Sunday, 27 July 2014

Salam Syawal

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Carian google

Bismillah. Ramadhan bakal melabuh tirai. Insya Allah esok kita semua bakal menyambut hari kemenangan. Di kesempatan ini saya ingiN memohon maaf kepada semua para pembaca yang sudi singgah dan baca perkongsian saya di blog. Maaf sekiranya ada bahasa dan kata yang menyinggung hati kalian. Tiada niat lain, hanyalah perkongsian untuk manfaat semua.

Semoga bulan ramadhan kali ini menjadikan kita seorang muslim yang terus istiqomah melakukan kebaikan setiap masa.

Sempena syawal ini, pendaftran kelas online masoh berlangsung seperti biasa. Bagi yang mahu menimba ilmu time cuti raya ni, kalian boleh hubungi saya. Kelas berlangsung setiap hari. Sambil beraya saya masih sempat untuk ajar kelas secara online.

Selamat memyambut syawal, ampun maaf. Didoakan kalian berada dalam keadaan selamat walau di mana berada.

Salam kasih sayang,
Anys Idayu zakaria
Email: anysidayuzakaria@gmail.com
Sms /wsapp : 017-7912993

Monday, 21 July 2014

Kerja Dari Rumah Secara Online Trend Golongan Wanita Zaman Kini

Sebelum ini saya telahpun melibatkan diri di dalam perniagaan online sejak 5 tahun yang lalu. Saya mempunyai Blog Bisnes, Facebook dan juga Fanpage bisnes. Prestasi bisnes online saya ada pasang surutnya. Jika saya mendiamkan diri, tidak update di blog atau Facebook, maka jualan pun tiada. Begitulah sebaliknya.
Terus terang saya katakan di sini, bekerja di rumah secara solo, seorang diri di samping kerja-kerja di rumah yang seakan-akan tidak pernah habis memerlukan semangat dan motivasi yang sangat tinggi . Sokongan daripada suami, anak-anak dan juga keluarga terdekat amat diperlukan.
Sehingga pada awal bulan Jun 2014, saya terpanggil untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Saya memberanikan diri untuk pm P bertanyakan apa yang perlu dan boleh saya lakukan untuk menambah pendapatan keluarga pada masa yang sama ingin menjana pendapatan dan mendidik anak-anak sendiri.
Saya diberikan 8 soalan analisa diri. Selepas itu barulah dicadangkan supaya saya mengikuti kelas penulisan dan asas blog. Saya perlu menyiapkan sebanyak 44 entri di blog baru saya iaitu Diari Surirumah Online. Di sini, mata saya terbuka luas.
Rupa-rupanya ramai wanita terutamanya ibu-ibu di Malaysia yang mempunyai niat yang sama seperti saya. Mahu melihat anak membesar depan mata sendiri dan pada masa yang sama dapat menjana pendapatan untuk keluarga dari rumah.
Saya mula menjelajah ke blog-blog guru kelas online yang lain dan juga alumni kelas-kelas online. Sungguh tidak disangka, kerja dari rumah secara online, kini telah menjadi trend terutama golongan wanita yang berpelajaran tinggi.
Telah banyak pendedahan mengenai perlunya wanita berada di rumah untuk menjaga dan mendidik anak-anak sendiri. Terasa rugi seketika kerana agak terlewat menyertai ABDR padahal saya telahpun mengikuti blog Puan Masayu Ahmad iaitu naufalsayang.blogspot.com beberapa tahun yang lepas. Apapun, saya panjatkan jutaan kesyukuran kerana masih ada ruang untuk saya bergerak bersama-sama dengan ABDR secara berjemaah.
Untuk sahabat yang masih tertanya-tanya apa itu ABDR:
Secara ringkasnya Akademi Bekerja Di Rumah ini adalah satu kumpulan sokongan atau satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah.
Kami bergabungan bersama dengan 780 blog peserta, 25 kelas dan 11 guru online yang berdedikasi.
Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook.
Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama.
Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.
Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas.
Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.
Sekarang, setelah lebih 2 minggu saya menjadi keluarga ABDR, jumlah kenalan semakin bertambah walaupun hanya di alam maya. Kata-kata dan pengalaman mereka begitu terkesan dengan jiwa.
Jika dulu saya memperkenalkan diri sebagai surirumah yang tidak bekerja, segan untuk memberitahu tentang bisnes online yang naik turun prestasinya. Sekarang tidak lagi. Saya sudah mula memperkenalkan diri sebagai WAHM. Saya percaya dengan kata-kata dan doa serta usaha yang konsisten, matlamat saya ingin menjana pendapatan setiap hari InshaaAllah akan menjadi kenyataan.
Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada jemaah keluarga ABDR. Tahniah!
Singgah di blog: http://zabedahshafie.blogspot.com/
Berkenalan dengan puan Zabedah, Ummu Aimy ButikSpa


 


*******************************************************************************************************************


Belajar bagaimana operasi bisnes online 24 jam tanpa perlu mengurus stok.
- Order diterima setiap hari,namun kita masih ada masa untuk uruskan perkara lain
- Bekerja dari rumah tanpa perlu keluar rumah.
Pendaftaran pasukan dropship online ABDR, juga pengurus online masih dibuka.




Alhamdulillah, setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Pendaftaran masih berlangsung, walau cuti hari raya. Kelas juga masih boleh dijalankan, kerana hanya secara online sahaja. Tak memerlukan kalian berada dalam kelas di tempat khusus. Sambil membuat persiapan raya, masih boleh timba ilmu berblog. Pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship projek duit raya & selepas raya
- dropship telekung solat
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sinihttp://sohodirectory.blogspot.com/

Boleh hubungi saya bila sudah sedia ya
Anys Idayu Zakaria
Guru Online ABDR
www.anysidayu.blogspot.com
Email : anysidayuzakaria@gmail.com


sms/ wtsapp : 017-7912993 

Sunday, 20 July 2014

Belian Ebook Amal Gaza

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Hari ini sudah 22 Ramadhan, sudah penghujung ramadhan. Sudah masuk 10 Ramadhan terakhir minggu ini. Apa KPI kita untuk ramadhan kali ini. Sayunya hati Ramadhan bakal berakhir. Istiqomah dan sentiasa berdoa pada Allah supaya dapat qiam untuk 10 malam terakhir ini. Kita perlu tekan minyak lebih sikit untuk terus gandakan pahala. Nak rebut peluang pintu-pintu syurga yang Allah buka.

Minggu sudah kita dikejutkan dengan berita kesedihan dan kepiluan, kapal terbang MH 17 yang telah ditembak jatuh. Allahuakbar. Negara diuji lagi dengan berita menyayat hati ini, selepas beberapa bulan kehilangan MH 370. Takziah untuk semua waris penumpang, sahabat handai, krew dan anak kapal. Semoga tabah menerima ujian yang sangat berat ini.

Takdir dan ujian Allah datang sekelip mata. Tanpa kita duga. Hari ini sihat, esok sudah sakit. Hari ini kita bergelak tawa, esok sudah tiada. Apapun kita harus bersedia, sentiasa mengingati mati dan sentiasa redha dan tabah dengan ujian Ilahi. Minggu lepas juga, saya diuji, tanpa diduga agaknya tersalah makan, seharian sakit perut dan cirit birit. Patutlah sehari rasa badan lemah sangat, perut pula tak henti-henti memulas. Ujian sakit sehari dua mengingatkan saya supaya lebih berhati-hati memilih makanan.Alhamdulillah, 2 hari selepas makan ubat sudah beransur sihat.

Hujung-hujung Ramadhan pasti ramai sudah berebut-rebut mahu buat persiapan raya. Saya sendiri tiada satu pun lagi yang siap. Mungkin beberapa hari lagi cuba ambil masa untuk keluar beli keperluan raya kakak dan adik. Saya sendiri tak da masalah. Boleh guna apa yang ada dan masih baru. Untuk mereka berdua, mahu beri keseronokan pada kakak yang asyik bertanya bila mahu beli pakaian raya.

Apa pun, jangan lupa sentiasa terus istiqomah melakukan ibadah 10 Ramadhan terakhir ini, merebut pahala berganda-ganda, mencari Lailatul Qdar.

Salam takziah, al fatihah untuk semua keluarga mangsa pesawat MH 17
Doakan juga keselamatan semua umat Islam di Gaza.

Jumpa lagi di entri akan datang.
Salam sayang :)

************************************************************************

Bismillah. JUALAN AMAL GAZA
Setiap pembelian ebook 101 idea home based bisnes, sebanyak RM40 akan disalur dan disedekahkan ke tabung AMAL GAZA. Semoga sedikit sumbangan kita membantu meringankan beban umat islam di sana. Insya Allah.

EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES (RM 50)
Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Bagi yang berminat mahu dapatkan ebook ini, membeli sambil menderma boleh hubungi saya di 
email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wtsapp : 017-7912993

atau isi terus borang tempahan di sini dan nyatakan 'BELIAN EBOOK AMAL GAZA''

Friday, 18 July 2014

Kelas Online Blog ABDR Membantu Aliran Traffik Ke Blog

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, seorang lagi protege kelas blog telah berjaya menyelesaikan tugasan kelas. Semua tugasan kelas yang diberikan hanya secara online sahaja, dan semuanya bergantung pada usaha mereka sendiri, sama ada mahu siap cepat atau lambat. 


Kelas Asas Blog Penulisan 
sumber : http://sharimahyahya.blogspot.com/2014/07/kelas-asas-blog-penulisan.html
 
Teks: Sharimah Binti Yahya
Foto: Koleksi Peribadi

Kelas ini sesuai untuk sesiapa sahaja. Bagi yang tidak mempunyai pengetahuan tentang blog tidak perlu risau kerana langkah demi langkah akan diajar oleh guru. 
Setiap peserta akan diberi tugasan untuk diselesaikan. Antara tugasan yang perlu diselesaikan ialah 44 entri .Tempoh tugasan adalah bergantung kepada peserta. 
Komunikasi dua hala antara peserta dan guru adalah secara online. Sekiranya terdapat kemusykilan dan pertanyaan, peserta boleh bertanya kepada guru. Guru online sentiasa membantu dalam memberi panduan dan tunjuk ajar.
Antara yang dititik berat dalam kelas ini ialah penjenamaan blog dan penulisan entri yang konsisten. Contohnya, ini adalah blog saya sebelum saya menyertai kelas iaitu MyJournal. Terdapat perbezaan yang agak ketara baik dari isi, antaramuka dan trafik blog. MyJournal beroperasi sejak tahun 2012 tetapi aliran trafik sehingga kini hanya 677. Selepas penjenamaan, blog sekarang yang hanya baru beroperasi dua minggu telah mempunyai 600 aliran. Aliran trafik ini juga penting dalam meletakkan blog kita dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo.


Wednesday, 16 July 2014

Menjana Pendapatan Dari Rumah Melalui Blog dan Facebook

Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Menjadi impian setiap wanita untuk menjaga anak-anak dengan tangan sendiri di depan mata, menyambut kepulangan suami setiap masa dan menyediakan segala keperluan keluarga. Namun desakan ekonomi di kota menyebabkan ramai wanita terpaksa bekerja termasuk saya sendiri. Walaupun berkerja, hati masih rasa tidak puas hati dan gelisah memikirkan anak-anak dibawah jagaan orang lain. Sabarlah wahai hati. 

Saya memang ada hasrat untuk bersara awal dari kerjaya sekarang untuk menumpukan perhatian kepada keluarga. Tambahan pula 'suasana' di tempat kerja yang tidak 'nyaman'. Jadi saya mahu membuat persediaan supaya saya tetap ada pendapatan untuk keluarga walaupun tidak bekerja dan berada di rumah.

Saya mula menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) secara rasmi pada bulan April 2014. Tetapi sebenarnya saya sudah menyelidik tentang ABDR sejak awal tahun lagi. Ketika membaca majalah Mingguan Wanita, saya terbaca penulisan Pn. Masayu Ahmad tentang bekerja di rumah. Saya tertarik dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut. 

Akademi ini beroperasi 100 % secara online yang menyediakan kelas online untuk belajar cara menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook. Maknanya anda hanya perlukan telefon pintar / komputer dan talian internet serta fokus untuk belajar dan berniaga!. Tidak perlu keluar ke mana-mana.

Lalu saya telah mendaftar kelas ABDR dengan menghubungi cikgu Anys Idayu Zakaria melalui sms. Banyak perkara baru yang saya pelajari. Saya tiada blog dan facebook sebelum menyertai ABDR. Saya ni rabun IT, kurang mahir tentang teknologi IT yang cepat berkembang. Tapi perlahan-lahan saya cuba menyiapkan tugasan dengan bantuan cikgu Anys Idayu Zakaria. 

Bermula dengan analisa, saya cuba menyiapkan tugasan lain yang diberikan. Walaupun belum lengkap sepenuhnya tetapi saya suka dengan apa yang saya lakukan kerana kelas di ABDR ini fleksible mengikut masa saya sendiri. Saya tidak perlu keluar dari rumah atau pejabat untuk menghadiri kelas kerana ABDR adalah kelas atas talian (online). Komunikasi antara saya dan guru online juga secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar disediakan dalam group kelas online membuatkan saya cepat faham.

Saya belajar membina fanpage untuk bisnes butik pakaian wanita kerana saya suka melihat fesyen yang berbagai gaya. Niat saya, mungkin saya dapat memudahkan wanita lain mencari pakaian yang sesuai dengan mereka. Selain itu, saya juga dapat menjalin persahabatan baru dengan peserta ABDR dan rakan online yang lain. 

Terima kasih kepada Pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana mencetuskan ABDR.

Terima kasih kepada cikgu Anys Idayu Zakaria yang sangat membantu serta sabar melayan pertanyaan saya.

Terima kasih juga kepada rakan ABDR dan rakan online kerana saling menyokong. Semoga semua wanita dapat memajukan diri sendiri dan mencapai matlamat suri bekerja di rumah (WAHM).

Bagi suri yang ingin berubah, mahu keluar dari zon anda sekarang atau mahu menjadi USAHAWAN, saya cadangkan anda membuat persediaan dengan menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Mungkin ada perubahan dalam hidup anda nanti!

Jumpa lagi :)

Monday, 14 July 2014

Bagaimana Cara Menjana Pendapatan Melalui Blog

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bagaimana cara menjana pendapatan melalui blog?
Tulis dan kongsi apa yang kita ada.
Kemahiran, ilmu, motivasi tulis dan sebar melalui penulisan di blog
Bina pembaca dan pengikut blog sendiri
Dari situ mereka boleh baca perkongsian dan iklan kita
Belajar cara ini lebih lanjut dengan daftar sebagai PENGURUS ONLINE AKADEMI.


Mula bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Akademi. Sangat mudah dan senang kerana hanya atas talian. Yang bestnya walaupun cik posmen bercuti, kita masih boleh berurusniaga, kerana semua produk atas talian, selagi ada internet

Sangat sesuai untuk mulakan sekarang, bila sibuk nak raya orang tak pakat pos barang dah, semua mesti ramai online sahaja.

Bagi kalian yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online ABDR

* Hanya daftar dengan yuran RM 300 - sekali bayar untuk yuran pendaftaran pengurus online akademi

* Dapat Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan dan ebook gaya bisnes siti khadijah yg akan terbit pada 30hb).

* Bonus 2 tahun beriklan di soho directory

* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga

* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.
Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan.

Ini bukan omongan kosong, kerana pasukan pengurus online akademi sudah beroleh hasil seperti ini. Tapi ada syarat utama,
1) ikut apa yang telah diajar,
2) mula praktik,
3) mula promosi, dan
4) yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.

Jika sudah sedia, boleh hubungi saya untuk bermula





Sunday, 13 July 2014

Kelas Online ABDR Tiada Had Masa Belajar

Ulasan Kelas Online Blog

Guru Online : anys idayu zakaria 
protege : Roszila Ibrahim 
sumber : http://roszilaibrahim.blogspot.com/search/label/Ulasan%20Kelas%20Online%20Blog 
Bismillah. Alhamdulillah penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki dan rahmat kepada kita. Definisi blog pada pandangan saya ialah berisi tulisan, artikel atau informasi bermanfaat yang diupdate (diperbaharui) secara teratur diakses secara online baik untuk umum mahupun peribadi. Blog juga kombinasi sesebuah teks, gambar, video dan link ke satu blog ke blog. Blog juga laman yang menempatkan pelbagai topik samaada berdasarkan minat, kemahiran atau apa untuk dikongsi. Boleh juga dikatakan sebagai diari online. Kini dengan blog juga dapat menjana pendapatan. Zaman sekarang semua maklumat hanya dihujung jari sahaja. 
Oleh itu, saya mengambil peluang ini tanpa ragu-ragu kerana dengan kelas online blog banyak faedahnya. Bisnes online sudah menjadi fenomena luar biasa pada masa kini seiring perkembangan teknologi dan kemudahan internet yang semakin meluas. Angan- angan saya memang tinggi dan saya berharap supaya menjadi WAHM yang berjaya seperti yang diharapkan Insya Allah, doakan impian saya menjadi kenyataan yer. 
Niat memang sudah lama untuk belajar blog dan baru sekarang impian dapat direalisasikan.Yang bestnya Kelas Online ini kita tiada had masa yang ditetapkan tapi kalau cepat hasil cepatlah menuai kan! Masa untuk buat blog pun mengikut masa terluang dan sangat fleksible. Pada mulanya saya membeli dua ebook dari Anys Idayu untuk bahan bacaan saya, oleh kerana tidak puas membaca ebook jadi saya daftarkakan diri dengan Anys Idayu untuk belajar. Teruja sangat dapat belajar dan berblog kerana ini merupakan pengalaman baru bagi saya. Yuran Rm 200 dengan percuma 4 ebook memang sangat berbaloi dengan ilmu dan panduan yang berguna. 
Kini, saya masih giat menuntut ilmu dan saya berharap supaya dapat menghasilkan blog yang berkualiti. Bukan itu sahaja, peserta kelas blog akan di invite ke grup Belajar Asas Blog. Di samping dapat menambah kenalan baru terdapat juga info-info dan tips dari ahli lain. Oleh itu, mulakan sekarang sebelum terlambat.

Thursday, 10 July 2014

Belajar Buat Blog Bisnes

Teks : Anys Idayu Zakaria

Tips blog niaga :
1) harus simple & jangan ada banyak gadget / aplikasi yg boleh melambatkan loading
2) gambar barang harus clear, letak harga bawah gambar & keterangan produk
3) Pastikan nama, phone no & email ada di tepi side bar supaya senang pelanggan nak hubungi
4) letak borang pesanan di bawah entri supaya pelanggan senang membuat pesanan setiapkali melihat produk
5) letakkan terma & syarat jual beli di bahagian pages atas blog



Borang Tempahan Latihan paling asas dalam kelas mula bisnes, tak perlu shopping cart dulu. Kumpul pembaca dan pelanggan. Kelas ini sangat,sesuai ibu yang baru mahu belajar bisnes online.

Ini contoh pesanan yang diterima daripada pelanggan yang terus membuat belian dengan menggunakan borang tempahan yang ada di blog. Mudahkan. Bagi suri yang baru mahu belajar berbisnes, kedai online lengkap seperti ini sangat memudahkan.

Belajar cara ini dalam kelas online blog mula bisnes

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes) 
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online. 
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara. 
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah. 
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RMRM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.) 
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan. 
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online. 
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik. 
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. 

Kami terima Pendaftaran setiap hari. Bagi yang sudah sedia mahu mula boleh hubungi saya 

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wtsapp : 017-7912993 

Wednesday, 9 July 2014

Kelas Online ABDR Sesuai Untuk Suri Rumah Timba Ilmu

kelas blog mula bisnes - Noor Azila Mohamad

Ulasan tentang blog asas dan fanpage. 
Guru Online : anys idayu zakaria
protege : noor azila mohamad 
sumber :  http://noorazilamohamad.blogspot.com/2014/07/ulasan-tentang-blog-asas-dan-fanpage.html
 
Teks: noor azila mohamad

Alhamdulillah, akhirnya hampir selesai segala tugasan yang diberikan. Sebulan yang lalu, diperkenalkan oleh Nor Adilah kepada tenaga  pengajar ABDR, Cikgu Anysidayu Zakaria. Sebelum mengenali ABDR, saya sering mengikuti beberapa kursus untuk mula berjinak-jinak dengan bisnes. Yelah, sebelum bertindak kita kenalah persiapkan diri dengan ilmu yang perlu. Kalau tidak, umpama, terjun ke laut tanpa ilmu renang. Saya mula mengikuti kursus Dr. Azizan sewaktu mengandungkan anak pertama. Di situ saya mula membuka mata, seseorang pelajar yang mempunyai kelulusan, dengan gaji RM5k adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan seorang usahawan. Tetapi sebelum bergelar usahawan, pastikan kita memantapkan diri dengan ilmu-ilmu yang dapat membantu kita mengharungi segala cabaran dan dugaan sebelum bergelar usahawan.
 
Faktor yang menyukarkan saya untuk mengikuti beberapa kursus ialah masa dan anak-anak. Jika saya mengikuti kursus, suami perlu bercuti atau menghantar saya. Malah anak-anak pula, tidak pernah berjauhan walaupun hanya sehari. Pernah satu ketika, sewaktu anak pertama berusia 8 bulan, saya dan suami bawa bersama mengikuti kursus pemasaran di Kuala Lumpur. Nasib baik mereka membenarkan, tetapi hanya separuh hari saya mengikutinya, anak dah mula menunjukkan rasa tidak selesa, saya hanya membiarkan suami mengikutinya sehingga tamat.
 
Namun, setelah diperkenalkan dengan ABDR, saya rasa sangat bersyukur , saya dapat menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan mampu menaikkan semangat saya untuk bergelar usahawan. Kelas asas blog dan fanpage ini cukup mudah. Saya tidak perlu lagi menyusahkan suami untuk menghantar, tidak perlu lagi  risau tentang anak-anak, semuanya hanya secara 'online'. Masa untuk belajar pun, tidak membebankan, bila-bila ada masa terluang saya akan berhubung dengan cikgu anys. Ada kalanya, saya akan luangkan masa untuk belajar, tengah malam, selepas anak-anak tidur, kadang-kadang awal pagi.Namun cikgu anys, sentiasa ada untuk membantu dan cukup memahami. Seperti kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".  Terima kasih juga kepada pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, kerana cukup memahami keperluan suri.
 
Sebelum ini, saya mengenali 'bisnes online' hanya menggunakan fb. Setelah mempelajari di ABDR, saya rasa ia lebih mudah, apatah lagi jika kita dapat gabungkan kemahiran pemasaran blog dan fb. Dengan blog, kita lebih mudah untuk menghuraikan mengenai sesuatu produk, lebih mudah untuk mempamerkan produk dan service yang kita ada, dan lebih meyakinkan. Alhamdulillah, saya semakin jelas dengan halatuju untuk bergelar usahawan. In shaa Allah...

Tuesday, 8 July 2014

Segmen Tajaan

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, bulan lepas sudah post satu produk untuk segmen tajaan di blog saya. Insya Allah menyusul lagi beberapa produk lain.  Untuk yang berminat beriklan di blog saya, boleh sertai Segmen Tajaan ini.

Bagaimana cara? Mudah sahaja
> Hantarkan produk pilihan yang pembaca mahu saya review

> Saya akan cuba gunakan sendiri produk tersebut. Tak kesah la produk bentuk apa sekalipun, yang penting saya perlu guna terlebih dahulu. Makanan, vitamin, kosmetik, pakaian, atau apa sahaja. Dengan kata mudah, pembaca taja kepada saya satu produk. Dan saya akan buatkan satu review dan ulasan tentang produk tersebut.

Produk juga tak semestinya untuk kegunaan saya sendiri. Sebagai contoh, Jika pembaca ada produk seperti pakaian untuk anak-anak, juga boleh saya review. Yang itu akan digunakan oleh anak saya sendiri, dan saya akan komen dan ulasan kelebihan produk kalian di segmen tajaan khas.

> Gambar produk tersebut akan saya letak di side bar blog sebelah atas sekali selama beberapa minggu.

Mudahkan, jom sapa yang nak saya review produk, kalian boleh hubungi saya

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/wsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz


Monday, 7 July 2014

MaklumBalas Pelanggan (Menaip Dokumen)

Teks : Anys Idayu Zakaria

 Alhamdulillah, selesai projek menaip untuk kali ini.

Bagi yang berminat untuk menghantar sebarang dokumen untuk ditaip boleh hubungi saya ya. ;)
Ini maklumbalas pelanggan yang lepas, untuk yang kali ini punya saya belum dapat lagi maklum balas daripada pelanggan. 




Ini link keterangan untuk perkhidmatan menaip yang saya buat
http://anysidayu.blogspot.com/2013/10/perkhidmatan-menaip-dokumen.html


Friday, 4 July 2014

TINDAKAN impak paling berkesan

Teks : Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah, sudah hampir seminggu  Ramadhan, cepat masa berjalan. hari ni bersenang di rumah, awal sangat raisha dah bangun. sambil layan si kecik tangan masih sempat memblas pm. Alhamdulillah mudahnya bisnes online hanya hujung jari. Tak perlu susah payah bawa produk sana sini. Hanya tab peneman setia memudahkan urusan bisnes.
Bila kita rasa seronok dan teruja nak buat, apa pun keadaan tak menjadi masalah. Masalah sebagai jalan untuk kita lari keluar. Kalau rasa tak selesa duduk di zon sekarang kenapa kita tidak bertindak. Tunggu dan lihat bukan jalan penyelesaian. TINDAKAN impak paling berkesan. Insya Allah.

Selamat datang pelajar Julai, kami raikan 1000 penyertaan ramadhan ini. Bergabung bersama kami, 780 blog di akademi bekerja di rumah. Kumpulan sokomgan para suri untuk bergelar wahm dan tambah duit poket hasil usaha sendiri.

Anys Idayu Zakaria
Guru online ABDR
anysidayuzakaria@gmail.com
Www.anysidayu.blogspot.com
Sms/wsapp 017-7912993

Wednesday, 2 July 2014

Fast Action Fast Result

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Fast Action Fast Result
Bila masa yang sesuai untuk bertindak. Jawapannya SEKARANG.

Perbezaan antara orang yang berjaya dan orang yang gagal bergantung kepada kuasa tindakannya. orang yang berjaya sentiasa bertindak pantas. Pantas belajar, pantas memberikan servis, pantas memberikan maklumbalas, pantas membuat bayaran dan sebagainya. Lebih cepat kita bertindak, lebih cepat kita boleh mengenalpasti kekurangan dan kelemahan bisnes yang kita sedang lakukan, dan lebih cepat kita dapat memperbaikinya. Tidak ada orang yang datang ke kedai perkhidmatan internet, dan memintak diberikan talian internet yang paling perlahan sekali. Tidak Mungkin.
(petikan buku Magnet Kekayaan & kejayaan, DAO)

Jom kita mula BERTINDAK SEKARANG

_____________________________________________________________________________

Kelas mula bisnes online
-suri belajar membuat tempahan
-suri belajar menerima transaksi
-suri belajar mengurus pelanggan
-suri belajar skrip jualan
- suri belajar dan tahu produk fizikal atau produk digital

4 kelas berikut masih dibuka sempena kedatangan ramadhan
-kelas mula bisnes makanan sunnah
-kelas mula bisnes projek raya
-kelas telekung solat borong dan runcit
-kelas mula bisnes produk islami, quran, tajwid, etc

mendaftar hari ini, setiap hari kami menerima pendaftaran, hubungi saya untuk pendaftaran