Friday, 28 February 2014

Tip Menjadi Orang Berjaya

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Carian google

Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk menjadi orang berjaya. Saya ambil dari Harian Metro, 25 Februari 2014
 
1. Orang berjaya tidak akan membiarkan perkara lepas menguasai perkara hari ini. Mereka tahu kegagalan adalah sebahagian halangan untuk berjaya.  Ramai orang menjadikan kegagalan sebagai satu langkah kejayaan namun bagi orang yang bijak, mereka mahu terus melupakan perkara lepas kerana beranggapan yang lepas biarkan ia berlalu. Mereka hanya melihat perkara hari ini sebagai satu peluang untuk berjaya.
 


2. Orang berjaya tidak fokus terhadap perkara negatif. Mereka tahu bahawa pemikiran mengawal segala tindakan. Oleh itu, mereka memilih untuk hanya fokus perkara positif sahaja. Memikirkan perkara positif membantu memudahkan sesuatu tugasan dan mencapai impian.
 
3. Orang berjaya tidak lari daripada masalah. Semua orang mempunyai masalah, tidak kira samada mengenai pelajaran, pekerjaan, kewangan, kesihatan atau sebagainya. Orang bijak tidak akan sesekali melarikan diri daripada masalah sebaliknya bedepan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
 
4. Orang berjaya tidak risau mengenai apa yang orang lain fikirkan pasal mereka. Mereka tidak sesekali membenarkan pendapat negatif mempengaruhi kehidupan mereka yang sedang bahagia. Bagi mereka, dunia ini terlalu singkat untuk mendengar perkara tidak baik dan melakukan perkara negatif.
 
5. Orang berjaya tidak suka membazir masa. Mereka sering menghasilkan perkara yang bermanfaat pada masa terluang. Mereka tidak suka membazirkan masa melaksanakan tugasan yang tidak mendatangkan kegunaan pada masa depan. Setiap masa adalah sangat berharga dan beranggapan masa tidak mungkin boleh kembali berputar.
 
 

 
6. Orang berjaya tidak akan meluangkan masa bersama orang yang memberi aura negatif kepadanya. Kebanyakan mereka gemar dilihat lebih rapat bersama golongan bijak pandai.  Mereka lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga, teman dan kenalan yang berkongsi perkara baik dalam hidup. Namun mereka tidak pernah memandang rendah kemampuan orang lain.
(sumber : Harian Metro, 25 Februari 2014)
 
Dah ada ke ciri-ciri seperti ini dalam diri kita, jika belum marilah kita sama-sama berusaha untuk ke arah ini.
 
 
Semoga bermanfaat.
 

Thursday, 27 February 2014

Tambah Ilmu Sebelum Mula Bekerja Di Rumah

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Koleksi anysidayu.blogspot.com


 Pakej asas wahm soho : Bekerja dari rumah (RM 125)
Tempah terus di sini



Pakej asas wahm soho : Bekerja dari rumah (RM 125)
Tempah terus di sini
 
Khas untuk semua suri rumah dan suri bekerjaya yang mahu menambah ilmu, dan menambah motivasi diri, boleh dapatkan pakej khas pilihan suri yang sangat membantu.
 
Mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa ketika dirumah penting supaya rutin harian dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.Kita perlu bijak mengatur masa kerana bekerja di rumah memerlukan komitmen dalam pengurusan rumahtangga dan anak-anak serta pengurusan perniagaan. Tips Sukses Urus Masa yang terdapat dalam Ebook ini boleh dijadikan rujukan supaya dapat membahagikan tugasan mengikut keutamaan masa yang betul dan realistik. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes.Manakala dalam pengurusan stress pula penulis menekankan supaya sentiasa memulakan kerja dengan aura positif dan tidak tergesa-gesa dalam menempuh hari yang sibuk.Tekanan berlaku disebabkan kita yang tidak mampu mengawal tekanan dengan cara yang betul. Oleh itu,kita perlu mengagihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh agar tugasan siap mengikut masa yang ditetapkan.

Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat mejadi WAHM bukan angan-angan mat jenin semata-mata tapi perlu di buktikan dengan usaha dan komitmen yang jitu. Pengalaman dari ibu-ibu yang telah pun berjaya menjana pendapatan mencecah 6 angka walaupun hanya bekerja di rumah menjadi pembakar semangat untuk bakal-bakal WAHM di luar sana. Disebalik kejayaan mereka tersimpan bermacam-macam dugaan dan tangisan yang menjadikan mereka semakin kuat untuk menempuh benteng kehidupan. Semoga kita bersama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat
(Sumber:http://norashikinsaid.blogspot.com/2013/09/ulasan-ebook-super-wahm-super-mom.html)
 
Bagi saya cabaran datang dari diri sendiri. Jika kita bijak mengurus masa dan berdisiplin tiada masalah dan cabaran yang tak dapat diatasi. Tidak dinafikan bekerja di rumah sangat menuntut kesabaran dan kekuatan mental, fizikal dan jiwa yang kental. Ini kerana kita perlu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan memberi perhatian kepada anak-anak. Pada masa yang sama kita perlu FOKUS kepada perniagaan. Tetapi, setiap cabaran tersebut boleh diatasi dengan syarat kita berdisiplin, sabar dan tidak merungut.’

Saya setuju dengan pendapat Puan H, cabaran yang perlu kita atasi ialah diri sendiri. Jika kita lemah pasti tersungkur ditengah jalan tapi kalau kita kuat dan kental dalam menghadapi segala macam rintangan dengan kerenah anak-anak, perniagaan, keperluan harian dan pengurusan rumahtangga pasti Allah akan membantu hambaNya yang sabar. Sentiasa berfikiran positif dengan banyakkan membaca buku-buku ilmiah, motivasi dan keagamaan.
(sumber ebook super wahm super mom)
 
Boleh baca keterangan pakej di sini ya http://anysidayu.blogspot.com/p/pakej-pilihan-wahm.html
 

Wednesday, 26 February 2014

Keperluan Blog dan penulisan

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
 
Bismillah. Menerus tugas seperti biasa. Sambil menyiapkan tugasan, sambil memberi coaching personal kepada protege kelas blog dan rakan niaga akademi. Alhamdulillah, bulan ni telah mendaftar 6 protege baru ke kelas saya. Mereka dalam proses menyiapkan blog, dan ada juga beberapa orang yang telah berjaya menyelesaikan tugasan dalam tempoh yang singkat sahaja. Kalian boleh lihat senarai protege saya di list sebelah kanan blog ya.
 
Jom pagi ni kita baca sedikit apa kata protege kelas guru online lain yang telah menyiapkan tugasan. 
 
 
Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif - Intan Hj Daud
Teks : Intan Haji Daut
Gambar : Carian Google
 

 
Anda ingin membina blog? Berminat dalam bidang penulisan dan ingin mendalaminya? Tetapi tidak berupaya untuk pergi ke bengkel-bengkel atau kelas yang diadakan? Ataupun anda takut kepada cikgu yang suka memegang rotan? Mungkin juga anda seorang yang pemalu dan tidak suka menonjolkan diri seperti saya?

Saya sudah menjumpai jalan penyelesaiannya.

Semuanya di hujung jari. Saya sudah empat bulan berada di dalam program ini. Keyakinan dan pengetahuan semakin bertambah dari sehari ke sehari. Mari saya ceritakan.

Langkah pertama yang harus dilakukan ialah anda haruslah memiliki akaun Facebook. Akaun Facebook adalah medium utama dalam kelas ini kerana semua pembelajaran diadakan secara on line. Oh! akaun Facebook sudah ada ya?

Kita teruskan dengan langkah kedua. Mendaftarkan diri ke Kelas Asas blog Dan Penulisan Kreatif sebagai protoge. Hubungi Puan Mazlia Murat atau Puan Monalita Mansor untuk keterangan lanjut.

Setiap pelajar akan dibekalkan dengan beberapa buah e book sebagai rujukan. Sebuah group rahsia juga disediakan untuk kegunaan guru dan pelajar berkomunikasi.

Di sana, segala pertanyaan, teguran dan perbincangan berlangsung, tips dan nota pula sentiasa dikemaskini untuk rujukan
.

Sesi pembelajaran bermula dengan membina blog sendiri dan mengisi blog dengan tugasan-tugasan yang sudah disenaraikan.


Sebelum ini saya tidak mampu mengaitkan keperluan blog dan penulisan. Sekarang, saya sudah dapat 'melihat' keperluan blog. Blog dan dunia penulisan boleh diibaratkan ibarat pen dan kertas. Jika anda ingin tahu, mendaftarlah sekarang!

Kelas ini amat fleksibel kerana pelajar sendiri akan menentukan masa bila dia ingin memasuki kelas. Oleh itu, memang sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk dengan kerja seharian mahupun suri rumah tangga sepenuh masa. Belajar sambil menghayun anak di buaian pun boleh.
Boleh bah kalau kau!

Bagi saya, kaedah ini amat selesa dan santai. Setiap tugasan yang diberikan sentiasa dipantau oleh guru. Bagi hasil tugasan yang mempunyai kesalahan akan diberi teguran dan pembetulan. Malah melalui tugasan rakan sekelas juga kita boleh sama-sama mendapat manafaat.

Memandangkan semua pembelajaran di dalam talian, maka setiap teguran dan nota-nota boleh diulang baca sebanyak mana yang kita mahu.

Bagi saya, saya lebih selesa mencetak semua nota-nota agar senang apabila membuat rujukan.

Jalan sudah terbentang dan peluang sudah di hadapan mata, terpulang kepada diri sendiri samada untuk berpatah balik atau terus melangkah ke hadapan.

Dipertemukan dengan Kelas Asas Blog Dan Penulisan menjadikan saya semakin berkeyakinan untuk menonjolkan diri. Kepada mentor dan rakan sekelas, saya bertuah dapat mengenali kalian
(sumber : http://kelaspenulisankreatif.blogspot.com/2014/02/ulasan-kelas-asas-blog-intan-hj-daud.html)
_______________________________________________________________
 
Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :
 
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
 
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
 
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
 
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
 
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.
 
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
 
 
Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.
Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.

Saya tak ada produk. Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.
 
Berapa lama boleh pandai? Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.
 
Apa lagi yang kami dapat? Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.
Hubungi saya untuk pendaftaran mana-mana kelas pilihan :
 
sms /wtsapp : 017-7912993

 

Tuesday, 25 February 2014

Bisnes Dropship Produk Digital

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Simpanan sendiri


Bismillah,

Sejak tahun 2014, ramai sudah mengambil langkah hendak memulakan bisnes. Lebih-lebih lagi bisnes secara online, lebih mudah duduk sahaja mengadap komputer. Berbekalkan ilmu dan kesungguhan, sudah boleh mulakan bisnes. Kalau join dropship dengan mana-mana pembekal. Hanya sedikit modal diperlukan untuk menjadi ahli dropship mereka. Mungkin juga ada yang tak perlu keluarkan modal.
 
Entri yang lepas saya dah bercerita tentang bisnes dropship. Kalau ada yang nak tahu lebih jelas boleh klik di sini ya http://anysidayu.blogspot.com/2013/04/bisnes-dropship.html.
 
Seminggu dua ni ramai pula yang bertanya saya tentang bisnes dropship ini. Bagi yang betul-betul berminat untuk menjalankan bisnes dropship seperti ini, boleh  sertai kami di akademi bekerja di rumah dengan menjual produk-produk digital dan servis/ perkhidmatan. Atau lebih dikenali lagi sebagai RAKAN NIAGA AKADEMI 
 
 



 

 Bagi mereka yang mahu memulakan bisnes dropship, bolehlah sertai rakan niaga akademi, kerana konsepnya sama seperti bisnes dropship yang lain juga. Mempromosi produk akademi (pakej ebook, kelas online, pakej iklan) dan kalian akan menerima komisen atas pembelian dan pendaftaran mereka sebagai pelajar ke kelas online atau tempahan tapak iklan. Malah komisen yang diberikan juga lebih banyak berbanding produk dropship biasa. Yang menariknya di sini, sebagai rakan niaga kalian akan dapat belajar menghasilkan blog kedai sendiri untuk mempromosi produk-produk akademi ini. Best lagi, kalau sudah ada produk sendiri boleh letak sekali promosi di blog tersebut.
 
Tak seronok ke, dapat buat dropship sudah tentu untuk dapat income, dapat ilmu belajar blog lagi.

 
 
Bisnes apa pun tetap ada risikonya. Tapi kalau dikira-kira, rakan niaga akademi ni tak ada sebarang risiko jika kita betul-betul buat dengan sungguh-sungguh, fokus dan komited. Kalau buat sambil lewa, tak pernah prmosi langsung, buat ala kadar memang kena tanggung risiko sendiri, rasa rugi sebab dah keluar modal. Tapi kalau buat sungguh-sungguh, bila sudah berhasil pasti suka kan.
 
Untuk menjadi rakan rakan niaga akademi, hanya yuran pendaftaran ke kelas asas blog fanpage mula bisnes dan seterusnya kalian sudah boleh mula mempromosi produk-produk akademi. Produk ini pula permintaan sepanjang tahun. Dan yang menarik, pelanggan akan menerima produk dalam tempoh masa yang sangat singkat jika pembayaran mereka telah disemak. Mereka yang perlu pening kepala tunggu postmen hantar, kalian yang menjual pula tak perlu rasa risau produk tidak sampai ke tangan pelanggan. 
 
Nak ke terlepas peluang menjana pendapatan secara online dengan cara mudah ini. Kalau tak nak jom mendaftar sebagai rakan niaga akademi
 
 

 
Satu panduan lengkap Rakan Niaga akan diberikan kepada mereka yang mendaftar. Inshaallah saya akan bimbing kalian bagi membina platform untuk mula.
Apa yang anda dapat dengan menjadi Rakan Niaga?

Anda akan belajar membina platform, iaitu satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja. Kalian juga akan belajar membina satu fanpage.
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Blog Rakan Niaga akan tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan
 
Apa yang menarik tentang Rakan NIaga Akademi :

* belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
* dapat free kelas akaun
* bonus 4 ebook
* produk hanya atas talian
* tak perlu simpan stok
* tak perlu urus stok
* tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
* produk umum dan permintaan sepanjang tahun
* hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.


Dengan ini anda tidak perlu keluar rumah, hanya bisnes di hujung jari. Samada secara sepenuh masa atau secara sambilan.
 
Yang menarik lagi, kami akan berikan kelas akaun percuma untuk mereka yang mendaftar sebagai rakan niaga akademi dengan pakej yuran seperti di bawah ini
 

 
Sudah sedia mahu memulakan bisnes dropship produk digital/servis, jom bergelar rakan niaga akademi. Hubungi saya untuk pendaftaran ini :
email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz

Monday, 24 February 2014

Tempahan blog

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Simpanan peribadi

Alhamdulillah, beberapa minggu lepas sudah selesai menyiapkan 2 buah blog yang ditempah.Terima kasih juga pada pelanggan yang telah berpuas hati dengan kerja yang telah saya lakukan, mengemaskini dan mencantikkan blog bisnes mereka, hehe.




Untuk tempahan blog, saya biasanya akan mengambil masa lebih kurang 3 hari. Biasanya jika keterangan sudah diemail atau nak lebih mudah, whatsapp/pm di facebook sahaja details saya akan siapkan sehari. Sekurang-kurangnya 3 hari masa diberikan untuk dapatkan feedback customer, sama ada mereka mahu edit mana-mana bahagian yang diperlukan.





Ini pula maklum balas daripada customer yang  berpuas hati dengan blog mereka. 
Jemputlah singgah blog mereka.

Tempahan blog yang saya terima bukan sahaja dari awal membina email, blogspot dan lain-lain. Bagi yang sudah mempunyai blog, tapi tidak berapa arif untuk memasukkan gadget-gadget utama seperti label, pages, atau membuat form order saya juga menerima tempahan tersebut.



Bagi yang hendak menghasikan blog, silalah rebut pakej promosi ini, Jangan segan-segan hubungi saya ya. Saya akan bantu hasilkan blog bisnes kalian. Bukan hanya blog bisnes, malah blog penulisan biasa dan blog untuk assignment juga boleh. Sekarang ni saya sedang menyiapkan sebuah blog penulisan seorang customer. Insya Allah selesai tugasan ini saya akan letak di sini ya ;)


sampai sini dulu. Nanti sambung lagi










Saturday, 22 February 2014

Tips Segar Setiap Hari

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Khas untuk semua ibu-ibu, suri rumah dan suri bekerjaya. Motivasi Ibu Hebat!

Rutin harian yang sama setiap hari menjadikan emosi dan sikap kita berubah-ubah. Ingat jangan kita tenggelam dengan keadaan sekeliling. Bina hati yang kuat. Jangan biarkan keadaan luaran mengubah emosi dalaman kita. Mulakan dengan ber'dating' dengan Pemilik Kekal Hati. Bangun dan mandi awal, tips untuk segar setiap hari. Solat sunat walaupun hanya 2 rakaat dan baca Quran setiap pagi sebelum Subuh. Solat sunat sebelum Subuh (lebih baik dari seluruh dunia dan isinya) InsyaaAllah segala ujian dunia menjadi ringan untuk kita.

**********************************************************************




Bagi yang mahu menjana pendapatan dari rumah boleh serta Akademi Bekerja di Rumah sebagai Rakan Niaga. Inshaallah saya akan bimbing kalian bagi membina platform untuk mula.

Apa yang anda dapat dengan menjadi Rakan Niaga?
Anda akan belajar membina platform, iaitu satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja. Kalian juga akan belajar membina satu fanpage.
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Blog Rakan Niaga akan tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan
Apa yang menarik tentang Rakan NIaga Akademi :

* belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
* dapat free kelas akaun
* bonus 4 ebook
* produk hanya atas talian
* tak perlu simpan stok
* tak perlu urus stok
* tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
* produk umum dan permintaan sepanjang tahun
* hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.
 


Dengan ini anda tidak perlu keluar rumah, hanya bisnes di hujung jari. Samada secara sepenuh masa atau secara sambilan.
Hubungi saya :
email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz

Friday, 21 February 2014

Kelebihan Surah Al Waqiah

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bismillah.
 
Hari ini saya nak berkongsi tentang kelebihan mengamalkan Surah Al Waqiah. Info ini saya petik dari http://ulumnabawiahmakh.blogspot.com/.  Seblum ini memang saya selalu termembaca, kelebihan surah al waqiah untuk menolak kefakiran dan kepapaan, tapi masih lagi belum mengamalkannya. Astaghfirullah, lalainya saya.
 
Minggu sudah ketika pulang ke rumah Ma, ma ada bagitahu kalau nak bisnes berjalan lancar amalkan surah Al Waqiah setiap hari. Kalau baca hari-hari sekejap saja masanya.  Selepas pulang ke rumah, saya terus membuka Al Quran dan menandakan surah tersebut, dan berazam untuk membacanya setiap awal pagi dan selepas isyak. Alhamdulillah. Perlu terus istiqomah. In Shaa Allah.
Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan.

Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut

1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
    Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
    (Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).
2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.
Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya"
Surah Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber kekayaan dan pelindung daripada kefakiran. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah ini kebanyakkannya adalah sahih.
 
Khasiat surah Al-Waqiah :
1. Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyata dalam pesanan Uthman bin Affan kepada Abdullah yang sedang sakit tenat.
Uthman berkata : " Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan kamu menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah "Al-Waqiah" tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW   bersabda: "Sesiapa membaca surah "Al-Waqiah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya."
2. Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid, dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya.
3. Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai kebiasaan dan membacanya setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan.
4. Surah al-Waqiah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak. Insyaallah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.Jika dibaca disisi orang sakit, Insyaallah diringankan kesakitannya. Selain itu, boleh juga dibaca kepada orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
 
Insyaallah dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.
Buat peringatan,amalan membaca surah ini janganlah hanya berpaksikan kekayaan dan kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah surah Al- Waqiah ini dengan hati dan niat yang ikhlas demi mengejar keredhaan. Bacalah surah ini dengan besertakan niat apabila kita dimurahkan rezeki kelak, kita akan perbanyakkanlah amal ibadat dan jariah. Insyaallah dengan niat yang suci ini, Allah akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah.
 Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

Thursday, 20 February 2014

Bantu Diri Sendiri Untuk Berjaya

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Jangan terus meratap sedih, berkeluh kesah, tanpa mahu berubah. Orang lain berjuang untuk terus menjadikan kehidupan ke arah yang lebih baik tanpa ada perasaan negatif lebih banyak dari usaha.

Bantu diri sendiri untuk berjaya, jalan banyak sudah terbentang luas. Hanya pilih sahaja, dan bertindak. Fokuslah apa yang ingin dicapai.
 
**************************************************************************
 
Pendaftaran untuk kelas online akaun urus niaga masih dibuka seperti biasa. Jadual kelas akaun untuk Bulan Mac. Kelas berlangsung sesi pagi, 9.30-12.30 tengahari. Secara online sahaja, atas talian di group kelas di facebook. Tempah tarikh belajar : 17.3.2014 atau 24.3.2014 atau 31.3.2014
 
Kesalahan biasa pemula wahm
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod

Proses merekod setiap transaksi secara daily basis
BOOK KEEPING....
DAILY TRANSACTION
RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER

 
 Alhamdulillah, selamat datang 22 pelajar baru sesi Februari. 413 blog terhasil melalui protege akademi bekerja di rumah. 13 guru online bertugas seluruh negara. Kami menawarkan :

1. Kelas blog penulisan
2. Kelas blog fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Rakan niaga akademi
6. Kelas urusniaga akaun bisnes

Daftar mana-mana kelas pilihan bersama saya, Anys Idayu Zakaria selaku guru online bertugas.


Untuk pendaftaran sila hubungi saya :
sms / wtsapp : 017-7912993
 
 
 
Masih berlangsung promosi upah buat blog
 
 

 
Tempah di sini

 

Wednesday, 19 February 2014

Tips Bisnes Online - Faktor Bisnes Online Gagal

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bismillah. Alhamdulillah.
 
Nampaknya aktiviti dan kegilaan membaca novel sudah datang kembali. Sudah lama sebenarnya tak melakukan hobi ini. Kalau sebelum ini, saya hanya membaca novel selepas selesai peperiksaan final semester. Adakala ketika waktu-waktu stress, novel peneman setia. Dua minggu ini bersusun novel menanti untuk dibaca. Ini semua hasil jaringan meminjam dari rakan-rakan di office. 
 
Minggu sudah selesai membaca novel projek memikat suami, the wedding breaker. Sekarang sedang baca 7 hari mencintaimu. Rasa-rasa nak buat juga ulasan setiap novel yang dah dibaca. Kalau berkesempatan In Shaa Allah saya akan kongsikan di sini ya.
 
Sampai sini dulu untuk hari ini, ini ada sikit tips untuk yang ingin memulakan bisnes online ya. Khas untuk semua usahawan yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia bisnes online.
"Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online. Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitment kepada perniagaan yang dijalankan. Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukan sebahagian daripada masa. Buatlah dengan sungguh-sungguh, sekali anda dah melabur, jangan sekali-kali berpaling. Jangan lagi fikir aku tak pandai, aku tak boleh buat, aku tak ada masa. Pasti tak berjaya jika semua rasa negatif masih berlegar-legar di minda. Apa yang kita fikirkan itulah hasil yang kita akan perolehi. Tak mudah untuk berjaya, bukan hanya sehari dua."  Ebook super wahm supermom


 Alhamdulillah, 410 blog protege di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH. 13 guru online bertugas seluruh negara. 21 kelas berlangsung hanya atas talian. Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah :
Email : anysidayuzakaria@gmail.com
Sms/whats app : 017-7912993
Anys Idayu Zakaria


 



 

Tuesday, 18 February 2014

Lahirkan Matlamat dalam bentuk tulisan

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Assalamualaikum, Bismillah.

Beberapa hari ini saya sedang menghabiskan bacaan buku Membina Imaginasi Cemerlang, tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-haj. Buku ini sangat bermanfaat untuk kita membina matlamat dan merealisasikan supaya ia menjadi kenyataan. Sedikit perkongsian di sini ya.
 
Rancang jalan-jalan ke arah matlamat kita dengan lebih teliti, tahun demi tahun, bulan demi bulan, hari demi hari atau mungkin jam demi jam jika perlu. Setiap perancangan ke arah matlamat mestilah dilahirkan dalam bentuk tulisan, bukan sekadar melilau dalam minda.  Perkara yang hanya melilau dalam minda bukanlah hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan cita-cita. Ia hanyalah angan-angan yang tidak berasas. Ini dilakukan oleh semua orang. Hanya orang yang berjaya yang serius dengan angan-angannya dengan meletakkanya ke atas kertas, membaca dan menghayatinya setiap hari.


Langkah Berkomunikasi dengan minda

1. Setkan hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan cita-cita kita, atau tekankan dalam minda apa yang kita mahu.
 
2. Lahirkan satu pelan berdasarkan ilmu yang kita ada.
 
3. Cetuskan hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan cita-cita dalam hati dan pindahkan ia ke minda sedar (conscious mind)
 
4. Jangan biarkan kita diganggu kerisauan, ketakutan dan kegusaran. Berikan kepercayaan penuh kepada minda sedar bahawa ia berhubung dengan minda bawah sedar (subconscious mind).
 
5. Iringi dengan doa kemudian usahakan apa yang kita yakini betul dan akhir sekali tawakkal.
 
Hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan citata apabila ia diletakkan di hati secara bersungguh-sungguh, ia ibarat menanam benih di atas tanah yang subur. Dengan selalu menyebut-yebut, mengenang-genang dan memperkata-katakannya ia menyebabkan rangkaian antara hati dan otak menjadi semakin kukuh.

Mulai hari ini, mari kita mula tulis matlamat yang diinginkan dan yang mahu kita capai. Alhamdulillah, setelah membaca buku ini, saya sudah mula menulis matlamat saya setiap hari. Matlamat sehari apa yang perlu kita capai untuk hari ini. Baca dan ulang-ulang baca sentiasa dalam sehari, minda akan bekerja keras mencapai target untuk hari tersebut.


     **********************************************************************
 
 
Pakej Asas WAHM SOHO
Hanya RM 125
Tempah terus di sini

 
Pakej Asas WAHM SOHO
Hanya RM 150
Tempah terus di sini
 
Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho

Berminat untuk bersama kami?
Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah :
Email : anysidayuzakaria@gmail.com
Sms/whats app : 017-7912993
Anys Idayu Zakaria
 

Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :

Sms/ Whatsapp : 017-7912993

Sunday, 16 February 2014

Berblog untuk Memberi Manfaat Kepada Orang Lain

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, terima kasih tak terhingga kepada semua rakan-rakan alam maya, atas ucapan hari lahir semalam. Saya doakan kalian juga beroleh rezeki melimpah ruah, berjaya dunia akhirat. Terima kasih juga kepada semua pembaca blog saya. Semoga setiap perkongsian di sini beroleh manfaat untuk kalian.
 

Ulasan Kelas Asas Blog Nur Syahidah Wan Mahassan - Guru Online Monalita Mansor
Teks : Syahidah Mahassan (sumber : http://syahidahmahassan.blogspot.com/)
"Wah, akak ada blog ya," kata seorang sahabat.

Sebenarnya saya bukanlah mula berblog pada tahun ini. Sejak saya mempunyai akaun Frienster dan Multiply lagi saya sudah berblog. Sekitar tahun 2006 semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Melaka. Pernah juga menggunakan Wordpress dan yang paling lama Blogspot. Jadi, asas senggaraan blog saya memang sudah tahu. Semuanya agak berbeza apabila mengikuti Kelas Asas Blog dan Penulisan.

Saya dapati kebanyakan peserta kelas ialah suri rumah yang berhenti kerja dan mahu meningkatkan potensi diri melalui pembelajaran atas talian yang lebih mudah. Perkara ini mengubah persepsi awal saya sewaktu mula-mula mengikuti kelas. Tanpa saya sedari, saya dapat banyak info bagaimana menjana pendapatan dari rumah.

Saya menganggap tidak salah saya melabur wang bagi mempelajari skil dan teknik baru. Ilmu yang baik, apabila digunakan dengan cara yang betul, boleh menjadi asbab keupayaan kita untuk menjadi manusia hebat. Saya cukup terkesan dengan kesungguhan ibu-ibu dalam kelas yang saya sertai ini. Mereka bersungguh-sungguh mengatur kehidupan seharian semata-mata untuk menuntut ilmu.

Insya-Allah, saya akan jadikan ini pembakar semangat untuk saya memperbaiki dan menambah baik potensi diri. Apa yang menarik melalui kelas ini ialah guru akan memantau perjalanan kelas secara atas talian. Melalui medium ini, saya bebas melakukan tugasan saya pada bila-bila masa terluang. Asalkan saya ada sambungan Internet dan gajet di sisi.

Selama ini asyik berblog syok sendiri, lebih baiklah saya berblog dan memberi manfaat kepada pengunjung laman ini. Tanpa teknik yang betul, kita sendiri yang rugi. Maka, bergurulah untuk menjadi lebih baik. Asalkan tidak melanggar syariat Allah, saya dapat pula menyampaikan panduan berguna untuk orang lain.
_______________________________________________________________
 
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 200 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

 
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari
 
Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah :
Email : anysidayuzakaria@gmail.com
Sms/whats app : 017-7912993
Anys Idayu Zakaria
 
Menariknya sempena Februari ini, yang mendaftar sebagai protege saya kalian akan menerima sebuah buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI sebagai hadiah.