Monday, 31 March 2014

Cara Rai Pengunjung ke Blog Dengan Informasi Baru Setiap Hari

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Assalamualaikum pembaca, selamat memulakan tugas. Cuti persekolahan seminggu telah bermula. Di tempat saya semalam sudah mula bersekolah. Pasti kesibukan melanda mengurus keperluan anak-anak sebelum ke sekolah.

Untuk para pembaca yang sedang mencari cara untuk mula membina blog, jom kita baca sedikit apa kata pembaca EBOOK BELAJAR ASAS BLOG:


Blog merupakan kedai di alam maya, malahan boleh dikunjungi 24 jam tanpa perlu pengawasan daripada kita. Ibarat baru membuka kedai, kita perlu mempromosikan kedai  pada awal pembukaannya samada dengan mengadakan jualan murah secara besar-besaran, mengadakan jamuan kecil-kecilan,  dan memberikan layanan terbaik kepda pelanggan.
 
"Cipta, tarik pembaca
Tips, cipta dan tarik pembaca
update, update, update!
Kalau mahu orang selalu berkunjung ke rumah kita, selalulah dan sangat perlu
setiap hari rai mereka dengan informasi baru. Sedikit atau banyak pastikan ada
kesegaran baru dalam blog. Ini penting sebelum membuat keyakinan kepada
pembaca agar membeli produk kita. Apabila mereka sudah cukup yakin barulah
'mereka' membeli. "
(Masayu Ahmad. Belajar Asas Blog)
 
Blog umpama kedai yang sudah siap, pemilik perlu mempamerkan produk-produk jualan. Pada masa sama perlu meraikan pelanggan dengan pelbagai informasi yang menarik seperti perkongsian masalah daripada sudut positif, resepi masakan  dan blog motivasi, atau tutorial kraft. Konsepnya kita perlu memberi dahulu segala kepakaran dan pengetahuan namun bukan rahsia jualan agar pembaca selesa dan setia. Jika anda mahukan sesuatu beri dahulu baru hasilnya. Kita juga mendapat pahala hasil perkongsian ilmu dengan pembaca.
 
Pada awal penulisan blog, saya amat terasa sangat sukar menulis untuk mendapatkan 44 entri. Caranya saya akan baca, baca dan baca ebook ini agar mudah faham dan mencetuskan idea ketika menulis. Hanya baca sekali tidak memberi apa-apa kesan. Bacalah buku ini berulang kali sampai anda benar-benar memahami isi kandungannya terutama ketika buntu memikirkan idea penulisan. Ditambah pula dengan bahan-bahan berkenaan tajuk blog. Walaupun, pada mulanya agak sukar memahami, apabila mula menulis idea mencurah-curah masuk.
 
Semua orang mampu menulis tetapi tidak semuanya mampu menulis dengan baik dan berpengaruh. Saya juga masih belajar dan banyak silapnya. Namun, jika mahukan penulisan menjadi semakin baik perlulah sentiasa membaca dan menulis. Rahsia kejayaan adalah mulakan bukan hanya terus memikirkan masalah dan cara untuk bertindak. Setiap kegagalan yang hadir disetiap percubaan kita terselit petunjuk daripada Ilahi. Cuma apabila kita bertenang dan rasai perubahan itu barulah jalannya dipermudahkan.
 
Jika mahukan yang terbaik untuk diri, andalah yang perlu mencari jalannya sendiri. Usaha sehabis baik, bukan hanya menunggu orang bertindak dan berjaya barulah memulakan langkah. Carilah ilmu dan belajar daripada pengalaman orang lain. Allah akan membuka jalannya apabila kita berusaha bukan hanya menunggu bantuan. Laburlah sedikit wang untuk menambah ilmu bukan hanya bergantung sumber yang percuma sahaja seperti blog. Hadiri seminar, bacalah buku yang berkaitan minat anda dan matlamat.
 
 
 
 
Dapatkan segera. Masih lagi harga promosi :)
 
 
Bagi yang mahu belajar membina blog bersama AKADEMI BEKERJA DI RUMAH, boleh sertai kami. Bergabung bersama hampir 500 alumni akademi.
 
Kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.
1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli, dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.

2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Sertai seminar terkini anjuran kami http://bengkelbranding.blogspot.com/
 
Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.
Boleh terus mendaftar mana-mana kelas pillihan melalui saya, salah seorang guru online ABDR. 
sms/ wtsapp : 017-7912993

 

Sunday, 30 March 2014

Tip Menulis Cerpen dan Novel Dalam Ebook 101 Tip Penulisan Novel

 

Ulasan Ebook 101 Tips Penulisan Novel

Teks :Nur Balqis Qahira
Foto : Mr.Google
Tugasan Kelas : Ulasan Ebook



       Lebih kurang seminggu yang lalu,saya mendaftar untuk belajar di kelas penulisan kreatif yang berlangsung sepenuhnya secara atas talian sahaja tanpa perlu keluar rumah di bawah bimbingan seorang novelis iaitu Puan Monalita Mansor.Syukur alhamdulillah,saya berjaya juga menghabiskan pembacaan dan mencatat nota-nota penting dalam ebook 101 Tips Penulisan Novel.Ebook rujukan lengkap ini perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang mahu  menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif ini.Jujur saya akui,saya sudah lama tidak membaca mana-mana genre penulisan kreatif ini.Ini kerana saya lebih banyak membaca buku-buku perniagaan,pemasaran,kewangan dan motivasi.Kali terakhir saya membaca cerpen dan novel ialah pada penghujung tahun 2008.Jadi,saya agak mengambil masa untuk menerokai dunia penulisan kreatif ini.Saya menemui kembali apa yang dipelajari ketika di sekolah menengah rendah dahulu terutamanya tentang tema,gaya bahasa,plot,persoalan dan segalanya yang berkaitan dengan penulisan kreatif ini.


      Ebook 101 Tips Penulisan Kreatif ini mengandungi 10 bab dan 81 muka surat.Antara yang terkandung dalam ebook ini ialah 25 sebab manuskrip ditolak oleh penerbit yang didedahkan dalam bab 1.Bab 2 pula menerangkan tentang cara memulakan langkah untuk menghasilkan karya.Bab 3 mendedahkan tentang intipati novel iaitu cara menentukan watak,latar,plot,konflik dan juga Resipi K-Pop.Kaedah merangka cerita pula didedahkan dalam bab 4.Teknik penceritaan yang yang perlu digunakan dalam penulisan bagi menjadikan sesebuah karya tersebut menarik untuk dibaca juga dedahkan dalam bab 5.Dalam bab 6 pula menerangkan tentang empat langkah penting yang perlu dilakukan sebelum menghantar karya kepada penerbit.Bab 7 pula membongkar rahsia 25 ciri penulis yang disukai oleh penerbit.Bab 8 mendedahkan tentang hak-hak penulis bagi melindungi karya yang dihasilkan."Jual Sebelum Terbit" yang dibincangkan dalam bab 9 pula menerangkan tentang cabaran sebagai penulis baru,senjata penting dalam pemasaran,penjenamaan diri dan lain-lain.Bab yang terakhir sekali menerangkan tentang 20 Ciri Penulis Best Seller Yang Profilik.

       Selain itu,ada empat ebook yang diberi secara percuma bersama ebook 101 Tips Penulisan Novel ini.Antaranya ialah 7 Kisah Inspirasi Novelis Profilik & Best Seller.Ebook ini mendedahkan bagaimana novelis-novelis terkenal seperti Abdul Latip Talib,Ain Maisarah,Ainin Naufal,Bahruddin Bekri,Damya Hanna,Natasya Effizal dan Noor Suraya bermula sehingga mencapai kejayaan,perkongsian pengalaman dan juga tips-tips dalam bidang penulisan kreatif ini.

      Ebook Sampel Proposal Novel Untuk Penerbit juga diberikan percuma.Ebook ini mendedahkan tentang maklumat lengkap format penulisan sampel proposal yang betul untuk dihantar kepada penerbit.Antaranya ialah Senarai Maklumat Dalam Proposal,Format Penulisan E-mel/Surat dan Sampel E-mel dan Proposal Novel.

      Kesalahan lazim penulis seperti ejaan dan tatabahasa seperti tanda sempang,kata sendi dan lain-lain juga dimuatkan dalam ebook.Menurut pengarang ebook ini(Mazlia Murat),ejaan dan tatabahasa amat penting untuk meningkatkan peluang penerbitan manuskrip yang dihasilkan.

     Selain daripada ebook-ebook tersebut,satu lagi ebook yang diberikan secara percuma ialah ebook Tentang Kasih iaitu sebuah antologi cerpen.Ebook ini mengandungi 7 koleksi cerpen iaitu Tentang Kasih,Lara Hati,30.05.04,Kad Hari Jadi Untuk Hanan,Berhenti Berharap,Cinta Seorang Lelaki dan Ada Apa Dengan Raya.

      Kesimpulannya,ebook 101 Tips Penulisan Novel ini adalah satu rujukan lengkap bagi sesiapa sahaja yang mahu menceburkan diri dan menambahkan ilmu dalam bidang penulisan kreatif ini.Tidak rugi sekiranya anda mendapatkan ebook ini untuk merealisasikan impian anda.Bagi yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif ini,kalian amat dialu-alukan untuk mendaftar belajar di kelas online penulisan kreatif ini.Selepas pendaftaran,kalian akan dimasukkan dalam "secret group" di laman sosial facebook.Pelajar dan guru online berkomunikasi sepenuhnya secara atas talian.Masa belajar adalah fleksibel iaitu mengikut kelapangan anda sendiri.Tiada had masa yang ditetapkan dan belajar hanya dari rumah sendiri tanpa perlu bersusah-payah datang dari jauh untuk menghadiri kelas ini.Hanya perlu mendaftar masuk ke alam maya dan sudah boleh mula menuntut ilmu.Kelas ini sangat sesuai bagi sesiapa sahaja yang sibuk termasuk suri rumah.Kalian juga boleh mendaftar melalui saya.KLIK SINI.
 
******************************************************************
 
 
 
 
Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif.
Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.
Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.
Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas.
Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan.

Belajar menulis cerpen dalam kelas ini bersama dua novelist terkenal.

Untuk pendaftaran kelas ini, boleh hubungi saya :

Email : anysidayuzakaria@gmail.om
sms /wtsapp : 017-7912993

Saturday, 29 March 2014

Delima, keliru mahu mula sebagai peniaga online

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
 
Alhamdulillah, sudah Sabtu hari ini. 3 hari lagi nak masuk bulan ke 4 tahun 2014. Masih lagi ada yang belum mula, masih delima sentiasa keliru dan fokus sentiasa ke laut. Sedikit tips perkongsian di sini ya.
 
Dilema, keliru, fokus lintang pukang. Ada antara kalian yang menghadapi masalah seperti ini :

1. Eh, orang lain dah berhenti kerja sudah boleh kerja dari rumah. Aku pun mahu juga. Mereka boleh aku pun boleh. Nak jual apa ya, jual online, mahu buka butik online lah.
2. Bulan pertama lihat baju kanak-kanak cantik. Mula jual pakaian kanak-kank.
3. Bulan ke dua lihat baju hamil cantik gatal tangan buat page baru lagi mahu jual baju hamil. Putus asa sebab laku 2 helai sahaja.
4. Bulan ke tiga mahu jual buku. Sebab nampak macam best aje orang lain jual.
5. Bulan ke empat mahu jual kek pula. Sebab nampak macam laku.
6. Bulan 5, 6, 7, 8, 8, 10, 11, 12. Cukup setahun ada 12 bisnes.
Hasilnya dua hengget sehari, 4 hengget sehari. Kekallah begitu sampai setahun. Lepas itu menangis-nangis mahu kerja semula, sebab tak ada hasil kerja dari rumah.

Inilah masalah ramai wanita yang kononya semangat mahu kerja dari rumah. Tetapi tidak ada fokus. Hasil kajian kes yang datang, sama sahaja, apabila mereka selesai berkongsi saya boleh asingkan, ini kategorinya : 
 
a. Belum sedia
b. kekal gagal
c. Tidak tahu apa-apa wahm, sahm soho- sebab nak google pun malas
d. sukses- dia tahu nak capai matlamatnya sejak hari pertama mahu letak niat berhenti kerja
 
(Petikan blog Puan Masayu Ahmad) ======================
 
Fokus perkara penting dalam apa jua yang kita lakukan.
Saya pun pernah menghadapi situasi yang sama. Semua mahu dijual.Nampak cantik, mahu jual, nampak untung besar, cepat laku nak jual, jual itu, jual ini akhirnya untung ciput tak fokus sudah tentu. Sekejap promo itu, sekejap promo ini. Bila kurang sales sudah malas mahu buat.

Sebab itu kalian yang tiada produk boleh bermula dengan menjadi RAKAN NIAGA / PENGURUS ONLINE ABDR. Cari pengalaman terlebih dahulu. 2 bisnes yang mudah untuk dijalankan secara online.

 1. bisnes produk digital (ebook)
2. bisnes perkhidmatan @consultan@ coaching
Boleh baca perkongsian saya tentang ini di sini ya : http://anysidayu.blogspot.com/2014/03/2-jenis-bisnes-online-yang-mudah.html

 
Mahu menjadi salah seorang pengurus online atau mahu belajar asas blog?
Boleh PM saya Anys Idayu Zakaria atau barisan pengurus online Bee Irma Azuriyah Mohamad Amilah Batrisya Hazman Nur Balqis Qahira Nur Sayid Asmah Md Isa, maleeva semadi, rosemalina che omar,


Friday, 28 March 2014

Di mana Ada Usaha, Di situ ada kejayaan

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
 
Alhamdulillah, tahniah.. tahniah.. tahniah!!!  untuk semua protege saya. Protege baru semakin rancak menyiapkan blog dan tugasan masing-masing. Protege sedia ada semakin konsisten menulis entri di blog.

Ya, saya pasti sesuatu yang lain pasti akan terjadi jika kalian belajar dan membuatnya sendiri berbanding hanya upah orang lain menyiapkannya. Satu perasaan puas di hati kerana kita berjaya melakukan sendiri dengan panduan yang diberikan.

Tahniah untuk semua. Kalian orang yang hebat dan berjaya, pasti boleh lakukan walaupun pada permulaannya rata-rata agak ragu-ragu jika tidak berjaya hasilkan blog sendiri. Dan terbukti sekarang, masing-masing boleh lakukannya, kami di akademi hanya tunjuk cara menyampaikan ilmu ini.
 
****************************************************************

 Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Sertai seminar terkini anjuran kami http://bengkelbranding.blogspot.com/

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Bagaimana kelas ini dijalankan?
Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.

Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.

Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.

Saya tak ada produk. Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.

Berapa lama boleh pandai? Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.

Apa lagi yang kami dapat? Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Thursday, 27 March 2014

2 Jenis Bisnes Online Yang Mudah

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Untuk mereka yang tengah pening-pening lalat nak mula bisnes, tak tau nak niaga apa. Mai sini nak cerita. 2 kaedah ni mudah dan senang sangat.

1. Bisnes Online - JUALAN PRODUK DIGITAL (pakej ebook) Produk yang dibeli oleh pembeli kita akan hantar melalui email, dan mereka download melalui software adobe reader, ebook biasanya berbentuk pdf. Lebih mudah sekarang sebab ramai dah ada telefon canggih-canggih, jadi dengan mudah mereka akan download ebook yang dibeli hanya menggunakan telefon@smartphone sahaja. Mudah untuk kita urus, keuntungan juga berbaloi jika rajin kita usaha.

Ok jom kita kira contoh keuntungan ya. Katakan produk digital pakej mula bekerja di rumah (ebook 101 idea home based bisnes&ebook belajar asas blog) - keuntungan RM20, Kalau 10 orang beli sudah untung RM200, lagi rajin promosi lagi banyak untung. Ini satu je pakej ebook. Kalau kita duk jual pakej lain. Ce kira berapa yerk?
  
(ini antara pakej ebook)
 
 
2. Bisnes Online - Perkhidmatan (kelas online blog) Ini cara mudah untuk kita menjual kemahiran yang kita ada, kita tawar dan bantu mereka yang memerlukan servis ini. Contohnya kami di akademi bekerja di rumah menawarkan kelas online blog. Ok baik, kalian tak ada kemahiran seperti ini. Tak perlu risau. Kalian boleh promosi kemahiran dan pakej yang kami tawarkan untuk memperolehi komisen hasil pendaftran mereka yang mahu belajar kelas online ini. Mudah sahaja. Semua disediakan, kalian hanya promosi. 

(Ini antara pakej yuran kelas online)
 
Kita cuba kira contoh keuntungan pula ye. Katakan seorang rakan mendaftar melalui kalian untuk kelas blog fanpage mula bisnes. Keuntungan RM50, Kalau 10 orang rakan yang mendaftar belajar ke kelas ini, keuntungan sudah RM500. Di akademi bekerja di rumah ada lebih kurang 10 pakej kelas online dan pakej iklan mengikut komisen masing-masing. Bayangkan jika kalian betul-betul rajin dan fokus, berapa sebulan kalian boleh dapat dengan hanya duduk mengadap komputer sahaja. 

Ini adalah contoh mula bisnes online yang tak perlu kita keluar dari rumah. Hanya duduk rumah sahaja. Untuk 2 cara ini, kalian perlu mendaftar sebagai rakan niaga akademi (Pengurus Online Akademi). Sedikit yuran modal diperlukan untuk mendaftar, yang mana yuran tersebut meliputi kelas belajar blog dan juga bonus ebook.
 
Orang kata, kalau kita tak cuba dulu, kita tak boleh cerita kebaikan betul tak. Jadi melalui pendaftran sebagai rakan niaga akademi, kalian akan diberi 4 ebook bonus (ebook belajar blog, ebook super wahm super mom, ebook panduan mula bisnes butik offline online dan ebook 101 idea home based bisnes). Kesemua ebook ini kalian boleh jual melalui pakej yang disediakan oleh akademi. Mudahkan. Dah ada ebook nak baca, dah boleh jadikan testimoni dan perkongsian, dan boleh mula jual 1. Bisnes Online - JUALAN PRODUK DIGITAL (pakej ebook)
 
Untuk blog pula, kalian akan belajar menghasilkan blog rakan niaga, yang mana boleh mula mempromosi produk akademi di blog tersebut. kalian sudah boleh mula promote 2. Bisnes Online - Perkhidmatan (kelas online blog), sebab dah ada blog sendiri. Dah lebih yakin nak bercerita dengan rakan apa yang akan dipelajari dalam kelas blog tersebut.

Untuk yang mahu tahu lanjut tentang rakan niaga akademi, boleh baca di sini ya http://anysidayu.blogspot.com/2014/01/bisnes-online-paling-mudah.html

Bagi yang mahu daftar sebagai rakan niaga / Pengurus Online Akademi, boleh terus hubungi saya untuk pendaftaran :

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz


 

 

Wednesday, 26 March 2014

Tips Mula dan Cari Modal Bisnes

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Tips mula dan cari modal bisnes
Langkah awal memulakan bisnes tak semestinya kita perlu buka butik bertaraf 5 bintang di kompleks beli belah yang hebat. Memadai dengan kedai kecil sahaja. Nak lebih kecil lagi pun boleh, kedai dalam talian (online) sahaja melalui blog yang tidak memerlukan modal untuk tapak dan sewa. Malah ia mampu menjimatkan ribuan atau puluhan ribu ringgit.
(Tips Irfan Khairi)

kami menerima pendaftaran setiap hari :
1. kelas blog penulisan
2. kelas blog fanpage mula bisnes
3. kelas beriklan di mudah.my
4. kelas penulisan kreatif
5. Pengurus Online ABDR
6. Kelas online urus akaun bisnes
7. Tempahan blog - siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di soho directory
9. Julung kalinya Live Coaching Bengkel Branding Yourself & Business

Alhamdulillah, terima kasih kepada kalian yang memberi kepercayaan kepada pasukan kami untuk membantu kalian memulakan tapak memperkenalkan diri dan bisnes melalui pemasaran online. Kami sebagai jalan untuk kalian bermula, selebih usaha yang LUAR BIASA kalian pasti akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa juga. Tahniah dan terima kasih kepada mereka yang telah mendaftar bersama ABDR.

Guru Online ABDR
''1 Usahawan 1 Blog''
www.anysidayu.blogspot.com
Mula Bisnes Butik

Tuesday, 25 March 2014

Bekerja Dari Rumah Secara Online

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bismilllah, hari ini saya nak kongsi pertanyaan yang datang dari email salah seorang guru online akademi. Mungkin kalian yang membaca ada yang mempunyai masalah seperti, Insya Allah semoga persoalan yang kalian dapat membantu sedikit sebanyak melalui jawapan ini.


Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum,
Saya mahu kongsikan email yang saya terima semalam yang berbunyi begini :

Cikpuan. 
Didoakan cikpuan sihat sejahtera. 

Saya menembusi ruang Google lalu saya berjumpa dengan laman blog cikpuan yang bekerja dari rumah. Maka, saya ambil alamat emel cikpuan untuk saya hubungi. 

Serba sedikit tentang saya, Pn XXX . Berumur 28 tahun, sudah bernikah dan ada seorang anak kecil berusia 2 tahun 1 bulan. Saya sudah berhenti kerja pada tahun 2010. Kenapa? Kerana saya bernikah dengan suami yang oada masa itu masih melanjutkan pelajaran di Australia. Selama 3 tahun di sana, saya hanya menjadi penulis artikel pada masa senggang, tidak dapat bayaran yang tinggi. 

Sekarang sudah hampir 9 bulan saya pulang ke Malaysia, saya masih belum ada pekerjaan dan saya amat tertekan dengan hutang PTPTN yang belum terlunaskan. 

Buat masa ini, saya menjadi ejen Dropship beberapa kumpulan perniagaan Muslimah tetapi tidak dapat mencapai sasaran keuntungan. Sudah 2 bulan saya ikuti kumpulan dropship, saya hanya dapat kumpul pendapatan sebanyak RM100. 

Saya graduan dalam bidang bahasa. Dahulu bekerja sebagai editor dan penulis sebuah syarikat penerbitan swasta. Menulis secara freelance dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (selama berada di Australia). Saya amat cintakan bidang penulisan tetapi cinta saya kepada suami dan anak membatasi segala-galanya. 

Saya berdoa mahu menjadi ibu dan isteri yang sentiasa ada di rumah, sentiasa ada apabila diperlukan. Dalam pada masa yang sama, saya tertekan tidak bekerja dan tidak dapat bayar hutang PTPTN. 

Saya mohon jasa baik cikpuan untuk membantu, memberi penerangan kepada saya, bagaimana saya boleh ikut serta cikpuan dan kumpulan bekerja dari rumah? 

Semoga urusan cikpuan dipermudahkan Allah SWT. 

 
Sekian, 
Terima Kasih. 

Jawapan saya :
Waalaikumussalam puan,

Alhamdulillah, ada juga yang berminat untuk bekerja di rumah dan sentiasa mahu berada bersama anak-anak. Sedikit penjelasan dari saya mengenai apa yang saya lakukan sekarang ini. Sebenarnya saya merupakan seorang blogger dan peniaga online sejak tahun 2009 lagi. Dulu saya suka mengabadikan kisah kehidupan saya di dalam blog dan dalam masa yang sama saya juga suka berniaga secara dalam talian. Tahun 2012 saya melepaskan jawatan saya dan menumpukan sepenuh perhatian saya kepada keluarga. Namun begitu saya masih lagi menjalankan perniagaan online saya tetapi dihadkan hanya pada hari cuti sahaja.
Tahun lepas saya menyertai Akademi Bekerja Di rumah dengan menjadi guru online bagi mengajar mereka yang memerlukan khidmat saya untuk belajar berniaga melalui blog & fanpage. Alhamdulillah, terus terang saya cakap saya sudah mula mempunyai pendapatan yang tetap antara sekitar RM1,000 ke RM3000 sebulan (atau lebih bergantung kepada usaha). Untuk mendapat pendapatan yang tetap melalui hanya bekerja dari rumah bukanlah suatu perkara yang mudah juga, tetapi jika kita tahu caranya Insya Allah senang sahaja. Puan boleh baca entri saya yang ini : http://zailamohamad.blogspot.com/2014/03/tips-buat-surirumah-bekerja-pelbagaikan.html
Apa yang puan boleh lakukan sekarang adalah dengan mendaftar kelas belajar blog & fanpage bersama saya sekarang. Yuran bermula dari RM150-RM300. Saya cadangkan agar puan mengambil pakej RM200 di mana secara automatik puan dapat menjadi Rakan Niaga kami dan boleh mempromosikan produk Akademi Bekerja Di Rumah bersama saya. Caranya cukup senang sahaja, bina sebuah blog & fanpage dan setiap hari boleh promosikan produk kami iaitu pakej kelas online, ebook dan juga ruangan pengiklanan. Tidak perlu keluar rumah pun cuma hanya perlu luangkan sedikit masa untuk berada di hadapan komputer melakukan kerja-kerja pemasaran secara dalam talian. Insya Allah kita sama-sama usahakan untuk mendapat pendapatan sebanyak RM100 sehari. Sudah ada di kalangan ahli alumni ABDR yang berjaya melakukannya juga. 
Saya doakan semoga puan jelas dengan penerangan saya. Jika ada apa-apa kemusykilan boleh email atau terus hubungi saya di facebook/Zaila Mohamad. Insya Allah saya akan cuba membantu sedaya upaya saya.

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.
 
**************************************************************************
 
Semoga jawapan di atas sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang sedang buntu memikirkan jenis bisnes atau cara bagaimana untuk mula bekerja dan menjana pendapatan dari rumah.
 
Kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.
1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli, dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.

2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Sertai seminar terkini anjuran kami http://bengkelbranding.blogspot.com/

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.
 

Boleh terus mendaftar mana-mana kelas pillihan melalui saya, salah seorang guru online ABDR.
sms/ wtsapp : 017-7912993

Al fatihah MH370

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bismillah.
Ya Allah sesungguhnya akau berlindung kepada Engkau daripada bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau daripada lemah dan malas. Aku berlindung daripada Enagkau daripada pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau daripada lilitan hutang dan penindasan manusia.
 
Alfatihah, salam takziah untuk semua keluarga mangsa, anak kapal MH370, apa pun persoalan kenapa dan mengapa di lautan Hindi semua atas rahsia Allah swt yang lebih mengetahui segala-galanya. Semoga kita terus redha dan menerima qada' dan qadar Allah yang telah tertulis.
 
Berat mata memandang, berat lagi beban yang menimba keluarga mangsa yang terlibat. Sama-sama kita doakan mereka terus tabah dan kuat menghadapi ujian dan perkhabaran seterusnya.
 
 
 

Monday, 24 March 2014

Strategi Penjenamaan Diri dan Bisnes

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, hari ini saya nak cerita lagi kelebihan sertai bengkel branding yourself stategies ini, yang bakal diadakan pada bulan hadapan


PASTI RAMAI YANG TERTANYA "EVENT" APAKAH INI?
Sebenarnya ianya adalah Bengkel Live Coaching Satu hari

Tentang Strategi Penjenamaan Diri / Perkhidmatan / Perniagaan

[Masalah Dalam Diri Kita]

Masalah untuk memperkenalkan diri dan perkhidmatan ini sebenarnya berlaku kepada saya dan ramai orang lain di luar sana terutamanya mereka yang "berpendidikan tinggi" dan "pandai". Oleh kerana merasakan diri terlalu pandai, kita menghalang diri kita untuk mempelajari teknik-teknik ini. Ia adalah perkara asas yang utama yang menyebabkan orang yang berjaya terus berjaya apabila menggunakannya dan ia juga merupakan perkara asas yang utama menyebabkan orang gagal terus gagal dan gagal apabila tidak menggunakannya.

[Pengalaman Sendiri]
Saya belajar dari pengalaman sendiri dan juga pengalaman orang lain. Pada tahun 2012 saya telah meletakkan jawatan di sebuah agensi kerajaan tempat saya berkhidmat kerana mempunyai masalah pengurusan rumahtangga terutamanya hal kebajikan anak-anak yang sering keluar masuk hospital .

Selama 1 tahun saya cuba menghasilkan pendapatan sendiri. Selama itu saya:
-Membuat, Menjual dan Mengedar Cheesetart
-Menyertai perniagaan MLM
-Menjadi pemborang dan menjual busana Muslimah
-Menjadi ajen Tupperware dan sebagainya

Saya buat bermacam usaha untuk mendapatkan pendapatan kerana sudah berjawatan Suri Rumah Sepenuh Masa. Suami tidak suruh tapi saya yang sudah biasa ada gaji sendiri merasa janggal tanpa pendapatan sendiri.

[Mencari Mentor]
Lama juga saya mengalami "zaman meroyan dan kegelapan". Walau banyak usaha yang dilakukan, ia seolah-olah pembaziran tenaga dan masa kerana tidak mengetahui teknik-teknik sebenarnya. Dan saya katakan pada diri sendiri " Sudah, Nisa! Tak perlu bereksperimen lagi! Jangan buang masa, cari mentor segera."

Seawal perletakkan jawatan setahun yang lalu tersebut, saya menghadiri seminar Advance Marketing Power oleh pelatih jutawan terkenal iaitu Dr.Azizan Osman. Beliau banyak berkongsikan cara. Saya aplikasikan kepada kesemua perniagaan di atas, dan ia mendapat sambutan ramai.

Namun, saya tersentak apabila ayah saya sendiri berkata " Baru untung rm50 dan riuh sekampung" setelah saya berjaya membawa hasil pulang sehari selepas pulang dari pejabat pos dengan berjalan kaki di panas terik kerana poskan barang dan borang yang dipesan oleh pelanggan online.

Akhirnya saya bertemu dengan Mentor yang secocok dengan gaya kehidupan yang saya perlukan. Saya mendapat mentor yang juga seorang suri rumah namun berpendapatan dari rumah. Saya "membayar" untuk berilmu dengan beliau. Dan alhamdulillah, "bayaran" tersebut bukan sekadar pulang modal namun berlipat kali ganda keuntungannya. Ilmu apakah itu? Ya, itulah yang saya akan kongsikan dan saya akan berikan langkah demi langkah untuk kita :

-Mula pandang Kepakaran
-Mula pandang Ijazah yang ada
-Mula pandang Hobi dan Minat

Kemudian:

-Bagaimanakah cara untuk "menjenamakannya"?
-Bagaimana untuk "mendesignkannya"?
-Bagaimana untuk "memperkenalkannya"?

Apabila kita mengetahui tekniknya, dari rumah juga boleh "dikenali" , mendapat pelanggan dan perniagaan berjalan maju dan terus maju. Jika ada yang bercita-cita ingin menjadi ibu suri berijazah dan bekerja sepenuh masa di rumah (working mother at home) , ini adalah ilmu yang sangat diperlukan. Jika ada yang menjalankan perkhidmatan "professional" namun terpaksa tutup premis dan mula menjual baju atau coklet, inilah masanya untuk belajar teknik-teknik yang akan didedahkan untuk anda bangun semula perkhidmatan professional anda dengan penuh gaya dan kemesraan dengan pelanggan. Bagaimanakah caranya? Hadir ke Bengkel Live Coaching ini.

Insyaallah. Berbekalkan semangat luar biasa yang di anugerahkan oleh Allah swt, saya bersemangat berkongsi dan wajib berkongsi pengalaman dan ilmu seciput yang ada untuk membantu masyarakat kita untuk :

-bangun dari leka
-untuk tidak lagi bersedih dan bermurung
-untuk tidak lagi berada dalam kegelapan

Sudah tiba masanya untuk :

-keluar dari zon selesa
-berani melakukan
-lakukan semaksimum
-perkenalkan diri, produk, perkhidmatan atau perniagaan di mata orang ramai.

Jika kita tidak beritahu, ada orang lain tahu apa perniagaan/perkhidmatan kita?

Apa beza apabila orang lain yang menceritakan tentang kebaikkan perniagaan / perkhidmatan kita dengan kita yang bagi tahu sendiri di sana dan di sini yang perniagaan /perkhidmatan kita sangat baik?

Bagaimana pula jika media yang tolong bagi tahu kan? Agak-agak orang lebih percaya atau tidak jika media yang memperkenalkan diri/perniagaan/perkhidmatan kita?

Bagaimana ini semua boleh terjadi?

Maka saya luangkan sedikit masa buat pertama kalinya di khalayak ramai untuk berkongsikan langkah demi langkah. Selama ini saya berkongsikan selama 8 bulan dengan mereka yang masuk daftar kelas coaching personal saya secara online. Kini, masanya untuk saya kongsikan kepada semua orang tanpa batasan. Jika saya yang lemau dan lembik boleh lakukan, apatah lagi kalian yang sangat hebat di luar sana.

3 Lokasi untuk di tempah tempat duduknya:

-Melaka ( 5 April 2014)
(MMU, MELAKA)

-Kuala Lumpur ( 6 April 2014)
(UTM , KL)

-Kelantan (26 April 2014)
(KOTA BAHRU)

Bengkel : Branding Yourself Strategies, Branding Your Business Strategies
(Pendedahan Langkah Demi Langkah Mudah Yang Boleh Dilakukan)
*langkah-langkah ini tidak akan di dedahkan oleh sesiapa pun yang sudah berjaya melaluinya kerana mungkin mereka terlupa untuk berkongsi 


Dengan berbesar hatinya saya menjemput tuan/puan untuk hadir sesi coaching ini di mana hanya perlu peruntukkan masa sehari sahaja untuk dapatkan teknik-teknik mudah:
- penjenamaan diri dan perniagaan dan perkhidmatan
- merekabentuk perniagaan dan perkhidmatan
- strategi mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan agar lebih dikenali ramai dan mendapat liputan media serta di cari oleh pihak tertentu untuk kerjasama, tajaan dan sebagainya

ibu tunggal yang ingin berpendapatan/berniaga/sedang berniaga tapi suram/ tidak tahu berniaga
- suri rumah yang ingin berpendapatan/ berniaga/sedang berniaga tapi suram/ tidak tahu berniaga
-lepasan universiti yang ingin berpendapatan /berniaga/sedang berniaga tapi suram/ tidak tahu berniaga
-yang mengganggur yang ingin berpendapatan /berniaga/sedang berniaga tapi suram/ tidak tahu berniaga
-yang berhutang yang ingin berpendapatan /berniaga/sedang berniaga tapi suram/ tidak tahu berniaga
- yang berniaga tapi tidak ada pelanggan dan ingin majukan semula perniagaan dan mendapat pelanggan

Perniagaan dan perkhidmatan yang dimaksudkan tidak kiralah di bidang apa jua sekalipun:
- professional
-penulis
-peniaga
-penggiat seni
-perekabentuk
-pembekal
-perkhidmatan rundingan
-pegilang dan sebagainya

Semasa bengkel, setiap peserta perlu hadir dengan membawa satu idea bisnes sama ada bisnes yang sedang dijalankan atau business yang baru difikirkan sebagai latihan bersama. Semoga sekembalinya di rumah nanti, masing-masing sudah jelas dengan apa tindakan yang perlu dilakukan.
 

Insyaallah anda yang hadir ke bengkel ini akan mendapat KUNCI TEKNIK BRANDING di dalam genggaman anda. Hanya perlu pulang dan lakukan!

hubungi saya Anys Idayu Zakaria untuk pendaftran mana-mana lokasi pilihan

 


Dari rm350 kini diturunkan kepada rm150 sahaja bagi memastikan ramai yang mampu mempelajarinya dengan kos yuran yang rendah. Harapan saya agar semua peserta manfaatkan ia sebaiknya.

Datang dengan gelas yang kosong, dengan nawa satu idea perniagaan untuk latihan didalam bengkel.

Pendaftaran masih dibuka sehingga 31 march 2014. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya atau krew pemasaran yang anda kenali.

»www.bengkelbranding.com
»http://bengkelbranding.blogspot.com/

Jika anda tak pernah melabur duit untuk ilmu perniagaan, inilah peluangnya. Setiap pelaburan ada keuntungannya. Insyaallah.

hubungi saya Anys Idayu Zakaria untuk pendaftaran mana-mana lokasi pilihan

Sunday, 23 March 2014

Elak Tulisan Shortform/Bahasa Rojak dalam Penulisan Blog - Ciri Blog Disukai Pembaca

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria



Bismillah.
Tertangguh beberapa hari mahu menulis entri tentang ini. Minggu sudah ketika sedang berchit chat bersama rakan, iza shahdan (jemput singgah blog beliau di sini http://dibiuscinta.blogspot.com
beliau ada memberi sedikit komen tentang penulisan saya di blog dan facebook. Katanya, suka dan kagum baca tulisan saya yang tak ada shortform, atau lebih mudah perkataan singkat-singkat, tulis pendek yang sukar dibaca orang lain.
 
Ini adalah salah satu cara penulisan yang akan diajar dalam kelas blog bersama AKADEMI BEKERJA DI RUMAH , mereka akan teruja membaca blog kita jika apa yang kita tulis mudah difahami, tidak menggunakan perkataan ringkas yang terlalu sukar untuk difahami, penggunaan ayat yang betul, elakkan titik-titik yang banyak. Ini juga merupakan salah satu ciri blog berpengaruh.
 
Ini semua akan dipelajari dalam kelas, mudah sahaja melalui penulisan dan catatan 44 Insya Allah cara mudah dan ciri blog berpengaruh ini dapat dipraktikkan dalam blog kita. Dulu saya pun suka juga tulis seperti itu, tulis shortform, banyak titik-titik dalam penulisan, tapi bila kita sudah belajar, kita akan mula mempraktikkan dan ia akan menjadi kebiasaan. Malah saya sendiri pening sebetulnya kalau baca penulisan yang ada banyak titik dan shortform (sebab susah kadang nak faham apa yang mereka cuba sampaikan, takut lari pula dari pemahaman yang sebenar)

Jom kita lihat sikit ciri-ciri blog berpengaruh:

10 ciri blog berpengaruh
1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
Blog mesra pembaca adalah blog yang tidak ada gangguan. Blog yang penuh informasi, sangat member pengaruh yang besar kepada pembaca datang dan datang lagi. Jang
an sesekali memasukkan elemen-elemen dengan menyatakan bahawa blog cantik adalah blog yang suka dibaca. Itu tidak benar. Blog yang tidak terlalu cantik, tetapi pengisian yang bagus itulah yang suka dibaca. Jangan sesekali menodai blog sendiri, seperti meletakkan gajet yang tidak sesuai seperti muzik, grafik, bling-bling yang melambatkan proses ‘loading’ dan menganggu pembaca.

2. Sentiasa ada entri baru dan segar
Selalu memasukkan entri baru, segar dan bermotivasi. Ia menjadikan blog aktif dan ia dikunjungi pembaca tegar. Beri info dan fakta baru. Pada masa yang sama ia menjadikan satu rutin aktif ulangan pembaca.

3. Entri penyelesai masalah
Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jensi resipi yang dimahukan. Manakala tips-tips mudah didapur menjadikan blog tersebut sebagai pembantu masalah di hujung jari. Begitu juga blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.

4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
Kisah kita kadangkala kita malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu pengalaman benar adalah kisah teladan realistic. Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama, apabila membaca satu-satu kasha, ia dapat mengubah pandangan dan member pengajaran dalam satu sisi yang lain. Maka tulis dan kongsi pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.

5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
Bagi penulis blog tegar, berupaya menjadikan pembaca datang dan datang lagi. Ini tidak dicapai dalam satu hari. Penulis blog yang konsisten berupaya menjadikan blognya sebagai satu ketagihan kepada pembaca.

6. Blog yang menjadi rujukan khusus
Blog khusus yang menjadi rujukan. Blog sebegini penuh informasi dan mencapai tahap menyentuh setiap aspek kategori dalam fokus blog yang ditulis.

7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
Blog berinformasi, jujur dalam penyampaian membuatkan pembaca ternanti-nanti. Ia bukan penulisan syok sendiri, tetapi sangat telus dalam penyampaian.

8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga. Sangat berbeza blog yang kurang dikunjungi dengan blog yang suka dikunjungi. Jagalah penulisan, gunalah Bahasa Melayu formal, walaupun santai elemen ini masih menjadi dan satu tarikan kepada pembaca.

9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
Blog penyelesai masalah dan informasi sangat berpotensi untuk dijadikan wang. Ia boleh dijual sebagai ebook, atau blog tersebut sebagai agen pemasaran online terhebat. Entri boleh diselit dengan promosi produk. Gaya bersahaja semasa penyampaian, menjadikan pembaca tetap akan mudah terpengaruh untuk membeli. Jika sudah sampai ke tahap ini, tukar pembaca kepada pembeli pula.

10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
Inilah yang digemari pemilik blog yang aktif. Bagi yang mempunyai pembaca tegar, dengan sendirinya akan mudah menjadi pelanggan. Pelanggan itu pula bertukar sebagai pelanggan setia. Binalah hubungan baik dengan pembaca jangan dibiarkan blog sepi tanpa entri dan bawakan sesuatu yang segar setiap hari

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Sertai seminar terkini anjuran kami http://bengkelbranding.blogspot.com/

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Guru Online ABDR
www.anysidayu.blogspot.com
 
 
 

 
Harga biasa RM100 untuk 2 ebook. Harga promosi sekarang, RM50. Jadi dapatkan dua ebook ini sebelum tamat promosi. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.

Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Ringkasan Bab Asas Blog:

Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook

Bayar di sini, RM50
http://aizmallgedungbukuonline.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Saturday, 22 March 2014

Ilmu Urus Akaun Bisnes Menyelamatkan Bisnes Daripada Terus Kerugian

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, terus berjuang kita lagi pagi ini. Sebelum memulakan tugasan, mari kita mulakan dengan membaca al fatihah sedekah kepada kedua ibu bapa. Amalan membaca surah al Waqiah setiap awal pagi sebelum mula kerja. Semoga hari ini dimurah rezeki dan diberkati Allah swt.

Jom kita baca sikit apa kata salah seorang pelajar kelas akaun online.

Ulasan Kelas Asas Akaun Online

Teks : Nurhidayah Bahari

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah S.W.T.. Atas izin dan kasih sayang-Nya saya berpeluang menimba ilmu di Kelas Asas Akaun Online sesi 17 Mac 2014.

Saya kecilkan skop pengurusan akaun ini kepada akaun para WAHM (Work At Home Mom), pemilik SOHO (Small Office Home Office) atau lebih mudah, akaun surirumah yang bekerja dari rumah. 

Saya ingin sekali berkongsi tentang beberapa pesanan dan nasihat yang diberikan oleh Tenaga Pengajar Bertauliah iaitu Puan Khadijah Abdullah tentang asas pengurusan akaun perniagaan yang sebenar. 

Dan saya ingin sekali mengajak para WAHM @ pemilik SOHO merenung sedikit ilmu yang dikongsikan disini dari kelas ini dan mengaitkannya dengan realiti sebenar cara kita menguruskan akaun perniagaan kita. 

Kelas ini sangat memberikan kejutan!

Puan guru berpesan, apabila kita telah membuat keputusan untuk berniaga adalah lebih baik kita menetapkan satu akaun bank khas untuk perniagaan kita. Walaupun perniagaan kita itu kecil-kecilan sahaja, menyediakan satu akaun bank khas menunjukkan kita serius didalam perniagaan dan ingin pergi lebih jauh lagi. Wang perniagaan dengan wang peribadi wajib diasingkan. 

Namun realitinya apa yang kita buat? Wang perniagaan dan wang peribadi bercampur aduk. Kadangkala perniagaan terpinjam wang peribadi. Kadangkala kita terguna wang perniagaan. Bukan kadang-kadang. Tapi kebiasaannya. Kan? 

Selain itu setiap transaksi wang perniagaan kita mestilah direkodkan waima RM0.01 pun. Tiada sen pun yang terkecuali. 

Namun realitinya? Jangan kata 1 sen. Transaksi RM100.00 atau RM1000.00 pun tidak pernah kita rekodkan. Kenapa ya? Kita lupa dan kadangkala kita buat-buat lupa. Kan?

Buku catatan kecil untuk merekodkan transaksi perlu sentiasa dibawa ke mana sahaja kita pergi. Bagi surirumah, simpan buku catatan itu didalam beg tangan. Didik diri kita untuk merekod setiap transaksi. Catatan ini adalah supaya kita tidak terlupa apa jua transaksi yang telah dilakukan serta bagi memudahkan pengiraan untung rugi perniagaan setiap bulan.

Antara lain yang sangat menyentap kesedaran saya adalah pengiraan untung bersih dari perniagaan kita.

Saya ringkaskannya begini.

Situasi :
---------
Siti Nurhaliza menjalankan perniagaan produk Jamu Kak Dara. 

Harga jualan sebotol Jamu Kak Dara : RM100.00

Harga kos sebotol Jamu Kak Dara      : RM 70.00

Untung kasar sebotol Jamu Kak Dara : RM30.00

---------

Kesilapan yang Siti Nurhaliza lakukan adalah dia menganggap RM30.00 itu adalah Untung Bersih lalu mengeluarkannya dari wang perniagaan dan menggunakan wang itu untuk keperluan peribadi.(Seperti yang biasa kita lakukan. Kan?)

Dia terlupa untuk mengambil kira kos tol/petrol menguruskan stok Jamu Kak Dara. Dia terlupa mengira kos pemasaran yang telah buat untuk memasarkan produknya. Dia lupa kos bil eletrik penggunaan laptop  dan juga bil internet. Dia sangkakan dia untung, hakikatnya dia hanya kerugian masa dan tenaga. Wang apatah lagi. Rugi. Negatif.

Inilah yang paling menyentap perasaan saya. 

Termenung sekejap saya memikirkannya.

Insaf.

Lalu saya berazam memperbaiki kesilapan ini.

Anda bagaimana? Jika pengurusan akaun perniagaan anda sudah tepat dan teratur itu bagus untuk anda. 

Jika tidak, segeralah menuntut ilmu asas pengurusan akaun ini. Supaya kesilapan tidak berlaku lagi. Supaya tidak menyangka diri untung hakikatnya rugi.

Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.
(sumber : http://nurhidayahbintibahari.blogspot.com/2014/03/ulasan-kelas-asas-akaun-online.html)

Apa yang dipelajari dalam kelas ini:
Modul 1 & 2 (Yuran kelas: RM150) Bagaimana merekod buku simpan kira-kira. Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order

Peserta akan mendapat:
1. bonus ebook 101 Idea Homebased bisnes.
2. slot iklan di blog soho directory percuma selama setahun.

Proses merekod setiap transaksi secara harian BOOK KEEPING.... DAILY TRANSACTION RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER Ini semua akan diajar di dalam modul asas kelas akaun yang kami anjurkan.

kelas pada 24/3/14 sudah penuh. Tarikh seterusnya 31 Mac 2014 (9.30-12.30t/h) Pendaftaran di buka sekarang. hanya 5 orng sahaja utk satu sesi. tarikh ni pun dah dibook. Hanya tinggal beberapa seat sahaja lagi.

Jika kalian  mahu turut serta, boleh hubungi saya untuk terus mendaftar.

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/wtsapp : 017-7912993