pelanggan
Disenaraikan 11 perkara yang boleh dilakukan bagi memastikan kita (pengusaha online) dapat menawan hati para pelanggan - ya, beberapa perkara sudah cik azue buat, dan ada beberapa perkara yang perlu cik azue perbaiki lagi selepas ini.
Bab 5 - Menghargai Pelanggan
Ada 10 panduan yang berguna yang boleh diguna pakai bagi memperbaiki mutu khidmat pelanggan yang dipraktis selama hari ini. Selalunya cik azue lakukan apa yang difikir akan menggembirakan hati sendiri, jika berada di pihak pembeli.
Bab 6 - Kuasa Khidmat Pelanggan
Percaya atau tidak, khidmat pelanggan yang baik menjaminkan pulangan kesetiaan pelanggan. Ini juga ditonjolkan dalam ebook ini seperti mana yang cik azue pernah rasai sebelum ini.
Bab 7 - Khidmat Pelanggan Profesional
Melalui bab ini, kita dapat mempertingkatkan skil khidmat pelanggan sedia ada.
Bab 8 - Tingkatkan bilangan Pelanggan Setia
Terdapat juga saranan yang boleh dilakukan bagi menambah bilangan pelanggan setia sedia ada melalui beberapa panduan.
Tepuk dada tanya Nawaitu. Apa mahu kita menjadi salah seorang usahawan online.
Ebook ini, sejujurnya, adalah garapan beberapa buah buku motivasi perniagaan yang telah cik azue baca (baca tanpa buat ulasan di blog- penyakit 'M' telah melanda). 
Menariknya, dengan hanya membaca satu ebook yang dikira agak lengkap ini, sudah memadai sebenarnya untuk anda jadikan panduan, jika benar-benar mahu terjebak dalam perusahaan online ini. 

Melalui beberapa perkongsian yang dimuat di dalam ebook ini juga dapat memberi tunjuk ajar pada anda yang buka mata hati untuk belajar.
Pendek kata, sebab entri hari ini pun sudah panjang, maka, sebagai kesimpulannya, bagi cik azue, ebook ini dapat membantu menambah baik mutu khidmat pelanggan yang sedang cik azue lakukan sekarang ini.
Anda, usahawan online, khususnya, macam mana? Bagaimanakah mutu khidmat pelanggan yang ditawarkan? Jika ingin menerokai ebook ini, anda boleh hubungi cik azue bagi mendapatkan naskah berharga ini untuk dijadikan panduan.
Akhir kalam, benarlah kata orang bijak pandai, semakin banyak yang kita tahu, maka akan semakin banyak lah yang akan kita tidak tahu. Solusinya adalah dengan belajar tanpa henti, dari buaian, sehinggalah ke liang lahad.
Macam biasa, nak hubungi cik azue:
email: kuazue@gmail.com
fb: Kuazue Mohamad Azuriyah Mohamad
Page: Kuazue Mohamad
http://kuazue.blogspot.com/2014/10/entri-87-rahsia-khidmat-pelanggan.html
___________________________________________________________________________

Siri 1 (terbit 25.9.2014)

RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Pembelian dengan harga RM30 akan menerima bonus 1 ebook lain
Harga selepas ini RM50


anysidayuzakaria@gmail.com



Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online

Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira
 
 

 
Siri 1 (terbit 25.9.2014)

RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Pembelian dengan harga RM30 akan menerima bonus 1 ebook lain
Harga selepas ini RM50


anysidayuzakaria@gmail.com

Monday, 13 October 2014

Mula Langkah Berniaga Online

PELUANG DAN RUANG untuk para suri. Surirumah atau suri bekerjaya yang MAHU MULA LANGKAH NIAGA tetapi ….

** TIDAK TAHU BAGAIMANA HENDAK MULA

** TIDAK TAHU PRODUK APA YANG UNTUK DIJUAL

** TIDAK ADA MODAL YANG BANYAK

** KEKANGAN MASA UNTUK BELAJAR DI LUAR 


** MAHU MULA TAPI TIDAK MAHU TINGGAL URUSAN KELUARGA


** MAHU MULA TAPI SECARA SAMPINGAN
 

** PRODUK ADA, TAPI TIDAK TAHU CARA UNTUK PERKENALKAN PADA PEMBELI

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menyediakan peluang kepada suri memulakan bisnes dengan kaedah paling mudah dan kos paling minima. Dengan hanya RM200.00 samada secara tunai atau bayaran ansuran (RM100x2 atau RM50x4), kami akan berikan tunjuk ajar bagaimana hendak memulakan, dan suri berpeluang berniaga dengan produk dropship ABDR.

Akademi Bekerja Di Rumah kini hampir mencecah 1000 orang bloggers. Bayangkan jaringan network dan sokongan percuma yang bakal menanti suri sekalian. Setiap blogger akademi dapat dikenali dengan logo wanita comel di atas pada blog masing-masing.

Antara produk-produk laku keras yang ditawarkan ialah:

>> Produk Makanan Sunnah (jus kurma, jus delima, air zam-zam dll)

>> Produk Makanan (nasi arab, keropok, serunding, koko tamar, dll)

>> Telekung solat

>> Produk islamik (e iqra, al quran digital dll)

Jika suri sekalian berminat boleh hubungi saya

Email : anysidayuzakaria@gmail.com 
(sms /wsapp : 017-7912993) 
untuk kita mula secepat mungkin.

Anys Idayu Zakaria
Guru Online ABDR
www.anysidayu.blogspot.com

Segmen Tajaan : Vitamin E Shaklee

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bismillah. Assalamualaikum para pembaca yang sudi singgah di sini. Terima kasih tak terhingga kepada kalian yang sudi baca setiap perkongsian saya. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat.
Ok hari ini saya nak kongsikan satu entri tentang vitamin E Shaklee, di bawah segmen tajaan.
Vitamin E ini saya dah amalkan pengambilannya selama sebulan. Alhamdulillah sangat bagus untuk kulit muka, dan yang lebih penting membantu kulit wajah saya nampak lebih berseri dan tidak kusam lagi. Seblum ini kulit muka saya memang agak kusam. Tambahan saya memang tak ambil apa-apa suplement lain. 

Sejak mengambil Vit C dan vitamin E ni, kulit muka saya memang tidak kusam lagi, dan yang lebih penting dapat menghilangkan parut jerawat yang timbul. Muka saya sebenarnya memang jarang sekali tumbuh jerawat, tetapi hanya akan timbul dan muncul pada waktu-waktu tertentu sahaja. Jadi sejak amalkan vitamin E ini, cepat pula parut jerawat hilang.

Inilah rupanya. Besarnya kan. Hihi, boleh je saya telan. Rasanya memang seakan-akan buah anggur, ada rasa seperti masam-masam sedikit, kerana vitamin E ini mengandungi ektrak biji anggur. 

Untuk tahu kelebihan lagi boleh baca di bawah ini ya. Dan jika mahu dapatkan vitamin E yang bagus ini, boleh terus hubungi kak Zaridah. Saya hanya pakai dan amalkan sahaja. hihi



1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Perbezaan Vitamin E Shaklee dengan vitamin E dipasaran ialah Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.

Vitamin E semakin hebat dengan adanya extract biji anggur.
Wanita Dan Vitamin E
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau pembelian produk, sila hubungi saya seperti dibawah.
"Salam Ukhwah & Senyum Sokmo dari Daa ibu WaMeAz"