Saturday, 31 May 2014

Berpantang sendiri dengan panduan Ebook Pantang Tradisional Moden

Ulasan ebook Panduan 44 hari pantang tradisional dan moden


 

Teks oleh: Umi Qaseh Gold Bangi

Anak sebelum ini lahir 2 tahun lepas pada 2012. Sekarang ini saya menunggu hari untuk anak seterusnya. Walaupun hanya beza 2 tahun, saya ingat-ingat lupa akan persediaan menyambut orang baru.

Sebagai penjual ebook, saya semestinya akan terlebih dulu membaca ebook yang saya jual. Salah satunya ini dan ia bagus kerana saya juga dapat 44 resepi pantang percuma.


Berpandukan buku ini, saya kembali fokus apakah persediaan semasa hamil, semasa bersalin, sejurus selepas bersalin, dalam pantang dan yang penting persediaan mental dan motivasi selepas bersalin. Ia terbahagi kepada 11 bab:
  1. Tujuan berpantang (memberi laluan untuk merehat dan merawat diri)
  2. Persediaan bersalin (meninjau lokasi, pakej, kaedah bersalin mengikut bajet, senarai kelengkapan bayi, tanda-tanda bersalin)
  3. Persediaan berpantang (dari segi fizikal, mental, peralatan bayi, hospital bersalin, kelengkapan dan penjagaan berpantang, penjagaan bayi)
  4. Rawatan berpantang (rawatan tradisional dan moden, istilah, masalah dan menu dalam pantang, khasiat herba dan bagaimana untuk kekal cergas ketika berpantang)
  5. Rawatan tradisional (jenis dan contoh rawatan tradisional, petua tradisional dan amalan rutin rawatan tradisional selama 44 hari)
  6. Rawatam moden (jenis dan contoh rawatan moden)
  7. Rawatan kaedah Islam (sejarah perbidanan tokoh wanita Islam, tips dan amalannya)
  8. Cabaran langsing (menjaga menu makanan, senaman dan detoksifikasi racun dalam badan)
  9. Diet sihat kekal langsing (menjaga diet dan bersenam)
  10. Panduan langsing dan sihat (panduan memilih ubatan yang sesuai untuk kekal langsing)
  11. Motivasi selepas bersalin (menangani tekanan pelbagai tugas, tips dan motivasi surirumah dan tips cergas dan sihat 24 jam sehari)

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda s.a.w, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah daripada dosa-dosa seperti waktu ibunya melahirkannya.5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, setiap satu tegukan daripada susunya diberi kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.7. Sesiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


 
 
Yang berminat mendapatkan ebook ini, boleh hubungi saya.
http://qasehgoldbangi.blogspot.com/search/label/Ebook

Friday, 30 May 2014

Menjana Pendapatan Dengan Minat dan Hobi

Ulasan Kelas Blog - Pengurus Online Sariah Awang Senik

ULASAN KELAS BLOG

Teks : Sariah Awang Senik Sumber :http://sariahawangsenik.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-blog.html

Minat menulis banyak yang telah mendorong saya untuk membuat satu blog yang banyak berkisar tentang kisah kehidupan beberapa tahun yang lepas. Dengan blog tersebut, hampir setiap hari menulis tentang apa yang terjadi di dalam kehidupan seharian. Apabila telah selesai menulisnya, dan membacanya semula, baru saya terfikir adakah ada orang yang sudi singgah membaca blog saya tersebut.

Semasa membuat blog tersebut, memang tidak terfikir di fikiran saya apakah tujuan dan siapakah sasaran pembaca untuk membaca blog tersebut. Sehinggalah suatu hari saya terbaca suatu kenyataan, bahawa bekerja dari rumah boleh menjana pendapatan berdasarkan minat yang kita ada. Pertemuan yang tidak sangka, di saat sedang tercari-cari peluang untuk memajukan diri dan bangkit semula dengan semengat yang baru setelah melalui pelbagai episode kedukaan yang terlalu perit di dalam kehidupan yang lepas. Hamba Allah tersebut ialah Anys Idayu Zakaria, yang telah banyak menyedarkan saya bahawa pengaruh blog terhadap perniagaan dan produk yang sedang usahakan amatlah luas.
 
Tidak sangka dengan minat menulis yang ada pada diri, bakal merubah segala tujuan kehidupan selama ini. Blog sangat berpengaruh dan ianya bersahabat rapat dengan Google kerana semua maklumat terdapat di papan Google tersebut. Dengan hanya menaip beberapa patah perkataan di Google , secara automatik semua maklumat akan tertera di situ. Pendaftaran untuk menyertai kelas asas blog dan penulisan amatlah berpatutan. Apalah harganya RM200 dengan ilmu yang kita pelajari hasil daripada ilmu yang kita dapat di dalam kelas asas blog dan penulisan tersebut. 

Syarat yang paling utama setelah menyertai Akademi Bekerja Dari Rumah ini, adalah setiap ahlinya wajib menyiapkan 44 entri yang  berdasarkan latarbelakang pendidikan dan juga pengalaman kerja sehinggalah kepada apa yang sedang kita lakukan sekarang. Pada awalnya memang tidak faham kenapa harus menyiapkan 44 entri, namun setelah di terangkan lebih lanjut bahawa dengan menyiapkan 44 entri ini kita dapat meningkatkan aliran traffic pembaca untuk singgah membaca ke blog tersebut. Memang benar seperti yang di jangka bahawa aliran traffic pembaca yang membaca di blog tersebut meningkat dari semasa ke semasa. 

Setelah hampir setiap hari dan secara konsisten menulis, barulah saya sedar di mana minat dan kekuatan saya selama ini. Di dalam kelas blog dan penulisan segala hasil penulisan akan di pantau secara online oleh Anys Idayu Zakaria dan akan di postkan di facebook untuk menarik pihak yang lain membacanya. Walaupun cara menulis agak santai, namun segala kesalahan ejaan seperti koma, tanda titik dan juga tanda adalah amat di titik beratkan. Sebagai langkah awal bagi menggelakkan sebarang kesilapan, sebelum di terbitkan sesuatu blog, di baca terlebih dahulu dan kemudiannya di terbitkan. Dengan minat menulis juga, kita mampu menceritakan secara lebih terperinci tentang sesuatu produk dan juga perkhidmatan yang sedang di usahakan. Itulah kelebihan dan kebaikan menulis kerana kita mampu menceritakan apa sahaja tentang perniagaan kita. Di kelas asas blog , selalu di ingatkan agar tidak menulis dengan cara syok sendiri kerana akan mengakibatkan para pembaca merasa bosan untuk membacanya. Tulislah sesuatu yang lebih positif dan dapat memberikan lebih maklumat kepada semua pembaca di luar sana. 

Dengan jaringan ukhuwah yang terjalin di antara semua ahli akademi akan dapat mempercepatkan process aliran traffic pembaca ke blog kita tersebut. Siapa sangka ada di antara kita sedang mencari-cari maklumat yang sangat berguna tentang produk ataupun perniagaan mereka.
Kini setelah hampir beberapa bulan menyiapkan segala tugasan tersebut, segala keyakinan dan kekuatan untuk menulis makin membara. Berazam untuk menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan juga sangat berguna kepada semua pembaca di luar sana.
Yang Ikhlas Menulis Sariah Awang Senik
 
_____________________________________________________________________________________________
 
Bagi mereka yang mahu mula menggunakan blog, untuk mula berkongsi minat, hobi dan kepakaran boleh mula menulis berdasarkan analisa soalan yang akan diberikan dalam kelas online blog. Kenapa analisa penting? Untuk melihat apa sebenarnya yang perlu kita tulis, dan untuk kita lebih fokus menulis di blog supaya kita akan sentiasa konsisten, mudah mencari bahan penulisan dan seterusnya dapat menggunakan kemahiran dan minat kita untuk mula menghasilkan pendapatan.
 
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
9. kelas blog borong telekung solat
10. kelas penulisan ebook premium
11. pendaftaran projek duit raya http://projekduithariraya.blogspot.com/

Pendaftaran Kelas Online/Offline Blog dibuka setiap hari. Hubungi saya Anys Idayu Zakaria untuk pendaftaran.
 

Thursday, 29 May 2014

Peluang Bekerja dan Berbisnes Dari Rumah

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Jika ada pembaca blog saya yang ada dua masalah ini, mahu mula berbisnes, tapi tak mahu tinggalkan rumah kerana mahu beri perhatian kepada anak-anak dan keluarga. Atau yang ada modal, tapi masih tidak tahu mahu mula bisnes apa. Ada 3 peluang berbisnes secara online yang saya mahu kongsikan :

Pencarian dan Pendaftaran dibuka untuk :
1. Pengurus online akademi
- belajar mempromosi kelas dan bengkel anjuran akademi. Mempromosi produk digital.
- permintaan sepanjang tahun.
- hanya atas talian sahaja. Tanpa perlu fikir pengiraan kos postage dan penghantaran.

1. Kelas blog borong telekung solat
-belajar jual borong telekung
-permintaan yang tinggi semasa bulan ramadhan

2. projek duit raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
- sasaran puasa, raya, rumah terbuka,tahun ni, tahun depan dan sehingga barang ada juga bagi yang nak hantar terus ke kampung, kita siapkan terus jadual penghantaran
- stok semua sedia ada.

Daftar dan pilih mana-mana yang kalian mahu untuk mula bekerja dari rumah secara online sahaja. Untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut boleh hubungi saya :


Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993

Wednesday, 28 May 2014

Segmen Tajaan : Floral Mask

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bismillah.

Hari ini saya nak berkongsi segmen tajaan dengan pembaca. Segmen tajaan ini sebenarnya saya sudah lama merancang nak buat di blog, tapi belum berkesempatan. Alhamdulillah, kali ini sudah boleh mula. Ok hari ni saya nak berkongsi tentang Floral Mask yang saya sudah gunakan.  Memang sangat senang dan murah. Kalau ada yang nak cantik, dengan produk murah, berkualiti dan berkesan boleh sangat gunakan floral mask ni. 


apa bahan utama floral mask
Belian terus di sini
 Fara Riza 0111 0758491 
facebook : Fara Riza
Blog : http://farariza.blogspot.com/
bahan utama floral mask adalah arang .
terdapat 7 bahan aktif yang berfungsi untuk membersihkan serta mencantikkan kulit anda
* Mempunyai MOISTURE COMPLEX untuk kulit kering dan kusam
* Vitamin A, B3, C, E untuk merawat kulit jerawat dan jeragat
* Q10 berfungsi menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan
* HYALURONIC ACID melindungi kulit dari pencemaran dan radiasi uv

FUNGSI FLORAL MASK :
- melindungi kulit dari pencemaran, dengan tindakan yang lembut tanpa menipiskan kulit.
- sangat efektif untuk menanggalkan sel2 kulit mati, kotoran degil, bintik2 hitam dan putih dari liang pori kulit.
- membantu mengawal masalah kulit berminyak
- detoksifikasi kan kulit wajah, hapuskan toksin punca jerawat serta bertindak meransang penghasilan tisu-tisu baru yang lebih sihat
- disarankan untuk kulit sensitif dan berjerawat.


Keistimewaan Floral Mask :
  • Produk HALAL, keluaran bumiputera Muslim - Satu2 nya serta yang pertama di Malaysia, masker (peel off) yang berwarna ungu dengan haruman lavender yang menyegar dan menenangkan. 
  • Kesan yang pantas, dalam hanya 30 minit kulit muka anda bebas bintik2 hitam/putih degil, selain merawat dan menyegarkan kulit. 
  • Boleh digunakan lelaki dan wanita, sewal usia 12 tahun
  • 98% customer mengaku kehebatannya 
  • Mendapat lebih 200 testimoni pengguna 
  • FREE dari bahan kimia PARABEN
  • Dibuat dengan bahan semulajadi

    


Hasil Penggunaan saya :

  • Mudah sangat digunakan, hanya picit sedikit floral mask, letak di hujung jari dan sapu di bahagian muka. Kalau leceh-leceh biasanya saya jarang sekali nak guna. Heheh. Tapi dengan floral mask memang mudah.
  • Bau yang wangi dan menyenangkan
  • Saya biarkan seketika lebih kurang 15-20 minit, sehingga kulit muka betul-betul terasa tegang. Memang sedap rasa.Nak bukak mulut pun payah rasa.
  • Saya gunakan pada waktu malam, selepas anak-anak sudah tidur,  nanti mereka lihat terperanjat pulak. hihi.
  • Mudah untuk dibersihkan. Bila sudah kering, hanya tarik sahaja mask tersebut. Mask ini peel off jadi memang sangat mudah. 
  • Bila mask semua sudah tanggal, saya memang dapat lihat kesan. Ada kotoran yang melekat pada mask tersebut. Dan lebih menarik saya dapat lihat muka saya lebih cerah sedikit. 
  • Kalau amalkan selalu confirm akan lebih tegang, cerah dan awet muda
Floral mask ini bukan hanya untuk perempuan sahaja. Lelaki pun boleh guna. En Suami pun ada guna juga. Katanya memang sedap. Lepas dah tanggal semua, kulit rasa lebih licin dan segar.







Harus yang lain-lain nak cantik dengan cara mudah, mudah dan berkesan cuba gunakan floral mask ini. Tengok ini, ada promosi lagi.

PROMO BERMULA 21HB MEI 
SEHINGGA 04 JUNE 2014
1 TUBE 50ML
BOLEH GUNA SELAMA 2 BULAN
HARGA ASAL: RM45.90
HARGA JIMAT: RM39.90 SAHAJA
JIMAT SEBANYAK RM6.00
AMBIL 2 TUBE
HARGA ASAL: RM85.80
HARGA KASIH SAYANG: RM76.00
JIMAT SEBANYAK RM9.80
KALAU 3 TUBE
HARGA NORMAL: RM125.70
HARGA SUKA SUKI: RM110.00
JIMAT RM15.70
 
Kalau ada yang berminat, silalah hubungi :
 
Fara Riza 0111 0758491 
facebook :  https://www.facebook.com/farariza.abdrahman?fref=ts
Blog : http://farariza.blogspot.com/

Untuk pertanyaaan lanjut boleh hubungi contact yang saya dah letak tu yerk. Saya tak jual, saya hanya pengguna, ;)
_________________________________________________________________________


Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online 

Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online

Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online

Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online

Terkini, projek duit raya, pencarian agen. Boleh terus di sini Projek Duit Raya 

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog 
fanpage bisnes atau penulisan, 


hubungi saya :

Sms/ Whatsapp : 017-7912993
Add saya di facebook https://www.facebook.com/anies.ai



Tuesday, 27 May 2014

Pendaftaran Agen Duit Raya

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Yang terbaru dari akademi bekerja di rumah, peluang untuk mereka yang sedang tercari-cari produk yang mahu dijual bila tiba musim ramadhan dan perayaan. Kami buka pendaftaran untuk mereka yang mahu menjadi agen duit raya.
 
Boleh tengok sini antara produk-produk yang ada http://projekduithariraya.blogspot.com/
Mudah sangat, kalian hanya perlu daftar dan boleh mula terus berjualan. Bonus yang kami berikan dalam pendaftran ini, kalian boleh belajar membina blog khas untuk produk ini, dan akan terima 2 ebook tulisan Pn. Masayu Ahmad. Sementara belum siap blog, boleh mula mempromosi di fb, atau pages. Lagi best, nak promosi offline pun boleh, pakat kumpul sama-sama rakan pejabat, ambil order dari jiran tetangga, lebih jimat dari segi kos pos penghantaran.
 
Pakej produk yang disediakan sememangnya sangat sesuai untuk suri rumah dan suri bekerjaya yang super duper sibuk. Bila ada pakej-pakej mudah memasak ini, kerja-kerja di dapur menjadi lebih cepat dan mudah.
 
 
Yuran pendaftran projek duit raya
RM 150
boleh mula jualan terus menerus
Daftar terus di sini
 

Monday, 26 May 2014

Peluang Menulis Novel Sendiri

Versi Cinta Nin - Buah Tangan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi NiN

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Tanggal 16 Mei 2014 merupakan tarikh yang bermakna buat semua warga guru. Sementelahan pula diwarnai dengan jatuhnya pada penghulu segala hari, Sayiidul Ayyam, Jumaat nan mulia. Tidak terkecuali buat seorang guru daripada kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif yang menerima berita bahawa proposal novelet tiga orang protege kelas tersebut sudah dipersetujui untuk diterbitkan.

Protege tersebut;
Nur Dila Mahauddin, blog : D Chief Tomyam Seafood,
Nurhidah Halun, blog : Misi Tulis Baca
dan Intan Haji Daud blog : Sekoci dan Tinta Intan Yumerza Daud

memasuki kelas tersebut pada waktu, tarikh dan masa yang berbeza. Mereka bertemu, mesra dan akrab di dalam kelas tersebut sebelum mencetuskan idea untuk menghasilkan novelet 3 dalam 1 sebagai signifikan keberhasilan mereka menyertai kelas tersebut.

Sebelum itu, Intan Haji Daud mendahului rakan-rakan dengan tersiarnya cerpen beliau yang pertama, Cik Sitam Blogger di majalah Mingguan Wanita bilangan 1591. Terima kasih pada pasukan editorial MW kerana sudi menyiarkan kisah suri rumah tangga kelam kabut mahu menjadi blogger yang akhirnya terpaksa membahagi dua dirinya. Sinonim dengan peserta ABDR, pada awal penglibatan mereka sebagai WAHM.
Manuskrip novelet tersebut sedang dalam bikinan untuk disiapkan dengan pantauan rapi serta suntingan guru kelas tersebut itu sendiri. Nyata, dunia penulisan bukan sebuah kisah dongeng buat mereka bertiga ini. Nyata, kemahuan perlu dilampiaskan dengan kesungguhan dan berguru serta semangat berpasukan yang jitu yang ditunjukkan oleh mereka.

Ternyata Akademi Bekerja Dari Rumah, sebenarnya membuka lembaran baru buat mereka, sejajar dengan minat dan kemahiran yang mereka ada. Hasrat mereka bukan kepalang tinggi, sedang dalam usaha untuk menerbit sendiri dengan perancangan dan strategi.

Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif mungkin hanya sebuah kelas dengan dua orang tutor yang berpengalaman menulis dan sudah bergelumang dengan dunia penulisan sekian lama. Ia juga membantu anda dengan e-book seperti 101 Tips Penulisan Novel tulisan Cikgu Mazlia Murat. Namun lebih daripada itu, ia menawarkan pengalaman persahabatan, kejituan semangat berpasukan dan ilmu di dalam caranya sendiri.

Grup NiN boleh 'difollow' di sini ; https://www.facebook.com/groups/742095219157772/
____________________________________________________________________________
 
Bagi yang bercita-cita mahu menghasilkan novel atau cerpen sendiri, bolehlah sertai kelas ini. Berjinak-jinak dalam dunia penulisan dahulu, sebelum mula mengorak langkah ada cerpen sendiri.
 
Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif.
Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.
Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.
Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas.
Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan.

Belajar menulis cerpen dalam kelas ini bersama dua novelist terkenal.

Untuk pendaftaran kelas ini, boleh hubungi saya :

Email : anysidayuzakaria@gmail.om
sms /wtsapp : 017-7912993

Sunday, 25 May 2014

Ebook Bekerja & Berniaga


Lahirnya ebook ini adalah atas rasa tanggungjawab saya untuk memanjangkan ilmu dan pengalaman yang saya kutip sepanjang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional di utara tanahair dalam masa yang sama saya mengusahakan perniagaan kecil secara online dan offline (butik). Saya ambil ini sebagai tanggungjawab sosial saya untuk beri kesedaran kepada suri tentang pentingnya menyediakan payung sebelum hujan.

Saya bukanlah seorang jutawan atau ahli perniagaan hebat. Pendapatan perniagaan kecil saya hanya menggantikan pendapatan di kala saya bermajikan dulunya. Saya juga tak janjikan apa-apa magis di dalam ebook ini. Ianya sekadar perkongsian tulus ikhlas dari saya di atas pengalaman yang saya kutip sendiri dengan benar-benar terjun dalam dunia perniagaan kecil ketika saya masih bekerja bermajikan. Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu lalui pengalaman jatuh gaung. Sekali lagi saya tekankan ebook ini bukan tentang teori magis untuk kaya jika itu yang anda harapkan.

Melalui pengalaman diuji dengan kesihatan suami yang kritikal menguatkan lagi azam dan rasa tanggungjawab saya untuk berkongsi pengalaman berharga ini. Langit tak selalunya cerah, panas belum tentu hingga ke petang. Tak menentu sebagaimana fenomena cuaca dunia kini. Sumber pendapatan ke 2 dari perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan atas rasa minat dulunya itulah yang telah menyelamatkan kami sekeluarga bilamana suami saya sakit kritikal diserang penyakit angin ahmar. Hilang satu sumber punca pendapatan keluarga. Komitmen yang perlu dilunaskan setiap hujung bulan tetap sama, tetap berdasarkan pendapatan 2 orang. Ianya ujian yang besar bagi saya sekeluarga. Walaubagaimanapun saya kurang merasa impak dari segi kewangan kerana sumber pendapatan perniagaan kecil yang saya usahakan sambil bekerja ketika itu telah banyak membantu. Ianya benar-benar memayungi kami sekeluarga ketika hujan dengan izin Allah SWT.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, kini saya telah melangkah setapak lagi dengan kembali ke fitrah menjadi isteri dan ibu sepenuh masa yang bekerja di rumah. Kini saya telah bergelar WAHM (working at home mom). Terima kasih kepada perniagaan kecil yang diusahakan ketika masih bekerja dulunya yang kini telah memberi peluang saya bersara dari dunia bermajikan sebelum umur mencecah 40. Terima kasih kerana telah memberi saya peluang menjana pendapatan hanya dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di depan mata. Terima kasih kerana kini masa itu milik mutlak saya sendiri. Saya tidak terikat dengan sesiapa lagi. Alhamdulillah. Saya doakan para suri pembaca ebook saya ini juga bakal menyusul saya nantinya. Tiada yang mustahil.



eBook Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri kini dibuka untuk tempahan/pre-order pada harga RM50 sahaja sehingga 20hb.Jun, 2014. Anda akan mendapat bonus ebook nukilan Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad bertajuk 101 Home Based-Bisnes.
Selepas tempoh pre-order, harga akan kembali ke asal iaitu RM40.00 sahaja bagi sebuah ebook ini.

Kupasan menarik di dalam ebook Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri ini bakal menyentuh tentang topik-topik berikut: 
                                                                                            
Pengenalan                                                                                       
Objektif                                                                                             
Bab 1: Tetapkan Matlamat                                                               
Bab 2: Berbisnes Sebelum Memulakan Bisnes                                
Bab 3: Mulakan Dengan Apa Yang Ada (Lean)                               
Bab 4: Cakap Serupa Bikin                                                              
Bab 5: Teras Bisnes                                                                           
Bab 6: Langkah Kecil Langkah Besar                                              
Bab 7: Bisnes Tanpa Modal                                                             
Bab 8: Pilihan Produk                                                                      
Bab 9: Pengurusan Masa                                                                 
Bab 10: Bersama-sama Untuk Bersama                                           
Bab 11: Penjenamaan Diri                                                                 
Bab 12: Hartanah Maya vs Media Sosial                                          
Bab 13: Simbol Palsu Kejayaan                                                        
Bab 14: Tahu Apa Yang Dimahu                                                      
Bab 15: Orang Berjaya Mencari Peluang, Orang Gagal Mencari Alasan
Bab 16: Bisnes Itu Satu Permainan
Bab 17: Prioriti & Nilai Kehidupan
Bab 18: Perkongsian Dari Usahawan Yang Bekerja & Berniaga               
Penutup

UNTUKTEMPAHAN, BOLEH TERUS MELALUI  SAYA,
eMAIL : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/wtspp : 0177912993













Saturday, 24 May 2014

Networking Penting Dalam Bisnes

Total Pageviews setakat saya menaip entry ini pada jam 9.55pm hari Ahad 18 Mei 2014 ialah 3530. Jumlah tersebut sudah cukup memberangsangkan kerana blog ini baru sahaja berusia sebulan lebih.
Pastinya ia hasil daripada jaringan Bloggers Akademi Bekerja di Rumah kerana kami saling berkongsi link blog di blog/facebook/fanpage masing-masing. Jika hanya seorang sahaja berkongsi link blog, rasanya blog saya ini tidak mampu mencapai Total Pageviews sebanyak ini. Inilah salah satukelebihan menjadi Ahli Akademi Bekerja di Rumah. Networking - Networking - Networking!

Kenapa 44 entry yang perlu pelajar ABDR siapkan?
Ia bertujuan untuk melatih dan mendisiplinkan diri agar sentiasa update blog. Bukankah kita digalakkan melakukan pengulangan sesuatu perkara itu sebanyak 40 atau 44 kali supaya ia menjadi tabiat kita? Itulah konsep yang diterapkan oleh Pengasas.
Walaupun saya tidak update blog ini setiap hari, namun saya masih update blog personal saya iaitu www.ayurashid.com. Jadi, tidak menjadi masalah kepada saya untuk mendisiplinkan diri untuk update blog. Lagi pun, blog adalah minat saya. Saya menjadikan minat saya sebagai medium untuk membina rangkaian perniagaan dan mempromosikan produk yang saya jual.
Di samping itu juga, blog adalah tempat untuk saya berkarya, kerana saya sangat meminati bidang penulisan. InsyaAllah, saya akan mengambil kelas Online Asas Penulisan pula kerana saya mempunyai matlamat untuk menghasilkan eBook dan cerpen kelak. InsyaAllah, apabila anak semakin membesar saya lebih dapat fokus kepada minat saya pula.
Dalam entry akan datang, saya akan kongsikan Review saya tentang Akademi Bekerja di Rumah. Semoga Review tersebut memberi manfaat kepada semua
Singgah di sini untuk baca lagi: http://rahayu-abdulrashid.blogspot.com/2014/05/akhirnya-entry-ke-44.html?spref=fb
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia

Pilihan kelas di akademi bekerja di rumah:
1. kelas blog penulisan
2. kelas blog fanpage mula bisnes
3. kelas beriklan di mudah.my
4. kelas penulisan kreatif
5. pendaftaran pengurus online
6. kelas akaun online / bengkel urus akaun bisnes
7. kelas penulisan kreatif
8. kelas blog borong telekung solat 
9. projekduit raya 

servis yang ditawarkan :
1. tempahan blog bisnes /penulisan
2. beriklan di  soho directory

Hubungi saya untuk daftar mana-mana kelas pilihan  :
email : anysidayu.blogspot.com
sms /wtsapp  017-712993

Projek Duit Raya

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Pulang dari kursus tempoh hari langsung belum berkesempatan untuk mengadap laptop. Syukur masih ada gadget comel yang sentiasa menemani, mudah untuk saya online dan menjawab pm serta memantau tugasan protege kelas blog.

Ada beberapa lagi  tugasan yang belum diselesaikan. Sebelum tu, malam ini saya kongsi peluang ini untuk mereka yang mahu mula menjana pendapatan sempena musim perayaan dan bulan puasa ini. Terbuka untuuk semua. Kalian boleh lihat dulu blog rasmi, http://projekduithariraya.blogspot.com, masih dalam proses kemas kini. Bagi yang mahu cepat-cepat kutip hasil pendaftaran sudah dibuka.  Boleh mendaftar dan mulakan jualan.

Nanti saya akan kongsi lagi keterangan lanjut projek ini ya.

selamat malam!!!!


Wednesday, 21 May 2014

Fokus Pada Kelebihan Diri

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bismillah. Alhamdulillah. Petang ni kursus akan tamat. Tak sabar nak balik.

Pagi-pagi biasa memang tak kan sempat on tv, harini boleh dengar motivasi pagi sambil update blog. Sedikit perkongsian ilmu yang saya petik dari motivasi pagi.

Jangan kita fokus pada kelemahan setiap kali kita mahu memajukan hidup dan diri kita. Fokus pada kelebihan yang kita ada. Kita lebih suka melihat masalah dahulu, berbanding kita melihat jalan dan penyelesaiannya. Antara kita nak atau tidak sahaja.

Jauhkan diri kita daripada dua pencuri ini. Penyesalan masa lalu dan kerisauan masa hadapan.

Untuk mereka yang mahu keluar dari kepompong zon selesa. Boleh sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Pilihan kelas untuk kalian pilih:

1. Kelas online blog penulisan
2. Kelas online blog mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online akademi
6. Kelas akaun wahm soho /bengkel urus akaun bisnes
7. Kelas penulisan ebook
8. Kelas blog borong telekung solat
9. Kelas blog wordpress (bakal berlangsung)
10. Projek duit raya

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan iklan di soho directory
2. Tmpahn blog bisnes /peribadi - siap 3 hari.

Pilih mana-mana yang kalian mahu. Hubungi saya untuk pendftran. Pendaftaran dibuka setiap hari.

Anys Zakaria
Guru online ABDR
www.anysidayu.blogspot.com

Perbankan Dalam Talian

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bismillah.
Info ini saya ambil dari keratan akhbar. Tips mudah ini untuk kita yang biasa membuat urusan perbankan dalam talian

Melalui perbankn dalam talian kita mudah menguruskan sebarang transaksi perbankan bila-bila masa, di mana sahaja. Tanpa kesulitan, tanpa perlu keluar ke bank, semudah ABC. Antara tip yang dikongsi :

1. Semak akaun - semak akaun kita dengan mudah hanya dari rumh atau pejabat. Tanpa perlu menghubungi bank atau pergi ke cawangan berdekatan.

2. Pembayaran bil - Bayar bil pada bila-bila masa dan di mana sahaja kita berada. Hanya daftar dan uruskan pembayaran bil atas talian.
Saya sendiri suka set favourite siap-siap no akaun setiap bil yang memang selalu kita bayar setiap bulan. Jadi dengan mudah kita hnya buat pembayrn sahaja bila cukup bulan.

3. Urus pembayaran balik kad kredit dan pinjaman - Perbankan dalam talian membantu kita mnguruskan kredit dengan cekap supaya kita sentiasa mengetahui jumlah hutang. Tarikh pembayaran balik pinjaman dan transaksi akaun.

4. Pindah wang kepada rakan atau keluarga - pindahan wang kepada pemegang akaun lain melalui bank yang sama secara percuma sahaja. Atau caj rm 0.10 pindahan ke bank lain melalui GIRO antara bank.
Bagi pindahan wang ke akuan bank sama, wang akan dimasukkan serta merta ke akaun tersebut. Untuk pemindahn bank berlainan mengambil tempoh masa sehari bekerja selewat-lewatnya.

5. Urus kewangan dengan cekap - perbankan dalam talian mmbolehkan kita memantau akaun bank bila-bila masa sahaja. Dan memudahkan kita untuk menguruskannya.

Kita dinasihatkan menghubungi pihak bank untuk mengetahui cara mendaftar dan memulakan transaksi dalam talian dengan selmat.

Semoga bermnfaat!!!!

Jumpa lagi.