Sunday, 29 June 2014

Mula Bisnes Dengan Dropship

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Kenapa saya suka bisnes dropship
> yuran hanya sekali dan sangat minima
> tak perlu simpan stok
>tak risau kalau stok tak habis
>Tak payah keluar rumah untuk cod atau postage barang
>Sangat sesuai untuk saya yang masih bekerja
> tak perlu risau urusan bungkusan dan penghantran produk
>Hanya promosi dan nikmati komisen
Saya pernah cuba ambil stok barangan, tapi lambakan stok yang tak habis menyebabkan kita semakin risau dan stress. kalau stok makanan, alamatnya kami sekeluarga tukang habis. Dulu saya pernah ambil stok mekap, bila tak habis, saya sendiri yang gunakan :)
 
Cara terbaik, saya ambil langkah mula dengan dropship. dari awal saya berbisnes, dropship pilihan utama saya.

Dropship memang sangat sesuai untuk yang baru mula nak beljar berbisnes. Tak perlu gah dengan lambakan stok, tapi belajar dulu cara dan kaedah yang betul berurus niaga, berinteraksi dengan pelanggan, cara ambil order, cara transaksi bayaran.

Jadi saya mengalu-alukan mereka yang mahu mula beljar berbisnes, sertai dropship ABDR, kami tawarkan produk sambil beljar menggunakan salah satu medium pemasaran yang sangat efektif. Beljar menggunakan blog untuk mempromosi produk.

Mereka yang serius mahu mula bisnes, boleh sertai kumpulan dropship bersama akademi bekerja di rumah.
 
 Kami buka pendaftaran untuk dropship ABDR
1.dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat
3.dropship makanan sunnah dan produk islamik

5 langkah mudah
-daftar
-blog jualan
-fanpage
-ambil komisyen
-urus pesanan pelanggan

tidak perlu
-simpan stok
-COD
-urus penghantaran

 



Bagi yang mahu dan ingin sekali jemaah kami, boleh mendaftar mana-mana pilihan, 1, 2, 3, yang mana pilihan kalbu. Sudah sedia baru daftar ya.
 
 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN :)
 
 

Saturday, 28 June 2014

Salam Ramadhan

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, ahlan wasahlan ya Ramadhan. bertemu Ramadhan. Semoga tahun ini dikurniakan kesihatan yang baik untuk Mengerjakan ibadah wajib ini. Semoga kita sama-sama dapat meningkatkan lagi amal ibadah, perbanyakkan kebaikan dan kebajikan.

Saya mohon ampun maaf pada semua pembaca, sekiranya ada tulisan saya yang menyinggung perasaan kalian. Tiada niat lain, hanyalah untuk berkongsi ilmu dan kebaikan semata-mata.

Insya Allah semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan rahmat Ilahi.

Jangan lupa ye niat puasa malam nanti ;)

Friday, 27 June 2014

Blog Medium Pemasaran Efektif

guru online : anys idayu hj zakaria
protege : Norul Badri Daud
sumber : http://norulbadridaud.blogspot.com/2014/06/ulasan-kelas-asas-blog-bersama-abdr.html

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat dan nafas yang diberikan Allah s.w.t.
Semoga perjalanan hidup kita hari ni lebih baik daripada semalam dan diberkati serta dilindungiNYA.

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Sesuai dengan ungkapan tersebut, sebagaimana permulaan saya bersama ABDR.

Syukur ke hadrat Allah yang mempertemukan saya dengan rangkaian akademi bekerja dari rumah. Dari hari ke hari bertambah bilangan ahlinya. Saya menyertai ABDR di bawah seliaan cikgu Pn. Anys Idayu Zakaria. Satu rangkaian yang semakin berkembang yang diasaskan oleh sifu iaitu Pn. Masayu  Ahmad. Dalam akademi ni, kita akan di pantau oleh guru yang sentiasa komited untuk membantu jika ada yang kita tidak faham.

Terima kasih cikgu, jasa mu cukup besar dalam menyampaikan ilmu.

Walaupun saya adalah ibu yang masih bekerja di pejabat, namun tertarik untuk menyertai ABDR. Ini kerana, saya ingin menjana pendapatan sampingan secara online. Blog merupakan medium yang sesuai untuk perkongsian dan jana pendapatan selain fb, instagram & twitter. Sebelum ini, saya pernah mempunyai blog dengan cara google sendiri. Namun membuat blog dengan mempunyai guru adalah suatu pengalaman yang berbeza. 

Walaupun baru 3 bulan menyertai ABDR dan masih bertatih, namun Alhamdulillah traffik hingga hari ni telah melebihi 4k!. Dengan menyertai ABDR juga , secara tidak langsung pelbagai ilmu baru dan tip-tip yang kita dapat perolehi sesama ahli. 

Nasihat saya bagi yang ingin menjana pendapatan sampingan atau bercita-cita untuk berhenti kerja makan gaji, amat sesuai menyertai ABDR. Yuran yang dikenakan juga berpatutan. Kelas dan masa juga adalah mengikut kesesuaian kita sendiri. Kita juga dibimbing sehingga kita mula yakin dengan langkah sendiri.

Dengan bergabung bersama kami di akademi, pastinya jaringan bisnes lebih luas dan capaian blog lebih tinggi kerana ada lebih 750 blog yang bergabung dalam membantu sesama ahli bagi menaikkan carian blog kita di google.

Salam kasih sayang. Sampai jumpa lagi. 
_________________________________________________________________________________
Bagi yang sudah ada produk, belum mahir untuk mula membina blog dan masih tidak tahu bagaimana cara untuk menggunakan blog sebagai sumber pendapatan, boleh sertai kelas online blog mula bisnes atau kelas online blog penulisan

1. Kelas asas blog dan penulisan
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 750 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

2. Kelas asas blog dan fan page
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RMRM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.)
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.
Boleh hubungi saya untuk pendaftaran mana-mana kelas pilihan bersama akademi bekerja di rumah :

 1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas telekung solat borong dan runcit
7. Kelas asas wordpress
8. Kelas mula bisnes makanan sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan 750 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah.
Keterangan lanjut ada di sini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Bagi kalian yang sudah sedia untuk bermula, boleh daftar dan pm. Kami bersedia membantu 
 
Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wtsapp : 017-7912993

Thursday, 26 June 2014

Tip Khatam Al Quran Sebulan Ramadhan

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, selasa lepas selesai kursus kerohanian anjuran pejabat, menjelang Ramadhan. Sikit perkongsian intipati kursus yang telah saya hadiri.

Untuk kita mendapat hidayah Allah swt, kita perlu sentiasa hadiri majlis-majlis ilmu. Suka hadiri majlis zikir, sentiasa bergaul dengan orang cerdik pandai dan tinggalkan rakan taulan yang buruk perangainya.

Ada 3 laluan kita ke syurga
1. Dengan rahmat dan belas kasihan Allah swt
2. Dengan keampunan Allah swt
3. Dengan syafaat Nabi Saw.  


Sebenarnya hari ini saya nak berkongsi tip mudah untuk kita khatam Al Quran sebulan dalam bulan Ramadhan ini. Saya mula dapat tips ini dari tahun lepas dari fanpages Ustazah Siti Nor Bahyah. Tahun lepas memang saya ikut panduan ini, tapi hanya sekerat jalan sebab dah terlepas beberapa hari pertama.

Alhamdulillah, walau tak dapat khatam sendiri dengan panduan tips ini, saya dapat juga khatam bertadarus dengan rakan pejabat. Tahun ini saya berazam untuk ikut tip ini, dan baca sehingga khatam. Semoga Allah swt panjangkan usia, untuk kita lalui Ramadhan kali ini, tinggal tak berapa hari sahaja lagi. Insya Allah.
 


Tips khatam Al Quran sebulan Ramadhan daripada Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood


Hari pertama:

surah al-Fatihah ayat 1-7

surah al-Baqarah ayat 1-141


Hari ke-2:

surah al-Baqarah ayat 142-252


Hari ke-3:

surah al-Baqarah ayat 253-286

surah Ali 'Imran ayat 1-92


Hari ke-4:

surah Ali 'Imran ayat 93-200

surah an-Nisa' ayat 1-23


Hari ke-5:

surah an-Nisa' ayat 24-147


Hari ke-6:

Surah an-Nisa' ayat 148-176

Surah al-Maidah ayat 1-81 


Hari ke-7:

Surah al-Ma'idah ayat 82-120

Surah al-An'am ayat 1-110 


Hari ke-8:

Surah al-An'am ayat 111-165  

Surah al-'Araf ayat 1-87


Hari ke-9:

Surah al-'Araf ayat 88-206

Surah al-Anfal ayat 1-40


Hari ke-10:

Surah al-Anfal ayat 41-75

Surah at-Taubah ayat 1-92



Hari ke-11:

Surah at-Taubah ayat 93-129

Surah Yunus ayat 1-109 


Hari ke-12:

Surah Hud ayat 1-23

Surah Yusuf ayat 1-50


Hari ke-13:

Surah Yusuf ayat 51-111

Surah al-Ra'd ayat 1-43

Surah Ibrahim ayat 1-52 


Hari ke-14:

Surah al-Hijr ayat 1-99

Surah al-Nahl ayat 1-128 


Hari ke-15:

Surah al-Isra' ayat 1-111

Surah al-Kahfi ayat 1-74  


Hari ke-16:

Surah al-Kahfi ayat 75-110

Surah Maryam ayat 1-98

Surah Taha ayat 1-135  


Hari ke-17:

Surah al-Ambiya' ayat 1-112

Surah al-Hajj ayat 1-78



Hari ke-18:

Surah al-Mu'minun ayat 1-118

Surah an-Nur ayat 1-64

Surah al-Furqan ayat 1-20


Hari ke-19:

Surah al-Furqan ayat 21-77

Surah as-Syu'ara' ayat 1-227

Surah an-Naml ayat 1-52


Hari ke-20:

Surah an-Naml ayat 53-93

Surah al-Qasas ayat 1-88

Surah al-Ankabut ayat 1-45



Hari ke-21:

Surah al-'Ankabut ayat 46-69

Surah ar-Rum ayat 1-60

Surah Luqman ayat 1-34

Surah as-Sajdah ayat 1-30

Surah al-Ahzab ayat 1-30 



Hari ke-22:

Surah al-Ahzab ayat 31-73

Surah Sabak ayat 1-54

Surah Fathir ayat 1-45

Surah Yasin ayat 1-27 



Hari ke-23:

Surah Yasin ayat 28-83

Surah as-Saffat ayat 1-182

Surah Sad ayat 1-88

Surah az-Zumar ayat 1-31



Hari ke-24:

Surah az-Zumar ayat 32-75

Surah Ghafir ayat 1-85

Surah Fussilat ayat 1-54



Hari ke-25:

Surah as-Syura ayat 1-53

Surah az-Zuhruf ayat 1-89

Surah ad-Dukhan ayat 1-59

Surah al-Jathiyah ayat 1-37



Hari ke-26:

Surah al-Ahqaf ayat 1-35

Surah Muhammad 1-38

Surah al-Fath ayat 1-29

Surah al-Hujurat ayat 1-18

Surah Qaf ayat 1-45

Surah az-Zariyat ayat 1-24



Hari ke-27:

Surah az-Zariyat ayat 25-60

Surah at-Thur ayat 1-49

Surah an-Najm ayat 1-62

Surah al_Qamar ayat 1-55

Surah ar-Rahman ayat 1-78

Surah al-Waqiah ayat 1-96

Surah al-Hadid ayat 1-29 



Hari ke-28:

Surah al-Mujadalah

Surah al-Hasr

Surah al-Mumtahanah

Surah as-Saf

Surah al-Jum'ah

Surah al-Munafikun

Surah at-Taghabun

Surah at-Talaq

Surah at-Tahrim



Hari ke-29:

Surah al-Mulk ~ Surah al-Mursalat  (juzuk ke-29)


Hari ke-30:

Surah an-Naba ~ Surah an-Nas  (juzuk ke-30) 



Semoga kita sama-sama dapat keberkatan Ramadhan. 


salam kasih sayang
- anies -

Wednesday, 25 June 2014

Ulasan Ebook Belajar Asas Blog - Wan Rohaniah

Ulasan Ebook - Asas Blog Penulisan

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah
Gambar: Akademi Bekerja di Rumah
Alhamdulillah, akhirnya betul-betul khatam ebook ni. Dua kali saya baca. Untuk betul-betul fahamkan. Seronok membacanya kerana banyak tips yang diberikan. Terutama sekali tips penulisan. Begitu juga tips bagaimana menjadikan blog kita satu blog yang berpengaruh dan disukai orang untuk membacanya. 
Di dalam buku ini juga ada menyatakan mengenai idea untuk menulis. Memang benar seperti yang ditulis, ada masanya kita buntu dan tidak mempunyai idea untuk menulis di blog. Apatah lagi ingin menulis setiap hari. 
Pengalaman sendiri. Saya dahulu mempunyai tiga blog yang berasingan, dibina berdasarkan minat dan juga pengalaman yang saya ada. Di awalannya setiap hari saya menulis di ketiga-tiga blog tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya keputusan idea. Di tambah pula dengan kesibukan dengan tugas harian menyebabkan semakin lama blog saya itu semakin ditinggalkan. 
Di dalam ebook ini ada berkongsi cara bagaimana untuk kita sentiasa mempunyai idea untuk menulis. Yang penting adalah baca, tulis, baca, tulis. Dengan ini semakin hari idea kita makin bertambah. 
Saya juga suka membaca mengenai tips penulisan. Dari segi nahu bahasa, penggunaan tanda bacaan dan juga struktur tulisan. Setiap kali ingin menulis perlu ada rangka terlebih dahulu, barulah penulisan menjadi lancar dan tersusun.
Sesungguhnya, ebook ini memang sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dengan blog dan penulisan. 
_______________________________________________________________________
Tips asas blog, meninggalkan nama kita pada jejak google dan memudahkan carian pelanggan.
Pelanggan suka beli melalui usahawan online yang dikenali, ini sangat penting bagi suri yang sangat baru dan baru membina tapak untuk jualan online.

Analisa asas sebelum memulakan create blog, mula dengan penjenamaan email
Tips jejak google

1. Nama kita sebagai penjenamaan 
2. Email juga penjenamaan 
3. Blog
Tiga perkara di atas sangat penting membina tapak kita dalam carian google
sekarang letak nama masing-masing, sudah timbul atau belum
Jangan letak nama pelik-pelik, nama kitalah yang perlu kita jenamakan dan pasak dalam carian google
Perkara pertama sebelum create blog, daftar dahulu email berdasarkan nama sendiri mengikut ic.
Boleh daftar mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas telekung solat borong dan runcit
7. Kelas asas wordpress
8. Kelas mula bisnes makanan sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan 750 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah.
Keterangan lanjut ada di sini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Bagi kalian yang sudah sedia untuk bermula, boleh daftar dan pm. Kami bersedia membantu